8.04.2013

VIDEO : Penyokong Murshi Ditembak Ketika Solat

Mereka menghadapi ujian yang amat getir berbanding kita di Bumi Malaysia


Menjelang Syawal tiada makna bagi mereka....
Mudah-mudahan mereka tabah menghadapi ujian yang maha hebat ini... Amin!!!!

Rumah Terbakar Isteri Maut .. Kesah Sedih Menjelang Syawal

PUCHONG – “Abang, panas...panas...tak boleh keluar, api terlalu besar,” itu jeritan terakhir seorang wanita kepada suaminya sebelum dia ditemui rentung dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Puchong Indah, awal pagi, semalam. 


Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 pagi itu, mangsa, Noriza Mat Salleh, 37 dikatakan terperangkap dalam bilik tidur di tingkat atas gagal menyelamatkan diri apabila api marak dengan cepat di rumah teres dua tingkat didiami. Ketua Balai Bomba Puchong, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Jafri Amat berkata, pihaknya hanya dimaklumkan kejadian kira-kira jam 2.59 pagi. 

Menurutnya, satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7, Petaling Jaya bersama enam anggota dikejarkan ke lokasi. Sebelumnya, Jafri berkata, anggota dan jentera Balai Bomba Puchong serta Subang Jaya berada di Batu 13, memadamkan kebakaran sampah kilang sebelum turut bergegas ke rumah mangsa selepas menerima laporan. 

Katanya, apabila tiba api yang marak marak di tingkat atas berjaya dikawal dari merebak ke rumah bersebelahan. Menurutnya, seorang wanita ditemui rentung di bilik tidur tingkat atas manakala lima lagi mangsa lain termasuk suami dan empat anaknya berjaya menyelamatkan diri. Jafri berkata, berdasarkan maklumat suami mangsa, Azhar Samsudin, kebakaran bermula dari bilik tidur anaknya yang juga di tingkat atas. 

Menurut suami mangsa sebaik melihat kesan api, dia yang berada di tingkat bawah berlari mengetuk bilik anaknya dan mengarahkan kesemua mereka keluar. Dia juga berbuat demikian dan mengarahkan isteri yang tidur di bilik atas keluar. 

Suami mangsa katanya kemudian bergegas ke tingkat bawah mengambil baldi dan air berusaha memadamkan api berkenaan dan menyangka kesemua ahli keluarganya sudah keluar dari rumah. 

Bagaimanapun, apabila suami mangsa mahu ke tingkat atas sekali lagi membawa baldi dan air dia terkejut mendengar jeritan isteri dari dalam bilik tidur yang mengatakan gagal keluar kerana api terlalu marak. Beliau berkata, suami mangsa juga gagal menembusi kawasan api marak menyebabkan dia dan seorang jiran bergegas ke luar rumah cuba memanjat dari bahagian luar rumah untuk menyelamatkan wanita itu. 

Usaha memecahkan besi di bahagian tingkap tingkat atas bagaimanapun menemui jalan buntu menyebabkan wanita itu gagal diselamatkan. Anak mangsa Mohd Aiman Hakimi, 13, Nor Athirah Najihah, 12, Nor Afiwah Nadirah, 9 dan Mohd Ammar Aziq, 4, tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Hanya jiran yang membantu ketika itu mengalami kecederaan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar. “Hampir 70 peratus bahagian rumah itu terbakar dan barang di tingkat atas gagal diselamatkan. Punca dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya. 

CERITA DARI JIRAN

Terhidu bau hangit Kejadian kebakaran yang menyebabkan ibu empat anak rentung di Puchong Indah awal pagi, semalam turut disedari jiran mangsa yang kemudian cuba memberi bantuan dan memadamkan api. Jiran sebelah rumah mangsa, Faiz Mahmud, 26 berkata, dia yang baru tidur beberapa minit sebelum kejadian terjaga selepas terhidu bau hangit dan melihat asap tebal. 

Dia menyangka bau berkenaan .adalah bau masakan namun jangkaannya meleset apabila melihat asap tebal mula memenuhi ruang rumah yang didiami bersama kakak dan abang ipar. Tanpa berlengah, Faiz berkata, dia terus mengejutkan semua ahli keluarga dan mengarahkan kesemua mereka keluar dari rumah. Faiz mendakwa dia bersama seorang lagi jiran kemudian memecahkan cermin tingkap rumah mangsa apabila mendengar wanita itu menjerit meminta tolong. 

Usaha itu katanya gagal menyebabkan jirannya itu memberanikan diri menaiki tangga rumah mangsa dalam usaha menyelamatkannya. Bagaimanapun, api menyambar menyebabkan jiran berkenaan berundur dan terjatuh akibat terpijak tangga yang sudah hangus terbakar. 

“Saya tidak nampak di mana mangsa berada hanya dengar suara mengatakan dia kepanasan. “Keadaan terlalu gelap dan asap tebal, orang ramai tidak berputus asa menyembur air untuk memadam api yang marak itu,” katanya. 

Seorang lagi jiran, Normah Mohd, 53, berkata dia dalam perjalanan menghantar barang masakan untuk majlis berbuka puasa di surau berdekatan. Pelik melihat asap tebal, dia kemudian meminta anaknya mendekati kawasan itu dan terkejut melihat rumah mangsa yang juga rakannya terbakar. 

Katanya, api penuh di ruang tangga rumah dan dalam masa sama terdengar mangsa menjerit meminta tolong. Dakwanya suara itu akhirnya hilang perlahan-lahan dan api terus membakar keseluruhan tingkat atas yang menempatkan dua bilik tidur itu. “Mula-mula saya ingat budak main mercun tetapi terkejut lihat rumah rakan baik terbakar, saya terus mengetuk pintu rumah jiran-jiran bersebelahan mengarahkan mereka keluar.

“Arwah memang seorang yang baik, pemurah dan sentiasa ceria,” katanya. Rehat di ruang bawah “Ketika kejadian, saya berehat di ruang tamu bawah bersama seorang anak sebelum menyedari api membakar bilik di bahagian atas,” kata Azhar Samsudin,41, suami mangsa yang rentung dalam kejadian kebakaran di Puchong Indah, awal pagi semalam. 

Katanya, dalam keadaan cemas dia cuba memadamkan api menggunakan sumber air di dalam rumah namun kebakaran merebak dengan cepat. Sebelum itu, dia sempat menyuruh kesemua anak dan isteri yang tidur di tingkat atas keluar namun akibat api yang marak isterinya tidak sempat berbuat demikian. “Arwah isteri ditemui anggota bomba rentung di tepi dinding berhampiran tingkap bilik tidur utama,” katanya yang masih sugul dengan kejadian tragis itu. 

Dakwanya, semua barangan hari raya yang baru dibeli musnah dalam kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 pagi itu. “Arwah isteri saya selamat disemadikan di di Tanah Perkuburan USJ 21 sementara anak-anak pula dibawa pulang ke kampung oleh saudara mara,” katanya. - SH

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails