1.19.2011

Terkena Renjatan Elektrik

Kebanyakan dari kita terutama masyarakat di desa amat kurang pengetahuan tentang bahaya kejutan elektrik.

Adakah kita pasti, kita berada dalam suasana atau keadaan yang baik semasa kita berada di rumah setelah penat bekerja sehari-hari...adakah kita pasti keselamatan anak2 kita....adakah kita pasti semua sambungan elektrik dalam rumah kita berada dalam keadaan yang baik.

Adakah kita pasti..........jangan jadikan alasan tidak ambil kisah sebagai alasan sebelum terjadi sesuatu yang tidak kita ingini...pastikan ini tidak menjadikan kita menyesal satu hari nanti......

Kelengkapan elektrikal yang direkabentuk dengan wajar dan berkeadaan baik adalah selamat. Apabila ia rosak atau diselenggarakan dengan buruk ia boleh membunuh walaupun pada 240 volt. Antara yang mudah terdedah adalah lampu tangan, dan peralatan mudah alih.

Penghubung kabel yang berbulu atau rosak perlu dihantar untuk dibaiki dengan segera. Penggunaan kelengkapan voltej dikurangkan seperti sistem volt 110 dengan soket tengah dibumikan akan mengurangkan bahaya renjatan elektrik yang serius.

Untuk mengetahui tentang maklumat Keselamatan Elektrik sila klik di sini

Untuk mendapatkan maklumat merawat mangsa Renjatan Elektrik sila klik di sini


ALOR SETAR – Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) maut akibat terkena renjatan elektrik ketika cuba membaiki peralatan elektrik dipercayai set karaoke di rumahnya di Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar di sini petang semalam.

Kejadian yang menimpa Mohamad Shamir Sahid Abdullah, 26, disedari bapanya, Sahid Abdullah Ismail, 62, yang kebetulan naik untuk menjenguk mangsa di bilik anaknya di tingkat atas.

"Selepas makan tengah hari pakcik nampak dia naik bilik... pukul 3.30 petang saya naik ke biliknya dan mendapati dia terbaring atas katil dalam keadaan tidak bernyawa lagi,” kata Sahid Abdullah kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Anak kedua daripada lima beradik itu baru sahaja ditukarkan ke TNB Mergong sejak enam bulan lalu setelah berkhidmat di TNB Shah Alam selama empat tahun dan sedang cuti sakit selama dua hari pada Isnin dan semalam.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Jalan Datuk Kumbar dekat sini kira-kira 11 pagi ini. – Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails