10.23.2012

Gadis 22 Tahun Dinoda

Dinoda dalam keadaan tidak sedarkan diri...


KUALA LUMPUR: Seorang wanita menghadapi detik hitam dalam hidupnya apabila dirogol dalam keadaan tidak sedarkan diri setelah pergi mengambil bekas alat tulis miliknya yang tertinggal di tempatnya berkursus di Bukit Kiara, di sini, Sabtu lalu.

Wanita terbabit dikatakan baru selesai mengadakan perbincangan dengan rakannya dan pulang ke bilik sebelum mendapati bekas alat tulisnya tertinggal lalu pergi mendapatkannya.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 22 tahun menyedari dirinya diekori ketika menuju ke lif bangunan berkenaan sebelum tidak sedarkan diri apabila menoleh ke belakang.



“Mangsa sedar dua jam selepas itu dalam keadaan terbaring dan berpakaian lengkap serta memegang bekas alat tulis miliknya itu di dalam lif berkenaan, seorang diri.

“Bagaimanapun, mangsa yang masih kebingungan terus balik ke bilik penginapannya di bangunan sama sebelum berasa sakit di kemaluannya ketika membuang air,” katanya.


Katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini, keesokan harinya selepas mengesyaki dirogol sepanjang masa dia tidak sedarkan diri itu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol.

Langkah Pencegahan Dari Menjadi mangsa Rogol...

  • Selalu gunakan jalan yang pernah dilalui oleh orangramai, jangan mengikut jalan yang dekat dan gelap. Cuba berada di tempat yang sibuk dengan orang ramai. 
  • Berpakaian dengan sempurna, kerana pakaian yang menjolok mata atau memberahikan menarik perhatian perogol. 
  • Jangan mudah terpengaruh untuk bersiar-siar, makan/minum, menonton wayang atau menghadiri majlis sosial dengan orang yang tidak dikenali. 
  • Jangan layan teguran atau pelawaan untuk minum air semasa berada di dalam bas, teksi atau keretapi. 
  • Jangan biasa balik rumah larut malam. Jika ketinggalan bas, teksi atau keretapi, jangan tumpang kenderaan atau tidur di perhentian bas. 
  • Biasakan diri bersiar-siar atau berjogging dalam kumpulan. 
  • Ibubapa dan penjaga janganlah menyuruh anak-anak perempuan kecil pergi ke kedai untuk membeli barang di waktu malam. 
  • Jerit minta tolong jika anda diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali. 
  • Gunakan kekerasan seperti meronta, mencakar dengan kuku atau mengigit badan perogol untuk melepaskan diri. 
  • Lapor kepada Polis dengan segera apabila anda diganggu.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails