Mereka tidak faham dan kurang jelas tentang HUDUD....
Apakah peranan kita dalam memberi kefahaman kepada mereka tentang Hudud dan ISLAM khususnya....
Selagi pemimpin-pemimpin yang mengaku dirinya ISLAM itu sendiri menolak Hudud... bagaimana mereka yang bukan Islam untuk faham tentang Hudud & ISLAM...
Fikir-fikirkanlah.....
Wanita MCA bimbang MP Umno juga sokong hudud

"(DAP ) dakwa PAS tidak mungkin boleh usahakan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk laksanakan hudud, tetapi hakikatnya, daripada 222 kerusi parlimen, sebanyak 133 diduduki oleh anggota parlimen yang beragama Islam," katanya dalam ucapan pembukaan di Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur.
"Ekoran pertimbangan agama, anggota parlimen Umno dan PKR tiada pilihan selain menyokong rang undang-undang (hudud), sekali gus membuka jalan kepada keperluan dua pertiga untuk pindaan perlembagaan."
Walaupun mengakui anggota parlimen beragama Islam masih kurang 15 kerusi untuk mendapatkan majoriti 2/3, Yu menegaskan hudud akan dilaksana sekiranya pindaan perlembagaan dibentangkan.
Sehubungan itu, tambahnya, Malaysia akan bertukar menjadi negara teokratik sekiranya mengundi Pakatan.
No comments:
Post a Comment