10.09.2012

Orang Dah Mati Kena Beri Kenyataan Dari kubur

"Mane aku nak letak muka ... nasib baik lee muka aku nie dah masuk dalam mangkuk ayun niee.. Kalau tidak malu satu dunia beb... hamtam sajalah koo Labuuu!!!"



Kes Suaram, ROS hantar notis siasatan pada si mati

Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengeluarkan notis mengarahkan beberapa anggota kanan NGO hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), termasuk kepada seorang yang meninggal dunia dua tahun lalu, untuk memberi kenyataan pada hari Jumaat.

Notis yang bertarikh semalam itu, mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah (CPC), telah dihantar ke pejabat peguam Suara Inisiatif Sdn Bhd, dan menamakan pengasas Suaram, Fan Yew Teng, serta pengasas bersama Mohd Nasir Hashim dan Pengarah Eksekutif Nalini Elumalai.

Fan meninggal dunia pada tahun 2010.

Nalini berkata menurut notis tersebut, ketiga-tiga mereka diminta hadir menemui pegawai penyiasat ROS, Ab Rahim Mohammad pada 12 Oktober untuk merekodkan kenyataan mereka di bawah Seksyen 112 CPC.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails