1.16.2013

Wanita DiROGOL Bergilir-gilir - Gambar Bogel Dirakam

Wanita Dirogol Bergilir-Gilir Kemudian Gambarnya Dalam Keadaan Bogel Dirakam
 

Klang : Seorang wanita bukan saja dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki malah gambarnya dalam keadaan berbogel turut dirakam kumpulan itu.

Mangsa juga mendakwa dijadikan tebusan selama sehari dalam kejadian Selasa lalu itu.


Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika mangsa sedang menunggu bas di Seksyen 15, Shah Alam, dekat sini bersama seorang rakannya sebelum dia diculik serta dibawa ke satu tempat oleh kumpulan lelaki itu.

Bagaimanapun, rakan mangsa tidak diculik.Mangsa hanya dibebaskan kira-kira jam 3 petang keesokannya. Sebaik dibebaskan, mangsa terus pulang ke rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Klang, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop (gambar) ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan itu dan memberitahu siasatan mengenainya sedang dijalankan.

“Memang kita menerima satu laporan mengenai kejadian tapi kes berkenaan berlaku di Shah Alam, jadi siasatan dijalankan mereka.

“Tidak banyak yang dapat saya katakan tetapi memang laporan mengenai kejadian diterima di sini, cuma kita belum tahu lokasi sebenar kejadian berlaku,” katanya kepada Harian Metro.

Harian Metro difahamkan, mangsa turut mendakwa dipukul dengan penyapu oleh kumpulan lelaki terbabit dan barangan berharga termasuk telefon bimbit serta barangan kemas turut dirampas.
Mangsa mendakwa dilarikan empat lelaki tidak dikenali menaiki sebuah kereta sebelum dikurung dalam sebuah bilik di kawasan perumahan di Shah Alam.

Dia dikatakan dibebaskan lelaki itu sejurus dihantar ke sebuah stesen bas menyebabkan dia terus pulang ke rumah dan menceritakan kejadian kepada keluarga sebelum membuat laporan polis. – Metro 

Ulasan...

Masih selamatkah negaraku Malaysia. Boleh dikatakan setiap hari kes rogol berlaku di negara kita. Hari ini kita membaca berita di akhbar-akhbar yang melibatkan orang yang kita tidak kenali. Cuba bayangkan apakah perasaan mangsa, ibu ayah dan juga adik beradik serta sanak saudara.

Cuba kita bayangkan mangsa rogol itu adalah anak yang kita sayangi.... adik atau kakak... atau isteri. mampukah kita menghadapi dugaan ini.  Adakah kita mempunyai kekuatan untuk bersama-sama mangsa rogol ini mengharungi penderitaan yang ditanggung.

Apakah lagi yang kita harus lakukan. Hukuman dan penguatkuasaan telah dilaksanakan namun sehingga sekarang jenayah ini terus berlaku. Pelaku-pelaku seperti tidak takut dengan undang-undang manusia yang sedia ada.

Sudah sampai masa dan waktunya untuk kita muhasabah diri. Perlukah lagi kita terus mengangkat undang-undang yang dibuat oleh manusia. Walau seberat mana hukuman itu jika ianya tidak berlandaskan hukum yang telah Allah tetapkan, nescaya kita akan terus menerus disajikan dengan jenayah rogol ini.

Hukum yang telah Allah tetepkan itu pada hakikatnya bukan sahaja ia menghukum, namun yang lebih sempurna ia mencegah daripada ianya berlaku. Tepuk dada tanyalah iman....

11 comments:

  1. bioso la bro. mbien nang meloko pon ono bocah wedok keno rogol.... cerito ne sampek meteng.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails