Showing posts with label INFORMASI. Show all posts
Showing posts with label INFORMASI. Show all posts

6.15.2013

Gaji Orang 'Gomen' Naik Lagi Bermula Julai

Orang-orang gomen dah tak sabar nak naik gaji bermula Julai nie.... Tahniah Orang Gomen! 

Tapi jangan lupa terutamanya orang kampung yang jual sayur kat Parit Sulong... orang kampung yang duduk di pendalaman, orang kampung yang jual nenas, pisang, ubi kayu, keledek, keladi selatah dan yang seangkatan dgnnya... 

Jangan dilupakan juga abang kakak yang kerja operator kilang, Mak Cik Pak Cik 'cleaner', abang Jaga, driver teksi dan seangkatan dengannya.... Sebab .... nie punca 'barang naik'.. Dah naik, dia tak kan turun... Satu je yang turun..... "Hujan Dah turunnnnnnnnn... Angkat jemuran!"

Penjawat awam naik gaji lagi satu kenaikan julai ini - Boleh merujuk PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5TAHUN 2013 

Untuk melihat pekeliling yang berkaitan,
sila klik imej di bawah!





5.20.2013

Kota Bharu : Pelajar Dirogol Bergilir-gilir 6 Lelaki (17-18 Tahun)

KOTA BHARU - Akibat terlalu percaya kepada teman lelakinya, seorang pelajar perempuan tingkatan lima di sebuah sekolah di daerah ini dirogol secara bergilir-gilir oleh enam lelaki dikenali termasuk kekasihnya sendiri, dalam kejadian di Kampung Tok Akil di sini Jumaat lalu. 

Gambar hiasan
Sebelum kejadian, mangsa dipercayai keluar dari rumah pada jam 1 pagi mengikut teman lelakinya ke rumah datuk salah seorang rakan kekasihnya itu di Kampung Tok Akil di sini. 

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang dipercayai masuk ke dalam rumah berkenaan selepas menemani teman lelakinya itu dan kemudiannya dirogol bergilir-gilir. 

“Hasil laporan awal yang diperoleh dari pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor, terdapat kesan koyakkan baru pada kemaluan mangsa. “Selepas menerima aduan daripada mangsa, pihak polis terus melakukan serbuan di kampung terbabit dan berjaya menahan enam lelaki berumur antara 17 hingga 18 tahun,” katanya kepada Sinar Harian. 

Azham berkata, kesemua suspek yang ditahan merupakan bekas pelajar tingkatan lima yang juga merupakan sekolah mangsa berkenaan. “Kes terbabit disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) untuk tindakan lanjut,” katanya. - Sinar

5.02.2013

Deklarasi Pakatan Rakyat Khusus Untuk Penjawat Awam

Deklarasi yang disediakan oleh calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa disampaikan kepada Pengerusi Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian terus mengisytiharkan deklarasi itu.

Antara 13 perkara dalam deklarasi itu ialah:

1) Bayaran gaji berasaskan bilangan minggu (tambah satu bulan pendapatan)
2) Pinjaman rumah tanpa faedah,
3) Pendidikan mesra penjawat awam (khusus di Putrajaya),
4) Pencen pilihan,
5) Belajar semasa tempoh berkhidmat.
6) Menyerap ke jawatan tetap bagi kakitangan perkhidmatan kontrak, sementara dan khidmat singkat perkhidmatan awam
7) Membangunkan Sektor perkhidmatan awam menuju standard kelas dunia (world class standard)
8) Pertukaran dan penempatan penjawat awam berteraskan mesra keluarga
9) Perlindungan insurans bagi penjawat awam di semua agensi peguatkuasaan seperti Kastam, Polis, tentera, dan lain-lain bertujuan memberikan mereka keyakinan bahawa tugas mereka dihargai sepenuhnya oleh kerajaan.
10) Pengecualian cukai pendapatan bagi penjawat awam gred 41 ke bawah bertujuam memberikan pendapatan benar yang lebih besar
11) Menyelaras gaji pegawai dan kakitangan penjara sama seperti anggota polis seperti yang diamalkan sebelum ini.
12) Mengkaji untuk menaikkan imbuhan tetap perumahan (ITP) penjawat awam gred 40 ke bawah dari jumlah minimum RM180 kepada jumlah yang lebih munasabah
13) Elaun kola tidak dipotong (RM150) bagi penjawat awam yang menduduki kuarters kerajaan di Putrajaya.
5 MEI : SAYA PILIH MENGUNDI.... 
SAYA PILIH ESOKNYA CUTI!!!

4.29.2013

Petanda 'Tsunami' Akan Berlaku Lagi Pada PRU 13...

Tanda-tanda awal 'Kiamat' 
untuk BN ....

Petanda 1: Berlaku di Taman Century, Johor Bharu, Johor

Ceramah MCA/BN di Taman Century, Johor Bharu, JOHOR

Petanda 2 : Majlis bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kangar Perlis

Lebih kerusi dari orang

TS Muhyiddin Yassin sedang berucap

Petanda 3 : Majlis ceramah anjuran UMNO/BN di Flat Sri Melaka

Hanya kerusi yang sudi mendengar ceramah 'Sayangi Selangor'

Petanda 4 : Majlis ceramah anjuran MCA di Rumah Pangsa Hang Tuah, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur

MCA kata BN dah mendapat sokongan padu dari masyarakat Tionghua

Petanda 5 : Majlis ceramah anjuran UMNO Bahagian Kota Baharu di DUN  Kota Lama

Menurut laporan hanya 70 orang yang sudi hadir

Petanda 6 : Majlis ceramah anjuran UMNO di Puchong Selangor

Ini sahajalah rakyat Selangor yang masih 'Sayangi Selangor'

Petanda 7 : Majlis ceramah anjuran MCA di Puchong Selangor

'Sayangi Selangor' dah jadi  'Benci BN Selangor'

Petanda 8 : Majlis Ceramah Ustaz Azhar Idrus Lawan Ceramah Tun Dr Mahathir Di Putrajaya

Siapa yang lebih hebat....
Ceramah Mahathir bersama Ku Nan dihadiri 3000 orang
Lautan manusia bersama UAI dan Husam Musa... Lebih 30000 orang

JALAN MENUJU KE PUTRAJAYA 
SEMAKIN CERAH!!!!

4.26.2013

Bos Kastam Mati Ditembak : Indeks Jenayah Semakin Menurun???

Bos kastam mati ditembak...

Pagi tadi ada peristiwa yang menggemparkan Negara.... persoalannya benarkah indeks jenayah negara betul-betul telah menurun sebagaimana yang dicanangkan oleh pihak berkuasa?????

Rakyat berhak mengetahui perkara sebenar untuk lebih bersiap sedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan dan rakyat tidak marah asalkan jangan berbohong. Jika masalah menurunkan jenayah itu terlalu parah, beritahu rakyat dan pastinya mereka akan bersama kerajaan dan juga membantu kerajaan menangani isu ini. Rakyat sayang, kerajaan yang stabil dan amanah namun  jika rakyat sudah membenci,,,,, tunggulah saat kejatuhan sesiapa sekalipun yang menafikan hak rakyat untuk hidup aman dan damai di Negara sendiri

Jenayah tidak akan turun dengan pembohongan tetapi hanya akan berkurang dengan tindakan yang jujur dan amanah. Sebenarnya “Jenayah Membawa Padah, dan Menipu Nak Kena Ludah”

INI KALI LAH......
 
 
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, ditembak mati pada jam 8.15 pagi ini ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.

Menurut laporan media, mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, di Putrajaya.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi.

Beliau dilapor sebagai berkata, allahyarham bersama pemandu dalam perjalanan dari rumah di Dengkil ke pejabat beliau di Putrajaya.

"Mangsa dipercayai ditembak tiga das di leher dan kepala," Ku dipetik sebagai berkata.

4.24.2013

PRU 13 : Mengapa Rakyat Perlu Tolak BN dan Pilih Pakatan Rakyat


Isu berikut adalah alasan kenapa rakyat perlu menolak BN dan memberi mandat kepada gabungan parti alternatif dari Pakatan Rakyat untuk menerajui pemerintahan Pusat dan negeri dalam PRU13:

1. BN mempertajamkan sentimen agama dengan membiar pihak tertentu untuk menimbulkan konflik, 2. Sentimen perkauman sempit semakin diapi-apikan oleh BN yang akan menghancurkan negara.
4. Status agama Islam tidak bertambahbaik malah semakin terjejas akibat dasar nasionalisme sempit dan faham sekular yang diamalkan oleh pemerintah.
5. Campur tangan dalam institusi awam oleh parti politik yang keterlaluan. 6. Perbelanjaan kewangan negara yang tidak telus,
7. Membenarkan politik lucah, politik wang dan politik mengaibkan yang semakin mengotorkan demokrasi,
8. Membenarkan penghakisan budaya hidup dan kelunturan aqidah umat Islam dan kerosakan moral masyarakat yang semakin parah,
 9. Menyalahurus ekonomi negara sehingga menyebabkan kos hidup rakyat meningkat, beban hutang negara meningkat kepada lebih RM500 bilion
10. Penswastaan keperluan hidup asasi rakyat sehingga merumitkan kehidupan golongan berpendapatan rendah,
11. Amalan rasuah, kronisme dan nepotisme yang semakin parah,
12. Kos hidup yang melibatkan makanan asas, khidmat kesihatan, khidmat pengangkutan, kos pendidikan, perumahan yang semakin meningkat,
13. Keselamatan sosial yang semakin tidak terjamin,
14. Gejala keruntuhan akhlaq generasi muda yang semakin serius,
15. Perbelanjaan kerajaan yang mencatat salahurus agensi kerajaan seperti yang dilaporkan oleh Audit Negara berulang setiap tahun,
16. Keyakinan rakyat kepada agensi awam yang semakin luntur,
17. Politik kotor, politik wang, politik samseng dan politik lucah menjadi-jadi,
18. Kebocoran wang haram yang berjumlah berbilion ringgit keluar negara yang merugikan pendapatan negara dari segi cukai,
19. Salahurus penggunaan tabungan awam seperti KWSP, Tabung Haji, Tabung Tentera,
20. Korporat penting negara seperti TNB, Petronas , Telekom, MAS, PNB yang disalahurus kerana campurtangan politik yang menyebabkan ada yang rugi dan ada yang disalahguna,
 21. Pelbagai agensi awam diujudkan tetapi telah membebankan perbelanjaan negara tanpa memberi pulangan yang kepada rakyat seperti yang sepatutnya
22. Kedaulatan negara terjejas akibat kelemahan pertahanan negara yang menyebabkan banyak khazanah negara dicerobohi dan kuasa besar seperti Amerika Syarikat terus mengguna kesempatan untuk menguasai ekonomi danolitik negara
23.Sektor media awam disalahguna sehingga kredbiliti agensi media awam terjejas teruk akibat campurtangan parti politik pemerintah yang melampau.

Maklumat lanjut KLIK DI SINI

Berita Gembira Dari Putrajaya...

Tidak lama lagi, YB Putrajaya!!!

Kenderaan untuk berkempen Datuk Husam Musa
 
Datuk Husam sedang memberikan seramah

 
Orang ramai mendengar ceramah Datuk Husam

KUALA LUMPUR: "Tidak lama lagi, YB Putrajaya." Itulah mesej pesanan ringkas yang dihantar oleh seorang pengarang kanan sebuah akhbar harian malam tadi.

Bersama SMS itu, beliau menyertakan gambar-gambar orang ramai yang memenuhi ceramah calon PAS Datuk Husam Musa di Putrajaya.

Melalui gambar itu jelas kelihatan suasana orang ramai yang penuh sesak di ceramah Husam  yang sangat luar biasa bagi kawasan Putjaya.

Ini kerana, sebagai pegawai kerajaan, penduduk Putrajaya agak sensitif dengan ceramah yang dianjurkan bukan BN.

Namun semangat untuk berubah telah merubah segala-galanya di Putrajaya.

Malam tadi Husam berceramah di Padang Presint 9, Putrajaya. Turut memberikan ceramah malam tadi adalah bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib yang baru menyertai PAS.

(Kereta kempen Husam di Putrajaya)

Sejak petang semalam lagi Husam sibuk dengan pelbagai aktiviti di Putrajaya.

Jam 5.30 petang, beliau turun minum petang di Monumen 2020 bersama penduduk Putjaya.

Jam 6.30 petang pula beliau berkempen di pasar malam dsambil menyapa pembeli dan peniaga di situ.

Jam 7.30 malam, beliau menunai solat Maghrib di surau Alhuda, Presint 9 bersama jamaah di situ.

Jam 8.30 malam pula beliau menunaikan solat Isyak di surau Abdul Rahman, Presint 9.

Pada malamnya, beliau memberikan ceramah umum di padang Presint 9 berdekatan Sekolah Rendah Agama An-Najjah bersama Dr Zaiyadi Awang Noh (bekas ketua pemuda Umno Kelantan) dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib (Mantan Menteri Besar Selangor). - harakahdaily

4.23.2013

PRU 13 : SENARAI 58 AHLI UMNO YANG DIPECAT KERANA BERTANDING TIKET BEBAS

PRU13....
SEJARAH BARU TERCIPTA
 

TANDA-TANDA AWAL BN AKAN TUMBANG...
 
Berikut 58 nama yang disenaraikan oleh Umno Online: 

1. PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO)
2. PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA – DATUK SERI MOHD SHARIFF HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG)
3. PARLIMEN SEPANG – DATUK SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (KETUA PEMUDA BAHAGIAN)
4. HANAPIAH BIN MOHAMAD
5. DUN BUKIT NANING (BAKRI) – GHAZALI SALAMON (AHLI JAWATANKUASA BHG)
6. PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK – SUKERI BIN ABD SAMAT (SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN)
7. MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.)
8. DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR) – YAACOB MAN (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)
 9. DUN PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI) – MOHD. YUSOF LAZIM (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)
10. DUN NENGGIRI (GUA MUSANG) – ABDUL AZIZ MOHAMED (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)
11. PARLIMEN LEMBAH PANTAI – RUSLI BABA
12. PARLIMEN BERA- MOHD. WALI ALANG AHAMAD
13. PARLIMEN PERMATANG PAUH – DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN
14. DUN LENGGENG (SEREMBAN) – ZULKIFLI ABDULLAH (KETUA PENERANGAN CAW.)
15. DUN PENGKALAN BHARU (BERUAS) – AHMAD NIZAM IBRAHIM
16. DUN KAJANG (HULU LANGAT) – MOHD KHALID KASSIM (KETUA CAWANGAN)
17. DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR) – FADZIL HANAFI
18. DUN SUNGAI LIMAU (JERAI) – SOBRI AHMAD
19. PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG- ZAINUDIN YOM
20. DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH) – SHAMSUT TABREJ G.M ISMAIL MARICAR
21. DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA) – MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN MOHD ABDUL KADER
22. PARLIMEN TANJONG KARANG – MASRUN TAMSIR
23. DUN KUALA PERLIS (KANGAR) – SHAARI LUDIN
24. DUN INDERA KAYANGAN (ARAU)- AMEIR HASSAN
 25. DUN SUNGAI TIANG (PENDANG) – ROSLI OMAR
26. PARLIMEN BAGAN SERAI – ABDUL LATIF MASUD
27. DUN GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI) – HALIDI WAHAB
28. DUN CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG) – ZULKEFLI IBRAHIM
29. PARLIMEN KOTA BELUD – LAMSIL HAMIDSOR
30. PARLIMEN LIBARAN – SAHAR SAKA
31. PARLIMEN KALABAKAN – MOHD MANUKE
32. DUN SULAMAN (TUARAN) – ALI AKBAR KAWI
33. DUN LUMADAN (SIPITANG) – RAPAHI EDRIS
34. DUN SUGUT (BELURAN) – ABDUL RAHMAN ATANG
35. DUN LAHAD DATU (SILAM) – ALIANDU ENJIL
36. DUN SULABAYAN (SEMPORNA) – GHAZALIE PG. HINDI @ ABDUL GHANI
37. HUSSEIN MUMAKIL
38. JULKALANI ABD RAHMAN
 39. MAMAT BALHANA
40. DUN SENALLANG (SEMPORNA) – AB KARIM TALIP
41. ABDUL MANANG HATIB LAWARI @ OS
42. ATAL MUHAMMAD K.K ABD MENANG
43. DUN MEROTAI (KALABAKAN) – RITA RUDIANSAH ABU BAKAR
 44. DUN SEBATIK (KALABAKAN) – MOHAMAD YUSUP LEWAH
45. DUN SULAMAN (TUARAN) – ARIFFIN HARITH
46. AK. ALIUDDIN PG. MOHD. TAHIR 47. DUN LUMADAN (SIPITANG) – SAUDI SUHAILI 48. DUN KARANAAN (RANAU) – MAT JAILI SAMAT
49. DUN LIAWAN (KENINGAU) – NUSLEH MADARAK
50. PARLIMEN PENSIANGAN & DUN NABAWAN – FATIMAH AGITOR @ MOHD DAUD
51. PARLIMEN BELURAN & DUN SUGUT – DATU KAMARUDDIN MUSTAPHA
 52. DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN) MOHD ARSHAD ABDUL
 53. DUN KUNAK (SILAM) – HUSSEIN IBNU HASSAN
54. SHARIF SHAMSUDDIN SHARIF SAGAF
55. PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG – DATU BADRUDDIN TUN DATU MUSTAPHA
56. PARLIMEN RANAU & DUN PAGINATAN – YAZID SAHJINAN
57. PARLIMEN TAWAU – AHMAD AWANG @ MADON
58. PARLIMEN KALABAKAN – YAHYA ZAINAL

4.22.2013

Tan Sri Muhammad Muhd Taib Sertai PAS Secara Rasmi.

Hidayah di penghujung usia.....




Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini mengumumkan menyertai PAS secara rasmi.

Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang media bersama pemimpin tertinggi parti Islam itu, termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalan presiden, Mohamad Sabu.

Laporan hari ini menyebut, Muhammad yang berkempen untuk calon PKR di Hulu Selangor semalam juga dijangka akan tampil sekali lagi bersama ketua umum parti berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pilihan raya umum 5 Mei. - Malaysiakini


4.19.2013

PRU 13 : Hari 'BERSEJARAH' Bagi PAS dan Pakatan Rakyat!!!

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Katanya, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini - tarikh akhir yang ditetapkan DAP - mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).


Karpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

"Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak," katanya ketika dihubungi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung.

Karpal sebelum ini meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April sebelum jam 3 petang hari ini dan tidak akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan ROS itu.

Surat itu dihantar ekoran dakwaan berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti tu tahun lepas.

Tindakan itu diambil walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan bahawa DAP masih boleh untuk bertanding walaupun tanpa pengiktirafan ROS.

"Saya telah tandatangan semua watikah untuk calon DAP (bertanding di semenanjung)," kata Mustafa sambil menyifatkan langkah itu sebagai "bersejarah" untuk PAS. - Malaysiakini
Iklan penaja :


PRU 13 : KOMPOM PR Kalah Di Kedah....

GARA-GARA WUJUDNYA
'PENGUNDI HANTU'

Anda ingin buktikan bahawa wujudnya PENGUNDI HANTU ...?
Cuba anda ambil nombor k/p ini : 
No k/p : 590509026047  

Sila klik di sini untuk ke laman web SPR ...
Kemudian masukkan no ic di atas...
dan klik 'SEMAK' 


 Paparan seperti di bawah akan kelihatan....


Ulang semula langkah di atas dengan menggunakan no ic berikut : 
 no k/p : 590509026063

 Paparan seperti di bawah akan kelihatan....


ANDA BERJAYA!!!!


Mengesan sekor lagi HANTU belaan SPR!!!! 

Dalam isu ini, jika dilihat daripada sudut lokasi, jarak antara kedua-dua lokasi yang bakal diundi oleh individu yang bernama Razali Bin Yasin iaitu dari Bukit Selambau nak ke Kuala Nerang hanya mengambil masa 45 minit sahaja.

Untuk itu , semua orang perlu  mengambil perhatian dalam isu ini supaya semasa di hari mengundi PRU13 kelak bukannya sahaja petugas di DUN Kuala Nerang & Bukit Selambau tetapi di seluruh tempat mengundi di Malaysia berhati-hati dan sentiasa berwaspada supaya wakil rakyat dipilih adalah secara bermaruah bukannya dengan cara penipuan.


4.16.2013

PRU 13 : Akhirnya Si 'KATAK' Bertanding Tiket BN


SHAH ALAM: Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Noordin dinamakan oleh Barisan Nasional sebagai calon parti itu untuk merebut semula kerusi Parlimen Shah Alam dalam pilihan raya umum ini.

Beliau dijangka akan bertanding melawan Khalid Abdul Samad daripada Pas yang menyandang kerusi berkenaan.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, Zulkilfli menang kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru atas tiket Parti Keadilan Rakyat tetapi kemudian mengisytiharkan diri keluar parti jadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya BN negeri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.

PRU 13 : Teka-teki Ali Rustam Terjawab


MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam akan bertanding di Parlimen Bukit Katil.

LAWAN BELIAU ...


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang telah diumum sebagai calon PKR untuk bertanding kerusi Parlimen Bukit Katil pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.....

4.14.2013

Respon Terhadap Penyebaran Video Seks Terhadap Politik Negara

Renong-renongkanlah.....


Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin di dalam satu tweetnya mengecam pihak tertentu yang menjadikan kelucahan sebagai senjata politik dan menganggap bahawa negara akan musnah jika pihak berkenaan menguasai kepimpinan negara. 

Kenyataan beliau itu dipercayai merujuk kepada isu penyebaran video seks lucah yang mengaitkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, yang dimainkan oleh pihak blogger pro-UMNO melalui laman sosial dan blog-blog sejak beberapa hari ini. 

Sementara itu harakahdaily melaporkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan badan-badan Islam membantah politik kotor yang cuba membunuh lawan dengan cara terkutuk. Tindakan ini disifatkan dibuat tanpa mengambil kira sama ada budaya itu akan terkesan atau tidak terhadap generasi hari ini dan akan datang. 

Demokrasi sihat bertunjangkan perkhidmatan kepada rakyat dan hujah tidak menjadi agenda utama dalam mengembangkan persaingan sihat dalam arena pilihan raya. "Sepatutnya, budaya persaingan ini perlu lebih menjurus kepada hujah, penerangan dan bukannya budaya fitnah, apatah lagi lucah biarpun dalam keadaan sengit sekalipun," tegas Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh, kepada Harakahdaily, hari ini. 

Biarpun budaya ini sudah dijangka, kata beliau sewajarnya perlu dihentikan oleh mana-mana pihak, tidak kira dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Tambah beliau, bukan sahaja pemimpin parti, malah para pendokong, ahli-ahli parti, termasuk unit perang saraf tidak menggunakan taktik kotor ini dalam usaha memenangi hati pengundi.

"Biarlah kempen atau strategi digerakkan mengikut lunas-lunas syarak yang lebih memikat hati pengundi tentang betapa tinggi dan mulianya nilai-nilai yang perlu diusahakan," kata beliau lagi. 

Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam, Shaa'ani Abdullah, berkata budaya lucah ini hanya menunjukkan pihak yang menyebarkannya sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab, malah amat tidak beretika. 

Menyatakan pendapatnya atas kapasiti peribadi beliau sendiri, Shaa'ani berkata semua pihak tidak wajar menjadikan isu seumpama itu sebagai alat untuk menjatuhkan seseorang atau parti tertentu. Sambil menggesa ia dihentikan segera, Shaa'ani berpandangan rakyat patut melihat individu yang menyebarkan sebarang bahan lucah itu sebagai tidak bertanggungjawab. 

"Siapa yang seharusnya menjadi wakil kita? Mereka yang berkempen dengan cara begini, pada pemikiran anda bolehkah menjamin dan melindungi hak anda apabila mereka menang nanti? "Mereka yang akan duduk di atas (pemerintahan negara) perlu menunjukkan contoh terbaik, bukannya membiarkan budaya seperti ini terus menular dalam masyarakat ini," tegas beliau. 

Sementara itu, Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Prof Madya Dr Abdul Halim El Muhammady menegaskan, amalan politik di negara kita seharusnya lebih matang memandangkan sudah 55 tahun negara kita merdeka. “Sepatutnya amalan politik kita lebih matang dari segi nilai kemanusiaan. 

Kematangan itu bukan sahaja dilihat dari segi kemajuan kebendaan tetapi sepatutnya juga dari segi nilai-nilai kemanusiaan untuk mengimbangi kemajuan yang kita capai. "Tapi apa yang kita lihat nilai kemanusiaan dan adab semakin luntur, kekuatan jati diri, karektor Melayu Muslim semakin terhakis. “Mana-mana ahli politik tak bermoral dalam apa jua konteks kita perlu tolak daripada dijadikan pemegang amanah," katanya. 

Pengerusi Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan, Dr Fauzi Zakaria pula mengingatkan pengamal media agar lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan sesuatu perkara dan mengambil tanggungjawab memastikan kesahihan berita yang disebarkan itu. "Saya menyeru masyarakat terutamanya akhir-akhir ini menjelang pilihan raya umum kita sama-sama membentuk masyarakat madani terutama kepada para pengamal media.

"Pengamal media peranannya lebih besar untuk membentuk masyarakat madani iaitu masyarakat yang dikehendaki oleh Allah," katanya. Nada yang sama turut disuarakan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan (gambar) yang mahu media lebih bertanggungjawab mengemukakan bukti bagi setiap perkara yang disebarkan. 

"Media yang bertanggungjawab menentukan kesahihan apabila menyebarkan sesuatu perkara juga tanggungjawab kepada mereka yang membuat tuduhan untuk mengemukakan bukti, bukan meminta orang yang dituduh itu membuat penafian. "Kita tak mendidik masyarakat kita dengan perkara-perkara (lucah) ini. 

Sudahlah kalau anak-anak kita baca akhbar sebegitu kita mesti malu. "Perkara lucah sebegini lebih rancak dibincangkan berbanding membincangkan polisi-polisi atau apa yang nak disumbangkan kepada negara. "Polisi dan tawarankepada rakyat yang harus dibincangkan, bukan perkara-perkara lucah yang pembuktiannya masih meragukan dan hanya bertujuan mengaibkan dan menimbulkan kesangsian pemilih," katanya. 

Dalam pada itu, penulis makalah berkaitan qazaf dan menjawab fitnah, Ustaz Zaidi menegaskan, amalan menyebarkan fitnah dan perkara lucah amat berbahaya kepdaa masyarakat khususnya generasi muda yang akan memimpin negara pada masa akan datang. Katanya, walaupun semua pihak berusaha mengekalkan kuasa dan mandapatkan kuasa, mereka masih terikat dengan hukum Allah. "Kerana kasih sayang kita kepada masyarakat kita jangan dibudayakan amalan berbohong dan menuduh seseorang tanpa cukup bukti tak kiralah dari pihak rakyat kepada pemerintah atau pemerintah kepada rakyat. 

Kita mesti mengikat diri kita dengan hukum syarak dalam setiap perkara yang kita buat. Dalam suasana panas politik hari ini menjelang PRU 13 kita masih terikat dengan syarak, masih ditulis oleh malaikat dan akan dihisab, tak ada benda yang terlepas. "Kepada yang nak mempertahankan kuasa atau yang nak mendapatkan kuasa masih perlu mengingat diri masing-masing dengan hukum Allah," pesannya.

4.10.2013

PRU 13 : Penamaan Calon 20 April... MENGUNDI PADA 5 MEI 2013

SELAMAT BERJUANG!!!!


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan diadakan pada 5 Mei manakala penamaan calon ditetapkan pada 20 April.

Ini diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu sidang akhbar hari ini.

4.07.2013

Respon Pimpinan BN Tentang Manifesto BN - Turunkan Harga Kereta

PRU 13 : Najib Lancar Manifesto BN


Intipati Manifesto BN....

Manifesto bertajuk 'Menepati Janji Membawa Harapan' itu, mengandungi janjiBN untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi sekiranya diberikan mandat baharu dalam pilihan raya umum ke-13 nanti:

1. Menangani Kos Sara Hidup:

* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.


Respon pemimpin BN .....

Ketika membaca tajuk berita di bawah sila tukar PAKATAN  kepada BARISAN NASIONAL



Ketika membaca tajuk berita di bawah sila tukar PEMBANGKANG  kepada BARISAN NASIONAL


"RAMAI MUFLIS!!!"
"TAK PRAKTIKAL!!!"
"TIDAK RASIONAL!!!"



4.04.2013

KERAJAAN SEMENTARA PERLU PATUHI 11 PERKARA

KUALA LUMPUR: PAS meminta kerajaan sementara samada di peringkat pusat atau negeri mematuhi 11 perkara dalam menjalankan tugas mereka.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar  dalam kenyataan medianya berkata, ia diperlu dilakukan bagi memastikan kerajaan sementara berjalan lancar dan dihormati semua pihak.

"Bagi pihak PAS, saya dengan ini menyeru supaya Perdana Menteri dan seluruh pemegang jawatan di dalam badan Eksekutif, samada ahli kabinet Persekutuan mahupun ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya benar-benar mematuhi prinsip, amalan dan konvensyen berkaitan dengan Kerajaan Sementara secara sepenuhnya.

11 perkara itu adalah:
i) Memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar bagi Kerajaan Sementara  adalah hanya untuk menjalankan tanggungjawab wajib selaku kerajaan yang memerintah yang berkaitan dengan urusan day to day sesebuah kerajaan;

ii) Turun berkempen dalam Pilihanraya kapasiti atau jawatan politik di dalam parti dan bukan sebagai Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar

iii) Tidak menyalahgunakan jentera, peruntukan, kenderaan, kemudahan dan kakitangan kerajaan dengan tujuan untuk berkempen dan meraih undi

iv) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pelancaran sebarang projek atau inisiatif kerajaan;

v) Tidak memasuki atau menandantangi sebarang perjanjian baru terutamanya yang melibatkan projek-projek besar serta implikasi kewangan kepada kerajaan.

vi) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pemberian apa jua bentuk bantuan atau peruntukan wang kerajaan samada dalam bentuk wang tunai, geran, bonus atau pemberian barangan;

vii) Tidak membuat sebarang pelantikan, pertukaran atau rombakan dalam apa jua organisasi yang kerajaan berkuasa ke atasnya;

viii) Tidak menganjurkan apa jua bentuk himpunan, aktiviti atau apa jua program yang melibatkan kakitangan kerajaan dan orang ramai melalui kementerian, jabatan atau mana-mana agensi-agensi kerajaan yang dilihat sebagai cubaan untuk berkempen dan menanamkan dakyah politik;

ix) Tidak menggunakan jawatan untuk menggugut atau mengindoktrinasi rakyat, khususnya kakitangan kerajaan atau pelajar-pelajarjar IPT bagi mendapatkan undi mereka;

x) Tidak menjadikan premis, pejabat atau bangunan milik kerajaan sebagai markas parti.

xi) Memastikan media massa milik kerajaan memberikan liputan yang seimbang dan adil kepada semua parti-parti yang bertanding.

"Kami di pihak PAS dan Pakatan Rakyat akan memantau perkara ini secara serius dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika perkara-perkara di atas dilanggar," kata Mahfuz.

4.03.2013

DS Najib Bubarkan Parlimen Pada 3hb April 2012????

Mungkin dah terlalu lama memendam rasa ...
Sampai tarikh pun dah tersalah baca. 
Cuba perhatikan pada minit 1:27


Tapi kadang-kadang kita membuat silap nie biasanya dalam keadaan tertekan...
 atau dalam keadaan yang amat menakutkan... mengerikan.... 
MIMPI NGERI!!!!



PRU 13 : DAH BUBAR!!!!!!

SAAT YANG DITUNGGU-TUNGGU OLEH 
SELURUH RAKYAT MALAYSIA.....
SELAMAT BERJUANG!!!!!

SIARAN SECARA LANGSUNG 
KLIK IMEJ DI BAWAH....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails