12.03.2012

Nik Aziz: 'Soal jasa, Umno kena bersikap terbuka'

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyangkal kenyataan pemimpin-pemimpin Umno bahawa hanya parti itu sahaja menyumbang jasa kepada rakyat negara ini.

Sebaliknya kata beliau, Umno "perlu bersikap terbuka" kerana Pas yang memerintah Kelantan dan beberapa negeri lain sekarang dan sebelum ini juga ada jasa kepada rakyat dan negara. "Dalam ucapan pemimpin Umno (semasa penggulungan) juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa Umno selama ini.

Soal Tuan Guru (Nik Aziz), apakah Umno sahaja yang berjasa?... semacam Umno sahaja yang berjasa! "Pas di Kelantan pun banyak jasa," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan menerusi laman sosial beliau semalam mengulas perkembangan di Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berakhir kelmarin. Nik Aziz menarik perhatian dengan menggariskan beberapa jasa pihak Pas termasuk di Kelantan yang ditadbir sejak 1990.

"Pertama, pengurusan kewangan Kerajaan Kelantan acap kali mendapat pujian Ketua Audit Negara. Membuktikan jasa Pas yang mentadbir amanah rakyat tanpa ketirisan, rasuah dan penyelewengan. 

"Keduanya menerusi pendekatan pentadbiran Islam, Pas berjaya mengubah pemikiran rakyat Kelantan berpandukan agama iaitu "orang-orang yang diberi nikmat oleh ALLAH". Kesannya ramai wanita sudah mengamalkan ajaran agama termasuklah Wanita dan Puteri Umno pun sudah ramai bertudung (tutup aurat), berkat jasa Kerajaan Negeri di bawah Pas melaksanakan kempen berpakaian menutup aurat. "Seharusnya pemimpin Umno bersikap terbuka, kenanglah juga jasa pihak lain," katanya.

Ia antara tiga respons Nik Aziz berhubung ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno kali ini. Beliau seterusnya berkata, "perwakilan Umno berucap penuh dengan maki-hamun yang 'sikit habuk' rakyat tak leh nak tumpang... kerana ucapan menimbulkan permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain".

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails