Showing posts with label POLITIK. Show all posts
Showing posts with label POLITIK. Show all posts

5.17.2013

RAHSIA Shamsul Iskandar Dapat Tewaskan Ali Rustam Kini Tersebar

Muhammad Ali menang dengan Frazier, kalah dengan Shamsul...
 


Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin orang yang bertanggungjawab mengejutkan banyak pihak dengan menumbangkan bekas Ketua Menteri Mohd Ali Rustam di Bukit Katil dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Keputusan itu menyebabkan Ali (kanan), ketua menteri untuk tiga penggal melangkah daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan penuh tidak bergaya.

Keputusan itu juga menyebabkan ramai orang tertanya-tanya, apa resipi Shamsul sebagai underdog, ditambah lagi dengan rekodnya yang tidak menarik setelah tewas pada 2008 di Tangga Batu dan 2009 di Dungun.

"Ketika berkempen, saya bergurau, pada tahun 1974 terdapat perlawanan tinju - perlawanan terhebat di abad ini antara (juara heavyweight) Muhammad Ali dan Joe Frazier. Pada masa itu Frazier tewas.

"Pada 2013 Muhammad Ali lawan lagi. Tetapi kali ini Shamsul Iskandar menang," katanya dalam sebuah forum semalam, mengundang ketawa kira-kira 200 peserta.

Bukit Katil kawasan campuran dengan 53 peratus pemilih berbangsa Melayu, 41 peratus Cina dan enam peratus India. Shamsul menang dengan majoriti of 5,447 undi.
- Malaysiakini

5.16.2013

Kabinet Najib : Mana Tokoh Agama.... Harap DS Jamil Khir Baharom?

DS Jamil Khir Baharom - Menteri JPM
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyifatkan pembentukan kabinet baharu yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai bukti bahawa perjuangan akidah dan bangsa bukanlah merupakan agenda utama UMNO dan Barisan Nasional.

Ini terbukti apabila berisan kabinet tersebut tidak banyak mengetengahkan individu-individu yang dilihat vokal dalam isu akidah dan bangsa Melayu.

Dari sudut akidah sebagai contoh, Datuk Seri Najib jelas mengambil risiko dengan melantik Datuk Mary Yap Kain Ching sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi. Beliau yang merupakan Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia ( Federation of Councils of Christian Mission Schools Malaysia) adalah merupakan antara tokoh yang memperjuangan status sekolah mubaligh agar disamakan dengan sekolah kebangsaan. Hasil perjuangan beliau juga, sebanyak RM100 juta diagihkan kepada sekolah mubaligh di bawah Bajet 2013.

DPPNK ingin mempersoalkan apakah agenda Datuk Seri Najib membawa masuk individu sebegini di dalam Kementeria Pelajaran jika tidak untuk memperkasakan lagi sekolah-sekolah mubaligh dan dalam masa yang sama tiada tokoh yang akan memperjuangkan sekolah agama rakyat? Tidakkah ini juga merupakan tindakan berisiko untuk silibus pengajian murid-murid di sekolah kebangsaan yang pastinya akan turut menerima kesan ialah anak-anak kita semua?

Demikian juga tindakan Datuk Seri Najib membawa masuk Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P. Waythamoorthy ke dalam kabinet sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan mengenepikan suara-suara badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan bangsa Melayu turut dianggap sebagai umpan untuk menarik kembali undi bukan Melayu kepada Barisan Nasional.

Dalam hal ini, DPPNK ingin sekali mengetahui sikap badan-badan bukan kerajaan seperti PERKASA dan JATI yang jelas hanya dibakulsampahkan dalam pembentukan kabinet ini.

Selain itu, kegagalan Datuk Seri Najib untuk membawa masuk lebih ramai tokoh agama ke dalam kabinet membayangkan slogan UMNO selama ini sebagai pejuang agama Islam hanyalah retorik semata-mata.

Jika sebelum ini sekurang-kurangnya kabinet Malaysia mempunyai Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Dr Masyitah Ibrahim, kini hanya tinggal satu nama iaitu Jamil sebagai tokoh yang berlatarbelakangkan agama dalam kabinet baharu ini.

Di mana suara para ulama yang sebelum ini kuat membela UMNO/Barisan Nasional dalam isu kalimah Allah dan sebagainya? Adakah sudah menjadi kukur kelapa yang digunakan ketika kenduri dan disandar di hujung dapur apabila musim kenduri sudah habis?


Bagaimanapun konteks Kelantan, DPPNK mengharapkan agar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang dilantik untuk penggal seterusnya dapat memainkan peranan yang lebih aktif membantu membawa pembangunan ke Kelantan. Ini ditambah pula dengan kejayaan besar beliau memenangi DUN Ayer Lanas dengan majoriti 47 undi membolehkan beliau untuk menajdi jambatan penghubung di antara kerajaan Kelantan dan kerajaan Pusat.

Apapun, bagi pihak DPPNK, tiada yang mengejutkan dalam kabinet baharu Datuk Seri Najib ini, transformasi yang dilaungkan hanyalah transformasi label dan pembungkus sahaja sedangkan isi  dalamannya masih sama bahkan lebih tidak mustahil lebih teruk daripada yang sebelumnya.
- Harakahdaily

4.23.2013

BERITA PANAS : Zulkifli Noordin Bakal Tersungkur Di Shah Alam

Naib Pengerusi MIC Shah Alam C Supayah bersama 104 Pengikutnya Keluar Parti...

Klik imej untuk paparan video

KUALA LUMPUR, 23 April — Naib pengerusi MIC Shah Alam C Supayah bersama 104 pengikutnya hari ini keluar daripada parti tersebut sebagai tanda bantahan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana meletakkan Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam. 

Perkembangan terbaru ini memberi tamparan hebat kepada BN terutamanya dalam misi untuk merampas negeri Selangor dan pemimpin utama MIC S Vell Paari juga pernah memberikan amaran sama sebelum ini.

"Ya, hari ini saya hantar surat keluar parti... seramai 104 pengikut saya juga mengambil tindakan sama," kata Supayah apabila dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Supayah yang memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MIC Shah Alam sejak 2009 juga memberikan tiga alasan mengambil langkah keluar parti, salah satu sebab utamanya adalah kerana faktor pengumuman Zulkifli dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai calon BN di Shah Alam.

"Sebab pertama adalah kerana meletak calon Perkasa Zulkifli Noordin, dia sebelum ini telah menghina masyarakat India dan penganut agama Hindu.

"Bukankah itu jelas penghinaan?" kata Supayah lagi. Faktor kedua yang menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut adalah kerana tindakan Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Mohd Zin memijak kepala lembu pada tahun 2009 disamping tindakan calon BN Che Johan Che Pa di Pasir Mas yang memberikan laluan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut.

"Sebab kedua adalah kerana Datuk Nawawi kerana beliau pernah menghina penganut Hindu dengan memijak kepala lembu pada 2010 dan sebab ketiga adalah kerana calon BN memberi laluan kepada Ibrahim Ali bertanding.

"Bukankah itu bermaksudnya Umno sokong Perkasa," kata Supayah yang tidak berpuas hati dengan tindakan BN memberi dua kerusi kepada calon bebas daripada Perkasa.

Supayah yang juga pengerusi MIC Shah Alam Seksyen 18 timur, dimana semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru melawat berkata keputusan yang dibuatnya itu mendapat sokongan rakan beliau dan juga pemimpin India lain.

"Sebaik saya buat pengumuman itu, saya menerima banyak panggilan daripada rakan dan juga orang yang tidak dikenali... semua mereka mengucapkan tahniah kerana keberanian saya berbuat demikian," terangnya lagi.

Semalam, Najib selepas lawatannya di Shah Alam mengeluarkan kenyataan mempertahankan Zulkifli bertanding kerusi parlimen tersebut dan berkata bekas ahli parlimen PKR tersebut sudahpun berjuang untuk isu melibatkan kaum India seperti Sekolah Tamil serta kuil dan rakyat sudah mula menyokong beliau.

Walaubagaimanapun, pencalonan Zulkifli sebagai calon Shah Alam menyebabkan gabungan pemerintah tersebut menerima banyak kritikan terutama apabila baru-baru ini video beliau menghina penganut agama Hindu tersebut luas di ruang internet.

Fokus terarah kepada Selangor, yang dikatakan nadi kepada kepesatan ekonomi dan pentadbiran PR dibawah Menteri Besar (MB) sepenggal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa oleh BN gagal mempamerkan prestasi baik untuk mengekalkan sokongan seperti pada tahun 2008 lalu.

PR selepas pilihan raya umum 2008 mempunyai penguasaan yang ketara keatas negeri terkaya tersebut dan memegang 36 kerusi daripada 56 kerusi dewan undangan negeri serta 17 daripada 22 kerusi parlimen.

4.22.2013

Tan Sri Muhammad Muhd Taib Sertai PAS Secara Rasmi.

Hidayah di penghujung usia.....




Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini mengumumkan menyertai PAS secara rasmi.

Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang media bersama pemimpin tertinggi parti Islam itu, termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalan presiden, Mohamad Sabu.

Laporan hari ini menyebut, Muhammad yang berkempen untuk calon PKR di Hulu Selangor semalam juga dijangka akan tampil sekali lagi bersama ketua umum parti berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pilihan raya umum 5 Mei. - Malaysiakini


4.16.2013

PRU 13 : Akhirnya Si 'KATAK' Bertanding Tiket BN


SHAH ALAM: Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Noordin dinamakan oleh Barisan Nasional sebagai calon parti itu untuk merebut semula kerusi Parlimen Shah Alam dalam pilihan raya umum ini.

Beliau dijangka akan bertanding melawan Khalid Abdul Samad daripada Pas yang menyandang kerusi berkenaan.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, Zulkilfli menang kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru atas tiket Parti Keadilan Rakyat tetapi kemudian mengisytiharkan diri keluar parti jadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya BN negeri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.

PRU 13 : Teka-teki Ali Rustam Terjawab


MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam akan bertanding di Parlimen Bukit Katil.

LAWAN BELIAU ...


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang telah diumum sebagai calon PKR untuk bertanding kerusi Parlimen Bukit Katil pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.....

3.19.2013

PALING PANAS : Di Sebalik Bayang-Bayang Sebuah Negeri Di Malaysia

Video Paling Panas.... memang Panas!!! Pendedehan yang membuatkan ramai orang tak senang duduk... Kencing pun tak lawas..... Mandi pun gerenti basah kuyup... makan pun memang tak rasa kenyang-kenyang..... Sebab dah lama 'MAKAN' terlalu kenyang.... 
Tidur Ketua Menteri Sarawak dan Kroni tak lena..... 
Diulit MIMPI terlalu Ngeri!!!!

Untuk melihat paparan video, sila klik imej di bawah...



Paparan di You tube ......

Paparan subtitle dalam Bahasa Melayu


3.08.2013

GEMPAR : Ali Rustam Hadir Ceramah Anwar Ibrahim Di Bukit Katil

Tapi sayangnya Datuk Ali hadir lebih kurang pukul 11.45 malam. Ceramah DS Anwar Ibrahim telah pun tamat. Beliau bergegas ke Sungai Udang di mana 4 orang Jenderal (B) sedang menunggu kehadiran beliau untuk sama-sama memberikan ceramah.
 
Datuk Ali sedang disambut oleh penyokong UMNO-BN
Datuk Ali sedang mendapatkan maklumat dari salah seorang penceramah UMNO-BN
Ceramah terpaksa diberhentikan lebih kurang pukul 11.10 malam atas arahan pihak Polis. Ini berikutan ada ketegangan di antara penyokong Umno-BN dan Pakatan Rakyat. Sehingga terjadinya membaling objek seperti botol dan batu yang telah mencederakan 2 orang penyokong PR.

Cedera di kepala... sedang menerima rawatan




Sambutan orang ramai terhadap ceramah di pihak Pakatan Rakyat terutamanya kepada DS Anwar Ibrahim diluar dugaan

 
Orang ramai sedang khusuk mendengar ucapan DSAI
 Ceramah yang dianjurkan oleh pihak UMNO-BN nampaknya lebih kerusi dari penonton.....

Ceramah UMNO-BN siap dengan khemah dan kerusi... tapi......
Lebih banyak kerusi dari penonton... Kerusi siap bersusun lagiiiii


2.28.2013

Panas... Penangan Dari Video Salih Yaacob Dan Nabil

Kata orang lama-lama.....

"Kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan binasa"

 TERKINI : Salleh Yaacob Minta Maaf & Akan Bersara Dari Dunia Hiburan... Selamat Tinggal Salleh Yaacob!!!...

SINAR Terkesan Dengan Pembabitan Penyampai Radionya Yang Terlibat Dalam Pembikinan Video "Bangkang Dari Longkang". Ternyata "Kuasa Rakyat" Membuatkan Stesen SINAR.FM "Tak Senang Duduk" Nampaknya Hingga Pihak Mereka Terpaksa Mengeluarkan Kenyataan Berikut:

Kat Bawah nie video lakonan  SY dan Si Nabil...

 





2.22.2013

TAMIN.... GULA2 PRU 13

Hina kebijaksanaan rakyat dengan cuba menawan dan membeli hati rakyat dengan hanya sebotol kicap, sos cili dan bes perisa ros....



Begitu murah sekali UMNO-BN menilai hati dan maruah Rakyat!!!

Wahai pewaris-waris perniagaan 'TAMIN'...
Selamat berjuang dalam parti kepercayaan anda, tapi jangan tersilap langkah macam 'skincan ikan bakar'...

Fahamilah maksud ini kerana perjuangan dan perniagaan
tidak boleh digaulkan bersama...



 Masihkah kau ingat!!!!

Nasib 'Skinchan Ikan Bakar Melaka' (berhadapan dengan Mydin MITC). Telah secara rasminya ditutup pada awal tahun 2013.. 





Sayu.. Pilu... Sendu dan terkedu.... 

Dan dah banyak lagi cawangannya telah ditutup akibat kebongkak kan dan keceluparan 'Taukey' 'Skincan Ikan Bakar' 

 Terkenang suatu masa dahulu...
Gah dipandangan mata



SUARA RAKYAT... SUARA KERAMAT!!!!




2.20.2013

PRU 13 : DUN Selangor Bubar Hari Ini....

MB menghadap Sultan Selangor, bubar Dun hari ini?


SHAH ALAM - Teka teki pembubaran Dewan Undangan Negero (Dun) Selangor bakal terjawab apabila Menteri Besar, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bagi mendapatkan perkenan berhubung perkara itu. 

Perkara ini disahkan beberapa pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) Selangor dan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berhubung pertemuan antara Menteri Besar dan Sultan hari ini mengenai pembubaran Dun Selangor. 

Desas desus ini disahkan, Timbalan Speaker Selangor merangkap Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. “Memang setiap Rabu, Menteri Besar akan menghadap Sultan sebelum mesyuarat exco. 

Tetapi mungkin pertemuan esok (hari ini) bakal menjawab segala ‘ribut spekulasi’ yang melanda Selangor belakangan ini. “Petang ini (semalam) Menteri Besar mengadakan mesyuarat dengan barisan pimpinan Pakatan Rakyat (PR), ini memang mesyuarat berkala tetapi mungkin agendanya bakal menjawab teka-teki pembubaran Dun Selangor,” katanya. 

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman turut memaklumkan perkara sama. “Betul, betul, Tan Sri Abdul Khalid akan menghadap Sultan esok,” katanya. Ribut spekulasi ini turut mendapat reaksi positif daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani, mengiakan perkara tersebut walau bagaimanapun beliau enggan mengulas tujuan pertemuan tersebut. 

“Setiap Rabu, memang Menteri Besar akan menghadap Sultan pada jam 8.30 pagi tapi saya tidak pasti tujuan pertemuan esok (hari ini),” katanya. Sebelum ini, Abdul Khalid memaklumkan pembubaran Dun akan dilakukan selepas sambutan Cap Goh Meh, yang jatuh Ahad ini, dan dijangkakan perkara ini akan disahkan Menteri Besar sendiri pada mesyuarat Exco hari ini. 

Semalam, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri hanya mengumumkan pembubaran Dun selanjutnya adalah tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk merancang dan melaksanakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari. - Sinar

2.18.2013

Gambar Yang Amat Menakutkan Menteri Pertahanan

Gambar ini khas buat Menteri Pertahanan Malaysia.... Zahid Hamidi!



Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, yang juga bekas Panglima Angkata Tentera Darat Malaysia, Briged Jeneral Datuk Abdul hadi Abdul Khatab dan Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).

Cerita lanjut klik di sini...

2.16.2013

Dr Juanda & Dr Asri Akan Bertanding PRU13?

Dr Juanda: Saya memang timbang serius sertai PRU13...


Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata beliau "memang sedang serius menimbang" untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.


Beliau juga mengesahkan telah mendapat tawaran dari banyak pihak untuk bertanding dalam pilihan raya tersebut. 

Dr Juanda (kiri), pemegang zamalah Universiti Oxford kelahiran Sarawak itu turut mengakui langkahnya menyertai pilihan raya merupakan "persoalan besar" yang perlu difikir semasak-masaknya.

"Saya memang tengah timbang serius untuk masuk (bertanding pada) pilihan raya kali ini.

"Banyak pihak sudah jumpa dan tawar. Sekarang dalam proses analisis keadaan semasa dan kesesuaian. Ini soal besar," katanya dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini semalam.

Kelmarin ahhbar Sinar Harian melaporkan beliau dan bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin disebut-sebut akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Akhbar itu memetik beberapa sumber sebagai berkata Dr Juanda kemungkinan bertanding di Parlimen Kangar, Perlis atas tiket PKR. Manakala Mohd Asri dikatakan akan bertanding di Pulau Pinang.



Bagaimanapun semalam beliau yang juga pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) dilapor akan mengumumkan pendirian rasminya berhubung perkara itu dalam masa terdekat ini.

Sependapat dengan Mohd Asri (kanan), rakan seperjuangannya, Dr Juanda juga memerlukan tempoh antara dua hingga tiga minggu sebelum mengumumkan pendirian rasminya.

"Ya (tempoh dua atau tiga minggu). Bagi saya masa buat analisis," katanya menjawab soalanMalaysiakini.

Dr Juanda adalah lulusan syariah Univerisiti Al-Azhar 1991 hingga 1995.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana syariah dengan pengkhususan Penggubalan Undang-undang Keluarga Islam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).- Malaysiakini

2.01.2013

"UMNO Tidak Tahu Membina Sebuah Negara Berteraskan Islam"

 
ALOR SETAR - Pas tidak boleh bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam perkongsian kuasa di negara ini kerana ia tidak tahu memerintah. 

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Umno tidak tahu membina sebuah negara yang berteraskan kepada agama Islam. “Bukan kita tidak boleh bekerjasama dengan Umno, boleh bekerjasama. 

Tapi baik perintah negeri, Umno tidak tahu memerintah negeri. Tidak boleh kerjasama sebab mereka tidak tahu memerintah. “Contoh di Kedah, Pakatan Rakyat (PR) di bawah Pas baru empat tahun perintah. 

Masalah air dan jalan atau masalah 50 tahun dulu sebelum kita perintah, dia (Umno) kata kita la punya kerja,” katanya di sini, kelmarin. 

Beliau berkata, begitulah keadaan Melayu yang mudah lupa kerana menyalahkan PR menjadi punca masalah air walaupun ia baru memerintah empat tahun di Kedah, Pulau Pinang danSelagor - SH

1.11.2013

Hasil Kajian Terkini : BN Tumbang PRU13


Kurang 24 jam sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang akan diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, rupanya khabar dari seberang tambak seakan menambah semangat peserta himpunan!

Bukan setakat pakar poltik mengesahkan, malah hasil kajian pakar ekonomi turut senada seirama meramalkan bahawa Barisan Nasional (BN) akan tumbang kali ini.

Ini disahkan sendiri ketua ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang disiarkan di akhbar berbahasa Inggeris berpengaruh di Singapura, The Straits Times hari ini, dalam edisi cetak dan dalam taliannya.

Azrul menambah, hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu.

Bagaimanapun, dengan keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara.

Hasil kajiannya dibentangkan dalam satu forum kewangan serantau yang diadakan semalam di republik itu dan disiarkan The Straits Times hari ini.

Ia mengambil kira corak demografi dan pendapatan penduduk sesebuah kerusi parlimen dan dibandingkan dengan data-data ekonomi semasa yang disemak setiap bulan sebagai rujukan, malah Bank Negara turut menganalisis data ekonomi negara dan bank komersil akan membandingkannya dengan data mereka.

Dari segi reaksi warga perniagaan yang selama ini memihak BN, beliau berkata ia sesuatu yang lumrah untuk menerima sebuah kerajaan baru dengan dasar serta polisi kewangan baru dan tidak timbul isu sabotaj terhadap kerajaan baru walaupun dikhabarkan hutang luar Malaysia kini mencecah RM502 bilion tahun lalu.

Manakala dari sudut pasaran saham, beliau menjangka akan ada perubahan positif terhadap urusniaga yang indeks utama Bursa Malaysia, FBM-KLCI kini berlegar antara 1650 ke 1700 mata sejak sebulan lalu.

Beliau menjangka aliran modal masuk ke Malaysia akan bertambah selepas pilihanraya umum yang akan dimenangi Pakatan Rakyat walaupun kadarnya perlahan.

BN kini berusaha keras memenangi pilihanraya umum kali ini yang disifatkan paling getir dalam sejarah negara sejak mencapai kemerdekaan 55 tahu lalu dari British.

Sumber : JALAN PULANG

IKLAN PENAJA 



1.02.2013

Himpunan 12 Januari.... Beranikah DS Najib Kotakan Janji

PETALING JAYA - Kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadual berlangsung 12 Januari ini di Stadium Merdeka tetap akan berlangsung di lokasi yang sudah diuar-uarkan meskipun belum mendapat maklum balas berhubung kebenaran dari pihak yang bertanggungjawab. 

Pengarah himpunan berkenaan, Mohamad Sabu berkata, pihaknya tidak bercadang menukar lokasi himpunan yang diharapkan berjaya mengumpul kira-kira sejuta rakyat Malaysia. "Buat masa ini, hanya Stadium Merdeka. 

Saya yakin PM akan tunai janji," katanya pada sidang media selepas mesyuarat majlis setiausaha Pakatan Rakyat di sini, hari ini. Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu ditanya sama ada terdapat lokasi alternatif lain yang difikirkan jawatankuasa itu sekiranya mendapat halangan dari pihak berkuasa untuk mengadakan himpunan di stadium terbabit. 

Sebelum ini sudah berlangsung dua siri Himpunan Kebangkitan Rakyat iaitu di Negeri Sembilan pada 3 November dan 17 Disember lalu di Perlis. Menurut Mohamad, kedua-dua perhimpunan itu berjalan dengan jayanya dan mendapat kerjasama baik dari pihak polis. "Kami jamin himpunan ini (Stadium Merdeka) akan berlangsung aman," tegasnya lagi. 

Himpunan yang bakal berlangsung dua minggu dari sekarang ini akan bermula pada jam 2 hingga 5 petang. Berkonsepkan santai, acara kemuncak pada petang itu adalah bacaan deklarasi rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, pimpinan utama Pakatan Rakyat akan bertemu Ketua Polis Negara bagi membincangkan perkara tersebut dalam tempoh segera. 

Sementara peringkat kedua diikuti oleh jawatankuasa induk himpunan tersebut akan bertemu Ketua Polis Kuala Lumpur. Kedua-dua surat berhubung perkara itu akan dihantar hari ini. 

Himpunan ini akan diadakan serentak dengan beberapa negara lain seperti Austalia, Sydney, London dan Dubai. Di ibu negara, himpunan akan disertai oleh pemimpin dan penyokong parti politik termasuk NGO-NGO yang menyokong dasar-dasar pembangkang. - Sinar

12.29.2012

BERSIH :8 Tuntutan Sudah Memadai

SHAH ALAM - Meskipun akur dan setuju bahawa tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak mengemukakan tuntutan yang menyeluruh dengan menyentuh perubahan struktur pilihan raya negara, namun untuk masa yang singkat, lapan tuntutan yang dikemukakan sudah memadai. 

Malahan menurut Ahli Jawatankuasa Bersih, Maria Chin Abdullah, lapan tuntutan itu juga gagal dilaksanakan sebaiknya oleh suruhanjaya yang dipertanggungjawabkan mengendalikan pilihan raya di negara ini. "Dengan lapan tuntutan ini juga SPR gagal untuk menyelesaikan tuntutan daripada Bersih. 

Kenapa hendak cakap tentang reformasi pilihan raya untuk jangka masa panjang?," katanya. "Sekarang ini contohnya ada proses yang baru, dakwat kekal tetapi belum mengumumkan prosesnya kepada orang awam. Patutnya sudah keluar di televisyen sekurangnya di RTM1 dan 2. 

Proses akan jadi lambat. Orang akan tanya soalan dan sebagainya. "Ada kemungkinan besar tak dapat habiskan jumlah pengundi di kawasan itu jika undi berakhir jam 5 petang," ujar beliau lagi ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini. 

Minggu lalu, dalam satu temubual khas bersama bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, beliau menggambarkan NGO yang menuntut pilihan raya di negara ini dijalankan secara bersih dan adil "gagal mengetengahkan isu sebenar meskipun mereka tahu apa yang mereka mahu". 

Meskipun berpeluang untuk menyuarakan dan merombak secara keseluruhan sistem pilihan raya di negara ini, Bersih dalam tuntutan gabungan itu katanya, langsung tidak menyentuh berhubung struktur yang membolehkan keseluruhan undang-undang itu dikaji semula. 

Gesaan seumpama itu katanya boleh membawa kepada kerajaan mengambil langkah menggubal perundangan baru yang kesannya jauh lebih besar. "Bukan satu dua tempat. Ini macam kita tukar bateri, tukar ‘spark plug’, tukar minyak hitam, 'quick fix’ ini (sebenarnya) boleh mendatangkan masalah yang lebih besar. Yang dasarnya tidak berubah," Rahman dipetik sebagai berkata. 

Namun menurut Maria, Bersih sejak awal lagi memang mendesak reformasi secara total dilakukan dalam sistem pilihan raya di negara ini. Namun katanya, tuntutan awal gabungan itu yang meliputi perubahan struktur tidak diendahkan oleh SPR sehingga lah pihaknya terpaksa memilih seminimum mungkin penambahbaikan yang boleh dilaksanakan dalam PRU13.

"Jangka masa yang panjang memang kita hendak proses ditambah baik dan diubah semula, tetapi untuk jangka masa pendek untuk pilihan raya umum akan datang, ini adalah standard minimum yang diperlukan yang hendak lah dilaksanakan oleh SPR," jelas beliau. 

Lantaran itu, beliau mahu pihak yang bertanggungjawab supaya ada 'political will' dalam memastikan pilihan raya di negara ini dilaksakan secara bebas, bersih dan adil demi menjayakan amalan demokrasi sebenar. "Kami harap kerajaan baru selepas PRU13 nanti lakukan reformasi secara serius dan melakukan 'overhaul'. 

Mereka patut lakukan 'overhaul' sekarang tapi sekarang kita sudah dekat dengan Pilihan Raya Umum ke-13. "Kerajaan dan SPR, Bersih rasa mereka tidak ambil inisiatif dan kepimpinan dalam memastikan pilihan raya akan berjalan dengan bersih," ujarnya lagi. - Sinar

12.21.2012

BN Selangor : Akhirnya Mengaku Membeli Tanah Dengan Harga Murah

Mudahnya.... sekadar memohon maaf!!

Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menggesa agar DAP tidak mengungkit isu-isu lampau berkaitan pentadbiran BN di Selangor sebelum tahun 2008.

NONE 













"Mengapa (DAP) perlu mengungkit semua isu ini?  Segala yang silap berlaku sebelum 2008.

"Kami (BN) berhadapan pelbagai isu dan ya, rakyat telah menghukum kami pada tahun 2008 dan PM juga telah mengaku silap dan memohon maaf," katanya.

Mohd Zin menegaskan demikian sewaktu diminta mengulas dakwaan-dakwaan DAP berhubung pemilikan 24 keping tanah oleh BN yang didakwa dibeli secara murah sewaktu BN mentadbir Selangor.

Menurutnya, tumpuan sekarang perlu diberikan kepada usaha membina negara dan rakyat Selangor juga sudah menghukum kesilapan-kesilapan BN di Selangor sebelum tahun 2008.- Malaysiakini

12.18.2012

Anwar: Perak kubu penting Pakatan


SERI ISKANDAR - Dalam usaha menawan Putrajaya, Pakatan Rakyat (PR) harus menang dengan majoriti meyakinkan di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) kerana Perak boleh menjadi kubu penting perikatan itu bagi mencapai matlamat memerintah negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, matlamat dalam PR sudah cukup mantap akan akan berkekalan sehingga mereka berjaya menawan Putrajaya kelak.

Beliau turut melaungkan janji untuk mengkaji semula perjanjian dengan syarikat yang membekalkan elektrik supaya dapat diturunkan tarif elektrik. "Kita tak peduli syarikat berkenaan dari mana atau bangsa apa. Kita mahu mereka berhenti menekan rakyat melalui tarif elektrik tinggi," katanya ketika berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Perak di Padang Sidec, Bandar Seri Iskandar, kelmarin.

Hadir sama, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalannya, Mohamad Sabu; Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin dan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Anwar yang juga Ketua Umm PR dan PKR berkata, kehadiran yang ramai ke majlis berkenaan merupakan tanda rakyat sudah muak dengan dakyah Umno dan mahu bangkit menumbangkan parti itu untuk merasai kebebasan.

Beliau turut menyatakan PR akan menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat bermula sekolah rendah hingga universiti sekiranya mendapat mandat memerintah negara. "Anak-anak muda adalah tenaga penting untuk negara dan mereka perlu diberi penduduk lebih baik secara percuma bermula dari sekolah rendah hingga universiti.

Kita juga akan hapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Insya-ALLAH, negara tidak akan bankrap," katanya. Menyentuh Himpunan 1 juta Rakyat pada 12 Januari 2013, beliau menegaskan perhimpunan bertujuan membersihkan PRU 13 dan rakyat perlu turun demi menyampaikan mesej kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Abdul Hadi dalam ucapannya berkata, Umno lebih menekankan perkataan Melayu berbanding Islam dalam pemerintahan mereka serta tidak mempunyai ilmu dan akhlak mulia untuk memerintah negara.

"Memang tidak dinafikan bahawa kita harus sayang kepada bangsa kita. Tetapi ia tidak boleh dijadikan akidah. Begitu juga dengan ilmu. Jika kita ada ilmu tetapi penakut, bagaimana mahu memerintah negara?" katanya. Kira-kira 30,000 hadirin membanjiri himpunan.- Sinar

12.03.2012

Nik Aziz: 'Soal jasa, Umno kena bersikap terbuka'

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyangkal kenyataan pemimpin-pemimpin Umno bahawa hanya parti itu sahaja menyumbang jasa kepada rakyat negara ini.

Sebaliknya kata beliau, Umno "perlu bersikap terbuka" kerana Pas yang memerintah Kelantan dan beberapa negeri lain sekarang dan sebelum ini juga ada jasa kepada rakyat dan negara. "Dalam ucapan pemimpin Umno (semasa penggulungan) juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa Umno selama ini.

Soal Tuan Guru (Nik Aziz), apakah Umno sahaja yang berjasa?... semacam Umno sahaja yang berjasa! "Pas di Kelantan pun banyak jasa," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan menerusi laman sosial beliau semalam mengulas perkembangan di Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berakhir kelmarin. Nik Aziz menarik perhatian dengan menggariskan beberapa jasa pihak Pas termasuk di Kelantan yang ditadbir sejak 1990.

"Pertama, pengurusan kewangan Kerajaan Kelantan acap kali mendapat pujian Ketua Audit Negara. Membuktikan jasa Pas yang mentadbir amanah rakyat tanpa ketirisan, rasuah dan penyelewengan. 

"Keduanya menerusi pendekatan pentadbiran Islam, Pas berjaya mengubah pemikiran rakyat Kelantan berpandukan agama iaitu "orang-orang yang diberi nikmat oleh ALLAH". Kesannya ramai wanita sudah mengamalkan ajaran agama termasuklah Wanita dan Puteri Umno pun sudah ramai bertudung (tutup aurat), berkat jasa Kerajaan Negeri di bawah Pas melaksanakan kempen berpakaian menutup aurat. "Seharusnya pemimpin Umno bersikap terbuka, kenanglah juga jasa pihak lain," katanya.

Ia antara tiga respons Nik Aziz berhubung ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno kali ini. Beliau seterusnya berkata, "perwakilan Umno berucap penuh dengan maki-hamun yang 'sikit habuk' rakyat tak leh nak tumpang... kerana ucapan menimbulkan permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain".

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails