10.24.2012

Isteri Curang Ketika Suami Keluar Bekerja

Ketawa manja isteri curang...

MELAKA: Kepulangan seorang kontraktor untuk mengambil pengecas telefon bimbit yang tertinggal bertukar detik memeritkan apabila mendapati isterinya bermesra dengan seorang lelaki lain dalam rumah mereka di sebuah pangsapuri di Ayer Keroh, di sini, Ahad lalu.

Difahamkan, kecewa dengan perbuatan curang isterinya yang berusia 24 tahun, lelaki berusia 36 tahun yang ketika kejadian sedang bekerja pergi ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) meminta serbuan dilakukan bagi mencekup mereka. 

Pegawai Jaim yang menyerbu dan melakukan pemeriksaan jam 4.15 pagi kelmarin, mendapati tiga orang berada dalam rumah berkenaan termasuk seorang lagi wanita berusia 30-an dan mereka ditahan untuk siasatan.

Kontraktor berkenaan yang mahu dikenali sebagai Salman, mendakwa ketika keluar bekerja pada jam 8 pagi Ahad lalu, dia memberitahu isterinya tidak pulang kerana bertugas di luar kawasan.


“Dia (isteri) yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah di negeri ini, biasanya mula bertugas jam 9 pagi hingga 11 malam.- HMetro


SEKADAR RENONGAN....


Kisah Isteri Curang Melekat bersama pasangan ketika berzina 

Berdasarkan keterangan video (klik di sini) dan catatan beberapa laman web mengenai berita menggemparkan itu, kejadian ini berlaku di Nairobi, Kenya. Ia bermula apabila suami wanita itu mengesyaki isterinya bermain kayu tiga. 

Tapi dia tak mempunyai bukti dan si-isteri puula menafikan dia pernah berlaku curang dengan lelaki lain. Dik kerana geram si-suami meminta seorang dukun mengenakan sihir agar kemaluan isteri dan kekasihnya itu melekat jika mereka benar-benar melakukan seks di belakangnya. 

 Dan akhirnya sangkaan si suami benar apabila isterinya memang curang di belakangnya. Dan jadilah perkara memalukan itu: kemaluan isterinya yang curang melekat dan tidak boleh dipisahkan dari kemaluan kekasihnya. Kisah ini menarik perhatian komuniti setempat dan mereka beramai-ramai datang untuk menyaksikan kejadian menakjubkan itu. 

 Walaupun pihak polis cuba membantu memisahkan kemaluan si-isteri dan kekasihnya, namun kemaluan kedua-duanya tetap melekat dan tidak boleh dipisahkan. Pihak polis cuba memujuk si suami agar membatalkan sihir yang dikenakan terhadap isterinya, namun dia enggan berbuat demikian. 

 Hanya setelah kekasih gelap isterinya itu berjanji akan membayar pampasan sebanyak Shilling Kenya 20,000 (lebih kurang RM716) barulah si suami bersetuju memanggil dukun yang mengenakan ilmu hitam itu dan tidak lama selepas itu pasangan kekasih gelap tadi berjaya dipisahkan. 

 Kejadian ini perlu dijadikan iktibar kepada pasangan yang dah berkahwin agar jangan mengadakan hubungan sulit dengan orang lain. Apa lagi bagi mereka yang beragama Islam kerana hukuman Allah (bukan hukuman Mahkamah Syariah) terhadap penzinaan tersangatlah berat... 

 Setialah selalu kepada pasangan anda..

12 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails