10.08.2009

Guru Saman Pengetua

Wak sekadar simpati...

KUANTAN - "Berani kerana benar. Saya berjuang bukan untuk saya sahaja tetapi kepada semua guru yang mungkin menghadapi masalah sama di sekolah.'' Demikian tegas Rozilah Abdullah, 37, guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Mahkota di sini semalam mengenai tindakannya memfailkan saman sebanyak RM228,000 terhadap pengetuanya sendiri.

Rozilah telah mengajar subjek Ekonomi Asas bagi pelajar tingkatan enam di sekolah itu sejak empat tahun lalu.

"Saya malu kepada semua orang. Tiada siapa tahu kecuali suami bahawa saya sering menangis mengenangkan masalah di sekolah,'' katanya yang ditemani suaminya, Mohamad Redzuan Wahi ketika ditemui Kosmo! di sini semalam. Kelmarin, Rozilah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pengetua sekolah, Aluwiyah Osman atas dakwaan Aluwiyah telah menjejaskan reputasinya sehingga ramai orang mengetahui dia adalah guru yang memperoleh laporan prestasi paling rendah di sekolah berkenaan. Rozilah mendakwa Aluwiyah menuding jari ke arahnya dengan maksud dia enggan mematuhi perintah dan menyebabkan beliau menerima surat pengesahan tidak akan mendapat pergerakan gaji pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails