1.29.2011

Rotan Pelajar : Guru Jangan Melampau

KUALA TERENGGANU - Seorang murid tahun empat trauma untuk pergi ke sekolah selepas mendakwa dia dirotan oleh seorang guru selepas menghantar kertas ujian di sebuah sekolah di Kuala Besut di sini pada Rabu lalu.

Semasa kejadian, Wan Mohd. Faris Wan Zukri, 10, mendakwa dia baru menghantar kertas ujian kertas pendidikan Islam sebelum dikejutkan dengan tindakan guru lelaki itu yang tanpa sebab telah merotan badannya secara tiba-tiba.

Tindakan guru itu menyebabkan dia terkencing di dalam kelas kerana menahan kesakitan.

"Waktu kejadian, cikgu itu bagi kertas ujian dan selepas saya hantar kertas ujian pada cikgu, saya jenguk kawan saya untuk tengok apa yang dia buat.

"Tiba-tiba cikgu datang terus rotan belakang badan saya. Selepas itu cikgu tanya sakit tak. Belum sempat saya jawab dia rotan saya sekali lagi," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

1.27.2011

Tenang : Calon BN Ada Kes Mahkamah


Perasan tak nama DEFENDAN yang pertama tuuu.... Macam kenal jee... Orang Tenang lagi kenal.

Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan tiga yang lain pada 7 Februari nanti.

Berbanding calon PAS.... Cikgu Mala... 
Diiktiraf guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

Pernah menerima Anugerah Guru Aktif sempena Sambutan Hari Guru Daerah Segamat.
Pernah menerima Anugerah Khas sempena Perbahasan Ala Parlimen pada Perayaan Hari Guru


Wajah seorang guru yang cukup tenang . Bakal membawa perubahan yang besar di Tenang. Guru tetap sokong cikgu!!!

1.22.2011

Penipuan Melalui Panggilan Telepon

RM20,000 lesap ditipu `Bank Negara’...

Bank Negara Malaysia (BNM) mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati apabila menerima panggilan telefon yang didakwa dibuat oleh BNM atau mana-mana bank perdagangan.

Orang ramai yang mempunyai akaun bank dinasihatkan untuk tidak mendedahkan nombor pengenalan peribadi (PIN) dan kata laluan kepada pihak ketiga.

Untuk maklumat lanjut berhubung aktiviti penipuan kewangan, orang ramai boleh melawat laman Amaran Penipuan Kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my.

Namun masih ada lagi rakan kita yang tertipu.... Jadikan ini sebagai pengajaran kepada kita semua!!!

GEORGE TOWN - Dua mangsa, seorang lelaki dan seorang wanita, kehilangan wang dalam akaun bank berjumlah RM20,000 akibat terpedaya dengan panggilan dari “Bank Negara”.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, ACP Roslee Chik dalam satu kenyataan, di sini hari ini berkata, kedua-dua kes melibatkan taktik serupa.

Beliau berkata, dalam kes pertama, mangsa seorang lelaki berusia 35 tahun menerima panggilan daripada seseorang yang memperkenalkan diri sebagai `Allen’ kononnya dari Bank Negara dan memberitahu bahawa mangsa berhutang kad kredit sebanyak RM9,380.

"Mangsa yang bekerja sebagai juru pendawai dan tinggal di Bukit Mertajam itu percaya dengan kata-kata lelaki berkenaan dan memberikan kesemua butiran diri, kad kredit serta akaun bank bagi menyelesaikan masalah berkenaan,” katanya.

Roslee berkata, tidak lama kemudian mangsa memeriksa akaunnya di bank dan terkejut bila mendapati wang sebanyak RM15,000 telah dikeluarkan.

Katanya, mangsa kedua seorang guru wanita berusia 31 tahun turut dihubungi lelaki yang juga memperkenalkan diri sebagai `Allen’ yang menggunakan taktik yang sama.

"Mangsa yang tinggal di Taman Desa Murni, Sungai Dua memberikan kesemua butiran diri, kad kredit dan akaun bank bagi menyelesaikan tunggakan kad kreditnya,” katanya.

Mangsa sedar dia telah ditipu setelah mendapati RM4,999 hilang dari akaunnya. - Bernama

1.20.2011

Salam Takziah Buat Keluarga ADUN Merlimau


Salam takziah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya serta meletakan arwah dikalangan insan-insan yang beriman dan beramal soleh. Buat keluarga arwah, tabahlah menempuh dugaan dariNya ini. Al-Fatihah.....

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almahum Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan dan meletakkan roh allahyarham bersama roh orang-orang yang soleh. Amin.

Beliau meninggal dunia pada jam 8.10 malam ini di Hospital Pakar Putra, Melaka selepas mengalami serangan jantung semalam.

Maklumat lanjut klik di sini

1.19.2011

Terkena Renjatan Elektrik

Kebanyakan dari kita terutama masyarakat di desa amat kurang pengetahuan tentang bahaya kejutan elektrik.

Adakah kita pasti, kita berada dalam suasana atau keadaan yang baik semasa kita berada di rumah setelah penat bekerja sehari-hari...adakah kita pasti keselamatan anak2 kita....adakah kita pasti semua sambungan elektrik dalam rumah kita berada dalam keadaan yang baik.

Adakah kita pasti..........jangan jadikan alasan tidak ambil kisah sebagai alasan sebelum terjadi sesuatu yang tidak kita ingini...pastikan ini tidak menjadikan kita menyesal satu hari nanti......

Kelengkapan elektrikal yang direkabentuk dengan wajar dan berkeadaan baik adalah selamat. Apabila ia rosak atau diselenggarakan dengan buruk ia boleh membunuh walaupun pada 240 volt. Antara yang mudah terdedah adalah lampu tangan, dan peralatan mudah alih.

Penghubung kabel yang berbulu atau rosak perlu dihantar untuk dibaiki dengan segera. Penggunaan kelengkapan voltej dikurangkan seperti sistem volt 110 dengan soket tengah dibumikan akan mengurangkan bahaya renjatan elektrik yang serius.

Untuk mengetahui tentang maklumat Keselamatan Elektrik sila klik di sini

Untuk mendapatkan maklumat merawat mangsa Renjatan Elektrik sila klik di sini


ALOR SETAR – Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) maut akibat terkena renjatan elektrik ketika cuba membaiki peralatan elektrik dipercayai set karaoke di rumahnya di Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar di sini petang semalam.

Kejadian yang menimpa Mohamad Shamir Sahid Abdullah, 26, disedari bapanya, Sahid Abdullah Ismail, 62, yang kebetulan naik untuk menjenguk mangsa di bilik anaknya di tingkat atas.

"Selepas makan tengah hari pakcik nampak dia naik bilik... pukul 3.30 petang saya naik ke biliknya dan mendapati dia terbaring atas katil dalam keadaan tidak bernyawa lagi,” kata Sahid Abdullah kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Anak kedua daripada lima beradik itu baru sahaja ditukarkan ke TNB Mergong sejak enam bulan lalu setelah berkhidmat di TNB Shah Alam selama empat tahun dan sedang cuti sakit selama dua hari pada Isnin dan semalam.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Jalan Datuk Kumbar dekat sini kira-kira 11 pagi ini. – Bernama

1.18.2011

Siapa Yang Gila....

Keyantaan yang di buat oleh Pengerusi FELDA yang baru, merangkap bekas naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dalam satu majlis makan malam.

"(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan,” kata Isa.

Persoalannya.... Sape yang gila??? TG Nk Aziz rasanya tak duduk dalam majlis dengan hidangan minuman bir... Siap ada penari seksi. Walaupun si Isa Samad tu tak minum bir yang dihidangkan, tapi paling tidak pun mata tuu menjeling kat penari seksi.

Lagi satu halnya...ko  kata sebagai seorang muslim, kadang-kala tidak berapa faham!!! Bila dah tau tah berapa faham, belajor lah dengan orang yang faham... Orang yang ada agama... orang yang berilmu.... Nie tidak... Orang yang berilmu ko jadikan musuh... orang yang ada ilmu ko kata sesat... gila.... dan macam2 lagi. Dunia....dunia!!!!

Rakyat kini terbuka minda... Rakyat juga belajar sejarah.... Ramai orang baca sejarah termasuklah sejarah bekas naib presiden UMNO nie. Bukan calang2 jawatan yang dipegang suatu masa dahulu.... Sebelum menuduh orang lain GILA, baik cermin diri dulu....


Lebih 1,000 orang, kebanyakan mereka masyarakat Cina dijamu dengan makan besar dengan minum bir percuma sambil dihiburkan dengan tarian seksi sempena jamuan makan malam 1Malaysia di Tenang malam semalam.

Pelajar Dibunuh Kejam

Pelajar dibunuh kejam sebelum ditanam belakang rumah...

Al-Fathihah untuk adik Taufik Abdul Rahim. Takziah diucapkan kepada kaum keluarga beliau semoga tabah menghadapi ujian ini. Apa yang diharapkan agar semua penjenayah yang terlibat akan dapat ditangkap dan dijatuhkan dengan hukuman yang setimpal.

KOTA SAMARAHAN - Seorang pelajar yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemui mati dibunuh secara kejam dan mayatnya ditanam dalam lubang sedalam setengah meter di belakang sebuah rumah di Kampung Sadong Jaya di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Abdul Rahman Ahmad berkata, Taufik Abdul Rahim, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera mati akibat kecederaan parah di kepala dipercayai dibunuh sekumpulan lelaki yang terbabit dalam sindiket curi motosikal serta pecah rumah.

Beliau berkata, penemuan mayat mangsa yang berasal dari Kampung Iboi, Sadong Jaya pada jam 10 pagi ini susulan penahanan seorang remaja berusia 19 tahun di Kampung Sadong Jaya awal hari ini yang dipercayai turut terbabit dalam pembunuhan tersebut.

"Menerusi siasatan awal polis, suspek mengaku terbabit dalam kejadian tersebut dan turut mendedahkan lokasi mangsa ditanam kira-kira 10 pagi ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian. - Bernama

1.14.2011

Masih Lagi Yang Percaya Dengan Skim Cepat Kaya

KUALA LUMPUR: Berbekalkan wajah tampan dan kepetahan berkata-kata, seorang lelaki yang mempunyai dua isteri dan lima anak licik memperdaya lapan wanita untuk melabur dalam syarikatnya dengan menjanjikan keuntungan berlipat ganda dalam tempoh singkat.

Selepas mengikis wang wanita yang dipikatnya, kasanova berusia 45 tahun terbabit menghilangkan diri menyebabkan mangsa kerugian besar apabila tidak mendapat pulangan lumayan yang dijanjikan.

Bagaimanapun, kelicikannya berakhir apabila ditahan di rumahnya di Kampung Melayu Subang, dekat sini, pada 7 Januari lalu, berikutan laporan polis mangsa terbarunya, seorang doktor wanita yang menyerahkan kepadanya wang pelaburan RM300,000.

Menurut sumber, dalam serbuan ke rumah kasanova kira-kira jam 10 malam itu, polis turut menyita tiga kereta termasuk sebuah kereta mewah, tetapi tidak menemui wang tunai di rumah atau dalam akaun banknya.

Katanya, doktor wanita berusia 27 tahun, mangsa terbaru lelaki terbabit dipercayai ditipu selepas berkenalan November tahun lalu sebelum jatuh cinta.


“Doktor itu bertugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak dua tahun lalu dan mereka dipercayai berkenalan ketika kasanova terbabit mendapatkan rawatan di hospital berkenaan selama dua minggu.

“Dalam perkenalan singkat itu, kasanova terbabit menawarkan skim pelaburan menarik kepada doktor berkenaan dengan jaminan pulangan wang tunai berlipat kali ganda. Atas dasar cinta dan percaya, mangsa menyerahkan RM300,000 kepada lelaki itu,” katanya.

Sumber itu berkata, tembelang kasanova terbabit terbongkar selepas dia gagal membayar wang pelaburan yang dijanjikan menyebabkan mangsa mengesyaki dirinya ditipu sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi.

Menurutnya, bertindak atas laporan itu, polis menahan kasanova terbabit di rumahnya di Kampung Melayu Subang dan siasatan lanjut mendapati dia disyaki turut terbabit tujuh lagi kes penipuan serta dikehendaki polis Kuala Lumpur dan Selangor.

“Lelaki itu mempunyai dua isteri dan lima anak. Bagaimanapun, dia kini tinggal bersendirian sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Sumber berkata, kasanova itu dipercayai memperdaya ramai wanita lain sebelum ini, tetapi mangsa tidak membuat laporan hingga menyukarkan polis membuat siasatan lanjut.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL), Asisten Superintendan, Suffian Sulaiman mengesahkan penahanan kasanova terbabit hasil kerjasama polis Kuala Lumpur dengan polis Selangor.

“Suspek direman enam hari hingga bermula 8 Januari lalu bagi membantu siasatan. Dia dikehendaki polis kerana dipercayai terbabit beberapa kes jenayah komersial di Kuala Lumpur dan Selangor.

“Ini termasuk memperdaya seorang doktor wanita yang bertugas di HKL membabitkan kerugian RM300, 000,” katanya ketika dihubungi, semalam.

PELABURAN EMAS FIZIKAL KLIK DI SINI

1.12.2011

Pulangkanlah Anugerah 'Penyapu' Dari Khir Toyo

Bila membaca berita Saudara Khir Toyo nak serah semula anugerah gelaran Dato Seri, tiba-tiba saja teringatkan peristiwa penyerahan penyapu oleh Khir Toyo suatu masa dahulu.

Agaknya dah ade orang yang siap sedia nak bagi balik anugerah penyapu pada Khir Toyo andainya dakwaan kes mahkamah beliau sangkut. Rasanya terpampang kat dada-dada akhbar andainya peristiwa penyerahan semula penyapu ini benar-benar berlaku.....

Suatu masa dahulu....


SHAH ALAM: Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHs) menerima Anugerah Khas Prestasi Kutipan Hasil Negeri Selangor 2006 dalam bentuk penyapu.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menyerahkan penyapu itu kepada wakil kedua-dua jabatan pada majlis yang diadakan sempena Bulan Kualiti 2007 Pentadbiran Kerajaan Negeri, di sini semalam.


Khir Toyo serah balik gelaran Dato' Seri...

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo telah memulangkan sementara darjah kebesaran Selangor yang membawa gelaran Dato' Seri.

Katanya, beliau telah telah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memulangkan sementara pingat darjah kebesaran Selangor Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS).

"Surat tersebut dibuat berikutan kejadian saya didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam beberapa hari sebelumnya atas tuduhan salah guna kuasa," tulis Dr Mohd Khir dalam blognya hari ini.

'Pemulangan semula pingat ini bagi mengelak darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung," tambahnya.

"Hari ini Dewan Diraja telah memperkenankan pemulangan semula pingat tersebut," kata Dr Mohd Khir yang turut melepaskan jawatan ketua pembangkang DUN Selangor baru-baru ini.

"Justeru mulai hari ini semua media dan dan penganjur program hendaklah menggugurkan nama Datuk Seri dari pangkal nama saya dan menggunakan nama Dr Mohamad Khir bin Toyo sahaja," tulisnya.

Dr Mohd Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbicaraan kes rasuah terhadap menteri besar Selangor itu akan didengar pada 6 hingga 24 Jun ini.

1.11.2011

Chicken Pox

Dua minggu lepas anak Wak yang nombor 3 dah kena penyakit chicken pox. Minggu nie giliran anak Wak yang sulong dan nombor dua. Seminggu la jawabnya dia orang tak sekolah. Habis satu badan tumbuh bintil merah berair... Antar ke Klinik 1Malaysia nak cepat dapat ubat dan surat cuti sekolah.

Sejak hari minggu yang lepas Wak dah rasa badan nie lain macam jee. Siap pegi berurut dengan Pak Cik Hamid kat Taman Tasek. Tapi rupa-rupanya simptom chicken pox nie dah berjangkit dengan Wak pulak. Bermula semalam, virus chicken pox nie mengganas menyerang keseluruh tubuh badan... Bisa memang berbisa....

Akhirnya Wak sekeluarga dah dijankiti penyakit chicken pox nie, termasuklah orang rumah sekali. Memang menyiksakan.... Sape dah rase jee baru tau dia punya siksa. Sebelum nie bila orang cerita pasal penyakit nie, Wak Cuma dapat bayangkan jee... Tapi bila dah kena memang power pukulan chicken pox nie.

Dah tak tahan punya pasal, petang semalam Wak pegi ke Klinik Nur kat depan taman tempat Wak tinggal. Ambik ubat tahan sakit. Malam tu dapat la tidur dalam gelisah yang tak tentu arah. Bintik-bintik merah mula banyak tumbuh kat muka dan dada.

Bangun pagi jeee tengok kat cermin, dah penuh kat muka dan dada termasuk seluruh badan. Kat kepala nie jangan cerita laa... Macam ada membiak kutu kat atas kepala.

Malam nie punya ujian, satu badan rasa gatal mengerenyam.... Paling tak tahan kat atas kepala. Rasa gatal yang lain macam. Memang sah tak boleh tidur sampai ke pagi nie... Anak-anak dan isteri Wak pun sama gak. Melayan kerenah chicken pox.

Minggu nie dan hari-hari seterusnya memang kami sekeluarga cukup santai kat rumah dengan melayan penyakit chicken pox. Nasib baiklah orang kata penyakit nie kena hanya sekali seumur hidup kita.

Menurut doktor yang merawat bahawa penyakit ini akan bertahan selama 2 minggu dari awal tumbuh kemudian merebak sehinggalah ke waktu ia baik dan kering. Penyakit ini mampu merebak dan berjangkit dengan orang sekeliling pesakit hanya melalui medium pernafasan selain dengan cara sentuhan.

Jawabnya duduk kat rumah aje le kita orang semua.....

Informasi Chicken Pox

Pengenalan

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala

Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Komplikasi

Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:

  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik. Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).

Komplikasi akibat chicken pox:

  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

Rawatan

1.Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).

2.Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.

3.Rawatan di rumah
  • Sapu losyen calamine.
  • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
  • Panadol untuk demam

Pencegahan

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.

sumber: infosihat

1.06.2011

PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

Jabatan Pembangunan Kemahiran
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) merupakan satu kaedah penilaian terhadap calon-calon untuk mendapatkan pengiktirafan  bagi keterampilan semasa berdasarkan pencapaian terdahulu.

Tujuan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)  adalah untuk mengiktiraf keterampilan yang sediada pada seseorang individu dengan memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/ Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)/ Penyata Pencapaian (PC).

Prinsip Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
  • Kaedah menilai keterampilan semasa berdasarkan pencapaian terdahulu.
  • Calon tidak perlu mengikuti latihan dan menduduki ujian khas.
  • Bukti-bukti keterampilan yang sahih, boleh percaya dan mencukupi diperlukan untuk dinilai sebelum pengiktirafan diberi.
Kelebihan PPT kepada individu  

  • Dapat pengiktirafan
  • SKM/DKM/DLKM/PC diperolehi dalam masa yang singkat
  • Dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya
  • Motivasi untuk meningkatkan kelayakan
  • Jimatkan tenaga dan masa (tidak perlu melalui latihan & ujian)

Kelebihan PPT kepada majikan

  • Pekerja bermotivasi tinggi dapat tingkatkan produktiviti kerjaya
  • Pekerja berketerampilan dapat meningkatkan kualiti

Note : Maklumat tentang Panduan Bagi Perlaksanaan PP-PPT Untuk Persijilan SKM-PPT sila klik di sini

Untuk keterangan lanjut & mendaftar sebagai calon PPT boleh berhubung dengan saya :

Telefon : 012-6103619
Email : mdemran69@gmail.com

p/s : Hanya untuk bidang Juruteknik Elektrik (C-051) dan Program Pegawai Latihan Vokasional (I-031-3)


Informasi Pelaburan Emas Klik di sini

1.05.2011

Semak Keputusan MUET

Keputusan MUET dikeluarkan Khamis...

Semak keputusan MUET klik di sini

P/s: Calon boleh menyemak keputusan melalui sistem dalam talian bermula pada hari Khamis mulai 9 pagi.

KUALA LUMPUR – Keputusan Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2010 akan dikeluarkan pada Khamis ini, kata Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Pegawai Perhubungan Awam MPM, Khawari Idris berkata, calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi pada hari esok.

Calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos, katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Menurutnya calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip: “MUET No. Kad Pengenalan” dan menghantarnya ke 15888 atau 36363, mulai 12.01 tengah malam ini.


Seramai 94,117 orang calon telah menduduki ujian itu di 991 buah pusat ujian seluruh negara, katanya. – Bernama

Informasi Pelaburan Emas Klik di sini

1.04.2011

Awas !! Tengah Malam Nie Ada Barang Naik

RON97, minyak tanah naik 10 sen seliter tengah malam ini...


Sama-samalah kita tunggu ape komen sedara kita nie....Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pencapaian (Pemandu) Datuk Seri Idris Jala (gambar).

Ungkapan yang biasa pernah kita dengar....
 
"Bla-bla bla bla bla .... Kami adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab."

“Kami akan memastikan kita hidup dalam lingkungan keupayaan (kita),” 


"Kenaikan ini  masih rendah berbanding di Indonesia...."

"Rakyat kena faham... Ini bukan kenaikan, tapi pengurangan subsidi!!! RON95, harga masih kekal"

"....... Ia tidak akan membebankan rakyat.."


KUALA LUMPUR, 4 Jan. - Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Beliau berkata dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Hashim yang dihubungi berkata, beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini.

Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

Kenaikan esok tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.

Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini. - Bernama

Iklan Penaja : Bagaimana Nak Mula Pelaburan Emas Klik di Sini

TAK PERASAN STEM DAH NAIK HARGA

Pagi semalam selepas breakfast, Wak gii pejabat pos sebab nak pos surat ‘endosmen’ untuk client Medic Care. Memang jarang Wak mengepos surat nie sebab biasanya Wak fax atau scan dan email.

Oleh kerana borang endorsmen nie kena client tanda tangan hidup, so terpaksalah Wak gunakan perkhidmatan pos.

Wak tunjuk sampul surat berwarna putih kat budak kaunter... “Pos ke Selangor Dik... berape stemnya??”

Budak kaunter tu jawab, “60 sen bang!..”

Wak pun terkejut beruk “Aik... Bila naik nie... Dulu Cuma 30 sen jeee.. Nie dah 2 kali ganda...”

“Ehh... dah lama la Bang... Abang guna sampul putih 60 sen, kalau guna sampul coklat lain harga bang... 80 sen!”

Wak pun bertanya pasal kemuskilan yang tahap gaban... “macam tuu pulak... Apasal sampul surat lain warna pun dah beza harga stem dia... beza 20 sen tuu”

Budak tuu menjawab “Yang warna putih tu kira sampul standard bang... Yang coklat tak dikira standard”

Compius...Putus fius!!!!

Bukan ape, Wak sebenarnya kali terakhir mengepos surat nie masih guna stem 30 sen. Tapi hari nie dah guna stem 60 sen.. Tu yang terkejut beruk ... Kalau beruk tau stem dah naik harga, Wak rasa dia pun terkejut jugak..

Kot ya nak naikkan harga patut2 laaa... Takat naik 10 sen tu boleh gagah lagi. Tapi ni sekali nak naik 2 kali ganda.

Nie lah kesannya bila petrol naik 5 sen. Tapi ‘orang-orang atas’ kata cuma naik 5 sen... Tak membebankan rakyat yang katanya didahulukan. Memang betullah orang kata 2011 nie tahun naik harga barang.... Penghujung 2010 pun dah terasa bahngnya... 2011 nie tunggu je lah....

1.03.2011

2011 : BERTAMBAH 'MERIAH' BARANG NAIK


TAHUN 2011 AKAN ‘DIMERIAHKAN’ DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG

Oleh : Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Jika rakyat tidak memprotes dari awal, kita akan melihat tahun baru ini menyaksikan kenaikan harga barang yang membimbangkan. Kesannya akan dirasai oleh rakyat bawahan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Para peniaga di pelbagai peringkat akan mengambil kesempatan dalam hal ini. Maka beberapa perkara berikut perlu saya katakan;

1. Pihak kerajaan; jika mereka tidak mengambil langkah yang berkesan dalam mengawal kenaikan harga barang bererti slogan 1Malaysia: ‘rakyat didahulu’ bermaksud rakyat yang didahulukan dalam menanggung beban hidup, sedangkan golongan pembesar negara dan istana terus kemewahan dan pelbagai peruntukan, mereka dikemudiankan.

2. Golongan agama; jangan menyempitkan Islam dalam batasan yang terhad. Jangan hanya ceramah agama di media elektronik dan cetak sekadar menekan orang bawahan semata, tetapi melupai ‘kerakusan’ sesetengah golongan atasan. Ceramah dalam isu yang remeh temeh tetapi membiarkan rakyat hidup dalam ‘social justice’ yang tidak seimbang. Para penceramah jangan sekadar ‘guna agama untuk cari makan’, tetapi hendaklah agama berfungsi dalam menegakkan hak dan keadilan.

3. Golongan peniaga; mereka wajib beretika dalam perniagaan mereka. Kerakusan peniagaan akan merosakkan negara dalam jangka masa panjang dan akhirnya tiada pihak yang dapat hidup senang. Bagi yang muslim, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dalam urusan perniagaan mereka.

4. Media massa; hendak pro-aktif menentang usaha kenaikan harga barang ini. Golongan yang menindas rakyat bawahan ini hendaklah dikecam dan didedahkan bahaya mereka kepada masyarakat.

5. Rakyat; Pastikan anda menjadi pembeli yang bijak dalam memilih kedai atau pasaraya. Di samping itu, anda juga mesti menjadi pengundi yang bijak yang bersedia menghukum pihak yang membiarkan kenaikan harga barang dan ‘mengumpulkan’ kekayaan negeri atau negara dalam kalangan mereka sahaja.

Selamat Tahun Baru

Sibuk Persiapan Anak Ke Sekolah

Anak-anak tak sabar nak ke sekolah...

Hari nie anak-anak dah mula ke sekolah. Sesi persekolahan yang baru 2011 dah bermula. Macam-macam persiapan yang di buat termasuklah bab menggunting rambut. Bagi anak Wak yang lelaki si Irham dan si Irfan memang Wak yang guntingkan rambut dia orang.

Semenjak kecil lagi memang Wak yang gunting rambut dia orang... Tak pernah antar ke kedai. Apa pesyen yang Wak buat terpaksalah dia orang terima. Bukan tak mampu nak gunting kat kedai, tapi sentuhan tangan bapak sendiri nie lagi berkat. Cuma Si Irham dah pandai mintak pesyen rambut 'plat top'.

Sekurang-kurangnya bila Wak gunting sendiri nie, dah jimat laa sikit. Kalau antar kedai mamak pun satu kepala RM5. Sekrang nie mana nak dpt harga tu lagi... Budak sekolah jee dah cecah RM8. Kalau dua orang dah RM16. Kalau gunting sendiri modal beli mesin gunting rambut jee dalam RM20 dah dpt yang baik. Boleh laa pakai 2-3 tahun kalau pandai penjagaannya.

Tuu baru cerita kedai gunting... Belum cerita pasal barang-barang keperluan yang lain. Rata-rata memang ada kenaikan termasuklah pakaian sekolah, alatan tulis, buku-buku dan macam-macam lagi. Kalau nak cerita pasal kenaikan harga nie memang tak abis. Semua barang naik. Nie pukulan bila pertol naik (walau 5 sen), gula naik... gas naik... Semua barang naik. Tapi yang pelik bin ajaibnya, gomen tetap dengan kata-kata manis 'kenaikan ini tak akan membebankan rakyat...', 'Kami akan pantau harga barang...' , dan yang paling sadis "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan!!!" . 

Lain-lain persiapan ke sekolah dia orang nie, Wak dah buat pada minggu lepas termasuklah membeli buku dan membayar yuran persekolahan. Memang tak dinafikan perbelanjaan persekolahan anak-anak nie agak tinggi lebih-lebih lagi bagi mereka yang perpendapatan rendah... Kena pulak ramai anak yang bersekolah.

Apa pun kita kena pandai membuat perancangan kewangan untuk perbelanjaan awal persekolahan anak-anak pada setiap tahun. Yang wajibnya adalah perbelanjaan buku dan yuran persekolahan. Ajar anak-anak berjimat cermat. Mana yang boleh pakai, gunakan lagi pada tahun nie. Kalau semua nak berganti memang laa tinggi kosnya.

Apa pun terpulang kepada kemampuan dan kebijaksanaan ibu bapa dalam mempersiapkan keperluan anak-anak ke sekolah bagi sesi yang baru... Selamat melayan kerenah anak-anak bersekolah...

                                             
                                                  

1.01.2011

2011 Menjelang Tiba

Selamat tinggal 2010....


Detik demi detik yang dilewati, tak terasa perjalanan di tahun 2010 akan melabuhkan tirainya. Banyak perkara yang telah kita lalui, dan tentunya banyak pengajaran yang bisa kita ambil untuk bekalan di tahun 2011.

Kekurangan dan kelemahan di tahun ini tak seharusnya terus kita sesali, melangkah maju ke depan dengan optimisme adalah solusinya. Segala sesuatu yang baik dan sesuai dengan azam, harus dipertahankan dan diperjuangkankan resolusi baru di tahun 2011 yang bakal menjelma.

Meninggalkan yang lalu kemudian berjalan terus kehadapan dengan semangat dan optimisme baru, azam baru, amunisi baru, dan tentunya strategi baru...

Selamat datang 2011....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails