5.31.2009

Penanti : Tahniah PKR

PKR kekal kerusi Penanti, majoriti 5,558...

KEPUTUSAN RASMI Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

Dr Mansor Osman menang besar dengan menewaskan tiga calon Bebas, Aminah Abdullah (392), Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56) dalam pertandingan empat penjuru pilihan raya kecil yang ..

Kali ini nampaknya macam tak perasan ada PRK kat Penanti. Maklumlah BN tak bertanding... Dan yang pastinya tak de berita-berita menarik kat TV3 dan juga yang seangkatan dengannya. Kalau tidak, berita paling panas mestilah orang Pakatan Rakyat berbondong-bondong keluar parti, PKR gaduh dengan PAS, PAS pulak gaduh dengan PKR... DAP gaduh pulak dengan PKR dan PAS.... pusing-pusing cerita pasal gaduh tak habis-habis...

Lagi satu banyak duit rakyat dapat diselamatkan kerana tak de pasukan polis ramai-ramai berkampung kat Penanti. Rasanya tak menang tangan anggota polis nak kawal para pengundi dan juga penyokong parti-parti yang bertanding. Dan yang pastinya tak sempat nak terlelap macam abang kita sorang niii....

Tak de dengar projek mee segera. Tak de pak-pak menteri bersama konco-konconya bertandang ke ceruk kampung... kalau tidak berepa belanja nak menjamu dia orang semua tuuu....

Hai, selamat duit rakyat.....

PPP : Berebut Jawatan Presiden

PPP - satu parti, dua presiden..

Wak ingat kat Perak jee orang berebut jawatan... Jawatan Menteri Besar. Rupa-rupanya dalam PPP pun sama jugak. Diorang berebut nak jadi Presiden.

Kelakar betul tengok sandiwara diorang nii. Macam main pondok-pondok jee...

Di ibupejabat PPP di Kampung Atap, Kayveas diisytiharkan kekal sebagai presiden parti itu tanpa bertanding. Dan pada masa di Sentul, Murugiah mempengerusikan mesyuarat pertama majlis tertinggi di mana beliau disahkan sebagai presiden baru PPP.

Kita tunggu dan lihat je lah... Apa kesudahan sandiwara diorang. Mungkin akan ada parti baru atau berlakunya pembubaran parti.

Tungguuuu....

5.30.2009

Pelajar Sekolah Agama Buang Bayi

Buang bayi lagi....

Ibu bapa perlu peka dengan pergaulan anak-anak demi menjaga maruah diri supaya mereka tidak terpengaruh dengan unsur-unsur yang negatif seperti masalah rempit, dadah dan sebagainya.

Pergaualan bebas antara lelaki dan perempuan dewasa ini telah menjadi punca utama kejadian membuang bayi, kes rogol dan juga lari dari rumah terutama dikalangan remaja perempuan di bawah umur.

Pengawasan ibu bapa terhadap aktiviti anak-anak diluar rumah perlu sentiasa dititik beratkan. Ibu bapa perlu tahu dengan siapa anak-anak bergaul dan apakah aktiviti yang dilakukan oleh mereka sepanjang berada di luar rumah.

KUANTAN - Seorang gadis berumur 16 tahun tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini kelmarin dan mengaku meninggalkan mayat bayi di hadapan sebuah rumah di Taman Balok Utama di sini.

Gadis itu yang juga seorang pelajar mendakwa dia mengandung pertengahan tahun lalu tanpa disedari ibu bapanya sehingga melahirkan bayi lelaki tersebut di dalam bilik di rumahnya di Balok pagi kelmarin.

Sebaik dilahirkan bayi itu meninggal dunia sebelum gadis itu membungkus anaknya menggunakan sehelai kain putih sebelum ia dibawa keluar dari rumah seorang diri secara senyap.

Gadis yang bersekolah di sebuah sekolah menengah agama di Balok hadir ke IPD Kuantan bersama ibunya pada pukul 11 pagi kelmarin.

Menurut beliau, gadis itu mendakwa dia mengandung selepas dirogol oleh seorang kenalan lelaki berusia 20-an setahun lalu.

5.29.2009

PRK Manek Urai 14 Julai

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai 14 Julai..

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasan Manek Urai ialah pada 6 Julai ini manakala hari pengundian ditetapkan pada 14 Julai, demikian diumum oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya menetapkan daftar pemilih yang akan digunakan ialah Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama tahun ini yang telah dikemas kini sehingga 22 Mei lalu mengandungi 12,293 pemilih termasuk 25 pengundi pos.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabat SPR di sini, beliau berkata, SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi itu daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 24 Mei lalu, dua hari selepas penyandangnya, Ismail Yaacob, daripada Pas meninggal kerana sakit jantung.

Menurut beliau, penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi akan dijalankan di Dewan Petra Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai manakala sembilan sekolah akan dijadikan pusat mengundi dengan seramai 350 petugas terlibat dalam pengendalian pilihan raya kecil itu.

Daftar pemilih pilihan raya berkenaan mula dijual pada 15 Jun dan pengundi juga boleh membuat semakan menerusi laman web rasmi SPR www.spr.gov.my selain di lima kaunter di tempat yang akan dikenal pasti.- KOSMO

5.28.2009

Selamatkah Makanan Yang Kita makan....

Masih banyak makanan guna asid borik...

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal dengan langkah Kementerian Kesihatan yang tidak mengambil perhatian serius terhadap gesaannya sejak 25 tahun ini berhubung larangan penggunaan asid borik dalam makanan.

Ketika ini, kajian persatuan itu mendapati, penggunaan bahan terlarang yang menjadi agen penyebab kanser dan merosakkan anggota dalaman badan itu semakin meluas dalam bahan makanan yang diminati ramai.

Melalui ujian terbaru CAP, pelbagai jenis makanan seperti bak chang (ladu Cina), mi kuning, kuew teow dan kuih nyonya didapati mempunyai kandungan asid borik yang tinggi.

Pengerusi CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, pihaknya telah membuat aduan rasmi terhadap Kementerian Kesihatan berhubung perkara itu sejak 1984 tetapi sehingga kini tiada langkah drastik yang diambil."Satu sampel bak chang mengandungi 569 bps (bahagian per sejuta) asid borik, mi kuning pula antara 6.51 hingga 296 bps dan kuih nyonya antara 0.78 hingga 13.5 bps.

"Ia memudaratkan tubuh jika diambil secara rutin dan kebanyakannya terkandung dalam makanan yang kerap dimakan seperti mi dan kuih-muih," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam.

Asid borik adalah toksik yang boleh membawa kepada keracunan, penyakit gastrousus, kerosakan buah pinggang dan hilang selera makan - KOSMO

Negara Berdepan Dengan Kemelesetan Yang Teruk.

Ekonomi menguncup...

Ekonomi Malaysia menguncup lebih teruk berbanding unjuran sebelumnya apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2009 berada di paras -6.2 berbanding 7.4 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu berikutan krisis semasa ekonomi dunia terus berlarutan.

Ini adalah penguncupan KDNK terburuk sejak suku keempat 1998 apabila ekonomi Malaysia terjerumus dalam kemelesetan ketika krisis kewangan Asia. KDNK pada waktu itu adalah -8.1 peratus

Keadaan semasa ini menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan negara berdepan dengan kemelesetan yang teruk.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, ekonomi negara dijangka mencatatkan penguncupan yang hampir sama pada suku kedua nanti.

Beliau berkata, krisis ekonomi global itu telah menyebabkan kemerosotan ketara dalam permintaan ekoran kemelesetan ekonomi yang teruk di negara-negara maju.

Gabenor BNM berkata, penguncupan ekonomi Malaysia turut disumbangkan oleh penurunan besar dalam inventori khususnya dalam sektor pembuatan dan komoditi.-Utusan

Kekejaman Ah Long Akhirnya Terbongkar

Kezaliman Ah Long....

Wak terkekejut bila membaca berita dari Utusan on-line yang memaparkan gambar dua orang lelaki sedang dirantai seperti anjing.

Itulah kekejaman Ah Long atau ceti haram yang dikurung di dalam sebuah lokap buatan sendiri di sebuah bangunan rumah kedai lima tingkat di Taman Perindustrian Bukit Serdang, Selangor.

Sebenarnya kita perlu mengambil iktibar dari peristiwa yang terjadi ini. Kalau boleh elakkan diri dari terlibat dengan Ah long bagi menyelesaikan masalah kewangan. Ini rasanya kali pertama Wak mendengar berita mangsa kekejaman Ah Long sehingga dikurung dan disiksa seperti dalam tahanan Guantanamo.

Nampaknya masih ada lagi manusia yang tidak bertamadun dalam dunia moden sekarang ini. Mereka hanya mementingkan diri sendiri tanpa ada sifat keperimanusiaan.

Zalim! Hanya kerana gagal membayar hutang, tiga lelaki diperlakukan seperti binatang apabila leher dan kaki mereka dirantai serta dikurung dalam ‘lokap’ buatan ah long.

Lebih kejam, mangsa hanya dibekalkan dengan sebuku roti untuk setiap dua minggu dan terpaksa minum air paip dalam bilik kecil yang dilengkapi tandas itu.

Malah, mereka turut dijadikan seperti hamba apabila dirotan jika cuba merayu, membuat bising atau meninggikan suara. Wang yang dipinjam pula bukanlah banyak mana, cuma di antara RM1,500 dan RM4,000 sahaja.

5.27.2009

PPSMI : Entahlah Sampai Bila.....

Lanjut 6 bulan PPSMI, ahli akademik marah!

"Sebenarnya saya sudah jemu untuk memberi komen mengenai isu ini. Kami di kalangan pejuang bahasa sudah kering tekak dan sudah memberi semua hujah. Sudah bertimbun kertas kerja, memorandum dan buku yang kita kemukakan. Adakah itu tidak cukup untuk kerajaan membuat keputusan?"

Beliau berpandangan dasar tersebut ibarat batu yang ditolak ke puncak bukit iaitu yang hampir berjaya atau separuh berjaya ditolak ke puncak, ditekan ke bawah semua dan berulang kali.

Beliau juga mempersoalkan sehingga bila kerajaan akan yakin hasil pemikiran dan kajian ahli ilmu sehingga memerlukan tempoh yang begitu lama untuk membuat keputusan mengenai dasar tersebut.

Prof. Dr Awang Sariyan, Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China, Universiti Pengajian Asing Beijing.

Kak Min Perlu Ada Sifat Malu

Kak Min muncul lagi....

Kelibat Kak Min muncul lagi di kaca TV ketika berita malam tadi. Isu baru yang dibawa adalah berkaitan tuduhan yang dibuat terhadap Datuk Zahrain Mohamed Hashim Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Beliau akan membongkar satu peristiwa yang dikaitkan dengan Pengerusi PKR itu dalam masa terdekat dengan peristiwa di sebuah hotel di Jawi pada 2007. Malahan Kak Min meminta beliau menjawab dalam tempoh 24 jam dan jika tidak, Kak Min akan dedahkan kepada umum.

Sebelum ini Kak Min mendakwa telah ditawarkan ganjaran RM80,000 dan jawatan yang dipertua sebuah majlis perbandaran jika menarik diri daripada bertanding. Jika berjaya mengalahkan calon PKR Mansor Othman, beliau mendakwa ditawarkan pula jawatan timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang.

Namun begitu dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan mereka telah menawarkan ganjaran dalam bentuk ganti rugi kepada calon Bebas, Aminah Abdullah jika sanggup tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Kedua-dua pemimpin berkenaan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Cheah Ka Peng, 43, dan Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang, Peter Lim Eng Nam, 32, mengaku mereka adalah dua individu yang terdapat dalam rakaman suara yang didedahkan oleh Aminah semalam.

Mereka menjelaskan pertemuan pada 13 Mei itu telah diatur oleh Aminah sendiri untuk makan tengah hari sambil berkongsi pandangan sambil bercerita sebagai kawan dalam keadaan bergurau.

Wak rasa Kak Min perlu ikhlas dalam niat untuk bertanding di DUN Penanti sebagai seorang yang akan mewakili seluruh penduduk di Penanti. Namun isu-isu yang dibawa oleh Kak Min sebenarnya hanya menjatuhkan maruah dirinya sendiri dan rakyat dapat menilai sejauh mana ketokohan sebagai seorang pemimpin yang ada pada diri Kak Min.

Apa yang penting Kak Min perlu ada ‘sifat malu’ yang dituntut dalam Islam sebagaimana yang telah Wak post kan pada entri sebelum ini. Kak Min perlu ada identiti dan ideologi tersendiri sebagai seorang pemimpin bagi menarik kepercayaan para pengundi di DUN Penanti.

Jangan hanya mencari publisiti murahan bagi menarik rasa simpati pengundi sehingga sanggup mencari dan mendedahan kesalahan serta keaiban orang lain tanpa bukti-bukti yang boleh depercayai dan belum pasti.

Wak rasa dan penuh yakin bahawa penduduk-penduduk di DUN Penanti begitu matang dalam menilai bakal pemimpin yang akan mereka pilih.

Akhirnya Kak Min cukuplah dengan isu mencari kelemahan orang lain… Tonjolkan diri sebagai seorang pemimpin yang bermaruah dan berpendirian serta berjiwa rakyat.

PERLU ADA SIFAT MALU DALAM DIRI

Sifat malu itu tidak menghasilkan sesuatu kecuali kebaikan....

Namun begitu malu yang bagaimana?

Daripada Abu Mas’ud Uqbah ibn Amru al-Ansari al-Badri r.a., beliau berkata :
Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah : Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu” (Hadis riwayat ai-Imam al-Bukhari)

Pengajaran daripada hadis di atas adalah :

1. Malu adalah sifat mahmudah atau sifat yang terpuji. Sifat yang menjadi warisan dan akhlak para rasul, anbiya dan malaikat al-muqarrabin.

2. Frasa : “……. Jika engkau tidak malu maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu….” Bukanlah satu suruhan atau perintah supaya melakukan, sebaliknya dikira sebagai tahdid (kecaman) supaya menjauhi dan meninggalkan sikap ‘tidak malu’ yang menjadi punca kepada lenyapnya iman seseorang.

3. Sifat malu yang bersumberkan keimanan berupaya menjadi benteng dan perisai buat diri seseorang muslim daripada melakukan dosa dan kemaksiatan sama ada terhadap Allah atau sesama manusia.

4. Sifat malu yang mahmudah (terpuji) terbahagi kepada dua bahagian :

i. Yang boleh diusahakan – sifat malu yang dilatih hingga menjadi pakaian diri. Antara kaedah mengusahakannya adalah dengan cara makrifatullah iaitu mengenal Allah dan merasai muraqabah Allah yakni merasai diri sentiasa dipantau dan diawasi oleh Allah.
ii. Yang tidak boleh diusahakan – sifat malu yang berupa rasa fitrah semula jadi yang diberikan Allah kepada sesiapa yang dikehendaki.

5. Malu yang dicela (mazmumah) pula adalah sifat malu bertanya tentang agama. Misalnya, malu bertanya tentang cara beribadat dan malu melakukan perintah Allah seperti malu menutup aurat. Demikian juga malu melakukan kebaiakan, ia adalah malu yang tercela dan dilarang oleh agama.

6. Malu adalah salah satu sifat utama seseorang mukmin kerana ia dalah sebahagian daripada iman. Malu tidak mengahasilkan sesuatu kecuali kebaikan. Dalam hadis yang lain dikatakan bahawa malu dan iman itu berpasangan. Apabila salah satu daripadanya hilang maka yang keduanya turut hilang. Apabila malu tidak ada maka iman juga tidak ada di dalam diri dan begitulah sebaliknya.

7. Sejarah peradaban membuktikan bahawa keinginan nafsu manusia itu amat tidak terbatas dan tidak pernah puas. Hanya dengan penghayatan sifat malu sahaja, mereka mampu membendung dan mejurusnya kearah kemuliaan.

8. Malu sejati adalah malu yang didorong oleh perasaan iman kepada Allah.

Nota : Untuk menjadi pemimpin juga perlu ada sifat malu... Lebih-lebih lagi bila menjadi pemimpin rakyat namun tidak berada di hati rakyat. So perlulah ada sifat malu sebelum dimalukan walau memang tak tau malu sebab dah muka tak malu...

5.26.2009

PPSMI : Jangan Tunggu Lama2......

Keputusan tolak PPSMI 'beberapa minggu lagi'...

Jangan tunggu lama-lama....
nanti lama-lama....
PRK diambil orang!


Bukan apa bro.... Pilihanraya kecil dah datang lagi. Dengar cerita UBN dah berani nak bertanding kat Manik Urai... Jangan sampai isu PPSMI, menyebabkan UBN terus 'terbarai'.....

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan berhubung pelaksanaan dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dijangka dapat dibuat beberapa minggu lagi.

"Saya telah katakan, saya (berada) di peringkat yang akhir (membuat keputusan). Saya menerima banyak pandangan daripada pelbagai pihak mengenai kedudukan PPSMI. Dan masih lagi bersikap terbuka menerima pandangan pelbagai pihak yang lain.

"Dan dalam beberapa minggu yang akan datang ini, kita akan halusi. Dan saya akan membuat beberapa keputusan bagaimana kita hendak menangani isu yang berbangkit mengenai PPSMI," katanya di Putrajaya selepas menerima kunjungan tujuh NGO utama Cina.


Cerita lanjut sila klik sini

Berpuasa Sunat Satu Kesalahan?

Mogok Lapar Untuk Bukan Islam..

Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang berkata mogok lapar hanyalah untuk rakan-rakan yang bukan beragama Islam. Manakala mereka yang beragama Islam berpuasa sunat.

Menurut takwim hijrah, dari 1 hingga 3 hari bulan Jamadil Akhir, orang Islam memang disunatkan berpuasa. Malahan memang digalakkan berpuasa sunat dahulu sebelum memohon sebarang hajat yang besar."

Beliau menafikan para pemimpin Pakatan Rakyat bermogok lapar dianggap bertentangan dengan ajaran Islam seperti mana didakwa oleh sesetengah pihak.

Beliau mengulas tuduhan yang dilemparkan kepada PAS - yang bergabung dalam Pakatan Rakyat - apabila menganjurkan mogok lapar selama 72 jam mulai hari ini untuk mendesak pembubaran DUN.

Tokoh agama terkenal Johor, Datuk Noh Gadut semalam dilaporkan berkata, amalan mogok lapar haram dan bercanggah dengan al-Quran dan sunnah kerana ia boleh memudaratkan.

Ahmad juga menjelaskan, Pakatan di Perak tidak mengabaikan aspek kesihatan dalam mogok tersebut apabila perkhidmatan doktor disediakan kepada mereka yang terlibat, termasuk beberapa ADUN.

Menteri besar mereka Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker gabungan pembangkang itu V Sivakumar melancarkan dan menyertai mogok tersebut.

Mogok lapar yang bermula di ibu pejabat DAP Perak di Ipoh pagi ini akan berakhir di pejabat PAS negeri petang Khamis dengan solat hajat.

5.25.2009

Mufti Perak : Mogok Lapar Hukumnya Haram

Sekarang… Sepantas kilat memberikan hukum

Ketika ditanya hukum perbuatan mogok lapar dalam Islam, Harussani berkata: ''Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya,".

Suatu masa dahulu, masihku ingat…..

Mufti Perak Dato' Seri Harussani Zakaria pernah mengeluarkan fatwa pada 30 Julai 2004 berhubung konsert ini. Dalam keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia melalui Harussani Zakaria telah mengeluarkan kenyataan bahawa konsert Sure Heboh TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Baru-baru ini… Diam membisu!

Jom Heboh bertandang ke negeri Perak pada 25 dan 26 April yang lalu. ketika Dr Zambry menjadi Menteri Besar, Bila ada Jom Heboh sudah pastinya ada Konsert Jom Heboh... Apa bezanya konsert Jom Heboh dengan Konsert Sure Heboh yang dulu.. Persoalannya, apa hukum Konsert Jom Heboh??? Untuk entri berkaitan isu ini, boleh klik di sini

“BERBEZA! MEMANG BERBEZA!!!!”

'Kalau menang belah dia tidak apa'

IPOH 23 Mei - Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) hari ini membidas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Beliau berkata, mereka sepatutnya menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan tidak menimbulkan masalah apabila keputusan itu tidak memihak kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

''Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang belah dia tidak apa tetapi apabila kalah hendak bangkang," katanya ketika dihubungi semasa berada di Mekah, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selama tiga hari mulai Selasa hingga Khamis depan bagi mendesak Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.


Nota : ''Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang belah dia tidak apa tetapi apabila kalah hendak bangkang,". Persoalannya, Mufti Perak ni belah mana ekkk... Kompiusss!

PPSMI : Lagi Sokongan Dari Calon Sasterawan Negara

Tokoh sastera tolak PPSMI …

Walaupun tersohor dan disebut-sebut sebagai calon Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan mungkin mengalami laluan sukar mencapainya.

Beliau semakin lantang mempertikaikan dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) - hari ini di depan 200 penulis muda dunia sastera Melayu.

"Adalah suatu ironi dan tragedi apabila bangsa yang sedang berkuasa di sesebuah negara, tidak menggariskan wawasan yang besar dan realistik tentang masa depan bahasanya, sebaliknya meminggirkan bahasanya ke sudut pentas kehidupan utama bangsa dan negara," katanya dalam ucap utama di perhimpunan terbesar sasterawan muda Malaysia.

"Jika sesuatu dasar, seperti dasar PPSMI ini hanya memberi faedah kepada segelintir pelajar, tetapi dalam masa yang sama mengecewakan begitu banyak pelajar luar bandar, ceruk dan pedalaman, maka dasar itu boleh dianggap gagal.

"Para pelajar di luar bandar, ceruk dan pedalaman bukan sahaja tidak dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka melalui pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik, malah lebih malang lagi tidak dapat menguasai ilmu sains dan matematik yang disampaikan bukan melalui bahasa ibunda mereka.

"Jika kegagalan itu berterusan, dan dianggap remeh pula oleh kementerian yang berkenaan, maka satu generasi pelajar luar bandar, ceruk dan pedalaman (kebanyakannya Melayu) menjadi mangsa kepada dasar yang tidak adil ini.

"Akibat kegagalan itu, mereka akan terlepas peluang pekerjaan yang lebih baik."

‘Selsema Babi’ Lebih Sesuai Dari H1N1

Sah babi punca H1N1...

Walaupun sebelum ini istilah yang digunakan dikatakan tidak sesuai disebabkan penyebab merebaknya H1N1 bukanlah dari babi, namun kini telah sah bahawa punca H1N1 adalah babi.

Di Negara kita sendiri telah diwartakan bahawa semua pusat penternak babi bebas dari H1N1. Namun persoalannya, adakah ianya benar-benar bebas dari ancaman wabak ini. Adakah pemantauan berterusan dilakukan oleh pihak berwajib bagi mengelakkan penularan wabak ini di Negara kita terutama di kawasan persekitran yang hampir dengan perternakan babi.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS) mendapati virus baru influenza A (H1N1) yang menyebabkan wabak selesema babi telah tersebar tanpa dikesan sejak beberapa tahun lepas, sebahagian besarnya berpunca daripada babi.

Ketua Bahagian Influenza di pusat tersebut, Dr. Nancy Cox berkata, berdasarkan satu kajian yang dijalankan pihaknya, babi adalah punca jelas yang membawa kepada pandemik tersebut.

Laporan oleh Cox bersama sekumpulan penyelidik antarabangsa dalam jurnal sains itu menyebut virus berkenaan ‘mungkin telah tersebar tanpa dikesan di kalangan kawanan babi di suatu kawasan di dunia ini’.

Kumpulan penyelidik itu turut mengesahkan campuran gen manusia, babi dan burung dalam virus terbabit yang telah menjangkiti lebih 11,000 orang di 42 buah negara, serta membunuh 86 orang.

Virus baru itu merupakan satu campuran yang terhasil daripada campuran-campuran lain termasuklah sejenis virus yang ditemui pada 1998 yang mengandungi elemen manusia, burung dan babi.

Ia turut mengandungi sedikit selesema Eurasian termasuk satu segmen yang mempunyai kaitan dengan sampel yang diperoleh daripada seorang pesakit di Hong Kong yang dijangkiti selesema babi pada 1999.

5.23.2009

PENANTI : PERTANDINGAN 4 PENJURU

Saingan empat penjuru di Penanti

Selepas tempoh bantahan tamat jam 11 pagi ini, empat orang termasuk calon PKR Mansor Othman kini layak bertanding, demikian diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya Roslan Yahaya.

Keempat-empatnya akan bertarung menghadapi pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 Mei - kali ini tanpa persaingan sengit BN yang memutuskan untuk memulaukannya.

Proses penamaan calon sejak 9 pagi mencipta kejutan apabila Kamarul Ramizu Idris - calon bebas yang hilang pertaruhan di Bukit Gantang, Perak - turut mencuba nasib sekali lagi di kerusi DUN Pulau Pinang itu.

Dua lagi calon bebas, bekas pemimpin Wanita PKR negeri Aminah Abdullah (foto atas, bertudung merah jambu) dan bekas pemimpin Gerakan, Nai Khan Ari dijangka akan memberi saingan kepada Mansor (foto bawah, berbaju biru).

Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang turut mengiringi calon PKR mendapat sambutan meriah dengan jeritan "bubar (DUN) Perak" para penyokong.

Tokoh-tokoh kanan PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberikan sokongan kepada Mansor yang mempertahankan kerusi parti itu - satu daripada tiga DUN bawah parlimen Permatang Pauh.

Kerusi tersebut kosong selepas wakil rakyat PKR Mohammad Fairus Khairuddin melepaskan jawatan ADUN 16 April lalu di tengah-tengah kehangatan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya.

Bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang bagaimanapun tidak didakwa di mahkamah selepas suruhanjaya itu mendapati tiada bukti kukuh untuk berbuat demikian.

Rakyat Semakin Berani : Mentalkinkan UMNO

'Talkin untuk Umno'

Rasanya ini satu lagi pukulan maut untuk UMNO apabila kebangkitan protes rakyat dengan membuat satu gimik 'mentalkinkan UMNO'.

Para pemimpin UMNO perlu peka dengan suara rakyat yang mahukan nasib mereka dibela dan bukan hanya janji-janji kosong sahaja. Jika para pemimpin ini masih lagi selesa dengan apa yang mereka miliki, tidak mustahil upacara mentalkinkan UMNO ini akan menjadi kenyataan pada PRU ke 13 nanti.

Begitu halnya isu yang berlaku di DUN Perak. Suara rakyat kebanyakkannya mahukan kuasa 'Hakim Rakyat' dikembalikan semula bagi menentukan pemimpin mereka dan bukannya ditentukan oleh 'Hakim Mahkamah'. Jesteru itu adakah pemimpin-pemimpin UMNO ini mahu melihat upacara 'Mentalkinkan UMNO' ini akan berlaku pula di negeri Perak.

Kita sama-sama tunggu babak-babak seterusnya drama politik yang akan berlaku di negeri Perak.

Akibat tidak puas hati dengan isu tanah, penduduk setempat didakwa telah "mentalkinkan mayat Umno" di Semporna, kawasan parlimen naib presiden parti itu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sekeping gambar yang merakamkan upacara bantahan itu kini mula beredar di internet, termasuk di blog seorang pemimpin PKR dan laman web saluran video dalam talian yang rapat dengan parti itu.

Gambar misteri itu memaparkan empat lelaki berbaring dalam satu barisan sambil diselimuti bendera Umno di atas sebuah pentas – yang kelihatan di dalam dewan.

Sekumpulan kira-kira 40 penduduk kampung, sebahagiannya orang tua berkopiah putih, berdiri di hadapan "mayat" tersebut dan mengangkat tangan seolah-olah sedang berdoa.

5.22.2009

PENANTIAN TELAH BERAKHIR : ZAMRY SAH MB

3.52 petang...

Dr. Zambry kekal MB Perak.

Kita tunggu babak seterusnya..... jeng jeng jeng!!!!!!

Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.

Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini - Malaysiakini

PRU Ke-13 : 3 Negeri Lagi Dikuasai Pakatan

Putrajaya semakin hampir...

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, beliau menjangka tiga lagi negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Melaka akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, jangkaan itu adalah berdasarkan kemenangan Pakatan pada siri pilihan raya kecil sebelum ini iaitu di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

"Ia menandakan lonjakan dan sokongan kepada kita dan ia akan menjalar pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya dah nampak-nampak Johor mungkin jatuh, Negeri Sembilan mungkin jatuh dan Melaka akan jatuh. Ini adalah mimpi ngeri kepada Umno dan Barisan Nasional," katanya semasa sidang media berhubung Muktamar PAS ke-55 di sini.

Muktamar Tahunan PAS ke-55 yang bakal menyaksikan pemilihan bagi kepimpinan pusat dan sayap parti akan berlangsung dari 5 hingga 7 Jun di Stadium Malawati di sini.

Hasan berkata, beliau menjangka pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal daripada tahun 2013 atas alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pasti mahukan mandat baru daripada rakyat selepas mengambil alih kepimpinan negara April lalu.

"Kita menjangka pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal sebab saya rasa Perdana Menteri baru mahukan mandat baru kerana kalau beliau jadi Perdana Menteri dengan mandat Datuk Abdullah, saya rasa tidak mantap.

"Beliau perlu dapat mandat sendiri daripada rakyat tentang kepimpinannya," katanya.

Hasan berkata, isu pilihan raya umum ke-13 akan disentuh dalam perdebatan pada Muktamar bulan depan termasuk persediaan dan strategi yang akan dilakukan PAS sama ada dalam parti serta kerjasama dengan dua lagi parti sekutu dalam Pakatan iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Selain itu katanya, antara isu lain yang mungkin akan diperdebatkan adalah pencapaian ahli-ahli PAS yang diberi tanggungjawab dalam pentadbiran terutama di lima negeri yang dikuasai Pakatan iaitu Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Perak.-MSTAR

Hakim Penentu MB Perak Yang Sah

Keputusan Mengenai MB Perak Diketahui 3.30 Hari Ini...

Persoalan yang timbul di kepala fikiran kita... " Wajarkah pemimpin ditentukan oleh hakim?".

Memang wajar! Tapi bukan 'Hakim Mahkamah'... Tetapi 'Hakim Rakyat!'.

Inilah senario yang terjadi di negeri Perak, MB akan detentukan oleh para Hakim yang telah dilantik. Ini bermakna kuasa hakim mengatasi kuasa rakyat.

Kuasa rakyat yang diberikan ketika PRU yang lalu telah dinodai oleh kerakusan dan ketamakkan kuasa oleh segelintir manusia yang haloba. Tanpa rasa bersalah terus menerus menggunakan kuasa mahkamah untuk mendapatkan kuasa.

Yang peliknya... bila apa yang dihajati tidak menjadi, menggelabah tak tentu hala. Hilang pertimbangan dan terus menerus ingin diadili melalui mahkamah... Suara rakyat terus diketepikan.

Mahkamah Rayuan akan mengumumkan petang Jumaat keputusannya mengenai siapa Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Datuk Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop, menetapkan pukul 3.30 petang Jumaat untuk memberikan keputusannya berhubung rayuan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional terhadap perintah Mahkamah Tinggi bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas adalah Menteri Besar yang sah.

Panel tiga hakim itu hari ini mendengar selama tujuh jam penghujahan oleh tiga pihak yang terlibat terdiri Zambry, Mohammad Nizar dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah.

Permohonan Mohammad Nizar agar rayuan itu didengar oleh panel lima hakim telah ditolak.

TIP DAN INFO : HANDPHONE ORI @ AP

Informasi...

Minggu lepas Wak belikan handphone orang rumah.. sebab yang lama dah rosak.. So bila nak beli handphone ni, soalan yang biasa kita tanya kat kedai tu.. ‘Nie ori ke ap?’ So kat bawah ni Wak kongsikan info tentang hp yang ori dan ap. Pertimbangan untuk membeli set hp ori atau ap adalah terletak di tangan anda.... Yang pentingnya kita tau hak sebagai seorang pengguna.

Di sini Wak perturunkan perbezaan antara pengedar sah dengan set AP adalah :

Set Pengilang Sah

1. Diedarkan oleh pengedar yang dibenarkan oleh pengilang
2. Pengilang bertanggungjawab ke atas semua waranti hp. Waranti diberikan oleh pengilang dan bukannya oleh pengedar sah
3. Pelanggan boleh mendapatkan disemua cawangan perkhidmatan berdaftar dalam masa waranti
4. Peningkatan perisian dari masa ke semasa ketika waranti. Ini adalah penting untuk hp terutamnya 3G
5. Waranti termasuk LCD kecuali kerosakan yang disebabkan oleh sebab jatuh dan air
6. Jangka masa waranti yang lebih panjang bagi aksesori

Set AP

1. Kebanyakkan hp AP diimport masuk dari Negara di luar Asia. Oleh oleh itu system kendaliannya adalah berbeza daripada system kendalian tempatan. Pelanggan sering menghadapi masalah ‘hung’ serta ketidaksetabilan perkhidmatan 3G.
2. Waranti ditawarkan oleh pusat perkhidmatan tempatan yang biasanya penjual sendiri.
3. Kebanyakkan penjual tidak berkemampuan untuk melakukan peningkatan perisian kerana tiadanya peralatan.
4. Kebanyakkan waranti bagi set AP tidak termasuk LCD dan aksesori
5. Masa waranti yang lebih singkat bagi hp yang dibeli

H1N1 : KES SELURUH DUNIA MENINGKAT

WHO: Kes H1N1 terus meningkat

Nampaknya kes Influenza ini semakin merebak di negara lain termasuk di Jepun dimana dua kes terbaru di Tokyo menjadikan jumlah kes yang disahkan di Jepun meningkat kepada 267 hingga kini.

Walaupun di negara kita, kes H1N1 yang disahkan hanya dua kes sahaja setakat ini, namun perhatian harus diberi kepada langkah pencegahan secara berterusan terutamnya melibatkan pintu masuk negara.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, jumlah kes jangkitan influenza A (virus H1N1) di seluruh dunia kini telah meningkat kepada 11,034 dengan 85 kematian.

WHO menyatakan, sebahagian besar daripada 791 kes baru dilaporkan di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat (AS).

Mexico mengesahkan tiga lagi kematian akibat H1N1 sementara AS mengesahkan dua kematian berbanding kes yang dilaporkan semalam.

Sementara itu, dua kes pertama selesema babi disahkan di ibu negara Jepun ini hari ini, memaksa pihak berkuasa meningkatkan langkah-langkah pencegahan wabak tersebut daripada merebak.

Harga pesanan menerusi Internet turut melonjak bagi ubat antivirus, Tamiflu yang lazimnya hanya boleh didapati menerusi preskripsi.

Dua pelajar perempuan sekolah menengah Jepun yang melawat New York baru-baru ini, bagi menghadiri satu Persidangan Model Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjadi kes pertama disahkan dijangkiti virus H1N1 di Tokyo.

Kedua-dua pelajar itu dipercayai dijangkiti virus tersebut ketika berada di luar negara.

Beliau menggesa penduduk supaya bertenang dan menjelaskan bahawa fokus kerajaan adalah untuk mencari keseimbangan antara melindungi kesihatan penduduk dengan memastikan tidak meletusnya panik.

5.21.2009

Pelajar Sekolah Merempit Boleh Dibuang Sekolah

Samseng jalanan melibatkan pelajar sekolah....

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran memberi lampu hijau kepada mana-mana sekolah untuk membuang pelajar mereka yang didapati terbabit dalam masalah disiplin seperti gejala pelesit rempit.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, tindakan itu boleh dilaksanakan sekiranya Jawatankuasa Tertib Disiplin sekolah bermesyuarat dan sebulat suara bersetuju dengan hukuman itu.

Ekoran itu, beliau menggesa semua Pengarah Pelajaran negeri supaya memberi perhatian serius terhadap usaha membendung gejala sosial yang kian membimbangkan itu.

"Kita pandang serius hal ini dan untuk mengatasinya, kita ada lima peraturan khusus dalam menghukum pelajar-pelajar yang bermasalah.

"Yang pertama kita bagi amaran lisan kemudian amaran bertulis. Ini disusuli dengan hukuman rotan, gantung sekolah dan jika terlalu kronik, sekolah boleh jalani hukuman buang sekolah setelah mengadakan beberapa rundingan," katanya.

Alimuddin mengulas laporan muka depan Kosmo! semalam berhubung perlakuan kira-kira 30 pelajar lelaki yang ponteng sekolah dan berkeliaran dengan menunggang motosikal ala pelesit rempit di kawasan perumahan Permatang Badak dan Bukit Rangin di Kuantan.

Sambil menganggap para pelajar yang terlibat dalam gejala tidak sihat itu sebagai musuh negara kerana turut mengancam keselamatan awam, beliau berkata, hukuman rotan juga boleh dilaksanakan terhadap pelajar berkenaan jika perlu.

Pertarungan Antara Dua MB

Pertarungan akhir Nizar-Zambry...

Perebutan kuasa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan Datuk Seri Zambry Abd Kadir berada di peringkat akhir di Mahkamah Rayuan hari ini.

Selepas pembentangan hujah peguam menteri besar BN itu selesai pagi tadi, yang diikuti hujah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai pencelah, petang ini giliran peguam Mohammad Nizar berbuat demikian.

Jika tiada pembentangan lain selepas itu, panel tiga hakim dijangka akan membuat keputusan seawal-awalnya esok.

Mahkamah mendengar rayuan Zambry terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal minggu lalu yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Wajah Si Peragut Wanita Hamil

Peragut wanita hamil didakwa

Rasa geram betul bila Wak tengok gambar budak nii.. Rasa macam nak belasah cukup-cukup. Mungkin hukuman yang paling sesuai untuk budak ni, ikat kat tiang dah tu letak kat tengah bandar. Dah tu sape-sape yang rasa nak lepaskan geram, boleh balun tapi tak le sampai mati.

Yang buat 'spoil' budak ni buat malu orang Batu Pahat... Kalau boleh tambah lagi satu hukuman kat budak ni, buang daerah seumur hidup.

Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mengakibatkan kematian Jamilah Selamat, iaitu ibu muda yang terjatuh daripada motosikal akibat diragut, awal bulan ini.

Mohamad Ariffin Anang, 26, dari Taman Bukit Flora, Batu Pahat mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu meragut dan menyebabkan kematian Jamilah, 31, yang ketika itu hamil dua bulan.

Dalam kejadian menyayat hati itu, Jamilah yang merupakan seorang jurujual di kedai kraftangan di pekan Ayer Hitam koma selama dua hari sebelum meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Mohamad Ariffin didakwa menyebabkan kematian ibu kepada dua anak berusia lima dan tujuh tahun itu di hadapan sebuah rumah di Jalan Kaloi, Taman Ayer Hitam di sini kira-kira pukul 7.15 malam, 3 Mei lalu.Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Dia juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan merompak barang-barang berharga berupa sebuah beg tangan, sebuah beg warna hitam, sebuah telefon bimbit, sehelai telekung, MyKad, tiga kad bank dan sebuah kad keahlian pasar raya kepunyaan mangsa pada masa serta tempat yang sama.

Bagi kesalahan tersebut, dia didakwa di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Azeezi Nordin yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan kepada Mohamad Ariffin atas alasan tertuduh juga sedang menghadapi empat kes lain termasuk curi dan penyalahgunaan dadah.

''Tertuduh telah melakukan jenayah ragut ini semasa dalam jaminan untuk empat kes tersebut,'' katanya sambil menyatakan tertuduh turut mempunyai lima rekod jenayah lampau.

H1N1: Awas Gelombang Kedua

Berwaspadalah kita...

Orang ramai diingatkan supaya tidak mengambil mudah situasi jangkitan virus selesema babi atau influenza A (H1N1) yang kini berada pada tahap sederhana kerana ia boleh bertukar menjadi serius pada gelombang jangkitan kedua.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican (gambar) berkata, rakyat tidak boleh berasa selesa dengan keadaan sekarang berikutan virus H1N1 mampu merebak dengan cepat. Ia boleh menjadi serius selepas virus mengalami mutasi.

WHO mengesan ada kes yang mana pesakit H1N1 tidak mengalami demam sebaliknya hanya cirit-birit. Wabak ini selalu menyerang golongan muda dan bukan semua pesakit akan mendapat demam, 25 peratus pesakit mengalami cirit-birit.

Beliau berkata, rakyat tidak harus bergantung sepenuhnya kepada kerajaan untuk membendung penularan wabak influenza tetapi mereka juga perlu memainkan peranan dengan menjaga kebersihan diri.Orang ramai perlu mencuci tangan dengan cara yang betul malahan bahagian kuku juga perlu dibasuh menggunakan sabun.

Mana-mana individu yang mengalami selesema perlu berada di rumah dan jika perlu keluar, mereka mesti memakai penutup muka untuk mengelakkan penyakit tersebar melalui udara. Pemimpin yang menghadiri mesyuarat WHO di Geneva memuji tindakan yang diambil oleh Malaysia dalam mencegah penularan H1N1.

PPSMI : Kempen Sejuta Poskad

"SEJUTA POSKAD KEPADA MENTERI PELAJARAN"

Selepas menggerakkan ribuan penunjuk perasaan di jalanan awal Mac lalu, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kini mengambil pendekatan kreatif dengan melayangkan sejuta poskad bantahan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kempen terkini membantah dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) terus menggemblengkan bantahan rakyat, sebagai kesinambungan kepada demonstrasi 7 Mac lalu. Kempen tersebut dilancarkan Jumaat lalu di Pagoh, Melaka oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dalam sebuah majlis ceramah bersama Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.

Bagi pihak yang ingin turut serta, boleh membeli poskad tersebut dari pejabat Teras Pengucapan Melayu (Teras) - sebuah NGO yang bergabung dalam GMP - di negeri-negeri, dengan harga RM1 sekeping. Ia akan dijalankan "selagi PPSMI tidak dimansuhkan" dan "selagi tidak cukup sejuta poskad dihantar".

Wak menyeru kepada semua penyokong GMP, marilah kita bersama-sama menjayakan kempen ini demi masa depan anak bangsa dan juga bahasa ibunda. Semoga dengan adanya kempen ini akan membuka mata dan hati Menteri Pelajaran agar dapat mendengar suara rakyat.

SEMAKAN TEMUDUGA CALON RAYUAN KPLI & j-QAF 2009

INFORMASI....

Bagi mereka yang telah membuat Rayuan KPLI & j-QAF ambilan Jun 2009, boleh membuat semakan tersebut bermula pada 21 Mei 2009 (Khamis) jam 10.30 pagi.

Semakan Temuduga Calon Rayuan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan j-QAF Ambilan 2009 boleh di buat melalui :
http://apps.emoe.gov.my/kpli/tdugakplirayu/

SEMAKAN TEMUDUGA CALON RAYUAN KPLSPM JULAI 2009

INFORMASI..

Kepada sesiapa yang ada memohon Kursus Perguruan Lepasan SPM untuk ambilan Julai 2009 tetapi gagal, inilah peluang untuk membuat rayuan. Kalau membuat rayuan ada lagi peluang nak dapat tapi kalau langsung tak merayu... tak dapek den nolong!

Semakan Temuduga Calon Rayuan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Julai 2009 boleh dibuat di LAMAN WEB KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)
http://apps.emoe.gov.my/kplspm/tdugapismprayu/

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
www.moe.gov.my

5.20.2009

PENTINGNYA PELAN ‘PERSONEL ACCIDENT’ @ PA

Malang tidak berbau...

Entri yang baru wak post pagi tadi adalah berkaiatan kemalangan jalanraya yang membabitkan sebuah bas ekspres bertembung dengan sebuah treler yang sarat membawa muatan baja di Kilometer 31, Jalan Kuantan-Maran. Kemalangan tersebut mengorbankan dua nyawa dan tujuh lagi parah.

Kalau kita perasan, bila baca paper terutamanya METRO.. ada saje berita yang membabitkan kemalangan jalan raya. Betullah menurut kajian bahawa pembunuh utama dewasa ini adalah jalan raya. Macam2 trajedi yang melibatkan kemalangan terutamanya ‘kemalangan maut’.

Maknanya bila kita keluar memandu saja ke jalan raya, risiko kemalangan maut tu sentiasa ada.. Entah2 hari ni, esok atau lusa.... Hari ni kita tengok orang lain kemalangan, entah bila pulak giliran kita. Bukan kita mintak tapi itulah realitinya... Risiko tetap ada. Tu sebab sebelum memandu digalakkan kita membaca Doa menaiki kenderaan...



Apa yang nak Wak fokus kat sini ialah pentingnya kita mengambil Pelan PA (Kemalangan Diri). Wak ada satu pelan PA CUEPACS (CIMB AVIVA Takaful). Ini khas untuk kakitangan awam dan Badan Berkanun. Susah nak cari pelan PA yang jenis takaful... kalau insuran melambak.

Ada Pelan A dan Pelan B. Wak nak cerita pelan yang Wak ambik untuk satu family iaitu Pelan A di mana caruman untuk seorang dewasa baru RM6 dan untuk pasangan pun sama jugak. Anak bawah 12 tahun RM1.50 jee... Umur 12 – 18 bayarannya RM3.00 dan umur 18 ke atas sama RM6.00. Jumlah yang perlu Wak bayar setiap bulan (potongan BPA) ialah sebanyak RM18.00 sahaja.

Manfaat paling tinggi adalah kematian dan hilang upaya disebabkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam iaitu RM 220,000.00. Bagi mati kemalangan atau hilang upaya akibat apa2 sebab selain yang dinyatakan di atas dapatlah dalam RM110,000.00.

Apa yang Wak nak korang pikir sikit tentang kepentingan PA untuk kita dan family adalah... Andainya terjadi kemalangan kepada kita... saper nak jaga anak2 kita??? Bayangkan kita dan pasangan meninggal serentak dalam kemalangan.... tinggal anak kita, sape nak pelihara??? Emak bapak.. Adik beradik... Sedara terdekat... Persoalannya bersediakah meraka menerima bebanan yang kita tinggalkan??? Bagaimana pendidikan mereka? Makan minum? Pakaian? Dll.

Cubalah fikirkan sejenak persoalan2 yang Wak timbulkan kat atas... Lihat sekeliling kita. Jangan jauh2 laa... Tengok Upin dan Ipin kan... Emak bapak budak tu meninggal xsiden. Opah dia bela kat kampong... Dah jadi bantut budak dua tu.. Rambutpun tak mau tumbuh.. Tak cukup zat kot! Cam tula kalau terjadi pada kita....

Persoalannya.... BERSEDIAKAH KITA?????????????????????????

So apa lagi... Hubungilah Wak untuk maklumat lanjut tentang Pelan Perlindungan Kemalangan CUEPACS. Masuk jangan tak masuk! Kita tak mintak terjadi pada kita ... tapi pepatah orang2 lama ‘Sediakan Payung Sebelum Hujan’.

Untuk maklumat tentang Perlindungan Takaful klik di sini

Kemalangan Bas Ekspres Lagi

KUANTAN 19 Mei...

Isu yang biasanya akan timbul selepas berlakunya kemalangan yang melibatkan bas ekspres adalah berapa banyak saman trafik terhadap pemandu tersebut.

Diharap tidak lagi berulang isu yang sama kerana pihak penguatkuasa perlu mengambil iktibar dari peristiwa yang terjadi sebelum ini. Ini bagi membendung pemandu yang tidak berkhemah berada di atas jalan raya terutama melibatkan pengangkutan awam yang menaruhkan nyawa penumpang.

Dua maut manakala tujuh lagi parah apabila sebuah bas ekspres bertembung dengan sebuah treler yang sarat membawa muatan baja di Kilometer 31, Jalan Kuantan-Maran, malam tadi.

Mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian pukul 8.15 malam itu ialah pemandu lori berkenaan, Khairul Nizam Mohammed, 31, dari Kampung Padang Maidin, Kuala Terengganu dan seorang penumpang bas ekspres, Sabariah Arif, 32, dari Felda Purun Teriang, Bera.

Tujuh yang parah ialah pemandu bas, Mohammed Saladi Ripin, 42; kelindan lori, Yusoff Hassan, 42, dan lima penumpang bas berkenaan iaitu Tuan Suziyzty Tun Noor, 24; Aulia Hasan Basri, 30; Mohd. Johar Yadin, 56; Abdul Rahman Abdullah, 19, dan Raja Ahmad Suari Raja Abu Bakar, 40.

Pegawai Penguat Kuasa/Tadbir Trafik Pahang, Asisten Supritendan Zainalabidin Othman berkata, kemalangan berlaku ketika bas ekspres Transnasional berkenaan yang membawa 21 penumpang dalam perjalanan dari Kuantan ke Temerloh manakala treler milik Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) itu pula dari arah bertentangan.

Beliau berkata, setibanya di sebuah jambatan sempit, bas ekspres berkenaan dipercayai memasuki laluan lori berkenaan sehingga menyebabkan berlaku pertembungan.

Katanya, polis yang menjalankan siasatan kes itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, akan menahan pemandu bas ekspres berkenaan sejurus dia mendapatkan rawatan bagi membantu siasatan.

Hukum penjara mandatori

Hukuman ke atas mat rempit @ samseng jalanan..

Kebelakangan ini isu mat rempit atau sekarang ini dikenali sebagai samseng jalanan nampaknya bertambah serius. Undang-undang yang sedia ada tidak memberi kesan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala ini.

Oleh itu gesaan supaya pesalah yang disabitkan dengan mat rempit atau gejala samseng jalanan dijatuhkan hukuman penjara mandatori adalah sangat-sangat dialukan. Apatah lagi sekrang ini telah melibatkan ramai dikalangan mereka yang masih di bawah umur dan juga pelajar sekolah.

Kerajaan diminta supaya meminda segera Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 ke atas mat rempit atau samseng jalanan dengan hukuman penjara mandatori.

Pindaan tersebut dilihat mampu memberi kesan lebih besar untuk membanteras kegiatan itu yang semakin berleluasa dan membimbangkan.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, pihaknya telah mengemukakan cadangan pindaan itu kepada kerajaan sejak dua tahun lalu tetapi sehingga kini tiada maklum balas.

Sehubungan itu kata beliau, pihaknya meminta agar cadangan tersebut difikirkan semula berikutan hukuman sedia ada di bawah seksyen berkenaan kurang berkesan.

Tambahnya, ketika ini Seksyen 42(1) APJ 1987 memperuntukkan denda sekurang-kurangnya RM5,500 dan tidak melebihi RM10,000 atau penjara sekurang-kurangnya lima bulan.

Beliau berkata, sepanjang operasi bersepadu trafik yang dijalankan serentak di seluruh negara bermula 1 Mei sehingga kelmarin, sebanyak 689 operasi telah dijalankan.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 69 samseng jalanan termasuk tiga remaja bawah umur 15 tahun telah ditahan kerana terbabit dalam aktiviti lumba haram.

Melaka kini bebas meningitis

Wabak meningitis..

Melaka hari ini diisytihar bebas daripada wabak meningitis apabila tiada lagi pesakit yang dirawat di Hospital Melaka, kata exco kesihatan negeri Norpipah Abdol.

Tiga pelatih terakhir Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Tiang Dua yang dirawat di wad pengasingan hospital itu dibenarkan pulang pada pukul 8 pagi ini, lapor Bernama.

"Empat pelatih akademi itu yang dirawat di wad sama dibenar pulang semalam," katanya selepas mengiringi tiga pelatih berkenaan keluar dari hospital berkenaan hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Dr Ghazali Othman.

Kes meningitis itu mula dikesan apabila seorang pelatih akademi berkenaan meninggal dunia pada 4 Mei lepas, dan 41 yang lain dirawat di hospital.

Norpipah berkata arahan kuarantin yang dikenakan terhadap pelatih lain di akademi berkenaan juga telah ditarik balik dan aktiviti di akademi itu pulih seperti biasa.

KEPUTUSAN PTK MAC 2009

Keputusan telah keluar...

Majlis Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan keputusan PTK Mac 2009. Guru-guru boleh menyemak keputusan PTK melalui link berikut :

http://www.mpm.edu.my/ptk/loginfrm.aspx

Cikgu-cikgu hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan... Semoga Berjaya!!! Kepada yang masih belum berjaya, jangan berputus asa... Cuba lagi!

5.19.2009

Khir Toyo Kena Gantung?

DUN S'gor: Khir Toyo digantung setahun...

Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah menggantung ketua pembangkang dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo daripada menghadiri sidang DUN selama setahun.

Tindakan itu diambil ekoran kegagalan beliau menghadiri siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor Mac lalu berhubung perbelanjaan dana agensi kerajaan negeri.

Jawatankuasa itu - di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor - juga mendapati beliau bersalah terhadap tiga tuduhan membuat kenyataan yang menghina legitimasi Selcat, dalam media dalam dalam blognya.

Ekoran itu, Dr Mohd Khir yang juga ketua pembangkang di DUN Selangor digantung selama setahun daripada menghdiri sidang DUN kerana gagal menghadiri siasatan awam tersebut, dan digantung masing-masing enam bulan bagi setiap tuduhan tersebut.

Kesemua elaun dan keistimewaan yang diterima Dr Mohd Khir Toyo sebagai seorang ADUN, juga digantung.

Jawatankuasa itu juga menggantung empat lagi ADUN BN Warno Dogol (Sabak), Isa Abdul Kasim (Batang Kali), Marsum Paing (Dengkil) dan Mohamad Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) selama enam bulan kerana mempersoalkan integriti Selcat.

Elaun dan keistimewaan mereka juga turut digantung sepanjang tempoh hukuman tersebut.

Ia diumumkan oleh Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa hak dan keistimewaan tersebut di Shah Alalm untuk membincangkan perkara tersebut.

Bagaimanapun, Teng berkata, hukuman itu merupakan syor yang dibuat jawatankuasa tersebut.

Syor tersebut, katanya, akan dibentang di sidang DUN Julai depan untuk dibahas dan setiap wakil rakyat termasuk Dr Mohd Khir akan diberi peluang membahaskannya.

Dalam siasatan Selcat selama lapan hari Mac lalu, para saksi memberi keterangan bahawa berjuta-juta ringgit dana syarikat pelaburan kerajaan negeri, telah disalahguna oleh Balkis - Badan Kebajikan dan Amal Isteri Wakil-wakil Rakyat BN Selangor - yang dipengerusikan oleh isteri Dr Mohd Khir - Datin Zaharah Kechik - sewaktu beliau menjadi menteri besar.

Sementara itu, ketika dihubungi selepas pengumuman tersebut dibuat, Dr Mohd Khir berkata beliau belum menerima surat berhubung hukuman tersebut.
Bagaimanapun, katanya, beliau akan meminta peguamnya mengkaji perkara itu sebelum memutuskan tindakan selanjutnya. Malaysiakini.

KES BULI ANAK : PIHAK SEKOLAH TIDAK AMBIL TINDAKAN

Ibu kesal pihak sekolah tidak ambil tindakan kes buli anak..

Semenjak dua penjak ini kita rasanya jarang mendengar kes membuli melibatkan pelajar sekolah. Namun begitu kita tidak boleh memandang ringan kejadian yang terbaru pada hari khamis yang lepas di sebuah sekolah di Kota Baharu yang melibatkan kes buli pelajar.

Dalam kes tersebut seorang pelajar yang dibelasah oleh kira-kira 20 pelajar lain sehingga pengsan selepas tamat waktu persekolahan . Ia perlu diambil serius oleh pihak sekolah dan juga JPN. Ini merupakan kes buli dan ala ‘gangster’ yang mana ia berlaku kerana pelajar tersebut enggan memberikan RM1 sebagai "bayaran perlindungan".

Walaupun ibu kepada mangsa telah membuat laporan polis, namun pihak sekolah perlu mengambil tindakan yang tegas kepada 20 pelajar tersebut. Ini merujuk kepada kenyataan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Mohd Ghazali Abdul Rahman yang mengatakan bahawa sebarang bentuk hukuman dan tindakan disiplin terhadap 20 pelajar terbabit diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah.

Meskipun kes berkenaan dilihat besar berikutan ia membabitkan laporan polis, namun pihak sekolah masih mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menentukan hukuman terhadap pelajar-pelajar terbabit. Namun ianya tetap bergantung kepada peraturan dan etika yang ditetapkan di bawah JPN yang sememangnya perlu dipatuhi semua sekolah.

Walaupun kes ini berlaku di luar kawasan sekolah dan laporan polis telah dibuat, justeru keutamaan sekarang bergantung kepada pihak polis dan budi bicara pihak sekolah itu sendiri. Namun pihak sekolah perlu memberi perhatian yang sewajarnya bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang dan menimpa pelajar lain terutama pelajar-pelajar baru.

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam membendung gejala buli dikalangan pelajar sekolah. Mereka perlu sensitif dengan aktiviti anak mereka terutama selepas tamat waktu persekolahan dan jangan hanya berharap pihak sekolah memantau pelajar-pelajar sehingga di luar pagar sekolah. PIBG juga perlu memainkan peranan yang padu bagi memastikan kes buli ini tidak lagi berlaku di sekolah.

Berita lanjut klik di sini

Jangan Pilih Perokok Jadi Guru

Oleh ZAINOR RASHID ABDULLAH

Sempena Hari Guru pada 16 Mei lalu, Kementerian Pelajaran diminta melakukan tapisan kepada bakal-bakal guru yang menghadiri ujian bertulis dan temu duga bagi mengelak dari memilih mereka yang kaki rokok menjadi guru.

Tapisan ini penting bagi memastikan hanya mereka yang bersih dari gejala ini dipilih menjadi guru dan patuh kepada arahan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan.

Kerajaan patut memandang serius terhadap tabiat merokok di kalangan bakal-bakal guru agar tidak menambah bilangan perokok di kalangan guru yang sedia ada.

Guru mesti menjadi contoh dan idola kepada pelajar. Oleh itu guru mesti menjadi teladan iaitu jangan sesekali merokok. Jangan sampai peribahasa 'Kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari' terjadi.

Kesihatan amat penting. Ia tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk mendidik pelajar agar menjauhi rokok dan menjalani gaya hidup yang sihat.

Merokok merbahayakan kesihatan dan merupakan antara penyebab kematian kepada lima juta manusia setiap tahun. Laporan kesihatan sedunia mendedahkan bahawa empat juta lelaki dan sejuta wanita mati manakala dua juta lelaki dan 380,000 wanita adalah dari negara yang sedang membangun.

Di Malaysia terdapat 4.6 juta perokok dan lapan peratus daripada angka ini adalah pelajar. Tanggungjawab siapa mengatasi isu ini? Jika guru boleh menjadi teladan dengan berhenti menghisap rokok, saya percaya pelajar akan mengikut jejak langkah guru mereka.

Bilangan perokok di negara maju semakin menurun dan ini hasil dari peningkatan pelajaran yang mereka terima dan cepat sedar tentang bahaya merokok serta lebih mengutamakan kesihatan.

Trend merokok di kalangan pelajar amat membimbangkan. Hanya guru yang dapat memberi kesedaran dan pendidikan kepada pelajar agar berhenti merokok.

Guru Pendinding Ampuh Bendung Anasir Negatif

Ustazah Nuridah Salleh (Ketua DMPP)...

Selamat Hari Guru diucapkan kepada para guru Malaysia yang telah melaksanakan tanggungjawab dalam mendidik generasi ummah.

Tahniah dan syabas buat kalian di atas kesungguhan dan kesabaran dalam mendukung visi dan misi murni menyampaikan ilmu.

Tema Hari Guru ke-38 'Guru Pembina Negara Bangsa' menyerlahkan agenda membina tamadun negara melalui proses pendidikan yang menjadi nadi profesyen perguruan.

Cabaran guru masa kini berhadapan dengan masalah kebejatan sosial masyarakat yang bermula daripada institusi keluarga yang rosak. Apabila institusi keluarga sejahtera gagal dibentuk, maka pembinaan individu manusia menjadi tidak seimbang.

Ini mengakibatkan guru-guru terpaksa terlebih dahulu menangani 'masalah sikap' para pelajar sebelum meneruskan proses penyampaian ilmu dengan pelbagai medium dan kaedah bersesuaian.

Selain itu proses membentuk daya tahan dan membangunkan sistem imuniti melalui aspek penerapan 'akidah' dan kefahaman terhadap agama serta akhlak merupakan cabaran para guru. Ini adalah kerana dunia ledakan maklumat tanpa sempadan seringkali membuka ruang dan peluang untuk anasir-anasir negatif.

Guru-guru dengan wibawa yang tersendiri mampu melatih pelajar dalam mewujudkan daya saing yang ampuh bagi mendepani segala anasir dan unsur-unsur negatif yang berleluasa.

Segala cabaran kehidupan yang dipengaruhi aspek teknologi serta pengembangan ilmu pada hakikatnya akan mendatangkan kesan positif secara menyeluruh sekiranya pengarahan dan halatuju adalah berdasarkan konsep yang telus.

Sebagaimana Allah SWT menukilkan dalam surah al-'Asr yang bermaksud: "Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

Sekali lagi ucapan penghargaan kepada para guru Malaysia di atas segala komitmen membentuk jatidiri masyarakat Malaysia.

Anjakan paradigma terhadap peranan mendidik masyarakat perlu dijadikan satu agenda pelaksanaan yang menyeluruh kepada semua warga Malaysia, agar agenda 'mendidik anak bangsa' tidak hanya diletakkan di bahu para guru semata-mata. - lanh _

Penanti : BN Sah Tidak Meletakkan Calon

Permainan politik pembangkang???

Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini kerana ‘ia hanyalah satu permainan politik pembangkang’.

Keputusan itu dicapai sebulat suara pada Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang berlangsung kira-kira dua jam di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ia dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta sebahagian besar ketua parti-parti komponen BN.

Najib pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu menegaskan, keputusan tersebut diambil kerana pilihan raya berkenaan hanyalah satu permainan politik pembangkang dan bukan disebabkan keperluan mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Najib, tindakan untuk tidak meletakkan calon juga bukan pertama kali dilakukan BN sebaliknya pernah sekali dilakukan lama dahulu.

Pada tahun 1975, BN tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Menglembu selepas Ahli Parlimennya, Fan Yew Teng dari DAP disabit dengan kesalahan berkaitan Akta Hasutan.

Mengenai tindakan susulan UMNO dan BN selepas ini sama ada mahu menyeru penyokongnya di DUN Penanti memulaukan pilihan raya kecil 31 Mei ini, Perdana Menteri berkata: “Tak ada apa-apa lah. Kita tak letak calon.’’

Mahkamah Tinggi: Sultan tidak boleh pecat MB

Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari jawatannya kerana beliau (menteri besar) tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda.

Ini keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim pada 11 Mei lalu, bila beliau mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Dalam penghakiman 78-muka yang dikeluarkan kepada media hari ini, Abdul Aziz berkata sebaik saja menteri besar dilantik, beliau dan majlis exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tiada siapa lain.

Berita lanjut klik di sini

Pemuda Umno : Cermin Diri Sebelum Membuat Kenyataan

Pemuda Umno Minta SPRM Siasat Dakwaan politik Wang Dalam PAS..

Wak hanya mampu tersenyum sinis bila membaca berita ni. Wahai Datuk Razali... Apa cerita pulak 'rasuah' dalam UMNO. Orang yang telah terbukti dan sabit kesalahan pun masih memegang jawatan tertinggi dan juga masih memegang jawatan Ketua Menteri.

Amacam pulak dengan Ketua Datuk Razali tuuu... Tak nak minta SPRM siasat kee? Daripada nak menjaga hal orang lain, lebih baik muhasabah diri.... Lihat dalam UMNO tu sendiri.. Kalau tak pandai nak bercakap lebih baik diam. Bila kita diam, orang tak kan nampak kebodohan dan kebangangan kita... Tapi bila kita cuba juga untuk bercakap, nampaklah pulak tembelang kita.

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan berlakunya 'politik wang' dalam PAS menjelang Muktamar ke-52 parti itu bulan depan.

Razali berkata kedua-dua pemimpin PAS itu membuat kenyataan tanpa tekanan dan dakwaan itu seharusnya disiasat oleh SPRM.

"Ini bukan soal diberi ambil tapi jangan undi mereka yang memberi tetapi ia melibatkan pengakuan tentang berlakunya soal penggunaan wang secara salah," kata Razali, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

5.18.2009

Pengorbanan Guru Tidak Dilupa

BATU PAHAT 17 Mei ....

Kerajaan tidak akan melupakan segala pengorbanan yang dibuat oleh guru bukan siswazah dalam mendidik anak bangsa, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Beliau berkata, segala tuntutan yang dibuat oleh kumpulan guru terbabit kini dalam perhatian dan pertimbangan kerajaan.

Menurutnya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran sendiri telah memberikan jaminan tidak akan melupakan golongan tersebut.

''Jadi, guru-guru bukan siswazah tidak perlu bimbang kerana nasib mereka kini dibela oleh kerajaan,'' katanya pada Perjumpaan Bersama Warga Pendidik Daerah Batu Pahat di Dewan Jubli Intan di sini malam tadi.

Menurut Mohd. Puad, guru merupakan golongan yang berkuasa untuk membina dan membangunkan bangsa serta negara menerusi pendidikan.

''Ini kerana guru menjadi acuan dalam melahirkan generasi yang diimpikan negara,'' katanya.

Selain itu, menurutnya, kejayaan Pelan Induk Pendidikan juga bergantung kepada pengorbanan dan keikhlasan guru-guru terutamanya mereka yang mengajar di kawasan pedalaman.

Mengenai pertambahan beberapa kuota jawatan termasuk 2,141 Guru dan Pengetua Cemerlang, Mohd. Puad berkata, ia membuktikan kerajaan memberikan pengiktirafan tinggi kepada guru.

Tuntutan Guru Bukan Siswazah

Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB) berharap kerajaan dapat memberikan perhatian terhadap beberapa tuntutan berkaitan perkhidmatan guru bukan siswazah dan lepasan diploma di sekolah rendah.

Presiden KGGMMB, Mohd. Sabri Mohd. Arshad berkata, apa yang diharapkan oleh guru-guru bukan siswazah sempena sambutan Hari Guru 2009 Peringkat Kebangsaan di Kuala Terengganu semalam ialah mengenai perubahan skim dan beberapa insentif perkhidmatan membabitkan mereka.

Menurutnya, kerajaan seperti 'tidak bersikap adil' terhadap guru bukan siswazah yang sudah lama berkhidmat di kawasan pedalaman dan luar bandar apabila hanya mengumumkan kelulusan pertambahan 2,141 kuota untuk jawatan Guru dan Pengetua Cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) siswazah di sekolah menengah dan 1,910 jawatan Guru Cemerlang bagi PPP siswazah di sekolah rendah.

''Nampaknya, belum kesampaian lagi tuntutan yang kesatuan perjuangkan sejak sekian lama dan berharap kerajaan prihatin dengan menyegerakan keputusan dalam masa terdekat ini,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohd. Sabri, nasib kira-kira 80 peratus guru bukan siswazah dan lepasan diploma khususnya yang sudah memasuki perkhidmatan cukup lama dan mencapai status gaji hakiki, belum mendapat pembelaan sewajarnya.

''Sedangkan mereka ini yang banyak menabur bakti mendidik anak bangsa dan bergiat aktif dalam kemasyarakatan di sekolah pedalaman dan luar bandar,'' katanya.

Mohd. Sabri berkata, antara perkara yang sudah lama dituntut oleh KGGMMB dan kesatuan guru lain ialah kenaikan Guru Besar dan Penyelia di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) kepada Gred DGA36, manakala Guru Penolong Kanan DG32 dinaikkan ke Gred DGA34.

''Kenaikan gred ini amat setimpal dan relevan berasaskan beban tugas dan perkhidmatan di samping menjarakkan perbezaan gaji yang agak ketara antara Guru Besar dengan Guru Penolong Kanan di sekolah rendah,'' katanya.

Selain itu katanya, tuntutan lain melibatkan perubahan Elaun Khas dan Elaun Keraian Guru Besar yang sepatutnya dimasukkan ke dalam slip gaji dan diselaras antara setiap negeri.

''Pihak kesatuan masih menaruh harapan agar kerajaan dapat menyelesaikan tuntutan kesatuan ini bagi membela nasib guru bukan siswazah dan lepasan diploma agar mereka juga boleh menikmati kehidupan lebih selesa seperti rakan di kalangan guru siswazah, sesuai dengan kedudukan ekonomi dan cabaran kehidupan pada hari ini,'' katanya.

Politik wang mungkin ada - Nik Aziz

KOTA BHARU 17 Mei ..

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan wujudnya 'politik wang' dalam parti itu menjelang pemilihan agung bulan depan.

Justeru, beliau meminta para perwakilan pada Muktamar Tahunan Pas itu menolak calon yang mengamalkan perbuatan sedemikian bagi meraih sokongan.

Namun Nik Aziz mengingatkan, sebarang tuduhan mengenai gejala itu perlu dibuat berlandaskan fakta dan wajar tindakan diambil sekiranya gagal dibuktikan.

"Boleh jadi ada sungguh (politik wang). Kalau ada sungguh, saya berasa sangat dukacita. Kita hendak berjuang dalam Pas, sedangkan Pas hanya wadah untuk perjuangkan Islam.

"Macam saya sebut hari itu, bagi duit ambil, bagi gula kacau. Saya setuju benar orang beri ambil tetapi jangan undi orang macam ini. Jangan beri peluang orang begini wujud dalam Pas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Dewan Ulama, Datuk Mohamed Daud Iraqi bahawa budaya memberi 'hadiah' mula menular ke dalam parti tersebut menjelang pemilihan parti tidak lama lagi.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta calon yang bertanding pada pemilihan akan datang supaya tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan syak.

"Dalam suasana begini, jangan kita beri macam-macam dekat orang sebab mereka akan tuduh kita. Orang tidak tuduh kita kalau kita ini bersih, jadi jangan buat benda yang boleh membuatkan orang tuduh kita.

"Perwakilan jangan terpedaya, jangan jadi hamba duit dan Alhamdulillah, Pas berjaya menyekat nafsu daripada terperangkap dengan duit," katanya.

Mengulas tindakan ke atas Mohamed sekiranya gagal mengemukakan bukti atas dakwaan tersebut, beliau berkata, ia memang perlu dilakukan bagi memastikan setiap pemimpin bercakap berlandaskan fakta.

"Saya setuju, kita hendak sebut depan orang ramai mesti kena ada fakta. Jangan mengada-ada sebut kalau tak ada fakta," katanya.

Mohamed telah diarah memberi penjelasan kepada Dewan Harian Pas Pusat dan sekiranya gagal mengemukakan bukti, beliau akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin.

Nasihat Tokoh Guru 2009

Penerima Anugerah Tokoh Guru 2009, Phua Seng Tiong, 64....

"Permohonan saya untuk menjadi guru pernah ditolak dulu dan saya fikir impian saya sudah berkecai ketika itu. Namun, atas semangat kuat, saya terus mencuba untuk menjadi guru dan tidak menoleh ke belakang lagi hingga hari ini," kata seorang daripada tiga penerima Anugerah Tokoh Guru 2009, Phua Seng Tiong, 64.

Beliau berasal dari Batu Pahat, Johor berkata, sifatnya yang suka melihat seseorang insan berjaya dalam kehidupan mendorong beliau menjadi guru.

Katanya, menjadi guru kerjaya yang paling menarik dan sangat dibanggakan bagi dirinya dan hingga kini beliau masih aktif melakukan aktiviti kemasyarakatan.

"Saat paling menggembirakan sepanjang berkhidmat sebagai guru ialah apabila dihubungi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jinjang yang memaklumkan mereka mendapat ijazah kelas pertama universiti di England serta sekolah berkenaan meraih Anugerah Sekolah Harapan Negara pada 1999," katanya.

Penerima Anugerah Tokoh Guru membawa pulang sijil penghargaan, plak dan wang tunai RM10,000. Hadiah disampaikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Seorang lagi penerima Anugerah Tokoh Guru 2009, Datuk Abdul Rahim Tahir berkata, dengan perubahan struktur pendidikan yang semakin mencabar mutakhir ini, guru perlu mewujudkan iklim sihat di sekolah, membangkitkan kemesraan dengan pelajar dan memiliki sifat kepemimpinan tinggi.

Beliau yang berpengalaman sebagai guru selama 36 tahun berkata, guru yang mengamalkan tiga aspek berkenaan diyakini mampu membantu menangani masalah disiplin di kalangan pelajar.

Penerima ketiga Anugerah Tokoh Guru 2009, Shahul Hamid Mydin Shah, berharap guru generasi kini dapat meneruskan mandat mendidik anak bangsa dengan baik.

"Tugas guru sangat mulia dan guru memiliki hati yang suci. Satu nasihat saya supaya guru mengawal emosi ketika mendidik pelajar," katanya.

Sementara itu, bekas Ketua Pengarah Pelajaran dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan Yayasan Guru Malaysia Berhad, Allahyarham Tan Sri Abdul Rafie Mahat dianugerahkan Tokoh Khas Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan.

Selain itu, Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Asiah Abu Samah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan, manakala Abdul Rashid A Latiff menerima Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas dan Shamsul Anuar Amat Kasi sebagai penerima Anugerah Guru Cemerlang Kurang Upaya.- BERITA HARIAN

Bunuh Bayi : Kekejaman Dizaman Jahiliah

Mayat bayi baru lahir ditemui dalam tong sampah

KUALA LUMPUR 17 Mei — Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di kawasan pembuangan sampah Jalan Tun Tan Cheng Lock berhampiran Pasar Seni di sini malam tadi.

Mayat bayi berkulit cerah itu ditemui dalam keadaan tertonggeng dengan kaki ke atas dalam sebuah tong sampah kira-kira 11.30 malam oleh seorang pekerja kedai yang melalui kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman yang dihubungi berkata mayat bayi itu cuma dibalut dengan kertas surat khabar bertarikh semalam (16 Mei).

“Kita percaya dia baru dilahirkan berdasarkan terdapat uri di badannya dan masih berdarah,” katanya.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit.— BERNAMA

5.17.2009

H1N1 : 102 Penumpang AK5358 Sedang Dijejeaki

Kementerian Kesihatan jejaki 102 penumpang AK5358 13 Mei..

Kementerian Kesihatan melalui pejabat-pejabat kesihatan daerahnya akan menjejak 102 penumpang yang menaiki pesawat AK5358 dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini ke Pulau Pinang pada pukul 11 pagi, 13 Mei lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Ramlee Rahmat berkata, kesemua penumpang pesawat tersebut diminta menghubungi Kementerian Kesihatan melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300.

``Kita perlu menjejak semua penumpang ini kerana pesakit kedua influenza A(H1N1) kedua negara yang kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang telah menaiki pesawat ini.

``Kami telah menerima semua maklumat penumpang AK5538 dan sedang dalam proses untuk menghubungi mereka,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Utusan

PIALA SUDIRMAN : CHINA JUARA

China benar-benar unggul...

China telah dinobatkan sebagai juara piala Sudirman 2009 yang telah menewaskan Korea Selatan dengan pukulan 3-0.

Pertembungan China dan Korea Selatan sebentar tadi mengulangi perlawanan akhir pada 1997 di Glasgow dan 2007 di Eidhoven, di mana kedua-dua pasukan pernah muncul sebagai juara.

Ini merupakan kejuaraan bagi kali yang ketujuh untuk negara China merangkul piala Sudirman. Diikuti oleh Korea Selatan sebanyak tiga kali, manakala masing-masing sekali iaitu Indonesia dan Denmark. Hanya empat negara ini sahaja yang pernah bergelar juara sepanjang kejohanan ini dipertandingkan.

Manakala pasukan negara yang juga telah tewas kepada pasukan China diperingkat separuh akhir hanya berjaya merangkul tempat ketiga bersama dengan pasukan Indonesia.

'Guru Pembina Negara Bangsa'

'Hadiah' Hari Guru..

Hari Guru ke 38 Peringkat Kebangsaan di sambut di Taman Tamadun Islam Kuala Trengganu. Tema Hari Guru pada tahun ini adalah 'Guru Pembina Negara Bangsa'.

Beberapa pengumuman oleh pihak kerajaan melalui Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan antaranya adalah :

i.Kerajaan meluluskan pertambahan 2,141 kuota untuk jawatan Guru dan Pengetua Cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) siswazah di sekolah menengah berkuat kuasa serta merta.

ii.Kerajaan juga bersetuju mewujudkan 1,910 jawatan Guru Cemerlang bagi PPP siswazah yang berkhidmat di sekolah rendah.

iii.Pemberian insentif RM200 sebulan kepada Pembantu Pengurusan Murid di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan. Pembayaran insentif itu dikebelakangkan mulai tarikh kuat kuasa iaitu Januari 2009.

iv.Kerajaan bersetuju memanjangkan Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) kepada pasangan pegawai yang turut berkhidmat di sekolah-sekolah pedalaman dengan pembayaran juga dikebelakangkan mulai 1 Mac 2009.

Pertambahan kuota melibatkan 12 jawatan Guru Cemerlang Gred Khas C iaitu daripada 24 kepada 36, Guru Cemerlang Gred DG54 ditambah daripada 100 kepada 134 jawatan dan Guru Cemerlang Gred DG52 daripada 250 kepada 336 jawatan.

Turut ditambah ialah Guru Cemerlang Gred DG48 daripada 1,000 kepada 1,345 jawatan dan Guru Cemerlang Gred DG44 daripada 4,000 kepada 5,379 jawatan.

Bagi Pengetua Cemerlang Gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C ditambah daripada 10 kepada 20 jawatan dan Pengetua Cemerlang Gred DG54 ditambah daripada 200 kepada 475 jawatan manakala Pengetua Cemerlang Gred DG52 dikekalkan 400 jawatan.

Bagi sekolah rendah pula, jawatan yang diwujudkan untuk PPP siswazah adalah Guru Cemerlang Gred DG48 sebanyak 173 jawatan manakala 1,737 jawatan pula untuk Guru Cemerlang Gred DG44.

Selain dari itu, PPP bukan siswazah juga akan menikmati laluan kerjaya sama apabila kerajaan selesai melakukan kajian mengenainya tidak lama lagi.

Semoga dengan pengumuman beberapa iensentif ini dapat meningkatkan lagi martabat profesion perguruan.

Selamat Hari Telekomunikasi & Masyarakat Bermaklumat Sedunia

17 Mei....

"Bersama meraikan sumbangan internet yang telah merubah corak hidup kita dengan menghubungkan Malaysia kepada dunia dan mengukuhkan perpaduan sesama kita"

Hari ini 17 Mei 2009 merupakan hari telekomunikasi dan masyarakat bermaklumat sedunia. Pastinya dalam era globalisasi memaksa kita untuk mengikuti arus perkembangan teknologi maklumat dan memperoleh seberapa banyak maklumat bagi penambahan ilmu pengetahuan dan bergerak selari dengan ledakan maklumat yang berlaku sepantas masa. Kita tidak mampu menoleh ke belakang tetapi mesti bergerak seiring dengan kemajuan. Tiada istilah dalam kamus hidup bahawa kita tidak tahu atau tidak pandai.

Internet telah merubah cara kita berkomunikasi, belajar dan hidup dengan membuka minda kita kepada dunia tanpa sempadan. Kini, kita berupaya menerokai dunia tanpa meninggalkan rumah, belajar tanpa membuka buku dan berkomunikasi tanpa perlu bersemuka.

Sungguhpun begitu, kita masih perlu berwaspada terhadap bahaya yang terselindung di sebalik Internet. Sebagai ibu bapa dan penjaga, adalah menjadi tanggungjawab kita memastikan anak-anak boleh mencapai Internet dan menggunakan segala maklumatnya dengan selamat tanpa menjadi mangsa ancaman di ruang siber.

5.15.2009

SELAMAT HARI GURU

Esok ... 16 Mei datang lagi....

Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar GURU...

Guru...dikaulah penyemai ilmu di dadaku.. daripada sedikit terus mekar berkembang... jasamu tiada tukaran nilai.... untukmu guru.... 'Lilin seorang guru'...



Lilin Seorang Guru
Artist: In-Team



Pernah langkahku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arahku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo... aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan... beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasihmu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

Nota : Petang ni Wak nak balik kampung so tak sempat nak ngadap pc.... so kesempatan ini Wak post ucapan Hari Guru untuk semua insan yang bergelar GURU.....

APA KHABARNYA UMNO DI JOHOR...

Kubu UMNO di Johor semakin retak!

UMNO kini hanya mampu berkubu di Johor bagi meneruskan kelangsungan politik di negara ini. Apabila kubu itu berjaya diroboh bermakna Umno akan lenyap di semenanjung.

Namun kini ternyata Umno tidak lagi kebal di Johor apabila Pakatan Rakyat berjaya bertapak kukuh pada pilihan raya umum lalu.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, perubahan pola politik di Johor semakin jelas sekarang apabila rakyat mulai sedar terhadap perkembangan politik negara.

"Dianggarkan tidak kurang rakyat 29 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen di Johor sudah menampakkan riak perubahan.

"Kawasan itu sedang menunggu untuk merubah lanskap politik khususnya dalam pilihan raya umum akan datang," katanya pada majlis mesra bersama sukarelawan Tabung Amanah Tok Kenali baru-baru ini.

Menurut beliau sebelum ini Johor terkenal sebagai 'Darul Umno', namun pada pilihan raya umum lalu beberapa kubu Umno sudah berjaya dirobohkan.

"Saya ada menerima maklumat daripada penyokong Pakatan Rakyat kaum India di Johor yang mengatakan PAS kini sudah berada di hadapan kerana berjaya memecahkan benteng pertahanan Umno di negeri itu," ujarnya.

Menurutnya rakyat di negara ini sudah melihat PAS dan Pakatan Rakyat semakin hampir menguasai politik negara.

Oleh itu beliau berharap anggota parti di semua peringkat perlu menggerakkan jentera bagi mendekati masyarakat khususnya golongan bukan Melayu.

Pada majlis itu beliau berharap sukarelawan Tok Kenali melaksanakan tanggung jawab melaksanakan tugas dengan sistematik bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Kata beliau, Presiden Barrak Obama memenangi pilihan raya Amerika tahun lepas hasil usaha sukarelawan yang turun ke bawah sewaktu kempen pilihan raya.

"Untuk itu saya mencadangkan sukarelawan kita turun ke bawah bersama masyarakat dengan mengedarkan risalah kepada rakyat," ujarnya.

Hadir sama pada majlis itu Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani dan Timbalannya, Rosli Abdullah serta 200 sukarelawan. -

Nota : Apa ceritanya di Parit Sulong... Kampung halamanku di Parit Othman???? Semoga sinar purnama akan menjelma... Amin!

Khurafat : Sanggup Memeluk Babi Hutan

Taiping : Orang Islam memeluk babi hutan...

Cetek pengetahuan agama dan percayakan khurafat menyebabkan segelintir umat Islam sanggup membelai dan memeluk babi hutan semata-mata untuk mendapatkan tuah, termasuk memenangi hadiah utama judi nombor ekor, sekali gus meraih kekayaan segera.

Perbuatan jahil itu yang semakin menarik minat orang Melayu dari dalam dan luar negeri ini dilakukan di sebuah kuil di kaki bukit berhampiran sebuah pasar raya terkemuka dekat sini.

Mereka datang untuk mencuba nasib biarpun perbuatan itu dilaknat Tuhan.

Difahamkan, kuil berkenaan memang dikenali di kalangan masyarakat Cina dan India hingga ada yang datang dari jauh, termasuk Singapura untuk melihat tarikan utamanya iaitu kehadiran babi hutan 30 hingga 50 ekor pada satu-satu masa di kawasan khas setiap malam.

Malah, keunikan kuil berkenaan pernah disiarkan dalam satu program saluran televisyen berbayar beberapa bulan lalu hingga menyaksikan pertambahan pengunjungnya saban hari.

Majoriti pengunjung hanya mempunyai satu tujuan iaitu membawa slip nombor ekor, geran kenderaan, wang kertas yang digunakan untuk membeli nombor ekor untuk diusapkan ke badan babi hutan terbabit kerana percaya ia mampu membawa tuah, termasuk memenangi hadiah utama judi nombor ekor.

Yang menyedihkan, kepercayaan itu menular di kalangan orang Melayu di daerah ini sebelum merebak ke luar Perak.

Badminton Piala Sudirman : Malaysia Ke Separuh Akhir

Malaysia ke separuh akhir badminton Piala Sudirman

KUALA LUMPUR 14 Mei - Pasukan badminton negara tidak menghadapi masalah untuk mara ke saingan separuh akhir Piala Sudirman apabila muncul naib juara Kumpulan 1A selepas menang 3-2 ke atas Denmark.

Malaysia akan bertemu juara Kumpulan 1B, China di separuh akhir Sabtu ini manakala satu lagi saingan separuh akhir menemukan Korea Selatan selaku juara Kumpulan 1A dan Indonesia, naib juara Kumpulan 1B.

Hoki Piala Asia : Malaysia Gagal Ke Akhir

Malaysia gagal ke akhir hoki Piala Asia

KUALA LUMPUR 14 Mei - Skuad hoki kebangsaan gagal mara ke perlawanan akhir Piala Asia Kelapan apabila tewas 4-2 di tangan Pakistan dalam saingan separuh akhir di Stadium Hoki Kuantan hari ini.

Walaupun mendahului 1-0 pada minit ketiga hasil jaringan Ismail Abu tetapi skuad kebangsaan gagal menghalang asakan bertubi-tubi Pakistan terutama pada separuh kedua yang memperolehi jaringan menerusi Rehan Butt minit ke-18, 64, Akhtar Ali minit ke-46 dan Ashim Ali minit ke-66, sebelum Ismail menambah gol kedua di minit terakhir perlawanan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails