Showing posts with label ROHANI. Show all posts
Showing posts with label ROHANI. Show all posts

8.16.2011

Diseret Suami Dalam Keadaan Bogel

Suami berang seret isteri dalam keadaan bogel...

GOMBAK: Akibat menolak ajakan berbuka puasa dengan suami, seorang wanita dibelasah suaminya selain diseret dalam keadaan bogel hingga cedera di badan dalam kejadian di Kampung Nakhoda Kanan, di sini, kelmarin.

Difahamkan, sebelum ini, pasangan terbabit sering bertengkar dan mangsa yang juga suri rumah berusia 30 tahun menjadi tempat melepas geram suaminya itu.

Sumber polis berkata, pada hari kejadian, lelaki berusia 30 tahun itu mengajak isterinya berbuka puasa, tetapi mangsa menolak pelawaannya kerana mahu berbuka di rumah kakaknya menyebabkan suaminya naik angin.

Akibatnya, mangsa dibelasah sebelum diseret dari tingkat satu rumah mereka ke tingkat bawah dalam keadaan bogel.

“Mangsa menangis dan merayu suaminya tidak bertindak demikian, tetapi lelaki itu tidak mengendahkannya,” katanya di sini, semalam.

Sekadar renongan...


Sempena di bulan Ramadan ini, didiklah diri kita untuk menjadi seorang yang sabar... Sabar itu bukan sahaja satu tuntutan syariatullah (hukum yang ditetapkan oleh Allah untuk dipatuhi oleh manusia), malah ia adalah satu sunnatullah (hukum yang ditetapkan oleh Allah untuk mengatur seluruh alam dan kehidupan).

Seluruh alam ini dicipta dan diatur atas tapak sabar. Langit dan bumi diciptakan oleh Allah penuh kesabaran yakni dalam tempoh enam masa, padahal Allah mampu menciptakannya hanya dalam sekelip mata.

Sabar adalah tuntutan yang khusus buat manusia. Ia tidak dituntut ke atas haiwan kerana haiwan hanya memiliki syahwat tanpa akal dan hati nurani. Oleh sebab itu, ia tidak dibekalkan oleh Allah dengan keupayaan untuk bersabar. Hidupnya hanya dipandu oleh syahwat (nafsu).

Manakala malaikat pula memang telah sedia baik, tidak mempunyai nafsu. Jadi tidak ada pertarungan dalam dirinya untuk melakukan kebaikan atau kejahatan yang memerlulan sifat sabar.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sabar itu separuh daripada iman.” (Riwayat) Ertinya, tanpa iman tidak akan ada kesabaran. Iman itu bukan hanya sekadar ilmu di kepala, ucapan di mulut, tetapi adalah soal keyakinan dalam hati serta dibuktikan dengan perbuatan.

4.28.2011

Tiga Ekor Sesumpah : Engkar Perintah Rasulullah SAW


Mengapa yang menuduh pulak nak bersumpah 'Laknat'??? Nasihat siapa yang mereka guna pakai niee... Nasihat para Ulama, para mufti dan tokoh agama  korang tak mau ikut... Korang ikut logik akal korang jeee... Hukum dari agama mana yang dia orang ikut...?

Apa nak jadi dengan negara kita ni, sumpah dah jadi satu mainan...
Siapa siapa pun boleh bersumpah...
Orang siam pun boleh sumpah...
Mat Bangla pun boleh sumpah...
Mat Monggolia pun boleh sumpah...
Sumpah dah jadi sendaan...
Dia tuduh orang, dia pulak yang sumpah...Poning kepala pak cik...

Rasulullah SAW Meninggalkan Dua Perkara
Rasulullah SAW meninggalkan dua perkara iaitu al-Quran dan hadis kepada umatnya sebagai rujukan. Selagi dua perkara itu dipegang dan dijadikan pedoman hidup, selagi itulah umat Islam tidak akan sesat selama-lamanya.

Sabda Rasulullah SAW: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya”. (riwayat Malik)

Kewajipan mentaati baginda SAW juga dijelaskan dalam al-Quran: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (sunnah) rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (an-Nisaa’: 59)

Maksud mentaati Allah dalam ayat di atas ialah mengamalkan isi kandungan al-Quran, manakala maksud mentaati Rasul pula ialah menjadikan segala ajaran baginda yang berupa hadis dan sunnah sebagai panduan.

Firman-Nya lagi: Sesiapa yang taat kepada Rasul, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan). (an-Nisaa’: 80)

Ayat ini menegaskan, tunduk dan patuh kepada setiap perintah Rasul yang berupa peraturan dan syariat bererti tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT.

Ringkasnya, mengingkari Rasul bererti mengingkari Allah SWT kerana pada hakikatnya yang memerintah dan yang menegah itu sebenarnya datang daripada Allah SWT.

Mufti, Tokoh Agama Tolak Sumpah Laknat Eskay Mahu Qazaf Ditegakkan

SHAH ALAM 28 APRIL : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini mengaku hanya beliau seorang sahaja akan mengambil sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul esok untuk memperkuatkan dakwaan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video lucah yang disebarkannya.

Eskay tidak memberitahu kenapa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim enggan bersama beliau untuk mengambil lafaz itu, tetapi menegaskan beliau berbuat demikian kerana “agama, bangsa dan negara.”

Eskay turut mencabar Anwar untuk mengambil sumpah itu bersamanya di Masjid Amru al-Aas, Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat esok.

Bagimanapun dua tokoh agama iaitu Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Dr Badrulamin Bahrom berkata cara terbaik menyelesaikan isu video lucah adalah mengikut syariat Islam iaitu dengan menfailkan pertuduhan qazaf.

“Kalau semua orang boleh bersumpah (laknat) saja, ramai orang yang boleh melakukannya. Takut apa sumpah ini,” kata Tan Sri Harussani kepada TvSelangor.

“Selepas dia membuat tuduhan orang itu berzina, dia perlu kemukakan bukti bukannya bersumpah.

"Menuduh orang berzina itu maknanya Qazaf, qazaf ini bukan bersumpah tetapi perlu bawa bukti,” tambah beliau.

Pada 4 April lalu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) menfailkan pertuduhan qazaf terhadap Datuk T dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Anwar sendiri sebelum ini bersetuju hukum qazaf adalah cara terbaik untuk menangani dakwaan-dakwaan yang disebarkan oleh Datuk T dan pihak lain untuk mengaibkan beliau sekeluarga dan sekali gus menghancurkan karier politiknya.

Penceramah bebas Badrulamin menegaskan sumpah laknat jelas tidak sesuai digunakan dalam isu video lucah dan ia akan hanya mengusutkan keadaan.

“Sumpah laknat dalam kes video seks ini tidak menurut ajaran Islam dan hanya menurut logik dan akal manusia. Ia tidak akan membantu menyelesaikan masalah yang sedang berleluasa dalam masyarakat kerana andai kata kedua-dua pihak sanggup bersumpah ia tidak akan selesaikan sebarang masalah,” kata beliau.

“Jika kita hendak menghentikan fitnah yang sedang melanda ummat ini hanya ada satu jalan iaitu melaksanakan hukum Qazaf,” kata beliau.

Eskay berkata gadingan Datuk T bertekad "tidak akan membenarkan orang bernama Anwar yang merupakan pelaku seks menjadi pemimpin negara Islam."

Mengulas lanjut sumpah laknat yang bakal dilakukan oleh Eskay, Harunsani berkata cara itu selalunya membabitkan pertuduhan zina antara suami isteri.

“Selalunya orang yang membuat sumpah laknat ini adalah kalau pertuduhan Li'an iaitu suami tuduh isteri.

"Qazaf ini, kalau dia(trio 'Datuk T') tidak boleh mengemukakan bukti, ikut hukum Islam dia (trio 'Datuk T') yang kena sebat. Itu saja hukumnya. Sebab itu tidak semudah ini untuk menghukum orang berzina,” kata Harussani.

Badrulamin berkata Menteri yang bertanggung jawab mengenai hal ehwal Islam, Jamil Khir Baharom sepatutnya mengusulkan gadingan Datuk T untuk disiasat mengikut hukum qazaf dan bukannya menyokong tindakan membuat sumpah laknat.

“Jamil Khir sepatutnya menyokong pelaksanaan hukum qazaf bukan sebaliknya menutup fail yang diajukan kepada mahkamah syariah dibawah kes qazaf dan menyuburkan pula budaya sumpah menyumpah ini,” tegas beliau.

4.05.2011

Video Lucah Tidak Layak Jadi Hakim

Video tak layak dijadi bukti kerana boleh diubah suai- bekas mufti....
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Md Hashim Yahya menyatakan rakaman video seks, tidak boleh dijadikan bukti atau saksi dalam dakwaan zina, apalagi sekiranya video tersebut tidak diketahui kesahihannya.

Dalam Islam, video atau gambar tidak boleh dijadikan bukti jika semata-mata berpegang kepada bukti itu kerana benda-benda seperti ini boleh diselewengkan lebih-lebih lagi dalam zaman ketinggian sains dan teknologi sekarang ini,” tegas beliau kepada Keadilandaily ketika ditemui kediamannya di sini semalam.

“Zaman saya lima puluh tahun dulu pun kita boleh melihat gambar orang yang berdiri di atas pokok bunga.

Macam mana berdiri atas pokok bunga? Itu teknologi 50 atau 60 tahun dulu.

“Sebab itu ia tak boleh dijadikan asas dalam syariat Islam kerana benda- benda ini boleh diubah suai.
Sekarang kalau kita menonton aksi dalam filem, dengan aksi kita melihat seolah-olah ia benar terjadi tetapi hakikatnya (aksi itu) hanya berlaku dalam studio saja. Kadang-kadang dalam komputer sahaja,” ujar beliau.

Menurutnya dalam syariat islam, bagi sesuatu pertuduhan zina, seseorang yang menuduh seseorang individu lain melakukan perbuatan tersebut, harus tampil mengemukakan empat saksi.

Sekiranya individu terbabit tidak berupaya membawa saksi berkenaan, maka dia perlu dikenakan hukuman qazaf atau 80 kali sebatan rotan.

“Sebenarnya banyak ayat Al Quran yang menyentuh tentang soal Allah melarang kita mengaibkan dan menjatuhkan atau menuduh seseorang melakukan kerja tidak bermoral seperti liwat, zina dan sebagainya.

“Yang paling jelas apa yang berlaku kepada Saidatina Aisyah di mana Allah menceritakan bahawa ada tuduhan liar (qazaf) menuduh Saidatina Aisyah melakukan perkara tidak senonoh, tetapi akhirnya Allah menurunkan ayat Al Quran dan membebaskan Siti Aisyah daripada tuduhan itu,” ujar beliau.

Beliau turut menceritakan tentang kisah Hilal bin Umaiyah, yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik bin Sahma, dan kemudian datang mengadu kepada Rasulullah.

“Rasulullah kata kepadanya, “kamu perlu membawa saksi atau kalau tidak aku rotan kamu”.

“Lalu dia (Sharik) berkata kepada Rasullullah, kalau seseorang suami melihat seorang lelaki melakukan zina dengan isterinya, dengan mata kepalanya sendiri, apakah memerlukan kepada bukti dan saksi lagi?

“Lalu Rasullullah mengulangi kata-kata yang sama iaitu kamu perlu membawa saksi atau kalau tidak aku rotan kamu,” ujar ulama terkenal tersebut yang kini merupakan pensyarah syariah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Menurutnya, banyak lagi ayat Al Quran yang menerangkan tentang isu itu seperti surah An Nur ayat 4 yang menerangkan tentang qazaf kepada mereka yang melemparkan tuduhan zina kepada wanita yang baik, tetapi tidak dapat membawa empat saksi seperti yang digariskan dalam Islam.

“Dalam kes lain pun mereka tidak boleh menjadi saksi lagi sebab mereka sudah hilang kredibiliti (fasik),” ujar beliau.

Katanya lag, begitu juga dalam surah An nur ayat 23, bermaksud sesunguhnya mereka yang menuduh wanita-wanita yang baik, yang solehah dan beriman dengan tuduhan zina, mereka akan dilaknat oleh Allah dunia dan akhirat dan mereka akan mendapat azab yang sangat dasyat.

“Dalam surah Al Hujurat ayat 12, jelas Allah melarang kita jangan banyak bersangka buruk kerana sebahagian buruk sangka itu adalah berdosa.

Kemudian Allah menyebut, "Jangan kamu mencari-cari keaiban orang, ini di antara ayat yang diterangkan kepada kita,” ujar beliau.

Temubual penuh bersama Dato Hashim Yahya boleh dibaca di akhbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan yang dijangka akan berada di pasaran esok.

3.24.2011

Besrsediakah Kita Dengan Hukuman Qazaf....

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(al-Hujurat:6).

Wak baru saja meneliti sehingga tamat sidang media oleh Datuk T, Trio yang merujuk kepada tiga orang individu iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Abdullah di Malaysiakini.tv.

Merujuk kepada pendedahan mereka, sepatutnya sebarang pertuduhan ataupun dakwaan salah laku moral ke atas seseorang individu haruslah disalurkan menerusi prosedur perundangan yang sah.

Inilah akibatnya bila nama sahaja ‘Negara Islam’ tetapi tidak melaksanakan Syariat Islam yang sebenarnya, maka fitnah sebegini akan berlaku sewenang-wenangnya demi kepentingan peribadi dan politik semata-mata..

Jika kes berkenaan itu membabitkan seseorang Muslim, kedua pihak pendakwa serta pembela sepatutnya menyalurkan kes mereka untuk diadili serta dinilai menerusi prosedur perundangan syariah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Al-Qur'an dan Sunnah.

Tatacara perundangan syariah telah menetapkan prosidingnya yang tersendiri untuk memelihara bukan sahaja moral serta maruah individu yang dituduh, bahkan juga integriti pihak yang membuat tuduhan.

Kegagalan memenuhi prasyarat yang ditetapkan akan meletakkan pihak yang terlibat dalam hukuman jenayah Qazaf yang turut menafikan hak si tertuduh sebagai saksi di masa-masa akan datang.

Tuduhan liwat atau zina merupakan satu tuduhan yang berat dan ianya memerlukan kepada bukti yang kukuh serta yang menuduh perlu membawa 4 orang saksi yang adil. Jika tidak sebaliknya yang menuduh akan menghadapi hukumaan Qazaf disebat sebanyak 80 kali sebatan. Ini adalah hukum ALLAH yang mesti diyakini dan dilaksanakan . Kenapa hukum ini begitu keras ? Tidak lain dan tidak bukan melainkan untuk menjaga maruah manusia itu sendiri.

Dalam menghadapi isu tuduhan yang terbaru iaitu terlibat dengan video seks oleh salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat, diharapkan kita tidak terlibat di dalam melakukan tuduhan tanpa bukti dan saksi kerana kita boleh saja dithabitkan dengan dosa qazaf di mahkamah Allah di akhirat nanti. Ya Allah ampunilah dosa kami ....
 
Iklan : Simpanlah Emas Untuk Anak-anak

Fitnah... Lebih Kejam Dari Membunuh!!


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Kita sering mendengar istilah “Fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan”. Namun apakah pengertian fitnah itu sebenanrnya....

Dalam bahasa sehari-hari kata ‘fitnah’ diertikan sebagai penisbatan atau tuduhan suatu perbuatan kepada orang lain, dimana sebenarnya orang yang dituduh tersebut tidak melakukan perbuatan yang dituduhkan. Maka perilaku tersebut disebut memfitnah. Tapi apakah makna ‘fitnah’ yang dimaksud di dalam Al Qur’an itu seperti yang disebutkan itu? Mari kita telaah.

Di dalam Al Qur’an surat Al Baqoroh (2) ayat 191 tercantum kalimat “Wal fitnatu asyaddu minal qotli….” yang artinya “Dan fitnah itu lebih sangat (dosanya) daripada pembunuhan..”. Imam Ibnu Katsir menjelaskan, bahwa Imam Abul ‘Aliyah, Mujahid, Said bin Jubair, Ikrimah, Al Hasan, Qotadah, Ad Dhohak, dan Rabi’ ibn Anas mengartikan “Fitnah” ini dengan makna “Syirik”. Jadi Syirik itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan.

Ayat tersebut turun berkaitan dengan haramnya membunuh di Masjidil Haram, namun hal tersebut diizinkan bagi Rasulullah saw manakala beliau memerangi kemusyrikan yang ada di sana. Sebagaimana diketahui, di Baitullah saat Rasulullah saw diutus terdapat ratusan berhala besar dan kecil. Rasulullah diutus untuk menghancurkan semuanya itu. Puncaknya adalah saat Fathu Makkah, dimana Rasulullah saw mengerahkan seluruh pasukan muslimin untuk memerangi orang-orang musyrik yang ada di Makkah.

Kemudian juga di surat Al Baqoroh (2) ayat 217, disebutkan “Wal fitnatu akbaru minal qotli…” yang artinya “Fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan..”. Ayat ini turun ketika ada seorang musyrik yang dibunuh oleh muslimin di bulan haram, yakni Rajab. Muslimin menyangka saat itu masih bulan Jumadil Akhir. Sebagaimana diketahui, adalah haram atau dilarang seseorang itu membunuh dan berperang di bulan haram, yakni bulan Rajab, Dzulqo’dah, Dzulhijjah dan Muharram.

3.07.2011

Khuratat Yang Membawa Padah


Mengapa masyarakat kita terlalu mudah mempercayai kepada sesuatu yang dianggap pelik itu membawa kabaikan dalam kehidupan mereka. Sehingga mereka melakukan perkara yang khurafat....

Khurafat adalah salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam. Amalan khurafat mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan daan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. Kepada-Nya seluruh makhluk bergantung. Firman Allah yang bermaksud:

“Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu memohon kepadanya selain daripada Allah bahawa jika sekiranya Allah mengkehendaki ke atasku sesuatu kemudaratan adakah mereka itu boleh menghindari dari kemudaratan itu. Atau jika Allah mengkehendaki sesuatu rahmat itu dianugerahkan kepadaku apakah mereka itu boleh menahan rahmat itu. Katakanlah adalah memadai Allah itu bagiku untuk segala- galanya. Kepada-Nya bertawakkal semua orang yang bertawakkal”. ( Surah Al-Zumar, Ayat 38)

Bala meminum air kencing pokok petai...

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengingatkan orang ramai supaya tidak meminum air yang kononnya keluar dari sebatang pokok petai 'menangis' di sini kerana ia mungkin mengandungi virus kencing tikus (leptospirosis)

Pegawai Pendidikannya, N. V. Subbarow berkata, sehubungan itu orang ramai perlu berhati-hati kerana banyak punca penyakit berjangkit disebarkan oleh binatang atau serangga termasuklah leptospirosis yang disebarkan melalui air.

Beliau berkata, tindakan meminum air berkenaan hanya mendedahkan orang ramai kepada risiko termasuk penyakit kerana tidak mengetahui punca sebenar air tersebut.

2.24.2011

Sebuah Cerita Untuk Si Pemarah

Kesan Paku Pada Tembok Batu..


Said ialah seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun hanya berdepan dengan satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari ibunya telah menghadiahkan Said sebungkus paku.

“Untuk apakah paku-paku ini ibu….?” Tanya Said

‘Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahanmu” jelas ibunya.

Pada hari pertama sahaja, Said telah memaku sebanyak 29 batang paku pada tembok tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati adalah lebih mudah mengawal kemarahannya berbanding memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya pada suatu hari, Said langsung tidak marah walaupun sekali. Dia terus memberitahu ibunya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Lalu ibunya mengucapkan tahniah dan menyuruh Said mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dilaluinya tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku tersebut. Said lantas memberitahu ibunya dengan penuh bangga.

Ibunya lantas memimpin tangan Said ke tembok tersebut dan berkata, “kau telah melakukannya dengan baik anakku… tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut. Tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Apabila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

“Tetapi ingatlah, walau berapa kali pun kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati pedih daripada luka fizikal…”.

Renong-renongkanlah….

12.09.2010

Khasiat Ayat Kursi

Sekadar renongan...

Mahfum ayat:

Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

Penjelasan:

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

Secebis kisah benar....

Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat).

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya.

Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

11.20.2010

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI

Kejam celik... kejam celik! Cuti sekolah datang lagi!!!

Tentu seronok bila dapat melakukan aktiviti bersama-sama anak-anak, bukan? Anak-anak akan rasa lebih selamat, lebih disayangi dan lebih dihargai jika ibubapa ingin meluangkan masa untuk mereka. Anak-anak juga akan rasa teruja apabila insan yang paling mereka sayangi sudi berkongsi aktiviti bersama-sama dengan mereka.

Mari kita kukuhkan hubungan kekeluargaan dengan aktiviti di musim cuti sekolah. Jom lihat! Apakah 5 aktiviti cuti sekolah yang menarik & berfaedah untuk anak-anak soleh kita

1.Berjalan atau jogging di taman-taman bunga, di tepi tasik atau di persisiran pantai.Sewaktu berjalan, ambillah peluang untuk berbual mengenai kebesaran Allah swt yang dapat dilihat di sekitar kawasan itu. Untuk anak yang sudah dewasa, galakkan mereka menyatakan apakah kebesaran Allah swt yang mereka nampak sepanjang berada di situ.

Sebagai contoh; Lihatlah kebesaran Allah pada bunga, ada bunga-bunga yang tumbuh daripada satu pokok, tetapi Allah ciptakan berlainan warna. Mana datangnya warna itu, sedangkan kita tak nampak pun cat atau dakwat di situ.

Objektif: Meningkatkan iman kita dan anak-anak

2.Mengajar anak kemahiran-kemahiran sunnah seperti memanah, menunggang kuda dan berenang. Seandainya kita sendiri belum menguasai kemahiran tersebut, tidak mengapa. Rendahkan sedikit ego, korbankan sedikit masa untuk belajar bersama-sama dengan anak-anak. Yang penting, kita dan anak-anak berasa gembira dan enjoy dengan aktiviti tersebut. Jangan lupa beritahu anak, yang dia sedang melaksanakan satu sunnah Rasulullah.

Barangsiapa yang berpegang teguh pada sunnah ku di zaman kerosakan ini, maka dia akan mendapat pahala 100 orang mati syahid (al-hadis)

Objektif: Menanamkan perasaan cinta untuk mengamalkan sunnah Nabi Muhammad saw

3.Memberikan galakan untuk anak-anak menghafal surah-surah pilihan.Fitrahnya, anak-anak akan merasa seronok apabila melihat ibubapa melakukan aktiviti yang sama seperti mereka. Seandainya, ibubapa juga turut berusaha bersama-sama untuk menghafal surah-surah tersebut, maka anak juga akan ter-motivasi untuk melakukan perkara yang sama.

Antara fadhilat surah-surah pilihan ialah:

Yaasin: Sekiranya dibaca di awal hari, maka Allah swt akan tunaikan segala keperluannya pada hari itu.

Al-Mulk: Surah ini akan menjadi penjaga kepada pembacanya daripada azab kubur.

Al-Waqiah: Barangsiapa yang membaca surah ini pada setiap malam, maka dia tidak akan kebuluran@miskin untuk selama-lamanya.

Objektif: Al Quran menjadi zikir di lidahnya, dan ingatan terhadap Allah swt sentiasa berada dalam hatinya.

4.Membuat kerja-kerja rumah bersama-sama dalam suasana yang menyeronokkan.Banyak kerja rumah yang boleh dilakukan bersama, antaranya seperti, memasak, mencuci kereta, mengemas rumah dan sebagainya.

Sewaktu melakukan aktiviti ini, elakkan berleter, membebel atau memarahi anak kerana kecuaiannya. Banyakkan pujian dan sokongan atas hasil kerja yang telah dilakukannya. Wujudkan suasana yang ceria dan penuh dengan telatah mencuit hati.

Setelah berseronok melakukan aktiviti bersama, anda boleh mengambil peluang untuk memberikan motivasi kepadanya. Daripada bertanya anak, bagaimana dengan keadaan sekolahnya, tanyalah pada mereka 3 perkara terbaik yang telah mereka lakukan di sekolah.

Anda tentu rasa gembira mendengarkan jawapan mereka, dan sekaligus keyakinan diri anak-anak juga akan meningkat setelah menyedari keistimewaan yang ada dalam diri mereka.

Objektif: Melatih anak-anak berkhidmat untuk ibubapa dan orang lain

5.Bermain permainan komputer sambil belajar. Kanak-kanak tidak dapat dipisahkan daripada permainan. Menurut kajian, kanak-kanak lebih banyak belajar sewaktu bermain. Oleh sebab itu, kita harus bijak memilih permainan yang sesuai untuk mereka, dan kalau boleh, luangkanlah sedikit masa untuk mencuba permainan mereka.

Ada banyak jenis permainan komputer atau permainan papan (board game) yang melatih anak-anak untuk mahir dalam sesuatu kemahiran. Antaranya:

Permainan Matematik:
http://www.coolmath4kids.com/

Permainan Mengenal Islam
http://www.islamicplayground.com/Scripts/default.asp

Permainan mewarna Islamik untuk anak-anak bawah 6 tahun:
http://www.gamespendidikan.com

Board game untuk belajar asas kewangan dan perniagaan
http://www.cashflowboardgame.com/

dan banyak lagi!  Anda boleh cari di Google permainan-permainan ini, atau anda boleh dapatinya di kedai komputer atau kedai buku yang berhampiran.

Objektif: Meningkatkan kasih sayang di antara anak dan ibubapa di samping mempelajari sesuatu. 

Lakukanlah aktiviti-aktiviti ini bersama-sama untuk menambahkan keseronokan dan kasih sayang anak-anak kepada ibubapa. Rasulullah saw sangat-sangat menggalakkan kita menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak.

Tatkala seorang sahabat r.a membuat pengakuan yang dia tidak pernah menunjukkan kasih sayang kepada anak-anaknya, maka Rasulullah saw bersabda, Bagaimana mungkin Allah swt akan sayang kepada seseorang yang tidak menyayangi orang lain

Seandainya anak-anak merasa gembira, bahagia dan tenang tatkala bersama dengan ibubapa, maka lebih mudahlah kerja ibubapa. Terutamanya, untuk mengajak anak-anak melaksanakan perintah Allah swt dan mengamalkan sunnah Rasulullah saw dalam kehidupan mereka. InsyaAllah


Selamat Bercuti!

Sumber : http://anakkusoleh.com

11.13.2010

13 Rahsia Solat

Sekadar renongan...


Sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia lain…

11.01.2010

Ke Mana MASA Kita Laburkan....

Demi masa.....


Sesungguhnya tempoh 24 jam sehari semalam adalah 1440 minit dan 86,400 saat yang diberikan untuk kita laburkan dalam kebaikan.

Masa hidup di dunia ini sangat terbatas. Turun dan naik nafas, adalah pinjaman umur yang tidak boleh dipersiakan. Masa dan waktu seringkali diumpamakan seperti emas. Ia bernilai dan berharga. Sebenarnya masa dalam hidup manusia jauh lebih berharga daripada emas, mutiara dan intan permata.

Sesungguhnya masa adalah umur bagi manusia. Manusia yang gagal menguruskan masa dengan sebaiknya akan menjadikan setiap tarikan usianya adalah pembaziran dan kekecewaan. Apa yang lebih malang, manusia yang membuang masa kepada perkara kemaksiatan dan dosa akan menempuh penyesalan yang tersangat dahsyat kelak pada hari kiamat.

Hayatilah firman dan ingatan Allah yang jelas tertera dalam surah al-Ashr :

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugiaan kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapkan kesabaran" (Al-Ashr: 1-3)

Berapa ramai manusia yang bernaung di bawah kolong langit ini terperangkap dalam jerat kelalaian. Sibukkan diri.... Jangan sedetik pun kita biarkan masa yang ada berlalu tanpa tujuan dan amalan.

KENAPA MEMBAZIR MASA???

Berikut antara punca mengapa berlaku pembaziran masa dalam hidup manusia :

  • Tiada atau kabur terhadap matlamat hidup
  • Buta hati terhadap hari akhirat
  • Tiada jadual hidup yang baik
  • Tiada disiplin diri
  • Faktor sahabat yang buruk
  • Bertindak atau bekerja tanpa mengikut peraturan
  • Tiada minat dan fokus pada satu-satu perkara
  • Sikap suka menangguh kerja dan amalan
  • Ketidak mampuan menyatakan "TIDAK" kepada perkara yang tidak penting dan utama

Bangkitlah daripada lena yang panjang. Kalau sesat di hujung jalan, pulanglah ke pangkal jalan. Sesungguhnya pangkal bagi perjalanan hidup kita adalah agama. Kembalilah kepada panduan agama, nescaya tidak akan tersasar telapak dan langkah!!

Hargailah hidup nescaya berertilah mati. Hargailah masa nescaya bernilailah USIA...

10.15.2010

Melatih Anak Menginfak

Sekadar renungan...

Sempena di hari Jumaat yang mulia ini, Wak nak besembang tentang melatih anak bersedekah atau menginfak ke jalan agama. Setiap hari Jumaat ketika pergi solat Jumaat, Wak akan bekalkan dua orang anak lelaki Irham dan Irfan wang untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid.

Wak bawakan cerita yang boleh dijadikan sebagai contoh dan teladan iaitu tentang tokoh Ikhwan Muslimin, Asy-Syahid Hassan al-Banna. Beliau memberi perhatian yang besar kepada dakwah dan didikan kepada umat Islam.

Ahli-ahli keluarganya adalah sasaran dakwah dan tarbiahnya, sebagaimana beliau mensasarkan dakwahnya kepada segenap umat Islam. Antara didikan beliau kepada anak-anaknya, beliau membiasakan mereka mengeluarkan duit untuk sedekah dan infak.

Setiap hari Jumaat, beliau akan memberikan sejumlah wang kepada setiap orang anaknya untuk mereka sedekahkan atau mereka infakkan ke jalan agama. Anak-anaknya tahu, setiap kali selepas solat Jumaat mereka akan menerima wang daripada ayah mereka. Dan mereka tahu wang itu bukan untuk disimpan atau dibelanjakan tetapi untuk diagih-agihkan khususnya sebagai sumbangan untuk aktiviti dakwah. 

Sedekah boleh dibuat pada bila-bila masa dan orang seperti al-Banna tidak pernah mencatu infak hartanya ke jalan Allah. Tetapi beliau menjadualkan pemberian sedekah oleh anak-anaknya pada hari Jumaat sebagi satu latihan.

Beliau juga menanamkan tauhid ke dalam jiwa anak-anaknya, agar mereka merasakan bahawa Allah menilai semua amal baik yang mereka kerjakan dan Allah akan membalasnya dengan kebajikan yang berganda. Sudah pasti beliau juga menanamkan rasa kehambaan yang tinggi ke dalam jiwa anak-anaknya, supaya mereka tahu bahawa Allah sentiasa memerhati perilaku dan tindak-tanduk mereka walaupun andainya manusia tidak melihatnya. ‘Intipan’ Allah melebihi segala-galanya.

Apabila anak-anak sudah dibiasakan memberi sesuatu kepada orang lain atau menyumbang harta ke jalan Allah, dia akan lebih bersedia untuk menjadi khadam ummah. Bukan saja hartanya, malah jiwa dan raganya sanggup dikongsi untk kepentingan agama. 

Satu perkara yang besar selalunya bermula daripada kecil. Seringgit dua yang dihulurkan kepada anak untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid umpamanya, mungkin membawa kepada sumbangan yang lebih besar dan yang lebih penting....  ianya konsisten, apabila pada satu ketika si anak mula faham akan nilai sesuatu pemberian itu disisi Allah. 

Asy-Syahid Hassan al-Banna ialah pemimpin sebuah pergerakan dakwah yang besar dan amat berpengaruh pada zamannya. Beliau sentiasa sedar akan hakikat bahawa kejayaan dakwah dan tarbiah di peringkat yang lebih besar sentiasa bermula daripada dakwah tarbiah diperingkat yang lebih kecil, iaitu diperingkat keluarga. Salah satu daripadanya adalah dengan melatih anak-anaknya menginfakkan harta. 

Waullahualam...

9.19.2010

Sillatul-Rahim Di Rumah Terbuka

JALINKAN SILLATUL-RAHIM....

Hari nie merupakan masuk hari ke-10 kita menyambut hari raya. Ketika ini ramai antara kita mendapat jemputan ke rumah terbuka terutama pada hujung minggu begini.

Inilah peluang kita untuk merapatkan sillatul-rahim antara sanak saudara dan rakan-rakan. Mungkin dikesempatan musim raya inilah dapat kita bertemu dengan mereka... setahun sekali agaknya.

Ambillah peluang di rumah terbuka ini kita menjalinkan sillatul-rahim yang dituntut oleh agama. Semoga kita beroleh keberkatan dalam mengharungi kehidupan.

Semalam Wak berkesempatan menjemput jiran-jiran beraya ke rumah. Orang rumah ada buat soto (nasi impit dan mee hun). Sambil menjamu selera, kami rancak bercerita. Macam2 cerita termasuk perbincangan hangat kes pembunuhan Datuk Sosilawati.

Rasa meriah!!! Mana taknya... Inilah rasanya masa yang ada untuk kami kumpul bersama-sama beserta dengan keluarga masing2. Setahun sekali!!! Dihari yang lain kami sibuk dengan tugas masing2.

MENGHUBUNG dan mengekalkan sillatul-rahim adalah satu tuntutan dalam agama Islam. Allah SWT berfirman mafhumnya:

Dan bertakwalah kamu kepada Allah yang kamu saling bermohon dengan nama-Nya dan (pelihara- lah) sillatul-rahim (Al-Nisa' : 1).

Bahawasanya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil, berbuat kebajikan dan menolong kaum kerabat. (Al-Nahl : 90)

Kata Anas r.a. , "Tiga jenis orang dibawah naunng Arasy Rahman pada hari kiamat :
(1) Orang yang menghubungkan rahim, iaitu orang yang dipanjang kan umurnya dan diluaskan razkinya;
(2) Perempuan yang kematian suaminya dan dia memelihara anak-anaknya yang yatim itu hingga dikayakan mereka itu oleh Allah;
(3) Lelaki yang menjamu anak-anak yatim dan fakir miskin.

Antara amaran-amaran Rasulullah tentang akibat buruk daripada tindakan memutuskan sillatul-rahim ialah :

(a) Tidak turun malaikat kepada kaum yang di kalangan mereka ada yang memutuskan sillatul-rahim.
(b) Tidak masuk syurga orang yang memtuskan sillatul-rahim.
(c) Apabila ada manusia memperkatakan tentang ilmu tetapi mensesiakan amalam daripada ilmu itu, berkasih-kasih mereka dengan lidah tetapi benci di hati, dan mereka memutus kan sillatul-rahim; dilaknat Allah ke atas mereka itu, ditulikan telinga mereka dan dbutakan mata mereka.

Hadis-hadis berikut adalah tentang kelebihan menghubungkan sillatul-rahim :
Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: "Sedekah kepada orang miskin itu mendapat pahala satu sedekah, sedangkan sedekah kepada kaum kerabat itu mendapat dua pahla : pahala sedekah dan pahala menghubungkan sillatul-rahim".

Rasulullah bersabda lagi, mafhumnya: "Takutlah kamu kepada Allah dan hubungkan rahim kamu, maka itu terlebih baik bagi kamu di dunia dan di akhirat".

Sekurang-kurangnya sepuluh kelebihan (temasuk yang tersebut dalam maksud hadis-hadis di atas) akan diperolehi oleh orang yang memelihara sillatul-rahim itu, iaitu :

(1) Mendapat keredhaan Allah Taala, kerana menghubungkan kerabat itu perintah Allah Taala;
(2) Mendatangkan sukacita dan rasa bahagia;
(3) Menyukakan para malaikat;
(4) Mendapat kebaikan dan nama baik di kalangan muslimin;
(5) Mendatangkan dukacita kepada iblis yang terlaknat;
(6) Melanjutkan usia;
(7) Memberkatkan razki;
(8) Menyenangkan arwah ibu bapa dan datuk nenek;
(9) Menambahkan marwah dan meninggikan darjat;
(10) Beratmbah pahala kemudian daripada mati, kerana kaum kerabat mendoakannya dan mengingati (menyebut- nyebut) kebaikan dan kebajikannya.
Wallahu a'lam.

9.04.2010

Ramadan… Pemergianmu ditangisi

Akhir Ramadan....



Masa solat Jumaat tadi Wak ada ambil satu pemplet yang disediakan oleh IKRAM NEGERI MELAKA kat maasjid Kampung Gangsa. Menarik isinya. Lalu Wak bawa balik untuk bacaan isteri tersayang kat rumah.

Wak ingin berkongsi sedikit ilmu dan manfaat yang perlu kita ketahui diakhir bulan Ramadhan yang mulia ini.

Semarakkan ibadah pada akhir Ramadan…

* Menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah.
* Mengejutkan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah menghidupkan malam-malam
tersebut.
* Mengikat tali pinggang (tidak bersama isteri). Diriwayatkan daripada A'isyah
r.a yang maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w, apabila tiba sepuluh terakhir
Ramadhan) beliau akan menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya
dan mengikat tali pinggangnya (tidak bersama isteri). (Riwayat Bukhari dan
Muslim).
* Mandi antara maghrib dan isyak dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah
dan wangi-wangian, terutama pada malam-malam ganjil.
* Berusaha bersungguh-sungguh agar dikurniakan Lailatul Qadar. Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam Lailatul Qadar dengan penuh
keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa
yang dilakukannya sebelum itu."
* Melakukan iktiraf di masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Diriwayatkan
daripada Ibnu Umar r.a katanya: "Biasanya Nabi s.a.w beriktiraf pada sepuluh
hari terakhir dalam bulan Ramadhan.
* Membayar zakat fitrah, zakat harta dan zakat pendapatan.
* Memperbanyakkan sedekah.

Tanda-tanda Lailatul Qadar

Diterangkan dalam sebuah hadith, antara tanda-tandanya ialah:

1. Udara pada malam itu amat nyaman, tidak panas dan tidak terlalu sejuk.
2. Terbit matahari pada pagi esok harinya dalam keadaan putih bersih, bagaikan
bulan purnama, sinarannya lembut dan tidak terik.
3. Tidak terasa kepanasan pada siang harinya, walaupun matahari sangat cerah dan
terang benderang.

Hikmah Disembunyikan Lailatul Qadar

1. Supaya kita berusaha untuk mendapatkannya.
2. Supaya kita berusaha meningkatkan ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.
3. Memperbanyakkan doa untuk memperolehnya.

Adab Mengakhiri Ramadhan & Menyambut Eidul Fitri

1. Allah menyuruh kita agar mengiktiraf akan kebesaranNya dengan mengucapkan
'Takbir' pada malam Eidul Fitri dengan gema yang mampu menggemparkan syaitan.
2. Allah menyuruh kita mensyukuri segala ni'matNya dengan bertahmid dan berzikir.
3. Allah menyuruh kita supaya memohon keampunan dengan beristighfar.
4. Allah memerintahkan kita supaya mengeluarkan 'Sadaqatul Fitri' (membayar zakat
fitrah).
5. Keluar beramai-ramai untuk menunaikan Solat Eidul Firi dan mendengar khutbah
dengan penuh penghayatan.
6. Bertemu, beramah mesra dan bermaaf-maafan sesama muslimin.
7. Menziarahi kubur dan memohon keampunan untuk ahli-ahlinya.
8. Kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi untuk mengeratkan silaturrahmi.

Alhamdulillah, itulah serba sedikit ilmu dan manfaat yang dapat dikongsi bersama. Semoga kita semua dapat berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya dalam Ramadhan yang bakal berakhir.

8.10.2010

Ramadhan Datang Lagi....

Malam pertama solat Tarawikh...



Rasa syukur tak terhingga berkesempatan sekali lagi bertemu Ramadhan Al-Mubarak. Malam nie merupakan solat Tarawikh yang pertama. Seluruh penjuru Masjid dipenuhi jemaah termasuk golongan wanita dan kanak-kanak.

Suasana sesak begini biasanya sehingga malam ke 10 hinggalah malam ke 15. Selepas dari malam-malam itu akan mula sedikit berkurangan. Berkurangan saf-saf yang pada awalnya penuh. Entah tak pasti mengapa... Tapi itulah lumrah setiap kali Ramadhan datang lagi....

Firman Allah dalam Surah Baqarah : “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. ” dan Sabda Rasulallah : “Apabila datangnya ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan.” (Muttufaqun ‘Alaihi)



Sabda Rasulallah SAW : Maksudnya : Allah SWT telah berfirman :

“Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untukku dan Akulah yang akan membalasnya.” (Muttufaqun ‘Alaihi). Alangkah istimewanya ibadah puasa kerana dinisbahkan secara khusus kepada Allah SWT.



Rasulallah SAW juga menyatakan bahawa orang-orang yang berpuasa mendapat kemuliaan disisi Allah SWT sebagaimana sabda Baginda SAW :

“Demi Allah yang Muhammad berada di dalam genggamannya, bahawasanya bau mulut orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya disisi Allah daripada bauan kasturi.” (Muttufaqun ‘Alaihi)



Di Bulan Ramadhan ini, jangan pula kita bersemangat kerana makanan, bersemangatlah dengan Ibadat kepada Allah. Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat kita semua.

Selamat menunaikan Ibadah Puasa...

6.26.2010

Tips Hilangkan Stress

Jangan 'stress' kan diri anda....



Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan
tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayannya.

5.24.2010

Bertukarlah Kepada Kad Kredit Islamic

Kad kredit konvensional HARAM....

Pagi tadi Wak ada sembang dengan sorang member kat ofis bercerita pasal kad kredit. Dia guna kad kredit sebuah bank tapi bukan Islamic. So Wak pun bagi tau yang mana kad kredit konvensional tu ada unsur riba.

Member nie kata, dia jarang guna kad kredit nie. Cuma bila terdesak jee.. Biasanya bayar sebelum bank kenakan interest. So tak ade le riba.

Tapi Wak bagi tau dia lagi... Walau tak guna sekalipun, kita dianggap menyimpan senjata untuk berperang dengan Allah. Member nie pun rasa tercungap jugak.

Wak yakin masih begitu ramai umat Islam yang menggunakan kad kredit konvesional tanpa rasa gusar dan ada cita-cita untuk beralih kepada kad yang Islamik. Walhal, bukan satu atau dua buah bank yang menawarkan alternatif, bahkan sudah banyak bank yang memiliki produk kad yang Islamik yang boleh dipilih.

Hanya terpulang kepada kita selaku pengguna untuk membuat pilihan, sama ada masih setia dengan janji kita kepada Allah dalam bentuk ‘kami dengar dan kami patuh’ (an-Nur: 51) ataupun masih tegar untuk setia dengan produk berasaskan riba yang kononnya dijamin dengan pelbagai kelebihan.


Surah 2; Al-Baqarah, Juz 3, Ayat 275-281, halaman 47


275: Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal didalamnya.

276: Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.

277: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

278: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.

279: Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

280: Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).

281: Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

Ulasan tentang kad kredit oleh Ustaz Zaharuddin klik di sini

4.09.2010

Kesan Buruk Akibat Judi

Amalan warisan syaitan cetus porak-peranda dalam masyarakat...

BERJUDI adalah jalan singkat yang salah untuk mengejar kekayaan dan wang ringgit. Judi disebut ‘Al-Maisir’ dalam Bahasa Arab dan ditafsirkan sebagai suatu bentuk permainan beradu nasib, menggunakan wang atau harta benda sebagai taruhan dengan pemenang akan mendapat hasil taruhan berlipat ganda.

Islam menegah umatnya daripada bergelumang dengan perjudian yang ternyata bersifat keji dan amalan warisan syaitan. Selaras dengan firman Allah bermaksud:

“Wahai orang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, mengundi nasib dengan batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?” (Surah al-Maidah, ayat 90-91)

Seseorang yang meraih hasil daripada perjudian, ketahuilah ia sumber haram dan tidak diberkati Allah. Maka, kesan seterusnya terpaksa ditanggung akibat berjudi adalah ahli keluarga sendiri.

Apabila rezeki haram disogok ke mulut isteri, anak dan sebati menjadi darah daging mereka, tidak mustahil kesan negatif akan terserlah sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.

Contohnya, luntur nilai silaturahim sesama keluarga, kehidupan porak-peranda, tiada kepercayaan dan hormat-menghormati, sukar mencapai kejayaan dalam apa juga yang dilaksanakan, terjebak dalam masalah sosial dan sebagainya.

Enggan adakan hubungan seks, isteri disimbah asid

KUANTAN 8 April - Tindakan seorang isteri yang enggan mengadakan hubungan seks dengan suaminya kerana tidak sihat mengundang padah apabila dia disimbah asid di rumah mereka di Felda Bukit Sagu 2, di sini awal pagi semalam.

Suaminya yang dipercayai kaki judi itu bertindak demikian sehingga mendatangkan kecederaan parah di muka dan tubuh isterinya yang ketika itu sedang tidur kira-kira pukul 2 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha berkata, ketika kejadian, lelaki berusia 47 tahun itu dikatakan baru pulang ke rumah selepas keluar bermain judi. - Utusan

3.29.2010

Kuasa politik dan kuasa agama

Artikel pilihan oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Ada yang menyatakan kepada saya bahawa dia bimbang negara ini menjadi negara mullah (clergy state) yang akan melarang kebebasan bersuara seperti yang saya dan beberapa pendakwah lain alami. Kata mereka, apabila kuasa agama mencengkam, ramai yang akan terhalang haknya seperti apa yang berlaku di Eropah sebelum Revolusi Perancis.

Saya jawab, saya tidak bimbang dengan pengaruh Islam terhadap negara, bahkan itulah harapan saya sebagai Muslim. Islam dibina atas keadilan dan rahmat. Apa yang saya bimbang adalah cengkaman sesetengah kelompok bernama agama yang berfikiran sempit, fanatik atau berkepentingan sehingga meminggirkan prinsip-prinsip keadilan seperti yang berlaku di Afghanistan dan Nigeria. Bukan salah Islam, tapi salah guna kuasa.

Kita hendaklah mengenal pasti kerjasama antara golongan politik dan agama itu sama ada demi kepentingan kuasa atau kepentingan Islam yang berasaskan keadilan dan kerahmatan.

Dipetik dari Malaysiakini. Bacaan lanjut klik di sini

2.21.2010

Dakwah Generasi PSP

Interaksi yang hilang....

Pada cuti Tahun Baru China yang baru nie, Wak ambik kesempatan menyambung cuti nak uruskan tanah pusaka peninggalan arwah abah yang belum ditukar nama. Wak bawak emak ke pejabat tanah kat Batu Pahat.

Wak bukan nak cerita pasal tanah pusaka tuu.. tapi nak cerita pasal PSP. Sambil Wak duduk dengan anak lelaki Wak yang dua orang tu kat luar… menunggu emak bereskan urusan dengan pegawai pejabat tanah, ada la dua orang kanak-kanak sebaya anak Wak sedang leka bermain PSP.

Dau orang anak Wak tuu cuma sekadar tengok dengan mulut telopong. Wak bagi tau kat anak-anak Wak “abang kalau nak main PSP tunggulah dah kerja nanti. Beli guna duit sendiri”.

Wak memang tak galakkan anak-anak bermain game apatah lagi PSP. Main game kat computer dia orang pun selepas dah buat latihan ‘Score-A’ .. Itupun mesti dapat markah lebih 80%.

Wak teringat masa zaman kanak-kanak dulu… Tak kenal menda nie semua. Yang kita orang tau… main galah panjang, main gasing, konda kondi dan banyak lagi. Habis riuh rendah halaman rumah.

Tapi zaman telah berlalu. La nie suasana itu digantikan dengan ipod, playstation dan yang terkini PSP yang menjadi permainan peribadi yang mengheret pemiliknya masuk ke satu dunia yang terpisah daripada persekitaran… terpisah daripada segala yang berada disekeliling. Ia membunuh interaksi tanpa disedari.

INTERAKSI

Interaksi adalah proses yang mengembangkan potensi pemikiran, emosi, fizikal dan spiritual seorang manusia. Malah ketiadaan interaksi akan menghilangkan cermin bagi seseorang untuk meneroka potensi dirinya. Sama ada dirinya sentiasa ‘perasan bagus’ atau tenggelam dalam kelemahan kerana gagal mengeluarkan potensi diri yang sebenar.

Interaksi inilah yang dibunuh oleh cara hidup semasa. Jesteru, Islam mengangkat interaksi dan pergaulan yang menjadi keperluan fisiologi, emosi, mental dan spiritual ini sebagai tuntutan agama.

Interaksi dinobatkan sebagai amal yang afdal bagi setiap Mukmin. Sabda Rasulullah SAW: “Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”.

IMPLIKASINYA

Implikasi kemunduran interaksi dan pergaulan amat melata. Ia membentuk sikap tidak peduli dan amat mementingkan diri sendiri.

Bermula daripada terhakisnya hubungan sesama ahli keluarga, merosotnya kerukunan tetangga hinggalah menjurus kepada sulitnya seruan dakwah dijadikan agenda kehidupan.

Dakwah bukan semata-mata kewajipan… ia adalah wasilah memberi yang menghadiahkan makna hidup… kepuasan. Dakwah bukan ‘stress’, kerut dahi, bermuram durja, tetapi ia boleh ceria, mendamainkan juga menenangkan.

Dakwah itu sangat menyeronokkan. Lebih seronok daripada mendengar IPOD dan bermain PSP…. Namun bagaimana kita mengasuh anak-anak kita…. Kalau hari ini mereka leka dengan ‘playstation’ atau PSP, siapa yang membelikannya??? Kalau mereka membeli sendiri… siapa yang secara tak sengaja telah mengizinkannya????

Bagaimana anak-anak kita membesar kalau dunia lapangnya selepas mereka bersekolah atau membuat kerja sekolah @ kerja rumah hanya dihidangkan dengan alat-alat yang boleh membunuh interaksi.

Sanggupkah atau ada masakah anak-anak kita nanti menghadiahkan Al-Fatihah atau bacaan yasin selepas ketiadaan kita nanti. Adakah tersemat di hati anak-anak kita nanti meneruskan dakwah… tugas seorang ‘khalifah’ di atas muka bumi ini.

So bagi ibu bapa yang kini tiada merasa apa-apa kebimbangan kesan dari kesilapan kita memberi ruang untuk anak-anak kita lalai dengan permainan PSP… Fikirkanlah sejenak. Jangan rasa sudah memadai mereka berjaya dalam peperiksaan walau melayan PSP, tapi yang lebih jauh perlu difikirkan adalah kesan PSP yang kian membunuh INTERAKSI!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails