1.12.2011

Pulangkanlah Anugerah 'Penyapu' Dari Khir Toyo

Bila membaca berita Saudara Khir Toyo nak serah semula anugerah gelaran Dato Seri, tiba-tiba saja teringatkan peristiwa penyerahan penyapu oleh Khir Toyo suatu masa dahulu.

Agaknya dah ade orang yang siap sedia nak bagi balik anugerah penyapu pada Khir Toyo andainya dakwaan kes mahkamah beliau sangkut. Rasanya terpampang kat dada-dada akhbar andainya peristiwa penyerahan semula penyapu ini benar-benar berlaku.....

Suatu masa dahulu....


SHAH ALAM: Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHs) menerima Anugerah Khas Prestasi Kutipan Hasil Negeri Selangor 2006 dalam bentuk penyapu.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menyerahkan penyapu itu kepada wakil kedua-dua jabatan pada majlis yang diadakan sempena Bulan Kualiti 2007 Pentadbiran Kerajaan Negeri, di sini semalam.


Khir Toyo serah balik gelaran Dato' Seri...

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo telah memulangkan sementara darjah kebesaran Selangor yang membawa gelaran Dato' Seri.

Katanya, beliau telah telah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memulangkan sementara pingat darjah kebesaran Selangor Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS).

"Surat tersebut dibuat berikutan kejadian saya didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam beberapa hari sebelumnya atas tuduhan salah guna kuasa," tulis Dr Mohd Khir dalam blognya hari ini.

'Pemulangan semula pingat ini bagi mengelak darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung," tambahnya.

"Hari ini Dewan Diraja telah memperkenankan pemulangan semula pingat tersebut," kata Dr Mohd Khir yang turut melepaskan jawatan ketua pembangkang DUN Selangor baru-baru ini.

"Justeru mulai hari ini semua media dan dan penganjur program hendaklah menggugurkan nama Datuk Seri dari pangkal nama saya dan menggunakan nama Dr Mohamad Khir bin Toyo sahaja," tulisnya.

Dr Mohd Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbicaraan kes rasuah terhadap menteri besar Selangor itu akan didengar pada 6 hingga 24 Jun ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails