Berkhalwat ketika suami di Makkah...
Kebelakangan ini banyak kes berkhalwat melibatkan mereka yang telah berkahwin sama ada di pihak perempuan atau lelaki. Semalam Harian Metro melaporkan seorang tentera dengan isteri tentera (Kedua-dua umur dah cecah 50-an) ditangkap khalwat. Hari ni pulak seorang ustazah ditangkap khalwat dengan seorang duda.
Nampaknya dah akhir-akhir zaman nie macam-macam perkara pelik yang dah jadi tak pelik. Kebobrokkan rumahtangga semakin menjadi-jadi... Sama-samalah kita berdoa agar kita semua dijauhkan dari ujian dari Allah yang mungkin tak tertanggung oleh kita dek kerana kemungkaran yang dilakukan oleh manusia disekeliling kita...
KUALA LUMPUR: Dia seorang ustazah bertudung labuh yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang disegani di daerah itu.
Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.
Ustazah yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran agama itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit dan lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur.
Tembelang ustazah terbabit pecah apabila dia ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dengan duda itu, baru-baru ini dan mereka dilaporkan mengambil masa hampir setengah jam sebelum membuka pintu rumah kedai yang didiami dengan kedua-duanya dalam keadaan berpakaian lengkap.
Menurut sumber, lebih menyedihkan, ketika kejadian, suami ustazah terbabit berada di Makkah untuk menunaikan umrah.
Katanya, sejurus ditangkap berkhalwat, ustazah terbabit menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian dan terus meminta cerai.
Menurutnya, ustazah terbabit dan suaminya berkahwin pada 1997, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata menyebabkan mereka mengambil dua anak angkat termasuk seorang daripadanya dipelihara sejak kecil.
“Wanita itu bertemu dengan duda yang juga bekas rakan sekolahnya ketika perlawanan boling pada awal tahun lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat apabila lelaki itu menjadi tempatnya mencurah perasaan dan menagih simpati.
“Ustazah itu memberitahu duda terbabit kononnya dia tertekan kerana suami berkahwin lain sedangkan sebelum ini, dia sendiri bersetuju serta membenarkan suaminya berpoligami dan mereka sama-sama ke mahkamah untuk menguruskan perkahwinan itu.
“Tetapi, sebagai seorang yang ada latar belakang agama, hubungan dengan lelaki lain bukan cara untuk mengatasi tekanan lebih-lebih lagi dia masih berstatus isteri orang dan perhubungan itu mendekatkan mereka dengan maksiat,” katanya.
Sumber itu berkata, selepas ditangkap, duda itu pula mengaku dia pernah terlanjur dengan wanita berkenaan, tetapi di pihak ustazah terbabit, dia masih mahu ‘menegakkan benang basah’ dan menyebarkan berita kononnya dia dianiaya.
Menurutnya, demi menjaga nama baik keluarga dan maruah isteri, suami ustazah terbabit membuat pengakuan kononnya membenarkan duda terbabit menjemput isterinya yang baru pulang daripada rombongan sekolah, sebelum mereka ditangkap khalwat.
Katanya, ketika ditangkap, pasangan terbabit memberi alasan duda terbabit datang untuk menghantarnya pulang ke rumah dan membantu mengangkat beg.
Sementara itu, Harian Metro difahamkan, ustazah terbabit dan pasangannya akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Kota Tinggi, pada 22 Mac ini, atas tuduhan berkhalwat.
Bergelar Ustazah tentunya berilmu dan gelaran sebenar kepada guru wanita ial "Muallimah" yang berilmu.
ReplyDeleteSungguhpun begitu berilmu bukan mesti "Beriman" atau "Bertaqwa".
Sebagai manusia ustazah ini tidak terlepas dari godaan Hawa Nafsu dan hasutan syaithan.
Dalam Al-Quran Allah sentiasa berseru
dengan "Ya ayyuhallazi na a' manu wa a'millus sholihat" bukan dengan
dengan "Ya ayyuhalazzi na a'llimu".
Sungguhpun dosa perlakuan ustazah ini terkategori dalam dosa besar tetapi jika dibandingkan dosa ustazah yang tolak "Hukum Hudud" dosa menolak hukum Allah itu lebih besar.
Semoga ustazah cepat bertaubat.
Wallahu a'lam.
betullah apa yang dikatakan itu tuan berilmu tak semestinya beriman tapi orang yang beriman perlu pada ilmu .kalau nak pada pun kena usha begitu juga dengan iman maka dia pun kena usha
ReplyDeleteItu seorang ustazah yg ada ilmu agama yg tinggi pun boleh curang apatah lagi orang biasa yg jahil dalam agama...
ReplyDeleteAli Kuala Talang...fb..
ReplyDeleteyeezy sneakers
ReplyDeletea bathing ape
yeezy boost
longchamp
yeezy boost 350 v2
lebron 18
supreme outlet
supreme hoodie
ggdb
yeezy boost 350 v2
c0b24r1d23 k4k32z9a69 n1f40o5j86 n1h73h9a77 u6g02e1b59 n5m33k2v52
ReplyDeleteYalova
ReplyDeleteHatay
Muş
Bursa
Mersin
K2U65
yalova
ReplyDeleteyozgat
elazığ
van
sakarya
CJG
0FFB3
ReplyDeleteHakkari Şehirler Arası Nakliyat
Giresun Şehir İçi Nakliyat
Balıkesir Şehirler Arası Nakliyat
Balıkesir Evden Eve Nakliyat
Urfa Parça Eşya Taşıma
Cointiger Güvenilir mi
Sivas Lojistik
Çerkezköy Organizasyon
Trabzon Evden Eve Nakliyat
D1649
ReplyDeleteBurdur Parça Eşya Taşıma
Tekirdağ Şehir İçi Nakliyat
İstanbul Lojistik
Mardin Şehirler Arası Nakliyat
Antalya Şehir İçi Nakliyat
Kilis Şehir İçi Nakliyat
Çankırı Şehir İçi Nakliyat
Ünye Televizyon Tamircisi
Balıkesir Parça Eşya Taşıma
417A1
ReplyDeletereferans kodu binance
شركة عزل خزانات المياه 05TmIfAXzB
ReplyDeleteشركة تنظيف منازل بجازان PFN7BpCRdp
ReplyDelete