12.22.2011

Memang Patut SBPA Ditangguh

Petikan dari Harakahdaily....

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, Kumpulan Premier terbahagi kepada empat iaitu Premier 1 yang meletakkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) di dalamnya , Premier 2, Premier 3 dan Premier 4 yang kesemuanya akan menerima kenaikan gaji amat tinggi menerusi SBPA.


Menurutnya, mereka yang berada di dalam Kumpulan Premier hanya berjumlah 36 dan sekiranya SBPA dilaksanakan nanti bagi menggantikan Sistem Saraan Malayasia (SSM) yang digunakan sekarang, KSN akan menerima kenaikan gaji amat tinggi sehingga RM60,000 sebulan.


Katanya, selain itu, KSN akan turut menerima bayaran-bayaran lain termasuk imbuhan tetap sebanyak RM9,300 sebulan, elaun perumahan RM3,750 sebulan, elaun pembantu rumah sebanyak RM2,000 sebulan, elaun kemudahan untuk perkhidmatan, penanggungan kerja, bayaran untuk isteri mengiringi suami ke majlis-majlis tertentu, elaun pakaian, air, letrik dan gas.


"Mereka yang berada di dalam Premier 2 akan menerima gaji RM42,000 sebulan, Premier 3 sebanyak RM40,000 sebulan dan Premier 4 sebanyak RM35,000," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.


Imbuhan tetap bagi mereka yang berada di dalam Premier 2 sebanyak RM8,200, Premier 3 (RM8,100) dan Premier 4 (RM8,000), manakala elaun perumahan masing-masing sebanyak RM2,750 sebulan dan elaun pembantu rumah sebanyak RM1,000 sebulan.


Mereka juga akan turut menerima bayaran-bayaran elaun lain yang agak tinggi termasuk elaun kemudahan untuk perkhidmatan, penanggungan kerja, bayaran untuk isteri mengiringi suami ke majlis-majlis tertentu, elaun pakaian, air, letrik dan gas.


Beliau difahamkan mereka yang berada dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi pula akan menerima kenaikan gaji agak tinggi sehingga sebanyak RM5,000 sebulan.


"Ini menjadikan gaji minima mereka yang berada dalam Turus (VU4/VK4) sebanyak RM15,850 dan maksima RM25,230, manakala gaji minima bagi Gred Utama Khas A atau Jusa A (VU5/VK5) sebanyak RM14,760 dan maksima RM22,880 sebulan," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.


Gaji minima bagi mereka yang berada dalam Gred Utama Khas B (Jusa B) sebanyak RM13,775 dan maksima RM20,750 sebulan, manakala gaji minima bagi Gred Utama Khas C atau Jusa C sebanyak RM12,000 dan maksima RM17,770 sebulan.


Jurang yang berlaku antara Kumpulan Premier serta Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Sokongan, tambahnya, amat ketara apabila Kumpulan Sokongan hanya akan menerima kenaikan gaji antara RM80.00 ke RM100.00 sebulan.

Cuepacs: PM setuju tangguh pelaksanaan SBPA...

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam.

Utusan Online melaporkan beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Putrajaya hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu.

DUIT BARU 2012

Mulai Julai 2012, Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan wang kertas baru yang mempunyai note RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100. BNM juga dalam masa yang sama akan mengeluarkan duit Syiling baru.



12.14.2011

Mengapa Mereka Berani Menghina Hukum Hudud

Membaca luahan rasa Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengenai mereka yang lantang menghina Islam khususnya hudud, kita tersenyum sendiri.... Sebab kita tau... semua orang tau... apakah punca mereka begitu berani dan lantang menghina hudud...


Tak lain dan tak bukan disebabkan oleh pemimpin yang katanya Melayu dan Islam dari UMNO yang lantang bersuara sanggup berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan maruah Melayu dan Agama Islam. Khususnya apabila mereka berkokok dalam gelanggang sendiri... Masing-masing dari peringkat perwakilan sehingglah ke peringkat menteri.. Melaungkan kata-kata yang sama dengan nada berapi-rapi..


Tapi apabila Islam dan Hudud dihina oleh rakan sebarisan dengan mereka... Semua tak de telor!!!! Diam membisu... Tak de pun puak-puak UMNO nie nak menegur apatah lagi memberi amaran yang keras kepada mereka yang menghina Islam @ hudud...


Sebelum ini pun Umno kata Hudud yang dilaksanakan oleh Pas itu Hudud Pas dan zalim. Ustaz Umno Mohd Kamal Saidin terus ulangi hukum hudud Allah SWT ini dengan kata Hudud Pas bertentangan hukum Allah SWT. So..apa beza Umno dengan Chua Soi Lek pelakon gambar lucah yang jadi juara hina Islam?


Umno membuka ruang yang seluas-luasnya kepada Chua Soi Lek hina Islam jadi tak ada bezanya Umno-MCA bab hina hukum Islam. Mereka sama-sama cari jalan kutuk hukum Islam. Umno pulak bukan nak terangkan kepada orang Islam supaya dekati dan pelajari selok belok hukum Islam malah mereka sedaya upaya jauhkan umat Islam sendiri daripada hukum Islam.


Tidakkah ulama dalam Umno rasa berdosa bersekongkol dengan orang kapir yang jadi juara celupar terhadap hukum Islam. Inilah akibatnya jika kita jadikan agama sebagai satu bentuk keuntungan yang sementara. Demi pangkat dan darjat yang dikejar hinalah hukum Islam sekalipun tidak mengapa! Hukum Islam bukan hak Pas atau Umno tapi ianya hukum Allah SWT. Lebih baik pemimpin bukan Islam diamkan diri jangan sibuk dengan agama Islam tak kira Dap MCA, Gerakan.

Penghina hudud jangan kurang ajar - Ridhuan Tee


KUALA LUMPUR, 13 Dis: Kolumnis media Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah baru-baru ini menyelar pihak yang lantang menghina Islam khususnya hudud dan memberikan amaran kepada mereka.

Tanpa menamakan secara jelas, Mohd Ridhuan dalam tulisan yang disiar akhbar Sinar Harian kelmarin menggambarkan pihak yang dimaksudkannya adalah 'penzina' dan yang 'berlatar belakang menjijikkan'.

Katanya parti-parti politik atau orang bukan Islam boleh memberikan teguran dalam perkara lain seperti salah tadbir urus, salah laku peribadi, rasuah dan sebagainya yang dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi bila tiba kepada perkara berkaitan agama Islam, 'jangan terlalu kurang ajar'.

"Apatah lagi jika yang menegur itu, latar belakangnya amat menjijikkan. Seks rambang dan perzinaan sudah menjadi budaya hidupnya.

"Saya masih lagi boleh bersabar jika mereka tidak menerima ‘hudud Pas’. Tetapi cara mereka bercakap tidak menampakkan rujukan kepada ‘hudud PAS’, tetapi menghina Islam secara keseluruhan dan isi kandung al-Quran. Perbuatan ini amat melampau," tulisnya.

Biarpun tidak dinyata dengan jelas siapa sasaran tulisannya, namun ianya dipercayai ditujukan kepada Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Ini kerana, dalam tulisannya itu beliau merujuk kepada kenyataan yang mendakwa pelaksanaan hukum hudud akan membawa kepada kemusnahan ekonomi negara dan binasa diri.

Ianya termasuk dakwaan bahawa pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan “binasa diri” jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia yang pernah diucap Soi Lek pada satu forum di Wisma MCA baru-baru ini.

"Jangan bermain dengan api wahai penzina. Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam. Apakah kita boleh menerima kenyataan seperti pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan ‘binasa diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.

"Persoalan saya, apakah Malaysia akan menjadi daya tarikan pelabur-pelabur dengan lambakan pelacur-pelacur yang datang daripada Cina dan Vietnam yang datang ‘memberi khidmat’?


"Apa matlamat sebenar membawa masuk mereka ini? Apakah mungkin beliau turut melanggan kerana memang menjadi kesukaannya menyimpan mistres?" soalnya lagi.

Dalam nada tegas, beliau yang juga penyarah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia turut mengingatkan pihak tersebut tidak mencampuri urusan orang Islam khususnya berkaitan dengan soal hudud.

Apatah lagi katanya jika seseorang itu berlainan bidang kepakaran, maka sewajarnya tidak perlu banyak mengulas tentang bidang yang lain.

"Jika bidang beliau mengenai kesihatan seperti mana jawatan yang pernah dipegang sebelum ini, lebih baik dia bercakap mengenai keburukan yang dibawa hasil seks luar nikah atau seks rambang atau penzinaan," tegasnya.

Soi lek sebelum ini juga mendakwa sistem perundangan itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa.

Selain itu beliau turut meramalkan bahawa pasaran saham akan jatuh antara 10 hingga 20 peratus jika hukum hudud digubal dan ia juga akan memberi kesan ke atas kewangan pelabur-pelabur tempatan.

"Wah! bukan main pandai lagi beliau meramal seperti nujum.

"Justeru, tunggu apa lagi, marilah kita bersama-sama tanpa mengira parti dan ideologi, mempertahankan Islam yang semakin lama semakin berani dimamah dan diratah oleh ultra kiasu yang wujud di mana-mana, termasuk dalam Barisan Nasional," kata Ridhuan.

12.06.2011

Masa Depan ISLAM 'Gerhana' Jika UMNO Terus Berkuasa

Masa depan Melayu 'gerhana' jika Putrajaya ditawan...


Orang Melayu dan umat Islam tidak mempunyai pilihan tetapi mempertahankan kerajaan BN kerana ia jalan tunggal menjamin depan bangsa Melayu dan melindungi maruah agama Islam itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak....

Beliau juga memberi amaran masa depan orang Melayu akan ‘gerhana’ jika BN pimpinannya tidak lagi kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-13.

Namun hakikatnya apa yang lebih parah lagi adalah masa depan Islam telah pun gerhana di bawah pimpinan UMNO sekarang ini.. Buktinya..

Sikap membisu Umno untuk menegur kebiadapan Chua Soi Lek, presiden MCA membuktikan kepada umum siapa sebenarnya yang menjadi kuda tungangan. Keceluparan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang memperlekehkan hukum Hudud dengan menyatakan Hudud akan jatuhkan ekonomi Malaysia jika dilaksanakan di negara ini.

Kenyataan Chua yang biadap itu sebagai indikasi kepada perasaan kurang hormat beliau terhadap ajaran Islam. Malahan kenyataan beliau berniat jahat serta bersifat dangkal dan boleh mencetuskan ketegangan politik serta agama yang sama sekali tidak diingini oleh semua masyarakat.

Namun apa yang kita lihat, sikap membisu UMNO yang langsung tidak menegur kebiadapan dan keceluparan Chua membuktikan kepada umum siapa sebenarnya yang menjadi kuda tungangan.

Sebabnya mudah... Pemimpim-pemimpin UMNO sendiri memperlekehkan hukum Hudud. Malahan hanya pandai berkata-berkata itu salah ini salah... Malahan apabila PAS telah berusaha membentangkan enekmen hudud di Terengganu dan Kelantan UMNO bukan sahaja tidak menyokong tetapi diperlekehkan dengan dakwaan kononnya ia bertentangan dengan hudud sebenar.

Ternyata DS Najib tersilap berkata-kata semasa berucap kepada kira-kira dua ribu anggota Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), di Shah Alam hari ini. Bukan sahaja Melayu Gerhana dibawah pemerintahan UMNO, malahan yang lebih dahsyat lagi agama ISLAM telah Gerhana dan dihina sewenang-wenangnya oleh sekutu UMNO di bawah pemerintahan BN....

Artikel berkaitan di Malaysiakini ... Klik di sini

12.05.2011

KAK IJAT... BERUNDURLAH SEBELUM KAMU DIUNDURKAN!


Jika DS Shahrizat berundur, persoalannya adakah beliau sahaja yang sepatutnya berundur...? Adakah kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya itu hanya melibatkan beliau seorang????

Siapakah disebalik projek NFC itu juga seluruh rakyat 1Malaysia ingin tahu, siapa punya angkara... Adakah pemberian projek itu turun dari langit??? Atau ia melibatkan pak-pak menteri ketika itu???

Jika ada pak-pak menteri yang terlibat dengan penganugerahan projek NFC kepada keluarga DS Shahrizat , tidakkah mereka juga sepatutnya turut melepaskan jawatan atau berundur... Inilah persoalan-persoalan yang tak kan memungkinkan DS Shahrizat melepaskan jawatannya..... Sebab mudababnya amat mudah...

SEBAB.... yang terlibat dengan projek NFC ini dari kalangan pemimpin UMNO...
UMNO kini sudah terlalu 'busuk' .... "Umno Busuk Hingga Ke Usus".

Lagi pemimpin Umno mahu Shahrizat berundur ....

Seorang lagi pemimpin Umno mendesak supaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat melepaskan jawatannya berhubung isu kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya.

Akhbar Sinar Harian, hari ini memetik Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian.

“Adakah Shahrizat suka orang lain buat keputusan bagi dirinya? Jika tidak, berundurlah cara terhormat,” katanya sambil menambah ketua Wanita Umno itu tidak perlu mengheret kerajaan dan pemimpin lain untuk memperbetulkan keadaan.

Bagaimanapun Syed Ali dipetik akhbar berkenaan sebagai berkata Shahrizat masih boleh mengekalkan jawatannya dalam Umno kerana tindakan meletak jawatan parti boleh menyebabkan Umno tidak stabil.

“Jika beliau letak jawatan menteri, rakyat akan menganggapnya seorang wanita yang hebat. Malah, Shahrizat boleh memberi tumpuan untuk pengukuhan jentera parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

“Itu kalau beliau sayang parti. Jika tidak, rakyat (akan) pandang buruk kepada kerajaan dan Shahrizat perlu bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya dipetik Sinar Harian.

Menurut Syed Ali, beliau menyokong kenyataan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, sebelum ini yang juga mendesak Shahrizat supaya berundur.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails