BERAPE NILAI KERETA ANDA!!!!!
Namun satu perkara yang korang tak perasan sebelum pengumuman Bajet yang di buat oleh PM tempohari adalah berkenaan dengan insuran kereta.... Bermula 15 September 2012 semua syarikat perlindungan motor termasuk takaful telah mengeluarkan garis panduan yang baru.
Kat bawah nie jadual baru bagi faktor tambahan (loading factors) -AGE OF VIHICLE/TYPE OF COVER. Kalau sebelum ini 'loading' dikenakan kepada kereta yang berumur lebih 16 tahun iaitu sebanyak 15%. Namun mengikut jadual yang baru umur kereta masuk saje tahun ke-7-10 dah kena 'loading' sebanyak 5%. manakala umur kereta dari 11-15 tahun dah kena 'loading' 10%. Dan yang lebih umur 16 tahun kena loading 15%. Ammek Kau!!! Kono 1 kosong!!!
Jadual yang kat bawah nie pulak menunjukkan pemandu atau pemilik kereta yang nak di insurankan (AGE OF INSURED/DRIVER/TYPE OF COVER). Kalau dulu umur bawah 21 tahun kena 'loading' sebanyak 15%. Sekarang dah tukar kepada kurang dari 25 tahun kena 'loading' 15%. Korang paham ke tak nie... Tak paham korang tanyalah agen yang buat insuran kereta korang tuuuu... Ammek Kau... Kono lagi, dah 2-0
Dan satu lagi yang paling menarik.... Untuk perlindungan insuran kereta 'comprehensive' (first-party) sum-cover atau jumlah perlindungan minima ialah RM12 000 (Sebelum nie RM10 000). Walaupun harga kereta korang tuu cuma RM8000, namun jumlah perlindungan minima ialah RM12 000. Ammek kau!!!! Kono den 3-0!!!!
Senario 1 :
Korang seorang bujang berumur 24 tahun. Dah bekerja gaji sebulan RM1500. Memiliki kereta Proton Wira 1.5 tahun 2005. Rotax kereta mati bulan Januari 2013.
Apa yang korang dapat ????...
1. Wang BR1M = RM250.00
2. Buat rotax kereta dan insuran sekali laa kan.... Tambahan perbelanjaan berbanding sebelum 15 Sept 2012:
i. Loading pada umur (kurang 25 tahun) - 15%
ii.Loading pada umur kereta (7-10 tahun) - 5%
iii. Perlindungan insuran kereta yang dibenarkan bukan lagi RM10 000, tetapi sudah naik RM12 000.
Jumlah 'loading' = 20%
Senario 2 :
Korang dah kawin umur dah masuk 45 tahun. Pendapatan RM2500. Kereta ada 2 biji . Satu kereta Proton Waja 1.6 tahun 2002 dan satu lagi kereta Perodua kancil tahun 1996 (isteri guna untuk hantar anak ke sekolah). Rotax kereta mati bulan Januari 2013.
Apa yang korang dapat ?????
1. Wang BR1M = RM500
2. Time buat rotax dan insuran kereta :
i. Proton Waja - Loading tahun kereta = 10% (tahun ke 12)
ii. Perodua kancil - loading tahun kereta = 15% (Kereta dah lebih 16 tahun)
iii. Perlindungan insuran kereta yang dibenarkan bukan lagi RM10 000, tetapi sudah naik RM12 000
Jumlah 'loading' = 25%
Persoalannya....
Berbaloi ke wang BR1M yang korang dapat tuuu... kalau nak tau berbaloi ke tidak... Korang kira la sendiri Den tak larat nak kirakan...
Tapi ingat...... Kesan kenaikan loading untuk perlindungan kereta nie hanya terasa pada golongan pertengahan seperti kita. Golongan bawahan yang tak de kereta memang tak lee terasa.
Bagi mereka yang tergolong dalam golongan orang atasan dan kaya raya lagi laaa tak terasa ape. Loading2 nie kat celah gigi dia orang jeee.. Sooo .... Bajet 2013 sebenarnya untuk siapa....
Hakikatnya kadar 'loading' yang dinaikkan telah menambahkan lagi kadar insuran kereta anda tanpa disedari...
Terima kasih BN!!!! Hidup BN!!!! Dulu Kini Dan Selama2nya laaaaaahhh..... Den pun dah LETIH!!!
aku sokong pendapat ang bro..sampai skang aku xley renew insurance keta aku sbb duit xcukup...pening gla kepala dok pikir pasal duit ni
ReplyDeleteinsurans kereta naik,apa kene mengena ngn BN plak?vodo!
ReplyDeletedia kerajaan la vodo double......anony woii
ReplyDeletemohon share d Fb
ReplyDeleteArgh... daripada bayar RM485 dah naik jadi RM700 lebih... Oh no..... BR1M 2.0 pun dah habis buat maintenance kereta lama je. Zzzzzz......
ReplyDeletetkasih kerana berkongsi.
ReplyDeletegud info.
Insuran kereta naik lagi tahun 2014 ni.
ReplyDeleteSebenarnya jangan tunggu sampai 15 Feb 2014. FYI pemilik kenderaan boleh perbaharui cukai jalan seawal 2 bulan iaitu 60 hari.Jika anda bernasib baik dan cukai jalan akan mati sebelum 15 April 2014, boleh terus perbaharui cukai jalan dan insuran kenderaan. Jika rasa amaun 15% tu tak tinggi boleh duduk senyap sahaja :)
Baca sini utk maklumat lanjut kenaikan:
http://www.myroadtax.com/2014/02/04/semakan-premium-insuran-kenderaan/
http://www.myroadtax.com/2014/02/04/insuran-kereta-naik-2014/