12.21.2012

11 Tahun Jadi 'Gundik' Penjawat Awam


 4 kali gugur zuriat haram....

SHAH ALAM: Tidak mahu terus bergelumang dengan dosa, seorang ibu tunggal tiga anak yang menjadi wanita simpanan seorang pegawai kerajaan selama hampir 11 tahun, rela berdepan hukuman apabila menyerah diri di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), di sini, kelmarin. 

Wanita berusia 40-an itu mengaku sudah empat kali menggugurkan kandungan hasil hubungan haram itu, namun kini insaf selepas menyedari kekasih gelapnya itu hanya menjadikannya alat pemuas nafsu.

Malah, dia yang mahu dikenali sebagai Ros berkata, lelaki itu sering memukulnya hingga hidungnya patah akibat dipijak dan wangnya juga dikikis sehingga puluhan ribu ringgit termasuk untuk membeli kereta.

Menurut Ros, penyesalannya semakin mendalam selepas anak lelaki yang berusia 10 tahun mengetahui perhubungan terlarangnya itu dan menasihatkannya meninggalkan lelaki terbabit.

“Tambahan pula, kini lelaki itu sudah meninggalkan saya dan menjalin hubungan dengan perempuan lain. Jadi, terbukti dia bukan mahu menjadikan saya isteri keduanya seperti dijanjikan.

Sekadar renungan...

Daripada Maimunah r.a. berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Umatku akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.” (Hadis riwayat Ahmad, kata al-Munziri - 3/265: isnadnya hasan) 

Dan lagi, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila zahir/nyata zina dan riba dalam sesebuah tempat, maka penduduk tempat itu telah menghalalkan untuk diri mereka azab dan siksa Allah.” (Hadis riwayat al-Hakim, dan katanya; sahih isnadnya) 

Bayangkan perkara dosa yang berleluasa, bukan setakat akan mengenai pembuatnya, bahkan ancaman tersebut akan mengenai penduduk disekitarnya. Bila agaknya berakhirnya keadaan ini, kalau masing-masing tidak takutkan Allah, masing-masing masih menolak hukum Allah. Kenapa sukar sangat manusia memertabatkan hukum Allah ye…? 

Atas penolakan hukum inilah sebenarnya yang membuatkan bala turun bertimpa-timpa. Pembunuhan di sana-sini, anak luar nikah melata dibuang di muka bumi tanpa ada sedikit belas kasihan. Ada yang diblender lagi untuk menghapuskan bukti. Cuba kamu tu yang diblender begitu. Kamu sudi… 

Firman Allah :- وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً 
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (Surah Al-Israa' :32)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails