12.31.2009

Akibat Pergaulan Bebas Remaja Masa Kini

Mayat bayi dibuang bagai sampah...

IPOH - Penduduk Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital di sini gempar dengan penemuan mayat bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan di dalam salah sebuah tong sampah yang terdapat di pangsapuri tersebut.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mayat bayi yang masih bertali pusat tersebut ditemui seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), K.Rajasekaran, 46, yang memungut sampah di kawasan perumahan terbabit.

Rajasekaran berkata, dia dan rakannya seperti biasa memungut sampah dalam tong sampah di pangsapuri tersebut sebelum dimasukkan ke dalam lori disediakan.

12.30.2009

SEMAKAN PENEMPATAN GURU LEPASAN KPLI

PENGUMUMAN

SEMAKAN PENEMPATAN GURU LEPASAN KPLI

Semakan Penempatan Guru Yang Telah Tamat Mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) telah dibuka untuk semakan bermula 30 Disember 2009.

Untuk membuat semakan Klik Disini

Dapat Ganti Rugi RM552,299.59

Kerajaan diarah bayar penunggang motosikal yang ditendang anggota polis

Syarizan berkata, apabila mengenangkan nasib yang menimpanya, ada ketika dia berputus asa dan tidak mahu meneruskan hidup. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam pada 1999 lalu, Syarizan mendakwa dia menaiki motosikal bersama seorang rakan dan melalui Jalan Pasir Bogak, berdekatan rumahnya.

Ketika itu, katanya, dia berselisih dengan motosikal ditunggangi seorang anggota polis dan apabila meneruskan perjalanan, ada tiga lagi anggota polis di depannya.

“Saya pusing balik, anggota polis yang berseorangan tadi juga patah balik. Saya tiada pilihan dan pusing balik menuju ke arah tiga anggota polis berkenaan.

“Ketika itu, saya rasa motosikal bergoyang dan tidak lama kemudian saya nampak anggota polis itu menendang motosikal saya dan kami terjatuh.

“Tidak cukup itu, dia pijak tulang belakang dan kepala sebelum saya pengsan. Selepas lapan bulan kejadian, baru saya tahu tulang belakang patah seterusnya menjadi punca saya lumpuh,” katanya yang turut patah paha kiri dan kanan selain pernah hilang ingatan dalam insiden itu.

Kekadang niat yang murni itu tidak semestinya mendatangkan perkara yang baik. Namun banyak pengajaran yang dapat kita terjemahkan dari peristiwa yang berlaku ini. Kepada pihak berkuasa... Ucapan terima kasih dan penghargaan di atas pengorbanan yang telah mereka lakukan demi melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Namun dalam menjalankan tanggungjawab, perlu diingat cara dan kaedah bagi menguatkuasakan undang-undang perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan.

KUANTAN - Mahkamah Tinggi di sini semalam mengarahkan Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi sebanyak RM552,299.59 kepada seorang lelaki yang menderita lumpuh selepas motosikal ditungganginya ditendang oleh seorang anggota polis dalam sekatan jalan raya 10 tahun lalu.

Hakim Datuk V.T Singham memerintahkan supaya bayaran yang meliputi ganti rugi khas, ganti rugi teladan dan ganti rugi am tersebut dibuat kepada Syarizan Sudirmin, 26, dari Kampung Tengah, Pulau Pangkor, Perak ekoran kejadian yang menimpanya pada 9 September 1999.

Bagi ganti rugi khas, Singham memerintahkan supaya kerajaan membayar ganti rugi khas sebanyak RM11,987.09 dan ganti rugi teladan sebanyak RM50,000 kepada Syarizan atau plaintif pertama.

Syarizan bagaimanapun hanya menerima 75 peratus atau RM490,312.50 daripada ganti rugi am yang diputuskan oleh hakim dengan alasan kejadian tersebut sebahagian daripadanya berpunca daripada tindakan plaintif sendiri.

12.29.2009

Tidak Merokok Prasayarat Bantuan

Wak sokong!!!! Tapi kalau boleh laksanakan menyeluruh.. Termasuk jadikan prasyarat untuk memegang jawatan dalam perkhidmatan awam. Sapa-sapa yang berminat nak kerja dalam perkhidmatan awam termasuklah nak jadi cikgu, doktor, pegawai2 profesional sehinggalah ke peringkat nak jadi kerani sekalipun... pastikan mereka tidak merokok.

Barulah kempen kerajaan nampak berkesan......


KUALA LUMPUR - Tabiat tidak merokok mungkin dicadangkan sebagai prasyarat untuk belia dan pelajar yang memohon bantuan kerajaan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, cadangan itu disuarakan kerana banyak pihak terutama golongan belia dan pelajar masih mampu membeli rokok meskipun harga barangan itu sudah beberapa kali dinaikkan.

"Dia kata miskin, tiada apa-apa. Tetapi kalau boleh beli rokok, kita kata anda tidak layak terima apa-apa bantuan. Rokok mampu beli, kenapa lain tak mampu beli," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Belia Negara serta melancarkan Ekspedisi 1Belia 1Malaysia di Seri Kembangan dekat sini semalam.

Kelmarin Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan mulai 1 Januari ini harga minimum rokok ditetapkan kepada RM6.40 bagi 20 batang.

Tindakan itu adalah untuk mengurangkan kemampuan membeli rokok terutama oleh golongan muda dan yang berpendapatan rendah selain membendung aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.

12.28.2009

Harga minimum rokok RM6.40...

Usaha mencegah kanak-kanak, remaja daripada terjebak dalam tabiat merokok..

Budak sekolah hisap rokok, budak dah berhenti sekolah hisap rokok, lelaki, perempuan, miskin kaya, mulia, hina, kutu berahak, bisnesman, pelacur, rockers, peniaga, penjual nasik lemak, jaga bank, semua hisap rokok.

Merokok sebahagian daripada anda. Kalau korang tak hisap rokok pun, jiran anda, orang yang duduk sebelah anda kat stesen bas, pakcik yang jogging depan umah korang hari-hari, makcik jual kain, bangla mat karpet... mereka semua merokok.

Namun begitu kerajaan juga banyak membuat kempen supaya rakyat menghentikan perbuatan tak berfaedah ini. Malah amaran juga dipaksa letak kat kotak rokok itu sendiri. Wak tak nafikan perbuatan merokok itu boleh membahayakan kesihatan dan sebatang rokok makan 3 minit nyawa kita. Kesnya budek-budak kecik pun tahu mende ni. Budak tadika pun tahu merokok membahayakan kesihatan.

Tapi berkesankah kempen kerajaan... kempen demi kempen! Harga rokok dinaikkan! Pokok pangkalnya terletak pada diri anda... Haruskah anda terus merokok atau ingin belajar merokok... Tepuk dahi jawab sendiri!!!!!


KUALA LUMPUR - Mulai Jumaat ini, harga minimum rokok di pasaran tempatan ditetapkan pada kadar RM6.40 bagi pek 20 batang bagi mengurangkan akses kanak-kanak serta remaja daripada terjebak dalam kancah merokok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penguatkuasaan peraturan itu akan dapat membendung golongan tersebut daripada membeli rokok selain menyekat aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.

"Demi menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja daripada terjebak dengan ketagihan rokok dan seterusnya kemungkinan risiko penyalahgunaan dadah serta penularan penyakit-penyakit kronik, kerajaan komited untuk mengambil pendekatan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok oleh golongan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tegas beliau, banyak kajian sama ada dari dalam mahupun luar negara membuktikan bahawa peningkatan cukai dan harga rokok mampu mengurangkan kadar merokok dalam masyarakat terutama di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah.

"Hasil kajian yang dibuat pada 2004 di Malaysia menunjukkan bahawa dengan peningkatan harga rokok sebanyak 10 peratus, ia akan dapat mengurangkan penggunaan terhadap rokok sebanyak 3.8 peratus," katanya.

Menurut beliau, peraturan baru itu dikuatkuasakan melalui Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) (No.2) 2009 yang telah diwartakan.

12.25.2009

PETUA PELAJAR CEMERLANG

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
* kita ingat 10 % apayang dibaca
* kita ingat 20% apa yang didengar
* kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
* kita ingat 70% apa yang dicakapkan
* kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

…Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
* pastikan cahaya adalah terang
* kurangkan gangguan bunyi
* tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
* tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
* kerusi dan meja menghadap kiblat
* jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
* memasukkan maklumat dalam memori (registration)
* menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
* mengingat kembali (recall)
* menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
* persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
* pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
* belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
* untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
* duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
* memberikan tumpuan sepanuhnya
* menggunakan jari telunjuk untuk membaca
* menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu petua mengulang kaji
* cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
* siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
* duduk tegak dikerusi yang selesa
* baca doa penerang hati
* baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
* fikir dan ingat kembali isi utama
* catat/lakar
* semak semula ketepatan maklumat
* ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
* buat rumusan
* jawab soalan
* tampal maklumat yang rumit di dinding
* baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
* jangan makan kepala ikan
* jangan makan organ dalaman
* jangan minum semasa makan
* jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
* jangan melihat kemaluan
* jangan melihat buih
* jangan membaca nama pada batu nisan
* banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
* banyakkan makan kismis, kurma dan madu
* banyakkan makan kekacang
* pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
* jangan makan sehingga terlalu kenyang
* jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat:
* tampal nota-nota penting di dinding
* tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
* gunakan kaedah akronim
* reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
* pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar:
* mempunyai jadual belajar
* patuh kepada jadual
* buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
* taat kepada Allah
* mendirikan sembahyang
* menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
* hormati & sayangi guru
* bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
* suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
* membantu rakan yang memerlukan
* berdoa dan bersyukur kepada Allah
* sentiasa bertawakal
* mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.

12.24.2009

PMR : Pelajar OKU Cemerlang

Syabas dan tahniah....

Pencapaian cemerlang seorang pelajar kurang upaya (OKU)) mendapat 7A dalam PMR mengejutkan pengetua SM Pendidikan Khas Cacat Penglihatan di Setapak, Kuala Lumpur hari ini.

"Saya terkejut kerana inilah pertama kali pencapaian akademik pelajar meningkat sehinggakan seorang pelajar istimewa tahun ini mendapat A dalam semua mata pelajaran," kata pengetuanya Che Fatimah Che Abdullah.

Hanson Ang Ping Ting berjaya mendapat 7A, manakala dua yang lain Tan Ee Beng dan Mohammad Razlan Ibrahim Mukhtar masing-masing mendapat keputusan 6A.

Ang, yang berada di Seremban bersama keluarganya, telah menghubungi sekolah dengan telefon untuk mendapat keputusannya.

Che Fatimah turut bergembira kerana 13 daripada keseluruhan 20 pelajar sekolah tersebut yang mengambil PMR tahun ini mencatat kejayaan cemerlang, sekali gus menaikkan pencapaian kecemerlangan sekolah itu kepada 60 peratus berbanding 38.5 peratus pada tahun lepas.

"Usaha guru yang gigih dan komited perlu ada untuk mengajar pelajar istimewa kerana mereka memerlukan perhatian yang lebih berbanding pelajar normal," kata Che Fatimah.

Di Melaka, pelajar Muhammad Syarifuddin Abu Tahir dari SMK Ayer Molek mungkin rabun jauh tetapi terang hatinya dan hari
ini tersenyum bangga apabila memperoleh keputusan 7A dan 1C dalam PMR.

Muhammad Syarifuddin yang mengalami kecacatan itu sejak kecil, sentiasa memerlukan bantuan rakan dan guru ketika belajar dalam kelas.

"Apabila saya kurang jelas melihat apa perkataan yang guru tulis di papan hitam, saya tidak malu meminta rakan saya untuk membacakannya untuk saya, itulah kebiasaan yang saya lakukan," katanya kepada pemberita.

Muhammad Syarifuddin berkata, kertas soalan yang diberikan kepadanya mempunyai tulisan besar berbanding kertas soalan untuk pelajar lain dan itu amat membantunya. BERNAMA

'KUAT' Luaran & Dalaman

Allah mengasihi orang mukmin yang kuat berbanding yang lemah....

Rasulullah SAW bersabda:

"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah, pada masing-masing itu ada kekuatan. Bersungguh-sungguhlah terhadap perkara yang memberi manfaat kepada kamu. Mintalah pertolongan daripada Allah dan jangan lemah. Jika sesuatu menimpa kamu maka jangan kamu kata: kalau aku buat begini tentu akan jadi begini. Tetapi ucapkanlah Allah telah menentukan dan Dia telah lakukan apa yang Dia kehendaki, kerana sesungguhnya 'kalau' itu membuka peluang syaitan bertindak." (riwayat Muslim)

Kekuatan ini boleh diterjemahkan bermacam-macam; kuat badan, kuat ekonomi, kuat kedudukan, kuat dalaman dan lain-lain yang dapat dibandingkan dengan yang lain. Kekuatan boleh dibuktikan dengan sendiri atau secara berjemaah.

Menurut sunah Allah, seorang menjadi kuat, ditentukan oleh faktor penunjang:

* Kuat badan ditunjangi oleh bentuk fizikal yang kuat.

* Kuat ekonomi ditunjangi oleh harta yang diperolehi dengan usaha.

* Kuat kedudukan ditunjangi oleh kelebihan yang dimiliki, ilmu dan akhlak

* Kuat dalaman ditunjangi iman dan kepercayaan kepada diri sendiri.

Juateru itu anak-anak kita memerlukan kekuatan dari segi rohani dan jasmaninya. Sehinggakan sukar dirosakkan oleh apa juga dakyah yang negatif. Sebagai ibu bapa, kita perlu memastikan anak-anak perlu mendapat pendedahan seperti cara hidup sihat, pemakanan sihat dan penjagaan peribadi.

Anak-anak perlu diberi pendedahan berkaitan daya saing dan pemantapan minda, sesi kemahiran hidup, sesi agama, akhlak seorang muslim dan siapa diri kita serta potensi diri dan kerjaya dalam hidup.

Selain dari itu, anak-anak kita juga perlu didedahkan dengan pendidikan seks, larangan pengambilan alkohol dan merokok serta pelbagai perkara yang boleh mendorong kerosakan moral dan kesihatan terutama di dalam dunia yang serba moden ini.

12.18.2009

JANGAN BUAT BISING....

Padahnya bila suka buat bising....

Teringat masa zaman sekolah dulu-dulu.... Selalu cikgu pesan 'jangan bising'!!! terutama bila waktu peperiksaan, ketika bertukar cikgu, bila time rehat, bila cikgu tak de dalam kelas, masa nak balik sekolah, masa kat perhimpunan, berjalan ke makmal sains @ bengkel, dalam perpustakaan dan macam-macam lagi situasi laaa... Yang pastinya kita selalu diingatkan supaya jangan membuat bising.

Rupa-rupanya banyak pengajaran yang kita dapat bila dah bertambah dewasa. Moralnya jangan buat bising. Bukan ape, takut nanti orang kata kita 'sakit' la bro.....


NEWCASTLE, England - Seorang wanita, Caroline Cartwright mengaku bersalah di sebuah mahkamah di sini kerana melanggar peraturan yang melarangnya membuat bising semasa melakukan hubungan seks di kediamannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang jiran, penghantar surat dan seorang lelaki mengadu Caroline membuat bising semasa dia melakukan hubungan seks dengan suaminya, Steve Cartwright.

Dia akan menerima hukuman pada 18 Januari depan.

Pada perbicaraan di mahkamah tersebut, seorang jirannya, Rachel O'Connor memberitahu mahkamah dia kerap lewat pergi bekerja kerana bangun lambat disebabkan selalu terjaga pada waktu malam apabila mendengar bunyi bising itu.

Dia berkata: "Bunyi itu menunjukkan kedua-dua mereka seperti mengalami kesakitan.

Bagaimanapun, Hakim Beatrice Bolton membayangkan Caroline tidak akan dipenjarakan apabila hukuman terhadapnya bakal diumumkan pada 18 Januari tahun depan. - Agensi

12.17.2009

SALAM MAAL HIJRAH

Tahun baru Maal Hijrah datang lagi....

Dikesempatan ini Wak ingin mengucapkan Selamat menyambut dan meraikan Tahun Baru 1431HIJRAH kepada semua pengunjung dan teman-teman blogger.

Semoga kita semua bertambah berjaya, diberi kesihatan yang baik, bertambah rezeki yang banyak lagi berkat. Juga mendapat kebaikan dan keberkatan dalam segala yang dilakukan di tahun baru Hijrah ini. Apa yang penting agar kita lebih diberkati, dirahmati, dilindungi oleh Allah dan bertambah iman.

Bersamalah kita berdoa agar diberi kesabaran dari Allah dengan segala ujian dan cabaran yang bakal mendatang. Oleh itu sempena sambutan Maal Hijrah pada tahun ini marilah kita berusaha untuk menerapkan konsep hijrah yang sebenar agar ianya memberi satu manfaat yang besar dalam hidup setiap umat Islam.

Salam Maal Hijrah!!!!!

Peristiwa-peristiwa penting: 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

12.15.2009

Hukuman Rejam Sampai Mati

Hukuman berzina....



MOGADISHU - Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.

Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.

"Ini merupakan hari penghakiman, kata Osman kepada orang ramai. Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku," tambahnya.

Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.



Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.

Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. - Agensi

12.12.2009

CUTI SEKOLAH YANG PANJANG

Cuti sekolah datang lagi....

Hujung minggu nie genaplah 3 minggu anak-anak kita yang bersekolah bercuti panjang.
Teringat zaman wak masa budak sekolah dulu, bila datang je cuti sekolah…rasa macam merdeka…! Beban belajar macam dah habis. Mulalah merancang macam-macam dengan kawan-kawan apa nak buat. Yang pastinya berkubang kat parit depan rumah, main layang-layang kat padang sekolah, memancing kat parit @ sungai, main gasing dan macam-macam benda lagi yang kami nak buat. Kenangan lama tu tetap segar dalam fikiran setiap kali cuti sekolah datang lagi.

Kadang-kadang kalau dah jumpa kawan-kawan, sampai lupa nak balik makan tengahari kat rumah. Keluar pagi, petang baru balik. Round satu kampong. Inilah pengisian cuti sekolah hidup di kampong. Jauh berbeza dengan senario anak-anak yang duduk di bandar @ taman perumahan....

La ni wak perati anak-anak kita bila cuti sekolah jeee, dah tak 'kreatif' macam kita dulu. Sebelum cuti lagi dah mula merancang dengan emak bapak nak bercuti kat mana…. Kalau tak pun budak-budak nie duduk rumah ngadap tv, komputer sambil melayan internet atau melayan telefon bimbit. Bila dah bosan duduk di rumah, dia orang melepak dengan kawan-kawan di pusat-pusat membeli belah, menonton wayang, main bowling dan macam-macam lagi benda yang dia orang buat. Itulah bezanya cuti sekolah zaman kita dulu dengan zaman budak-budak sekarang.

Kadang-kadang wak terfikir, agaknya zaman dah berubah…dah moden… dia orang semua dah hidup senang. Dia orang dah malas nak fikir macam zaman kita budak sekolah dulu. Walau apapun kita kena kawal juga anak-anak kita, supaya mereka tidak terlalu bebas, lebih-lebih lagi dalam zaman yang serba mencabar sekarang.

Untuk Abang long dang angah... Wak dah masukkan kelas agama untuk dia orang. Bermula awal bulan Disember dan tamat pada hujung tahun nie. Dia orang masuk kelas agama dari hari Isnin hingga Jumaat. Kelas yang anak-anak wak ikuti termasuk belajar Bahasa Arab, Mengaji (Termasuk belajar Tajuwid dan Hafazan), Amali solat dan tulisan jawi.

Ada jugak pengisian untuk dia orang. Kalau tidak duduk rumah asyik nak bergaduh dan yang Angah nie suka menyakat adiknya... Si Tini (3 tahun). Asyik melalak je lah budak tuu.

Petang-petang wak ajak dia orang main badminton kat taman depan rumah. Kalau wak ada main badminton... 3 kali seminggu, memang wak ajak dia orang nie. Ari tu masa Master Super Series Final kat Johor Bharu wak bawak dia orang tengok. Punya lah seronok dia orang dapat tengok aksi-aksi jaguh dunia.



La nie Along dan Angah dah kenal pemain-pemain dunia. Dapat la jugak bergambor dengan Peter Gade. Yang lain tak berkesempatan. Bukan apa biar dia orang ada minat kat sukan badminton macam bapaknya. Ada le aktiviti riadah bila dah besor nanti.

InsyaAllah kami sekeluarga akan berjalan cuti-cuti Malaysia ke Penang pada Cuti Crismas nanti. Mudah-mudahan cuti sekolah yang panjang kali ini cukup bermakna untuk anak-anak wak dan sekurang-kurangnya wak dah cuba memberikan pengisian yang bermanfaat.

12.10.2009

Akhlak Pelajar Kolej Komuniti Membimbangkan

Apa nak jadi.... Isu pelajar Kolej Komuniti dah masuk Parlimen!!!

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Dr. Lo' Lo' Ghazali (PAS-Titiwangsa) mendakwa sahsiah dan akhlak pelajar-pelajar Kolej komuniti membimbangkan menyebabkan ibu bapa ragu-ragu untuk menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran ke institusi berkenaan.

Dr. Lo' Lo' sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi ingin tahu samada mata pelajaran Pendidikan Agama Islam diajar atau tidak di kolej berkenaan.


"Saya mendapat rungutan daripada ibu bapa yang gusar untuk menghantar anak mereka ke kolej komuniti kerana ia dicemari dengan budaya negatif seperti budaya couple, vandalisme, buli dan sebagainya.

"Adakah mata pelajaran Agama Islam turut diajar kepada mereka bagi memastikan mereka bukan sahaja menjadi pekerja yang amanah tetapi tinggi akhlak dan sahsiahnya," soalnya.

Sebelum itu, Datuk Dr. Tekhee @ Tiki anak Lafe (BN-Mas Gading) meminta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan jumlah terkini Kolej Komuniti dan jumlah keseluruhan pelajar sepenuh masa mengikut bidang kursus yang mereka ikuti di seluruh negara dan mekanisme yang digunakan untuk memastikan mereka tidak akan menyumbang kepada masalah graduan menganggur di negara ini nanti.

Timbalan Menteri, Datuk Saifuddin Abdullah (BN-Temerloh) dalam jawapannya memberitahu, sehingga Oktober 2009, terdapat 42 buah kolej komuniti induk dan 18 buah kolej komuniti cawangan yang beroperasi di seleruh negara.

Bilangan enrolmen pelajar program sepenuh masa, bagi sesi pengajian Julai 2009 ialah seramai 17,279 orang. Sebanyak 34 program pendidikan dan latihan dalam bidang teknkal, teknologi, perdagangan dan perkhidmatan dijalankan di kolej komuniti.

Beberapa langkah telah dilaksanakan bagi memastikan graduan kolej komuniti memenuhi pasaran kerja, antaranya ialah menggunakan pendekatan Work-Based Learning (WBL) yang mewajibkan pelajar menjalankan latihan pekerjaan selama setahun di tempat kerja.

Selain itu, Kementerian juga melaksanakan Skim Pengukuhan Graduan (SPG) yang bersifat enrichment, reinforcement, dan updating berkonsepkan tambah nilai, khususnya dalam bidang teknikal, teknologi, perkhidmatan dan keusahawanan.- Harakahdaily

"Tamparan hebat dan suatu cabaran kepada semua pensayarah Kolej Komuniti terutama para Ustaz dan ustazah......"

12.09.2009

Kes Penceraian Semakin Membimbangkan

460 pasangan muda bercerai di Perlis

Pasangan suami isteri yang berusia bawah 35 tahun banyak terbabit dalam kes perceraian di Perlis dan antara puncanya ialah mereka lebih mengutamakan nafsu dari ikatan perkahwinan kata Pengarah Pembangunan Wanita Perlis, Affendi Rajini Khan hari ini.

Menurutnya 460 kes perceraian didaftarkan di Perlis sepanjang tahun ini berbanding lebih 1,400 kes pernikahan bagi tempoh yang sama yang mana kebanyakan kes perceraian membabitkan pasangan bawah 35 tahun.

"Kebanyakan yang memohon cerai telah berkahwin antara lima dan 10 tahun dan kes itu telah menimbulkan masalah kepada masa depan anak-anak mereka," katanya selepas majlis pelancaran program Nur Bestari peringkat Parlimen Kangar yang dirasmikan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, 68 pasangan telah rujuk semula setelah menyedari masa depan anak-anak mereka tidak menentu akibat perceraian itu.

Sementara itu, Md Isa ketika melancarkan program tersebut mengingatkan pasangan suami isteri sentiasa memikirkan kebahagiaan dan masa depan keluarga terutamanya anak-anak.

Katanya, perceraian akan membawa kemusnahan kepada institusi keluarga yang telah mereka bina. BERNAMA


Firman Allah swt di surah An Nisa' ayat 19,

"Pergaulilah isterimu dengan baik, sekiranya kamu benci kepada mereka, boleh jadi ada yang kamu benci itu Tuhan akan menjadikan kebaikan yang banyak padanya"


Dari Ibnu Umar r.a dari Nabi Muhammad saw beliau bersabda yang bermaksud,

"Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak"

Riwayat Abu Daud dan Hakim

Ayat Al-Quran dan Hadis di atas ini dengan jelas memberikan kita penjelasan bahawa perceraian merupakan suatu perkara yang paling dibenci oleh Allah swt. Agama Islam tidak mengalakkan umatnya bercerai berai, kerana ia akan mengakibatkan implikasi yang negatif kepada pasangan itu sendiri, anak-anak, keluarga mahupun masyarakat amnya.

Amanah dan tanggungjawab ini hanya dapat dilaksanakan oleh kedua pasangan suami isteri dengan baik dan sempurna, jika keduanya menjadikan dasar ikatan atau perjanjian yang suci ini dengan bersumberkan iman dan taqwa kepada Allah swt. Selagi kedua pasangan ini menjadikan sumber pegangan mereka berpandukan dengan ajaran Islam, Insya Allah tujuan dan matlamat perkahwinan yang didambakan akan berkekalan hingga ke akhir hayat mereka.

12.02.2009

MANSUH SUBSIDI GULA.... HARGA GULA NAIK!!!!

Subsidi gula mungkin dimansuh?

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mengkaji cadangan pelbagai pihak supaya menarik balik subsidi gula dalam usaha mengurangkan kadar pengambilan bahan itu di kalangan rakyat Malaysia.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian memandang serius cadangan tersebut dan keputusan sama ada mahu memansuhkan subsidi gula akan dibincangkan di peringkat kabinet tidak lama lagi.

"Kami masih membuat penelitian sama ada mahu mengurangkan atau memansuhkan terus subsidi gula yang diberi kerajaan.

"Kami akui subsidi gula yang diberi amat tinggi justeru kami sedang mengkaji cadangan beberapa pihak supaya memansuhkannya memandangkan gula bukanlah satu keperluan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata setakat ini kerajaan memperuntukkan RM720 juta setahun bagi menanggung kos subsidi gula bagi mengekalkan harga gula bertapis pada paras RM1.45 sekilogram.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata harga gula dijangka mencecah RM2.45 sekilogram tahun depan jika kementerian mengambil keputusan untuk memansuhkan subsidi gula.

Katanya, faktor cadangan pemansuhan subsidi itu dipertimbangkan antaranya kerana Malaysia satu-satunya negara yang membekalkan subsidi gula kepada rakyat.

Selain itu, katanya, ia sebagai menyokong usaha mewujudkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat negara ini.

Terdahulu, Presiden CAP SM Mohamed Idris turut menggesa kerajaan agar menghapuskan subsidi gula selepas beberapa persatuan pengguna lain turut mencadangkan usul yang sama baru-baru ini. BERNAMA

11.11.2009

Potong Jangan Tak Potong

Iklan 'potong' jadi isu di Parlimen....

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengkaji penyiaran iklan P1 Wimax broadband yang menimbulkan kontroversi apabila menggunakan perkataan 'potong' secara berulang-kali dalam iklan itu.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Saei Kie berkata kandungan iklan itu sedang dalam pertimbangan forum kandungan SKMM untuk menentukan sama ada ia bercanggah dengan kod kandungan yang sepatutnya.

"Bagaimanapun untuk makluman semua, iklan sebelum boleh disiarkan mesti mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya kementerian ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di peringkat dasar bagi kementerian berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) mencelah penggulungan Heng bagi meminta kementerian menghentikan penyiaran iklan itu yang dikatakan boleh disalah tafsir.

"Bila kita kata potong ini... lucah sangat la... kita faham (tukar penggunaan talian internet kepada jalur lebar) tapi bagi sesetengah orang, potong itu maknanya potong itulah (merujuk kepada amalan bersunat).

"Saya ingat kalau boleh minta menteri iklan itu dipotonglah," katanya.

11.05.2009

SKIM PENCEN Vs SKIM KWSP

Mana pilihan anda....

Minggu lepas bekas anak murid Wak ada bertanya tentang perbezaan skim pencen dengan skim KWSP. Sedia maklum apabila seseorang penjawat awam yang akan disahkan dalam jawatan akan diberi pilihan samada ingin memilih skim pencen atau skim KWSP.

Di bawah ini Wak ada catatkan perbezaan antara skim pencen dan skim KWSP.

Skim Pencen

1. Ganjaran Perkhidmatan
7.5% x Jumlah bulan perkhidmatan x Gaji akhir

2. Pencen Bulanan
1/600 x Jumlah bulan perkhidmatan x Gaji akhir
(Tertakluk kepad pencen maksimum setengah daripada gaji akhir

3. Faedah perubatan untuk suami/isteri, anak kurang upaya, anak bawah 18 tahun atau masih dalam institusi pendidikan dan ibubapa.

* Ibubapa hanya semasa pegawai dalam perkhidmatan

4. Pencen terbitan untuk balu/duda/anak


Skim KWSP

1. Caruman KWSP bulanan mengikut kadar untuk majikan (12%) dan pekerja boleh membuat pilihan samada (8%) atau (11%)

2. Menerima semua faedah dalam SSM seperti guru lain semasa dalam perkhidmatan

3. Hilang faedah perubatan apabila bersara

4. Tidak ada bayaran ganjaran dan pencen bulanan

5. Terpaksa membayar balik baki pinjaman perumahan sekaligus apabila bersara.

Pada pandangan Wak, bagi kakitangan kerajaan lebih baik memilih skim pencen berbanding skim KWSP. Sebab Wak pernah merasa duduk dalam skim KWSP yang mana semasa membuat pilihan suatu masa dahulu hanya mendengar pandangan dari pengetua sekolah tempat Wak mengajar (SMTKK Jelebu).

Tetapi kini Wak bersyukur kerana perjuangan CUEPACs selepas bertahun-tahun akhirnya berjaya dan sekali lagi Wak membuat pilihan dan pastinya Wak memilih skim pencen. Apapun pilihan terletak di tangan anda....

11.03.2009

Sijila Halal : Dimana Relevannya???

Kapsul ubat: Gelatin babi dicop halal

Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman (foto, kanan) berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

"Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.

"Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini.

Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.

Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas.

"Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal.

Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn (foto, kiri) berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.

Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir.

Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai.

Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut.

Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram. BERNAMA

10.30.2009

ADUN Pelabuhan Klang Keluar PKR

Kes liwat antara punca Badrul keluar...

Wak pun rasa pelik bin heran bila membaca Malaysiakini bertajuk "Kes Liwat Antara Punca Badrul Keluar". Setahu Wak dan ramai lagi termasuk orang-orang kampung wak, kes tuduhan liwat nie bukannya benda baru malahan semenjak dari pemerintahan Tun Dr Mahathir lagi... Tetapi itulah modal yang Wak rasa paling bobrok dalam memberikan alasan mengapa si Badrul nie keluar parti.

Tak taulah apa rasionalnya dalam memberikan alasan yang rasanya orang kampung macam Wak nie pun tahu menilai sejauh mana kewarasan dan kebenaranya dalam isu liwat DSAI. Lagi satu kalau kita pikir pulak dari sudut logiknya, tuduhan liwat nie pun dah banyak sangat 'keajaiban' yang berlaku sejak bermulanya dari budak si Saiful bertemu dengan DS Najib sampailah kepada berlakunya sumpah menyumpah yang boleh dipertikaikan kesahihannya.

Kot ya pun nak bagi alasan keluar parti tu... bagilah alasan yang logik sikit bro. Kita orang kampung pun dah boleh capai internet dalam mencari cerita yang sebenar dan tidak akan menerima bulat-bulat apa yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar dan media elektronik yang lebih condong ke arah pemerintah sahaja...


Malaysiakini - ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berkata kes liwat yang membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara sebab beliau keluar PKR.Bercakap dalam satu sidang akhbar petang ini, Badrul berkata beliau menjadi lebih syak terhadap Anwar yang menurutnya sengaja melengah-lengahkan perbicaraan dan enggan pula menjelaskan perkara itu kepada ahli-ahli parti.

Sebagai seorang Muslim yamg berpegang teguh kepada prinsip Islam, katanya, moral seseorang pemimpin itu amat penting untuk mendapatkan sokongannya.

Beliau juga mendakwa bahawa presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar, juga enggan untuk menjelaskan mengenai dakwaan liwat tersebut.

Katanya, ia merupakan sebab utama beliau membuat keputusan keluar PKR kerana beliau tidak boleh berkompromi dengan isu-isu moral seperti yang dihadapi oleh pemimpin PKR.

10.21.2009

Kanak-Kanak Didera, Dirogol dan Diliwat ...

Lelaki Afrika Gila... si ibu pun lagi gila…

Wak pun tak paham dengan wanita kat Malaysia niii…. Dah macam tak de bangsa lain nak dijadikan boyfriend. Lelaki Afrika jugak yang dia orang cari nak jadikan kekasih hati.

Memang cukup kejam dan tidak berperikemanusiaan lelaki Afrika yang sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.

Malah, yang rasa pelik bin herannya… wanita ibu kandung kanak-kanak tersebut yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.

Memang dah gila … Lebih dari binatang!! Wak pun dah tak de perkataan yang sesuai untuk mengkelaskan ibu seperti ini. Binatang pun rasanya lebih mulia dari perbuatan wanita ini yang rasanya cukup hina dan durjana.

10.19.2009

Buang Bayi Semakin Serius

Amalan seks bebas kritikal...

Semalam Wak terkedu bila membaca harian Metro tentang permasalahan sosial remaja kita sekarang ini ditahap kritikal. Tak taulah apa nak jadi. Teringat kata-kata imam Ghazali : "untuk melihat jenerasi akan datang, lihatlah generasi muda masa kini".

Dilaporkan bahawa data yang dikumpul daripada dua rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu.

Yang lebih membimbangkan, jumlah kes semakin meningkat melibatkan usia wanita hamil luar nikah itu melibatkan pelajar yang baru berusia 15 tahun. Dan yang menyedihkan apabila seorang wanita berulang kali datang ke rumah perlindungan sehingga enam kali kerana hamil luar nikah. Bayangkanlah... betapa bobroknya maruah remaja zaman sekarang ini.

Trend wanita lahir anak luar nikah kini sangat membimbangkan kerana ia dianggap perkara biasa dan bukan lagi hal besar. Seperti tiada rasa bersalah dan berdosa pada wanita yang terlibat dengan gejala sosial ini.

Mungkinkah mereka hanya akan merasa insaf setelah diturunkan bala atau mala petaka seperti di bumi Padang baru-baru ini. Sepatutnya kita sentiasa mengambil iktibar dari apa yang berlaku dan sesungguhnya itu adalah peringatan dari yang Maha Esa.

Apakah bumi Malaysia ini dalam keadaan 'Bala Tertangguh'.... Sama-samalah kita fikirkan!!!

10.12.2009

Sesi Latihan Badminton SIPMA III Berakhir

SIPMA III Badminton bermula 13/10 hingga 16/10...

Hari Jumaat yang lepas, Wak sempat membawa para pemain badminton MASKOM yang akan mula bertanding pada pagi esok (13/10 Selasa) dalam SIPMA III (Sukan Institusi Pendidikan Malaysia) ke pusat latihan BAM.

Para pemain MASKOM dapat melihat sendiri sesi latihan para pemain kebangsaan seperti Zakry Latif, Tan Beng Heon, Wong P.T dan lain-lain lagi. Barulah dia orang dapat membezakan sesi latihan yang mereka tempohi sebenarnya jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan sesi latihan yang dijalani oleh pasukan badminton negara.

Selepas sesi lawatan, para pemain MASKOM ada membuat perlawanan persahabatan dengan pasukan dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Setelah melalui perlawanan ini barulah kita dapat melihat sejauh mana kehebatan dan juga kelemahan pasukan MASKOM yang perlu diperbaiki.

Pasukan yang bertanding dalam SIPMA III kali ini adalah :
1. Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)
2. Majlis Sukan Universiti Nalaysia (MASUM)
3. Majlis Sukan IPG Malaysia (MSIPGM)
4. Majlis Sukan IPT Swasta (MASISWA)
5. Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (MASKOM)
6. Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia (MSMM)
7. Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSPM)

Jadual perlawanan yang melibatkan pasukan MASKOM adalah seperti berikut :

13/10 (Selasa)
9.00 pg : MASKOM Vs MSIPGM
3.00 ptg : MASKOM Vs MMSM

14/10 (Rabu)
9.00 pg : MASKOM Vs MSMM
3.00 ptg : MASKOM Vs MASISWA

15/10 (Khamis)
9.00 pg : MASKOM Vs MASUM
3.00 ptg : MASKOM Vs MSPM

Kepada semua pemain badminton MASKOM, diharap dapat menunjukkan prestasi yang membanggakan dan kami semua mendoakan semoga kalian berjaya.

10.08.2009

Tawaran RM6500.00 Untuk Sekeping Gambar

Tawaran meningkat lagi...

Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) sebuah badan bukan kerajaan yang menawarkan harga sejumlah RM 1000.00 kepada sesiapa sahaja yang memiliki gambar Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mendakwa dia kena tumbuk di hari penamaan calon pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang awal minggu lalu, kini menaikkan harga tawaran tersebut kepada RM 6,500.00 pula.

Pembela mendapati jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM 6,500.00. Maka dengan ini, kami mengambil keputusan menawarkan harga baru kepada sesiapa jua yang memiliki atau merakam gambar Datuk Abdul Azeez kena tumbuk ketika hadir di hari penamaan calon pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang, Sabtu lalu.

Pembela amat memerlukan gambar ini sebagai bukti di tasa dakwaan Datuk Azeez yang juga Ketua Putera Umno yang mendakwa dia dipukul oleh para penyokong PAS. Dia memberitahu kepada media bahawa, “saya tahu lebih daripada sembilan orang menyerang saya dan lebih 20 tumbukan saya terima sambil mendakwa orang yang menyerangnya terdiri dari orang lelaki memakai baju berlogo PAS”.

Diharapkan dengan tawaran yang lebih besar ini, pihak yang merakam kejadian Datuk Azeez kena tumbuk sudi menjual gambar tersebut kepada Pembela… seperti yang dijanjikan pembayaran adalah secara tunai kepada pihak yang menjualnya.

Tawaran harga ini untuk membeli gambar ini hanya berlaku di semasa kempen pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang berlangsung iaitu selewat-lewatnya pada jam 12 malam 10 Oktober depan.

Sehubungan itu, pihak yang berkaitan bolehlah menghubungi Mohd Dzohir di talian
019-498 0230 pada bila-bila masa.

Guru Saman Pengetua

Wak sekadar simpati...

KUANTAN - "Berani kerana benar. Saya berjuang bukan untuk saya sahaja tetapi kepada semua guru yang mungkin menghadapi masalah sama di sekolah.'' Demikian tegas Rozilah Abdullah, 37, guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Mahkota di sini semalam mengenai tindakannya memfailkan saman sebanyak RM228,000 terhadap pengetuanya sendiri.

Rozilah telah mengajar subjek Ekonomi Asas bagi pelajar tingkatan enam di sekolah itu sejak empat tahun lalu.

"Saya malu kepada semua orang. Tiada siapa tahu kecuali suami bahawa saya sering menangis mengenangkan masalah di sekolah,'' katanya yang ditemani suaminya, Mohamad Redzuan Wahi ketika ditemui Kosmo! di sini semalam. Kelmarin, Rozilah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pengetua sekolah, Aluwiyah Osman atas dakwaan Aluwiyah telah menjejaskan reputasinya sehingga ramai orang mengetahui dia adalah guru yang memperoleh laporan prestasi paling rendah di sekolah berkenaan. Rozilah mendakwa Aluwiyah menuding jari ke arahnya dengan maksud dia enggan mematuhi perintah dan menyebabkan beliau menerima surat pengesahan tidak akan mendapat pergerakan gaji pada tahun ini.

10.06.2009

SIPMA III 2009

Kesibukan yang menggila...

Rasanya dah lama Wak tak bukak blog sendiri.. Wak mula cuti memblogger sebelum Hari Raya ari tuu. Barulah la ni dapat memblogger sekejap.

Habis je cuti raya, Wak sibuk terlibat dengan SIPMA III (Sukan Institusi Pendidikan Malaysia). Dari sesi latihan yang bermula dari 29 September hinggalah 11 Oktober 2009. Pesta SIPMA bermula pada 12 hingga 16 Oktober.

Kontijen MASKOM (Majlis Sukan Kolej Komuniti) berkampung di Komplek Rakan Muda Klang. Lebih kurang 200 atlit dan pegawai termasuk Wak bersama-sama duduk kat kompleks sukan ni.

SIPMA kali ni akan berpusat di sekitar KL dan Selangor dan berpusat di Komplek Sukan Bukit Jalil. Kontinjen MASKOM akan mula bergerak dari kem Rakan Muda ni pada petang Jumaat dan juga pada pagi Sabtu ini.

Wak terlibat dengan pasukan badminton MASKOM yang terdiri dari 10 orang pemain dan empat orang pegawai termasuk seorang jurulatih profesional. Banyak ilmu dan pengalaman yang Wak dapat dari jurulatih terutama dalam mengendalikan sesi latihan badminton. Sebenarnya Wak dah ada lesen jrulatih badminton tapi baru Level 1.

Pengalaman selama lebih kurang 3 minggu ini amat bermakna dalam misi dan visi Wak untuk menerapkan sukan badminton ke dalam jiwa anak-anak Wak. Bukan tinggi sangat harapan kepada anak-anak, sekadar menggalakkkan dio orang ni aktif bersukan supaya dapat mengisi masa lapang dengan riadah yang sihat.

Mungkin setelah tamat SIPMA. Wak akan kembali aktif memblogger. Malam ni pun Wak gagahkan jari jemari ini untuk menaip, itupun pinjam pc dan broadband member....

9.18.2009

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Ramadan menyingsing pergi, Syawal menjelma lagi...

Kepada para blogger, teman-teman yang mengenali diri ini, para pengunjung yang sudi mamper ke blog ini, kepada semua anak-anak murid dan bekas-bekas anak murid dan kepada seluruh umat Islam.....

Petang ni InsyaAllah selepas selesai solat Jumaat Wak akan bertolak pulang ke kampung halaman di Parit Sulung dan Kg Muhibbah, Batu Pahat. Nampaknya Wak akan bercuti untuk memblogger lebih kurang seminggu kot. Maklumlah kat kampung Wak tak da 3G... Dan rasanya sibuk melayan anak-anak yang x-cited sangat nak menyambut raya bersama keluarga di kampung....

Akhir kata Salam Aidilfitri maaf zahir batin. Salam perjuangan untuk semua. Perjuangan harus diteruskan!!! Berhati-hati ketika memandu...

Wassalam....

Pilunya Di Penghujung Ramadan

Syawal pun menguak kelopak disambut dengan kesyukuran...

Hening Ramadan mengalunkan
sepinya dalam dendang kian menjauh
resah terus berkumandang di nubari
takut esok tak ketemu lagi!

Senja-senja Ramadan kian sayup
perlahan-lahan berarak ke penghujung
sendunya mengalun membuai rasa
mentari Syawal pun menyingsing hari
terlalu pantas waktu berlalu

Wahai Tuhan yang maha berkuasa...
Hanya pada-Mu kami memohon
kasih belas dalam rahmat-Mu
agar kami terus diberi waktu
punya kesempatan menjengah Ramadan bertandang
pada usia di lembaran seterusnya...

Fajar Syawal kian menguak kelopak kemenangan
tanda nafsu berjaya ditundukkan
namun perjuangan bukanlah untuk sepurnama
ini bermula semalam, esok dan selamanya...

Doa perpisahan dengan Bulan Ramadan :

"Ya Allah, inilah bulan Ramadan yang di dalamnya Engkau telah menurunkan Al-Quran yang telah berlalu. Aku berlindung dengan kekuasaan-Mu yang mulia, wahai pemilik fajar yang terbit dari malam-malamku dan pemilik bulan Ramadan yang sudah berlalu ini. Kepada-Mu aku mengadukan kesalahan dan dosaku yang dengannya Engkau akan menyeksaku pada hari perjumpaan dengan-Mu kelak.

Ya, Allah! Jangalah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau bertetapan sebaliknya, maka jadikanlah puasa ini sebagai puasa yang dirahmati dan bukan yang sia-sia semata.

Ya, Allah! Jadikanlah puasaku di dalamnya mendapat hadiah pahala serta diterima sebagai amalan yang mendatangkan keredhaan-Mu dan daripada Rasul-Mu. Serta dihubungkan cabang-cabangnya dengan pokok, dengan hak kemuliaan Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda SAW yang suci."... Amin!

Tun Dr Mahatihir Terasa Hati Dengan umno

Selipar: Mahathir sedih dikecam Umno

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sedih atau marah dengan cadangan seorang anggota MIC agar gambar beliau dikalung selipar.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak merasakan apa-apa dengan kecaman tersebut kerana "bukan saya jadi apa-apa".

Ini kerana kecaman itu datang daripada anggota parti lain dan iannya tidak merugikannya, katanya kepada Bernama di sini.

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, beliau amat sedih dan marah sekiranya kecaman datang daripada anggota Umno sendiri seperti yang pernah berlaku.

"Ini bukan kali pertama saya dikecam. Dulu orang dah lupa macam mana pemimpin Umno kecam saya.

"Nazri (menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz) dan menteri besar Kedah dahulu nak buang saya daripada Umno.

"Tapi masa itu tak ada siapa bagi reaksi apa pun. Tak ada orang berani cakap apa," katanya.

Dr Mahathir berkata: "Tiba-tiba saya jadi popular. Orang semua pertahankan saya.

Biasalah Tun..... Itu dah jadi makanan orang UMNO. Budaya 'BODEK'!!! Bila rasa membodek itu akan mendapat sesuatu, maka berduyun-duyunlah orang UMNO akan bercakap tentang isu tersebut.

Masing-masing menunjukkan kejantanan dan kebernasan idealah kononnya. Tapi bila sesuatu isu itu tidak ada apa-apa kepentingan kepada mereka, maka mereka akan membisu dan yang lebih malang mereka akan menyebelahi pihak yang dirasakan memberi keuntungan kepada mereka. Itulah sebenarnya yang berlaku terhadap Tun sendiri. Kami hanya mampu bersimpati aje lah ...

9.17.2009

Kematian H1N1 Terkini Meningkat 76 Orang

Dua lagi maut angkara H1N1 ...

Dua kematian baru didaftarkan hari ini akibat influenza A(H1N1), menjadikan jumlah kematian sehingga kini sebanyak 76 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata mangsa merupakan seorang wanita berumur 45 tahun dari Sabah yang juga menghidap darah tinggi dan seorang remaja perempuan berumur 19 tahun dari Bentong, Pahang.

Mangsa Ke-2 Hanya simptom Batuk Tanpa Demam

Mangsa kedua pula dimasukkan ke Hospital Bentong pada 30 Ogos kerana batuk selama lima hari serta demam sehari, dan rawatan antivirus juga telah dimulakan pada hari yang sama.

Mangsa sebelum itu telah mendapatkan rawatan pesakit luar di hospital bagi simptom batuk tanpa demam pada 26 Ogos dan pada 31 Ogos beliau mengalami sesak nafas dan terus dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan di ICU.

Bagaimanapun, remaja perempuan itu meninggal dunia pada 1 Sept disebabkan oleh 'severe pneumonia with H1N1 infection' setelah kes disahkan melalui ujian makmal pada 3 September.

Berhati-hati Di Hari Raya...

Dr Mohd Ismail juga berkata dalam kesibukan umat Islam membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aildilfitri, Kementerian Kesihatan ingin menasihati orang ramai agar terus mengamalkan langkah kebersihan diri dan segera mendapatkan rawatan jika mengalami gejala influenza A (H1N1).

Beliau berkata pihak pengurusan pasar raya atau pusat membeli-belah juga disarankan agar mengamalkan langkah-langkah pencegahan termasuk menyediakan kemudahan membasuh tangan dan menjaga persekitaran serta menyediakan tempat bagi membuang sampah serta topeng penutup mulut dan hidung yang mencukupi.

"Orang ramai digalakkan membawa kit H1N1 (topeng mulut dan hidung, tisu dan cecair pembasmi kuman) ke mana-mana termasuk ketika membeli-belah, menaiki kenderaan awam atau berhari raya di rumah sanak-saudara dan rakan dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai wabak Influenza A (H1N1) serta langkah-langkah pencegahan yang disyorkan kementerian dari semasa ke semasa," katanya.

Maklumat dan perkembangan terkini jangkitan influenza H1N1 boleh diperoleh melalui talian 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 dari 8 pagi hingga 5.30 petang, melalui email di cprc_h1n1@moh.gov.my serta laman web kementerian iaitu di http://www.moh.gov.my. BERNAMA

Hari Jumaat Dah Cuti Sekolah

Anak-anak dah tak sabar nak balik kampung ...

Semalam balik dari sekolah, anak Wak si Irfan dan Irham bagi tau sekolah dia orang dah mula cuti hari Jumaat nie. Sibuk dia orang tanya bila nak balik kampung. Wak memang bercadang petang Jumaat selepas solat Jumaat gerak balik kampung.

Malam tadi orang rumah dapat call dari PK1. Dia bagi tau sekolah orang rumah pun dah dapat maklumat yang hari Jumaat dah cuti. Apa lagi anak-anak dah mula merancang nak balik kampung petang ni jugak. Dia orang x-cited sangat nak balik kampung.. dapat berbuka kat rumah nenek dia... dapat berjumpa sepupu sepapat...

Banyak Wak nak pikir bila nak tinggalkan rumah dalam tempoh yang agak lama. Pikir pasal pokok-pokok bunga dan jugak ikan belaan kat aquarium... sape pulak nak bagi makan. Terpaksalah mintak tolong jiran sebelah yang selalunya balik kampung tak lama.

Apa pun balik kampung kali Wak ada misi dan visi tersendiri. Wak nak jumpa member-member lama untuk persiapan PRU-13. Wak dan beberapa member kat kampung bercadang nak bukak cawangan... Pada lain entri Wak akan cerita...

Rasanya dah lama kita orang mengimpikan bulan purnama mengambang di pekan Parit sulung atau di Seri Medan......

Ok.. kepada teman-teman yang ingin pulang ke kampung, berhati-hati di jalanraya. Wak doakan semoga sampai ke destinasi yang dituju.


Kerajaan memberikan cuti khas Jumaat ini kepada semua sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau berkata pemberian cuti khas itu melibatkan semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran.

Kabinet membuat keputusan tersebut dalam mesyuaratnya hari ini bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya, katanya dalam kenyataan media.

Berikutan keputusan Kabinet itu, surat kementerian berkaitan cuti tambahan sempena hari raya sebelum ini adalah terbatal. BERNAMA

Sukarnya Mencari Keikhlasan....

Ibarat ‘semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap’...

Petang semalam Wak pergi ke Pasar Ramadan di Bandar Melaka. Dalam perjalanan melihat dan memilih juadah untuk berbuka, terserempak dengan seorang yang sedang meminta sedekah sambil bersila di atas sebuah tikar usang dengan pakaian agak lusuh.

Rasa simpati menerpa di hati lalu Wak letakkan RM2 lebihan membeli makanan ke dalam mangkuk usang yang berada di tangan seorang yang nampaknya dipertengahan usia.

Wak teruskan perjalanan untuk mencuci mata melihat juadah untuk berbuka...macam-macam ada. Tapi tiba-tiba rasa menyesal menjelma mengenangkan peminta sedekah tadi. Macam-macam persoalan yang timbul kat kepala otak nii... Betul ke dia hidup susah sampai nak jadi peminta sedekah. Entah-entah menyamar jee... ambik kesempatan. Kalau 10 orang bagi RM2 dah dapat RM20. Wahhh, mewah la dia kot....

Tapi bila Wak pikir balik, memang sukar untuk mencari keikhlasan.... Hati berkata-kata pun dah menghilangkan rasa ikhlas dan mungkin luput pahala menderma tadi.

Teringat kata-kata Imam Ghazali : Ikhlas itu ibarat ‘semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap’. Kehidupan orang yang ikhlas tidak akan menempuh apa-apa yang mendukacitakan. Sebab mereka sentiasa redha dan bahagia dengan pelbagai kurniaan kebaikan dan keredhaan yang Allah mahu dan tentukan.

Niat merupakan gerak hati yang ruang lingkupnya luas. Ia perlu berkekalan dijaga sama ada sebelum memulakan sesuatu ibadat, semasa melakukannya atau setelah selesai beribadah.

Gerak hati juga menentukan keikhlasan niat seseorang beramal. Hanya amal yang ikhlas sahaja boleh dikatakan sebagai sebaik-baik dan sesempurna ibadat.

Langkah mula untuk mendapat ikhlas dan sebai-baik amal ialah benar-benar menjadi hamba Allah. Untuk menjadi ‘Hamba Allah’ yang sebenar perlu bermujahadah dan istiqamah.

Apabila telah menjadi hamba Allah sebenar dan tidak menjadi hamba kepada selain Allah maka akan menjadi orang yang ikhlas (Muhsin atau Ulul Albab).

Firman Allah : “Oleh itu (wahai Muhammad) sampaikanlah khabar yang menggembirakan kepada hamba-hamba-Ku (Para hamba-Ku itu) iaitu mereka yang berusaha mendengar perkataan (pengajaran Al-Quran) lalu mereka berbuat baik : mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah dari golongan Ulul Albab.” (al-Zumar : 17-18).

9.14.2009

Adakah BN Akan Senasib Dengan LDP ????

Keadaan Umno-BN dari kacamata mantan PM, Tun Dr Mahathir ...

"Rasuah menjadi-jadi di dalam Umno dan parti-parti komponen (BN) yang lain. Perebutan kuasa telah melemahkan mereka. Para pemimpin begitu ghairah untuk terus berkuasa walaupun tidak lagi mampu berperanan.

"Dengan para pemimpin sedemikian, negara dan rakyat diabaikan. Pada dekad yang lepas, walaupun berdegar-degar dengan cakap-cakap bahawa berbilion ringgit diperuntukkan kepada koridor dan sebagainya, tidak ada bukti yang ketara dan boleh dilihat.

"Tidak ada apa-apa pun yang boleh ditunjukkan walaupun Petronas membayar RM250 bilion lebihan kepada kerajaan," katanya.

Adalah menghairankan, kata Dr Mahathir, apabila didapati Malaysia ketinggalan di belakang jiran-jirannya.

Negara ini, kata beliau, "bukan lagi negara yang terkehadapan di rantau ini. Tentunya tidak lagi boleh disifatkan sebagai negara contoh".

Beliau berpendapat, BN hanya boleh diselamatkan oleh prestasi lemah pembangkang.

"Tetapi, jika prestasi kerajaan BN dan parti-parti di dalamnya gagal meyakinkan, pera pengundi yang kecewa mungkin akan melakukan apa yang telah dilakukan para pengundi Jepun - menyingkirkan parti yang mereka sokong sejak lebih dari separuh abad," kata Dr Mahathir.

Umno dan Barisan Nasional (BN) mungkin akan mengalami nasib yang sama seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang ditolak rakyat negara itu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Tsunami revolusi pilihan raya di Jepun 30 Ogos lalu menyaksikan kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) menyingkirkan pemerintahan Parti Liberal Demokratik (LDP) di negara itu sejak Perang Dunia Kedua.

Kehancuran kuasa LDP itu menyaksikan DPJ memenangi 308 dari 480 kerusi parlimen negara itu.

Perwakilan MIC... Kalung Selipar Pada Tun Mahathir

Macam-mcam ada.... Nak kalung gambar Tun dengan selipar



Cerita pasal selipar nii, macam-macam selipar ada. Dia orang tuu nak kalung selipar jepun ke, selipar jamban ke... terompah ke.. selipar apa ekkkk....

Moralnya, jangan masuk campur atau ambik tau hal orang India ni. Biarlah dia orang selesaikan masalah dalaman dia orang sendiri. Kalaulah mantan PM Dr Mahathir punya pandangan pun dia orang tak boleh terima.... kita tengok ajelah nasib MIC pada PRU yang akan datang.



Tahniah Datuk Samy!!! Bagilah kalungan bunga dan ape-ape saje jenis kalungan buat Samy.... Kemenangan besar orang-orang Samy membuktikan bahawa beliau masih popular dikalangan perwakilan. Tapi sebenarnya beliau bukan hanya popular malahan 'berkuasa' .... Hakikat yang nyata, beliau belum pasti diterima oleh seluruh masyarakat India yang mana suara rakyat suara keramat.

9.12.2009

Dr Mahathir : BN Akan Kalah Pada PRU-13

Krisis dalaman MCA dan MIC semakin ‘ruwet’....

Dr Mahathir berkata jika pergolakan dua parti komponen terbesar BN iaitu MIC dan MCA tidak ditangani dengan berhati-hati, BN akan tewas dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Sebagaimana yang telah kita maklum, MCA kini bergelut menghadapi krisis dalaman susulan ketegangan presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat dengan timbalannya yang dipecat Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sehingga memaksa kemungkinan wujudnya dua mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Dan yang terbaru timbalan presiden MCA yang dipecat, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyerahkan kepada ibupejabat MCA, senarai tandatangan 921 perwakilan MCA, yang mendesak supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Sekurang-kurangnya dua resolusi disahkan setakat ini:

1. Lantikan semula Chua sebagai timbalan presiden.
2. Lulus undi tidak percaya terhadap presiden Datuk Seri Ong Tee Keat.

Menambah ruwet dalaman MCA apabila Tee Keat semakin sibuk dengan siasatan SPRM. Malahan, repot polis yang dibuat terhadap King Sing juga menambahkan bebanan kerjanya. Begitu juga King Sing, selain SPRM mendapatkan maklumat darinya, beliau juga sedang menghabiskan banyak masa dengan pihak polis berdasarkan repotnya yang pernah menyerahkan RM10 juta kepada Tee Keat dalam tiga masa berlainan di sekitar Lembah Kelang.

Mungkinkah Tee Keat berundur? Adakah apa-apa jaminan jika Tee Keat berundur, masalah dalam MCA akan dapat diselesaikan atau, MCA akan berkecai menjadi sebuah parti yang hilang seri dan sengatnya.

Masihkah MCA mempunyai masa untuk memperbaiki imejnya yang sudah tercemar ini? Jika mereka lambat menyusun semula organisasi mereka, MCA dipercayai menjadi beban kepada BN dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Dalam pada itu Perdana Menteri, DS Najib berkata bahawa beliau tidak akan campurtangan dalam keputusan parti itu memecat timbalan presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kecuali diminta menjadi orang tengah.

Pada ketika MCA dirundung krisis yang semakin ruwet, PPP dan MIC juga menghadapi masalah dalaman yang cukup berat. PPP yang baru selesai isu dua Presiden, MIC pula mempamirkan pertelingkahan secara terbuka antara Datuk Seri S. Samy Vellu dengan Datuk S. Subramaniam.

Krisis dalaman MIC, parti terbesar yang mewakili orang India nampaknya semakin bercelaru dengan hanya tinggal beberapa jam saja lagi berlakunya pemilihan pucuk pimpinan parti. Ini bagi menentukan hala tuju parti itu di bawah pimpinan presiden Samy Vellu yang telah mengumumkan akan bersara pada 2012.

Krisis antara Samy Vellu dan S. Subramaniam nampaknya masih berterusan . Samy Vellu mendedahkan beliau mempunyai satu ‘bom hidrogen’ yang boleh membongkar rahsia Datuk S. Subramaniam dan menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai.

Bagaimanapun beliau berkata tidak akan meletupkan bom hidrogen berkenaan kerana ia bukan tindakan baik untuk dilakukan oleh seseorang pemimpin ketika bakal menghadapi pemilihan parti.

Samy Vellu mendakwa, bekas Timbalan Presiden parti itu telah menyediakan beberapa butir ‘bom’ untuk menyerangnya demi kepentingan diri sendiri.

Namun kritikan yang terbaru dari mantan perdana menteri Dr. Mahathir terhadap beliau melaui akhbar Tamil Makkal Osai telah menambah krisis dalaman MIC apabila Samy Vellu mendakwa mantan PM itu menyokong calon timbalan presiden, S. Subramaniam.

Akhbar itu melaporkan kritikan mantan perdana menteri itu terhadap Samy Vellu sebagai presiden MIC yang menyebabkan ketewasan teruk dalam pilihan raya umum lalu . Beliau berkata, kelemahan MIC terletak pada Samy Vellu dan ramai orang India tidak mahu menyokong MIC disebabkan oleh Samy Vellu.

Apa akan terjadi drama dalam MIC ini kita sama-samalah tunggu selepas pemilihan pucuk pimpinan pada hari ini . Adakah calon-calon pilihan presiden parti akan terpilih untuk menjadi saf utama dalam kepimpinan MIC atau sebaliknya. Pasti drama ini lebih menarik andainya nanti kepimpinan yang dipilih oleh para perwakilan adalah bukan dari kalangan mereka yang dilobi sendiri oleh presiden parti.

Persoalannya.... Adakah telahan mantan PM Dr Mahathir akan menjadi kenyataan bahawa BN akan tumbang pada pilihanraya yang akan datang!!!! Jika krisis MCA dan MIC terus ‘ruwet’, maka tidak mustahil BN menerima nasib yang sama seperti parti pemerintah di Jepun. Tumbangnya sebuah kerajaan yang telah memerintah lebih 50 tahun.......... Sayonara BN!

9.10.2009

Menggapai Lailatul Qadar

Bersamalah kita mencari ....



1. Keutamaan Malam Lailatul Qadar


Allah Ta'ala berfirman, (ertinya) "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan (Lailatul Qadar) itu? Malam kemuliaan (Lailatul Qadar) itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (QS. Al-Qadr : 1-5)

Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, iaitu takdir selama setahun. Allah Ta'ala berfirman, (ertinya) "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul, sebagai rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (QS. Ad-Dukhan: 3 - 6)

2. Waktunya

Diriwayatkan dari Nabi SAW bahwa malam tersebut terjadi pada malam-malam ganjil sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Ini adalah pendapat yang paling kuat berdasarkan hadis 'Aisyah radhiyallahu 'anha, beliau berkata bahwa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam beri'tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda: "Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan." (HR. Bukhari dan Muslim)

Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sampai terlepas dari tujuh hari terakhir, kerena riwayat dari Ibnu Umar, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Carilah di sepuluh hari terakhir, jika seorang dari kamu merasa lemah atau tidak mampu maka janganlah sampai terlepas tujuh hari bakinya." (HR. Bukhari dan Muslim)

3. Bagaimana Mencari Malam Lailatul Qadar?

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa melakukan qiyam (shalat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR. Bukhari dan Muslim)

Disunnahkan untuk memperbanyak do'a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari Sayyidah 'Aisyah radhiyallahu 'anha, beliau bertanya: "Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku tahu bilakah malam Lailatul Qadar (terjadi), apa yang harus aku ucapkan?" Beliau sallallahu 'alaihi wasallam menjawab" "Ucapkanlah:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

"Ya Allah, Sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemaaf dan Suka Memaafkan, maka maafkanlah hamba." (HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Majah dengan sanad sahih)

Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha berkata: "Adalah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam apabila telah masuk pada sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau mengencangkan kainnya (banyak beribadah), menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya." (HR. Bukhari dan Muslim)

Juga dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha, beliau berkata: "Adalah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) sepuluh hari terakhir yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya." (HR. Muslim)

4. Tanda-Tandanya

Dari 'Ubaiy radhiallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi." (HR. Muslim)

Dari Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhuma berkata, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "(Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya sinar matahari melemah kemerah-merahan." (HR. Ath-Thayalisi, Ibnu Khuzaimah dan Al-Bazzar dengan sanad hasan)

-paspenang

Sumber : Blog BIAQPILA

9.09.2009

Bonus Hanya Untuk Kakitangan Sokongan Saje..

K'tangan kumpulan sokongan terima RM500 ... Melepas la Wak nampaknya!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian khas kewangan RM500 untuk 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan.

Bayaran itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada bulan Disember.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan
dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib berkata implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta.- Bernama

Permaianan Yo-Yo Baik Untuk Otak

Semasa kecil dahulu suka sangat main yo-yo....

Mungkin ada di antara kita masih mengingati permainan yo-yo sewaktu kecil dahulu tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa yo-yo bukan sekadar menghayunkannya ke hujung tali gandar roda dan kembali semula ke telapak tangan, tetapi pergerakan yo-yo sebenarnya baik untuk otak.

Bagaimana ini berlaku?

Ahli psikologi klinikal Datuk Dr Mat Saat Baki menjelaskan bahawa permainan yo-yo bukan sekadar menghayun dan menangkap semula gandar roda yang disambung dengan tali.

"Bermain yo-yo akan menggunakan fungsi kiri dan kanan otak", katanya.

Pada umumnya, maklumat diproses dalam pelbagai cara oleh kiri dan kanan hemisfera otak, yang mana seseorang cenderung untuk memproses maklumat menggunakan bahagian dominan.

"Terdapat empat proses utama otak semasa bermain yo-yo iaitu tumpuan, koordinasi mata-tangan, kreativiti dan ketangkasan manual," katanya.

Sama seperti permainan catur, tumpuan adalah satu proses yang banyak digunakan ketika bermain yo-yo. Apabila seseorang memberi tumpuan kepada yo-yo, bahagian kiri otak yang juga dikaitkan dengan pemikiran rasional menjadi dominan.

Ketika tumpuan diberikan ke atas yo-yo, seseorang pemain boleh bertindak mengikut teknik dengan jayanya hasil daripada tindakan otak di sebelah kiri yang juga memproses mengikut lelurus, urutan dan secara logik.

Pada masa yang sama, bahagian kanan otak yang lebih dikaitkan dengan keterbukaan kepada pengalaman dan gerak hati dalam melakukan sesuatu adalah bertanggungjawab kepada kreativiti.

Dr Baki menyatakan, "bermain yo-yo memerlukan pemain mempelajari kemahiran dan teknik yang baru. Pemain yo-yo diketahui kerap mengubah kepada teknik yang baru. Ini mencerminkan bagaimana otak di bahagian kanan digunakan".

Lagipun, apabila ia dilakukan secara mahir dan terlatih, permainan yo-yo menjadi satu lagi bentuk aktiviti ketangkasan manual atau jasmani, yang termasuk permainan lain seperti 'frisbees' dan 'cup stacking'.

"Kenyataan bahawa permainan yo-yo adalah sejenis sukan perlawanan juga menanam kesedaran kesukanan dan konsisten di kalangan pemain. Permainan yo-yo adalah cara terbaik untuk berseronok terutama kanak-kanak dan pelaburannya pun sedikit.

"Tetapi adalah penting untuk dinyatakan bahawa perlunya ada kawasan yang diperuntukkan di samping langkah keselamatan apabila bermain".

Beliau berkata bermain yo-yo juga boleh memperbaiki prestasi akademi seseorang, apabila proses belajar dan berfikir itu dipertingkatkan semasa kedua-dua bahagian otak digunakan secara seimbang. BERNAMA

9.08.2009

Pelajar Sekolah Menagih Dadah Semakin Parah

Trend pelajar menagih meningkat...

Apa nak jadi dengan budak-budak sekolah nii... Tapi memang itulah realitinya. Dan yang menyedihkan sudah pastinya majoriti mereka ini adalah dikalangan anak bangsa kita sendiri. Itulah sebabnya anak bangsa kita ni ramai yang menyambung pelajaran ke Pusat Serenti.

Apapun permasalahan ini pucuk pangkalnya terletak dibahu ibu bapa yang menentukan arah tuju anak-anak terutama dalam mengawal pergaualan mereka bersama rakan-rakan di luar waktu sekolah.

Trend pelajar sekolah khususnya di peringkat menengah terjebak dalam penagihan najis dadah semakin membimbangkan apabila data Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) mendapati tahun ini sahaja bilangan penagih muda itu ialah 306 orang, meningkat berbanding beberapa tahun lalu.

Untuk perbandingan, jumlah kes pelajar yang menagih dadah di sekolah pada 2008 ialah 159 orang manakala pada 2007 hanya 117 orang.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Abdul Bakir Zin berkata, para pelajar berkenaan dikesan positif dadah hasil ujian air kencing yang dijalankan Unit Pencegahan AADK.

"Tahun ini di Kelantan sahaja kami dapati lebih kurang 60 orang pelajar sekolah positif dadah. Kami berjaya mengesan mereka melalui Program Intervensi Pelajar (PIP) yang dilaksanakan dengan Kementerian Pelajaran," katanya di sini semalam.

Beliau berkata, melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, AADK turut menjalankan program susulan bagi memastikan gejala penyalahgunaan dadah di kalangan murid dan pelajar dapat dibendung.

Menurut Abdul Bakir, kebanyakan pelajar tersebut menggunakan dadah tradisional khususnya ganja - KOSMO

9.05.2009

ADUN Bagan Pinang Meninggal Dunia : Takziah & Al-Fatihah

ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal ...

Salam takziah di atas pemergian ADUN BN Bagan Pinang, Negeri Sembilan, Azman Mohd Noor. Beliau meninggal dunia di Seremban hari ini.Beliau meninggal dunia pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 54, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi 4097 dengan majoriti 2333 undi.

Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini. Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.

Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas. Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).

Nampaknya akan ada pilihanraya kecl (PRK) sekali lagi iaitu masuk yang kesembilan kali namun inilah kali pertama UMNO BN akan bertanding untuk mempertahankan kerusi DUN nya sendiri.

Setelah lapan kali berdepan dengan Pakatan Rakyat dalam PRK yang lalu dan keputusan berterusan menyebelahi Pakatan Rakyat kecuali di Batang Ai. Apakah nasib UMNO BN kali ini labih baik dari PRK yang sebelum ini atau sebaliknya.

Sama-samalah kita nantikan PRK yang rasanya paling menarik dan cukup menghiburkan bagaimana nanti kita lihat gelagat pemimpin-pemimpin UMNO terutamanya dalam menghadapi cabaran dari PAS dan Pakatan Rakyat.

PRK kali ini tidak begitu memberi tekanan kepada PAS dan Pakatan Rakyat namun ia cukup memberi seribu satu tekanan dan ujian bagi UMNO BN dan yang pastinya 1Malaysia DS Najib.

Segalanya terletak ditangan pengundi Bagan Pinang bagi menentukan apakah UMNO BN masih diterima rakyat atau mereka menolak gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh PM.

PRK kali ini akan memberi impak yang besar terhadap UMNO BN dan ianya bakal menjadi petanda untuk menghadapi PRU-13 yang akan datang. Andainya UMNO BN tewas maka bersiap sedialah untuk menjadi barisan pembangkang selepas PRU-13.

Andainya UMNO BN menang, ia tidak banyak memberi kesan kepada PAS dan juga Pakatan Rakyat kerana mereka pada kedudukan menyerang berbanding pihak UMNO BN dalam posisi bertahan. Tungguuuuuu.....

9.04.2009

Maha Suci Allah

Ibu gelap lahir anak cerah...

OLINDA - Seorang wanita kulit hitam di Brazil, Rosemere Fernandes de Andrade mengejutkan ramai saintis selepas melahirkan tiga orang anak berkulit putih, lapor sebuah akhbar semalam



ROSEMERE FERNANDES DE ANDRADE bergambar bersama anak-anaknya di Pernambuco, Brazil baru-baru ini.

9.03.2009

DUN Perak : Antara Halal & Haram

Negeri Perak ada dua pemerintahan.... Rakyat pening kepala



'MEREKA RASA MEREKA HALAL'
Dr. Zambry Abdul Kadir mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri seperti biasa di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, semalam.



'MEREKA KATA MEREKA NI HARAM'
V. Sivakumar mempengerusikan persidangan DUN Pakatan Rakyat di Hotel Heritage, Ipoh setelah percubaan mengadakan persidangan tersebut di Bangunan Perak Darul Ridzuan gagal semalam.

Tahniah Tan Sri Musa

Kontrak Musa disambung setahun

Walaupun dipertikaikan, kontrak Tan Sri Musa Hassan sebagai ketua polis negara dilanjutkan setahun lagi mulai 13 Sept ini.

Pengumuman itu dibuat dalam satu kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam hari ini.

Kelmarin, PAS memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya menolak pelantikan semula beliau dengan alasan peningkatan kadar jenayah yang gagal dibendung dan muncul dakwaan terbaru bahawa wujud penglibatan kongsi gelap dalam mengatur kenaikan pangkat pegawai polis - Malaysiakini

9.02.2009

DUN Terengganu Terus Bergolak

Layan tuntutan ADUN atau keluar Umno...

Sembilan orang wakil rakyat Terengganu mahu tuntutan mereka ditunaikan sekiranya Umno mahu mengelakkan mereka melompat kepada PKR.

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata wakil-wakil rakyat berkenaan perlu dilantik sebagai pengerusi penyelaras DUN masing-masing dan juga kuasa untuk menamakan anggota-anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Kedua-dua tuntutan ini, sekiranya ditunaikan, boleh memulihkan semula hubungan antara pemimpin-pemimpin Umno di Terengganu, katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Wakil rakyat Umno kini berpecah dua susulan pelantikan mengejut Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar, menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh, selepas pilihan raya umum 2008- Malaysiakini

Selamat Bersidang DUN Perak

Sidang DUN diadakan di hotel...

Akhirnya para ADUN Pakatan Rakyat mengadakan sidang DUN di bilik ballroom Hotel Heritage di Ipoh setelah gagal masuk ke bangunan sekretariat kerajaan negeri (SUK) pagi tadi.

ADUN Pakatan duduk di sebelah kanan Speaker V Sivakumar (tempat ADUN parti pemerintah duduk). Empat lagi ADUN Pakatan tidak kelihatan - tiga ditangkap pagi tadi dan seorang lagi sedang mengerjakan umrah.

Kemudian, dua usul diluluskan dan sidang itu sedang membahaskan usul ketiga.

Usul pertama diluluskan sebulat suara - yang mengesahkan laporan jawatankuasa hak dan kebebasan DUN mengenai:

1. (Speaker BN) Datuk R Ganesan, yang bukan seorang ADUN, yang masuk ke dewan DUN tanpa kebenaran speaker dan enggan keluar sewaktu sidang 7 Mei lalu, apabila diperintah berbuat demikian oleh speaker (Sivakumar).

2. (Bekas timbalan speaker) Hee Yit Fong, yang keluar DAP dan didakwa bertindak sebagai speaker, dan mempengerusikan sidang DUN (pada 7 Mei) dan menjalankan pengundian yang memilih Ganesan sebagai speaker.

Tepat jam 2 petang sidang media telah berakhir sebentar tadi dengan beberapa kenyataan dari Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin (kandungana sidang medianya akan menyusul). Selepas itu semua ADUN bersurai. Bagi yang non muslim satu jamuan tengahari disediakan di hotel yang sama dan bagi ADUN yang beragama Islam diberikan kupon untuk digunakan di lain masa.

Sidang DUN BN bila lagi.... Bersidang jangan tak bersidang!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails