5.23.2013

Kes Datuk Sosilawati : Patma Dan Tiga Pekerja Ladangnya Dihukum MATI


SHAH ALAM - Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu. 

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011. 

Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu. 

Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010. - Sinar

Mangsa pembunuhan kejam....

5.22.2013

Nafsu Binatang.... Pak Mat 58 Tahun, Rogol Pelajar 15 Tahun

Rogol lagi......

Suspek (dua kanan) dikawal anggota polis ketika mengambil reman di mahkamah, semalam.

KOTA BHARU - Seorang remaja berusia 15 tahun hidup dalam keadaan terseksa apabila didakwa menjadi mangsa nafsu kenalan bapanya sendiri, sejak setahun lalu. 

Remaja berkenaan pertama kali dirogol lelaki dikenali Pak Mat itu ketika suspek membawanya pulang ke rumah di Kampung Gaung Mulong di sini, awal 2012. 

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, suspek seorang buruh berusia 58 tahun membawa mangsa pulang ke rumah dan merogolnya. 

Katanya, sejak kejadian itu, mangsa kerap kali dirogol suspek di lokasi sama. “Laporan awal doktor mendapati mangsa kini mengandung 15 minggu. Susulan itu, polis menahan suspek di rumahnya pada jam 2.30 pagi tadi (semalam),” katanya semalam. 

Sementara itu, di Mahkamah Kota Bharu semalam, suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan selanjutnya. “Perintah reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret, Rozita Md Saad berkuat kuasa hari ini (semalam) sehingga 28 Mei ini. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. “Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap suspek juga positif dadah jenis morfin,” katanya.- Sinar




5.20.2013

Kota Bharu : Pelajar Dirogol Bergilir-gilir 6 Lelaki (17-18 Tahun)

KOTA BHARU - Akibat terlalu percaya kepada teman lelakinya, seorang pelajar perempuan tingkatan lima di sebuah sekolah di daerah ini dirogol secara bergilir-gilir oleh enam lelaki dikenali termasuk kekasihnya sendiri, dalam kejadian di Kampung Tok Akil di sini Jumaat lalu. 

Gambar hiasan
Sebelum kejadian, mangsa dipercayai keluar dari rumah pada jam 1 pagi mengikut teman lelakinya ke rumah datuk salah seorang rakan kekasihnya itu di Kampung Tok Akil di sini. 

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang dipercayai masuk ke dalam rumah berkenaan selepas menemani teman lelakinya itu dan kemudiannya dirogol bergilir-gilir. 

“Hasil laporan awal yang diperoleh dari pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor, terdapat kesan koyakkan baru pada kemaluan mangsa. “Selepas menerima aduan daripada mangsa, pihak polis terus melakukan serbuan di kampung terbabit dan berjaya menahan enam lelaki berumur antara 17 hingga 18 tahun,” katanya kepada Sinar Harian. 

Azham berkata, kesemua suspek yang ditahan merupakan bekas pelajar tingkatan lima yang juga merupakan sekolah mangsa berkenaan. “Kes terbabit disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) untuk tindakan lanjut,” katanya. - Sinar

5.17.2013

RAHSIA Shamsul Iskandar Dapat Tewaskan Ali Rustam Kini Tersebar

Muhammad Ali menang dengan Frazier, kalah dengan Shamsul...
 


Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin orang yang bertanggungjawab mengejutkan banyak pihak dengan menumbangkan bekas Ketua Menteri Mohd Ali Rustam di Bukit Katil dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Keputusan itu menyebabkan Ali (kanan), ketua menteri untuk tiga penggal melangkah daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan penuh tidak bergaya.

Keputusan itu juga menyebabkan ramai orang tertanya-tanya, apa resipi Shamsul sebagai underdog, ditambah lagi dengan rekodnya yang tidak menarik setelah tewas pada 2008 di Tangga Batu dan 2009 di Dungun.

"Ketika berkempen, saya bergurau, pada tahun 1974 terdapat perlawanan tinju - perlawanan terhebat di abad ini antara (juara heavyweight) Muhammad Ali dan Joe Frazier. Pada masa itu Frazier tewas.

"Pada 2013 Muhammad Ali lawan lagi. Tetapi kali ini Shamsul Iskandar menang," katanya dalam sebuah forum semalam, mengundang ketawa kira-kira 200 peserta.

Bukit Katil kawasan campuran dengan 53 peratus pemilih berbangsa Melayu, 41 peratus Cina dan enam peratus India. Shamsul menang dengan majoriti of 5,447 undi.
- Malaysiakini

5.16.2013

Kabinet Najib : Mana Tokoh Agama.... Harap DS Jamil Khir Baharom?

DS Jamil Khir Baharom - Menteri JPM
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyifatkan pembentukan kabinet baharu yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai bukti bahawa perjuangan akidah dan bangsa bukanlah merupakan agenda utama UMNO dan Barisan Nasional.

Ini terbukti apabila berisan kabinet tersebut tidak banyak mengetengahkan individu-individu yang dilihat vokal dalam isu akidah dan bangsa Melayu.

Dari sudut akidah sebagai contoh, Datuk Seri Najib jelas mengambil risiko dengan melantik Datuk Mary Yap Kain Ching sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi. Beliau yang merupakan Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia ( Federation of Councils of Christian Mission Schools Malaysia) adalah merupakan antara tokoh yang memperjuangan status sekolah mubaligh agar disamakan dengan sekolah kebangsaan. Hasil perjuangan beliau juga, sebanyak RM100 juta diagihkan kepada sekolah mubaligh di bawah Bajet 2013.

DPPNK ingin mempersoalkan apakah agenda Datuk Seri Najib membawa masuk individu sebegini di dalam Kementeria Pelajaran jika tidak untuk memperkasakan lagi sekolah-sekolah mubaligh dan dalam masa yang sama tiada tokoh yang akan memperjuangkan sekolah agama rakyat? Tidakkah ini juga merupakan tindakan berisiko untuk silibus pengajian murid-murid di sekolah kebangsaan yang pastinya akan turut menerima kesan ialah anak-anak kita semua?

Demikian juga tindakan Datuk Seri Najib membawa masuk Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P. Waythamoorthy ke dalam kabinet sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan mengenepikan suara-suara badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan bangsa Melayu turut dianggap sebagai umpan untuk menarik kembali undi bukan Melayu kepada Barisan Nasional.

Dalam hal ini, DPPNK ingin sekali mengetahui sikap badan-badan bukan kerajaan seperti PERKASA dan JATI yang jelas hanya dibakulsampahkan dalam pembentukan kabinet ini.

Selain itu, kegagalan Datuk Seri Najib untuk membawa masuk lebih ramai tokoh agama ke dalam kabinet membayangkan slogan UMNO selama ini sebagai pejuang agama Islam hanyalah retorik semata-mata.

Jika sebelum ini sekurang-kurangnya kabinet Malaysia mempunyai Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Dr Masyitah Ibrahim, kini hanya tinggal satu nama iaitu Jamil sebagai tokoh yang berlatarbelakangkan agama dalam kabinet baharu ini.

Di mana suara para ulama yang sebelum ini kuat membela UMNO/Barisan Nasional dalam isu kalimah Allah dan sebagainya? Adakah sudah menjadi kukur kelapa yang digunakan ketika kenduri dan disandar di hujung dapur apabila musim kenduri sudah habis?


Bagaimanapun konteks Kelantan, DPPNK mengharapkan agar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang dilantik untuk penggal seterusnya dapat memainkan peranan yang lebih aktif membantu membawa pembangunan ke Kelantan. Ini ditambah pula dengan kejayaan besar beliau memenangi DUN Ayer Lanas dengan majoriti 47 undi membolehkan beliau untuk menajdi jambatan penghubung di antara kerajaan Kelantan dan kerajaan Pusat.

Apapun, bagi pihak DPPNK, tiada yang mengejutkan dalam kabinet baharu Datuk Seri Najib ini, transformasi yang dilaungkan hanyalah transformasi label dan pembungkus sahaja sedangkan isi  dalamannya masih sama bahkan lebih tidak mustahil lebih teruk daripada yang sebelumnya.
- Harakahdaily

SELAMAT HARI GURU

 SELAMAT HARI GURU....

Ikon Guru - Iktiraf guru dalam perkhidmatan


Buat pertama kalinya sempena sambutan Hari Guru kali ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan hadiah penghargaan baru, Anugerah Ikon Guru bagi menghargai sumbangan guru yang masih berkhidmat dan menaikan imej kementerian di peringkat antarabangsa.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran, Datuk Mazlan Mohamad berkata, penganugerahan itu berbeza dengan Tokoh Guru memandangkan anugerah itu hanya menghargai sumbangan guru yang sudah bersara daripada perkhidmatan.

Menurutnya, antara kriteria diperlukan bagi melayakkan guru menerima anugerah itu adalah menyumbang meningkatkan imej kementerian dalam pelbagai bidang pendidikan dan tiada had umur ditetapkan selagi guru masih dalam perkhidmatan.

"Ini merupakan salah satu usaha kementerian untuk menghargai jasa dan pengorbanan serta pencapaian guru di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

''Selama ini, sumbangan mereka seperti tidak dinampakkan dan usaha tersebut merupakan salah satu penghargaan kementerian untuk menghargai jasa guru yang masih berkhidmat dalam pelbagai bidang pendidikan,'' katanya.

5.08.2013

PRU 13 : KITA TIDAK KALAH... CUMA KITA BELUM MENANG!!!

Kepada pejuang-pejuang reformasi
Pejuang-pejuang rakyat...
Ayuh bangkit!!!!

Buangkan kesedihan dan kedukaanmu
Tunjukkan pada mereka
hakikatnya...
"Kita tidak kalah... Cuma kita belum menang!!!

Nyanyian Kenangan
Pakatan Rakyat
PRU 13



Pergi pagi balik petang
Adakala sampai malam
Hari ini mereka menang
Kita tak berhenti berjuang

Ooooooooooh… Bersabarlah
Mungkin hari ini gelap
Tanda esok pasti cerah
Hari ini bukan mimpi
Tiba masa untuk berbakti
Ooooooooooh…. Bersemilah

Lamaku impi Negara Bersih
Supaya tiada yang tersisih
Jangan lupakan kenangan ini
Supaya kita teguh berdiri
Biar zaman berganti zaman

Andai kasturi hilang harum
Mawar tak berkuntum
Janganlah berkabung

Usah semalam direnung
Hari ini kita bangun
Percaya Maha Agung

Andai kasturi hilang harum
Mawar tak berkuntum
Janganlah berkabung

Usah semalam direnung
Hari ini kita bangun
Percaya Maha Agung

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails