10.19.2009

Buang Bayi Semakin Serius

Amalan seks bebas kritikal...

Semalam Wak terkedu bila membaca harian Metro tentang permasalahan sosial remaja kita sekarang ini ditahap kritikal. Tak taulah apa nak jadi. Teringat kata-kata imam Ghazali : "untuk melihat jenerasi akan datang, lihatlah generasi muda masa kini".

Dilaporkan bahawa data yang dikumpul daripada dua rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu.

Yang lebih membimbangkan, jumlah kes semakin meningkat melibatkan usia wanita hamil luar nikah itu melibatkan pelajar yang baru berusia 15 tahun. Dan yang menyedihkan apabila seorang wanita berulang kali datang ke rumah perlindungan sehingga enam kali kerana hamil luar nikah. Bayangkanlah... betapa bobroknya maruah remaja zaman sekarang ini.

Trend wanita lahir anak luar nikah kini sangat membimbangkan kerana ia dianggap perkara biasa dan bukan lagi hal besar. Seperti tiada rasa bersalah dan berdosa pada wanita yang terlibat dengan gejala sosial ini.

Mungkinkah mereka hanya akan merasa insaf setelah diturunkan bala atau mala petaka seperti di bumi Padang baru-baru ini. Sepatutnya kita sentiasa mengambil iktibar dari apa yang berlaku dan sesungguhnya itu adalah peringatan dari yang Maha Esa.

Apakah bumi Malaysia ini dalam keadaan 'Bala Tertangguh'.... Sama-samalah kita fikirkan!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails