2.28.2010

Kematian Adik Syafiah... Peringatan Allah Kepada Kita

Seribu satu cerita di sebalik kematian Syafiah Humairah…

Seluruh rakyat Malaysia pastinya terharu dengan apa yang berlaku ke atas adik Syafiah Humairah. Tak terungkap dengan kata bagi melabelkan manusia si durjana ini. Perasaan marah dan geram terhadap lelaki yang tidak beriman dan setaraf kezalimannya dengan tentera Yahudi yang menyiksa dan membunuh rakyat Palestin.

Tidak dapat dibayangkan oleh akal kita, betapa berat seksaan yang dihadapi oleh Allahyarham Syafiah Humairah Sahari sebelum dia menemui ajal. Dia dipukul dan ditampar, kanak- kanak malang itu turut dipijak dan ditendang oleh teman lelaki ibunya tanpa belas kasihan, hanya disebabkan oleh kesalahan kecil yang dilakukannya.

Hampir menitis air mata ini apabila dimaklumkan bahawa adik Syafiah merayu supaya jangan dipukul lagi ketika dibelasah oleh lelaki yang bertopengkan syaitan durjana. Hati seorang ayah ini yang ada anak sebaya adik Syafiah memang cukup terharu... tidak dapat untuk digambarkan.

Kesan yang ditinggalkan oleh kerana perlakuan lelaki syaitan ini amat dahsyat. Adik Syafiah baru berusia tiga tahun telah disahkan meninggal dunia akibat pendarahan pada otak dan mengalami kerosakan buah pinggang, akibat dihentak dan ditendang dengan kuat oleh suspek yang tidak berhati perut.

Hasil bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat adik Syafiah di Hospital Kuala Kubu Bharu mendapati, kematiannya akibat kecederaan serius termasuk kulit kepalanya terkoyak kerana dipijak.

Dari bedah siasat itu juga menunjukkan adik Syafiah mengalami penderaan berterusan dan ia boleh dilihat berdasarkan kepada kecederaan yang terdapat pada tubuhnya.Ada kesan-kesan kecederaan luaran yang baru dan lama dipercayai akibat dipukul dengan objek keras pada tubuh mangsa.

Ini bermakna adik Syafiah telah sekian lama mengalami penderaan fizikal yang dilakukan oleh lelaki syaitan. Persoalannya mengapa si ibu yang melayan lelaki ini sebagai kekasihnya merelakan perbuatan kejam tak berhati perut itu.

Allah itu Maha Kuasa. Allah tunjukkan perbuatan manusia yang membelakangkan hukum hakam agama. Sang isteri yang menduakan suaminya yang merengkok di dalam penjara. Mereka berdua bersekedudukan sehingga melahirkan anak luar nikah. Mereka tidak merasa berdosa dengan perbuatan jijik mereke berdua.

Peristiwa kematian Syafiah Humairah yang begitu kejam telah membongkar rahsia perhubungan haram antara ibu kanak-kanak itu dan teman lelakinya sejak enam tahun lalu.

Ibu kanak-kanak itu yang masih bersuami, disangkakan telah berkahwin dengan suspek kerana mereka memiliki seorang anak lelaki berusia setahun enam bulan, malah, wanita itu kini sedang hamil empat bulan. MasyaAllah!!!

Namun, rahsia perhubungan mereka yang hanya menyamar sebagai suami isteri itu terbongkar selepas siasatan polis mendapati pasangan itu tidak boleh berkahwin kerana wanita itu masih mempunyai suami. Seribu tanda tanya... Mana perginya sanak saudara.. orang yang rapat dengan si ibu dan lelaki syaitan ini... Mengapa mereka mendiamkan diri, bisu seribu bahasa.. Membiarkan kemungkaran di depan mata. Mustahil mereka tidak tahu atau memang tak ambik tahu....

Difahamkan, bapa kanak-kanak malang itu yang hanya dikenali sebagai Sahari ditahan di Penjara Sungai Buloh kerana didakwa terbabit dalam kes bunuh sejak tahun 2006. Selain berhadapan tuduhan bunuh, suspek yang ditahan reman selama tujuh hari sehingga Khamis depan bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang syariah kerana bersekedudukan sehingga melahirkan anak luar nikah.

Begitu hebatnya manusia melakukan kemungkaran tanpa merasa takut dengan balasan Tuhan. Hari ini Allah sengaja menunjukkan satu peristiwa kemungkaran manusia dalam masyarakat kita yang membawa kepada pembunuhan manusia yang tidak berdosa.

Semoga kita mengambil pengajaran dari apa yang Allah pertontonkan secara langsung kepada kita semua. Kembali kepada fitrah manusia yang dijadikan oleh Allah di atas muka bumi ini membawa amanat sebagai seorang khalifah yang sentiasa menyeru kepada amar makruf nahi mungkar.

2.27.2010

Maulidur Rasul : Sebab Utama Lim Guan Eng Tak Bagi Berarak

Buat malu orang Melayu....

Barulah wak dapat jawapan mengapa di Pulau Pinang tak bagi nak berarak ketika sambutan maulidur rasul. Rupanya nie.... (Rujuk gambar : wak agak jee brader nie baru habis selesai berarak sempena sambutan maulidur Rasul. Time masa berarak ada keta x-cden. Brader nie pun ambik la dia punya nombor... ada ong maaa!!!)

Sebelum nie, wak tertanya-tanya kenapa Ketua Menteri Pulau Pinang tak bagi berarak sempena sambutan Maulidur Rasul yang cukup hebat di politikkan oleh orang-orang UMNO termasuk para pak menteri. Tak cukup di Pulau Pinang... serangan seterusnya kat negeri yang dipimpin oleh Tuan Guru nik Aziz.

Tapi yang pelik bin herannya bila ada negeri yang BN perintah tak buat perarakan sempena sambutan maulidur rasul... tak ambik kesah pun... Tak nak pulak orang2 UMNO nie komplen. Den pun dah poning kepalo tengok gelagat orang-orang UMNO nie... Lantak korang laaa...

Perempuan Jual 'Petua Rahsia Membesarkan Kemaluan Lelaki'

Baby jual rahsia lelaki untuk RM20... pendapatan 5 angka sebulan!!!!


KUALA LUMPUR: Seorang gadis jelita dikesan mampu memperoleh pendapatan bulanan lima angka dengan mudah hanya melalui perniagaan menjual tip urutan dan petua rahsia bagi membesarkan kemaluan lelaki melalui Internet sejak dua tahun lalu.

Gadis berusia awal 20-an terbabit yang tidak segan silu menjaja perkhidmatan melalui laman web E-book dikesan mengenakan caj RM20 bagi golongan pelanggan lelaki yang berminat mendapatkan lapan set video ‘panas’ yang hanya akan dihantar kepada pelanggan melalui e-mel sebaik bayaran dibuat melalui akaun bank miliknya.

Perkara itu didedahkan seorang eksekutif, Izar Afifi, 27, yang mendakwa terkejut dengan tawaran terbabit yang dihantar gadis berkenaan ke dalam e-mel peribadinya baru-baru ini.
Menurutnya, dia yang menyangkakan ia hanya satu bentuk gurauan bagaimanapun terkejut apabila mendapati gadis terbabit yang dikenali dengan nama samaran ‘Baby’ benar-benar wujud selepas dia cuba menghubungi nombor telefon bimbit tertera gadis itu.

“Menerusi laman E- Book berkenaan Baby mendakwa mahu berkongsi rahsia untuk kepuasan seks bagi mana-mana lelaki yang sudah beristeri atau yang mahu mendirikan rumah tangga.
“Ayat-ayat Baby yang menggambarkan seolah-olah dia memiliki pengetahuan luas berhubung hubungan kelamin cukup mengejutkan saya apatah lagi dia memberitahu mampu menyelesaikan masalah lelaki yang mempunyai alat kelamin yang kecil, pendek atau tidak mampu bertahan lama di ranjang,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan tulisan pada E-book terbabit, Baby mendakwa mempunyai petua unik untuk menyelesaikan pelbagai masalah seksual lelaki ‘layu’ terutama membabitkan fizikal kemaluan.

“Baby yang tanpa berselindung mendakwa lapan set video bertajuk ‘sistem membesarkan kemaluan’ boleh diperoleh dengan membuat pembayaran RM20. Gadis terbabit memberitahu harga ditetapkan itu adalah harga selepas diskaun yang diberikan kepada pelanggan lelaki berminat.

“Bagaimanapun, Baby meminta supaya duit terbabit dibayar menerusi mesin mendepositkan wang atau melalui pemindahan wang menerusi akaun sebuah bank tempatan,” katanya.

Menurutnya, sejurus bayaran dibuat, pelanggan diminta menghantar butir pembayaran melalui SMS ke nombor telefon bimbit diberi selain menyertakan sekali alamat e-mel pelanggan.

“Dia memberitahu lapan set video terbabit akan dihantar ke dalam e-mel pelanggan dalam tempoh masa setengah jam hingga sehari selepas pembayaran dilakukan melalui nombor akaun bank tertera,” katanya.

Anak mati didera kekasih ibu

Anak ini tidak berdosa...

Memang rasa terharu bila baca berita kanak-kanak kena bunuh. Wak rasa sebak bila lihat wajah comel kanak-kanak ini... dia tak berdosa. Tapi menjadi mangsa manuasia yang tidak berhati perut... Biarlah Allah sahaja yang akan membalas terhadap kezaliman yang dilakukan... Semoga ia menjadi iktibar bagi kita semua..

KUALA KUBU BARU - Polis menahan seorang pemandu teksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama dekat Batang Kali semalam.

Kejadian pukul 8.30 malam itu terbongkar selepas lelaki berusia 28 tahun terbabit membawa mayat kanak-kanak itu, Syafia Humairah Sahari ke Hospital Kuala Kubu Baru dengan mendakwa mangsa terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, selepas diteliti, pihak hospital mendapati terdapat kesan lebam di seluruh badan kanak-kanak tersebut termasuk di perut dan bawah telinga selain luka di dagu yang tidak selari dengan cerita kemalangan.


2.25.2010

LAHIRNYA CAHAYA KEBENARAN

Sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w.

Satu-satunya manusia yang sejarah hidupnya tidak pernah kehabisan bahan untuk ditulis, dikaji dan dianalisis adalah sejarah hidup Rasulullah (SAW). Pelbagai aspek kehidupannya telah dipaparkan oleh sarjana muslim tak terkecuali sarjana bukan muslim sekalipun.

Malah Michael Hart yang merupakan sarjana bukan muslim pertama telah pun mengakuinya sebagai manusia nombor satu paling berpengaruh sepanjang sejarah.

Sarjana muslim Mesir era 1940-an misalnya telah mempelbagaikan lagi kajian tentang sirah atau sejarah hidup Rasulullah (SAW) dengan merungkai sisi kejeniusan baginda seperti yang ditulis oleh Abas Mahmud al-Aqqad dalam bukunya 'Abqariyyat Muhammad', serta sisi politik dan sejarah seperti yang ditulis oleh Dr. Muhammad Husien Haikal dalam bukunya 'Hayat Muhammad'.

Ada pula yang menulis dalam bentuk novel dengan bahasa yang amat mengkagumkan seperti yang ditulis oleh Dr. Thana Husien dalam karyanya 'Ala Hamisy al-Sirah' dan penulisan dalam bentuk drama seperti yang ditulis oleh Taufiq hakim dalam bukunya 'Muhammad (SAW).

Buku ini pastinya menghadirkan semangat baru dalam sejarah hidup Rasulullah (SAW) yang semestinya dijadikan penyuluh dalam kehidupan umat manusia.

Penulis buku : Dr. Mohd Puzhi b. Usop & Ust. Zairul Mat Zain

Wak tak abis lagi baca buku nie... Ni tengah sambung baca. Tolong promosi buku ni kat blog . Mudah-mudahan sama-sama kita beroleh manfaat... Amin!


Salam Maulidur Rasul

Kini tiba lagi....

12 Rabiulawal umat Islam menyambut hari keputeraan junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Baginda diutuskan oleh Allah SWT bagi membawa umatnya ke jalan yang mulia, jalan yang diberkati Allah SWT.

Semoga hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. dapat dihayati dengan penuh keinsafan dan kasih sayang terhadap junjungan besar kita.

Kehebatan Rasullullah sebagai insan terbilang telah diakui oleh ramai pemikir barat. Antaranya Michael H. Hart yang telah menulis buku The 100: A Ranking of The Most Influential Person in History . Beliau telah menyenaraikan Muhammad s.a.w sebagai pemimpin terhebat dan tersohor serta paling berpengaruh di dunia. Katanya “ My choice of Muhammad to lead the list of the world’s most influential persons may surprise some readers and be questioned by others, but he was the only one in history who was supremely successful on both the religious and secular levels”

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431 H


Giant George disahkan anjing tertinggi dunia

Guinness World Records....



TUCSON - Pihak Guinness World Records mengumumkan seekor anjing baka Great Dane di Amerika Syarikat (AS) sebagai anjing paling tinggi di dunia kerana ketinggian yang diukur dari kaki hingga ke bahunya mencecah 1.09 meter.

Anjing yang diberi nama Giant George itu tinggi dua sentimeter berbanding pesaing rapatnya, Titan yang juga daripada baka Great Dane dari San Diego.

Beberapa pegawai Guinness menyatakan wujud laporan yang bercanggah berkaitan ketinggian George menyebabkan mereka menghantar seorang juri untuk mengesahkannya.

Anjing seberat 115 kilogram yang berusia empat tahun itu dimiliki oleh David Nasser.- AP

2.23.2010

Mengharap Kasih Suami.. Kasih Anak Entah kemana

Kasih ibu membawa ke Syurga....

Pengorbanan ibu memang tiada gantinya. Mereka tidak mengharapkan wang ringgit setelah anak-anaknya berjaya dalam kerjaya sebagai seorang manusia, akan tetapi mereka memerlukan kasih dan sayang anak-anaknya. Apalah guna wang dan ringgit jika hendak dibandingkan dengan jasa ibu tanpa penat dan lelah membesarkan anak-anaknya.

Dari kecil kita diasuh dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang umpama menatang minyak yang penuh, komited dan penuh didikasi dalam menjalankan tugas sebagai seorang ibu. Inilah dia ibu, memberi cinta tanpa syarat, memberi kasih sayang tanpa diminta.

Pepatah ada berkata seorang ibu seorang boleh menjaga 10 orang anak, tapi belum tentu 10 orang anak boleh menjaga seorang ibu. Pepatah ini ada benarnya, di saat dunia yang semakin pesat membangun, kita disibukkan dengan urusan dunia dan kadangkala kita lupa tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibu bapa apatah lagi kepada tuhan yang menjadikan. Jangan lupa sesungguhnya syurga itu dibawah telapak kaki ibu.

KUANTAN: Seorang warga emas bukan saja terpaksa menguruskan isterinya yang lumpuh akibat angin ahmar seorang diri sejak 15 tahun lalu malah dirinya tidak dipedulikan sembilan anaknya walaupun mereka tinggal berhampiran.

Difahamkan warga emas berusia 87 tahun itu yang menetap di Kampung Paya 3, di sini, terpaksa mengharungi perjalanan hidup penuh ranjau sejak isterinya, Rozimah Di, 50, diserang penyakit berkenaan hingga menyebabkannya lumpuh dan tidak mampu bercakap.

Lebih menyedihkan penderitaan suami isteri terbabit langsung tidak dipedulikan sembilan anak walaupun ada antaranya tinggal berhampiran rumah bapa kandung mereka.

Warga emas terbabit, Ramlan Ahmad Salleh, berkata dia terpaksa menempuh hari mendatang dengan penuh kesedihan dan amat memerlukan perhatian anak-anak ketika dilanda kesusahan.

Katanya, dia dan isteri kini hanya ditemani seorang anak bongsu mereka berusia 17 tahun, Mohd Nor Salam Al Hafiz Ramlan yang sudah tidak bersekolah sejak berusia 12 tahun akibat ditimpa kemalangan menyebabkannya patah kaki.

2.21.2010

Dakwah Generasi PSP

Interaksi yang hilang....

Pada cuti Tahun Baru China yang baru nie, Wak ambik kesempatan menyambung cuti nak uruskan tanah pusaka peninggalan arwah abah yang belum ditukar nama. Wak bawak emak ke pejabat tanah kat Batu Pahat.

Wak bukan nak cerita pasal tanah pusaka tuu.. tapi nak cerita pasal PSP. Sambil Wak duduk dengan anak lelaki Wak yang dua orang tu kat luar… menunggu emak bereskan urusan dengan pegawai pejabat tanah, ada la dua orang kanak-kanak sebaya anak Wak sedang leka bermain PSP.

Dau orang anak Wak tuu cuma sekadar tengok dengan mulut telopong. Wak bagi tau kat anak-anak Wak “abang kalau nak main PSP tunggulah dah kerja nanti. Beli guna duit sendiri”.

Wak memang tak galakkan anak-anak bermain game apatah lagi PSP. Main game kat computer dia orang pun selepas dah buat latihan ‘Score-A’ .. Itupun mesti dapat markah lebih 80%.

Wak teringat masa zaman kanak-kanak dulu… Tak kenal menda nie semua. Yang kita orang tau… main galah panjang, main gasing, konda kondi dan banyak lagi. Habis riuh rendah halaman rumah.

Tapi zaman telah berlalu. La nie suasana itu digantikan dengan ipod, playstation dan yang terkini PSP yang menjadi permainan peribadi yang mengheret pemiliknya masuk ke satu dunia yang terpisah daripada persekitaran… terpisah daripada segala yang berada disekeliling. Ia membunuh interaksi tanpa disedari.

INTERAKSI

Interaksi adalah proses yang mengembangkan potensi pemikiran, emosi, fizikal dan spiritual seorang manusia. Malah ketiadaan interaksi akan menghilangkan cermin bagi seseorang untuk meneroka potensi dirinya. Sama ada dirinya sentiasa ‘perasan bagus’ atau tenggelam dalam kelemahan kerana gagal mengeluarkan potensi diri yang sebenar.

Interaksi inilah yang dibunuh oleh cara hidup semasa. Jesteru, Islam mengangkat interaksi dan pergaulan yang menjadi keperluan fisiologi, emosi, mental dan spiritual ini sebagai tuntutan agama.

Interaksi dinobatkan sebagai amal yang afdal bagi setiap Mukmin. Sabda Rasulullah SAW: “Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”.

IMPLIKASINYA

Implikasi kemunduran interaksi dan pergaulan amat melata. Ia membentuk sikap tidak peduli dan amat mementingkan diri sendiri.

Bermula daripada terhakisnya hubungan sesama ahli keluarga, merosotnya kerukunan tetangga hinggalah menjurus kepada sulitnya seruan dakwah dijadikan agenda kehidupan.

Dakwah bukan semata-mata kewajipan… ia adalah wasilah memberi yang menghadiahkan makna hidup… kepuasan. Dakwah bukan ‘stress’, kerut dahi, bermuram durja, tetapi ia boleh ceria, mendamainkan juga menenangkan.

Dakwah itu sangat menyeronokkan. Lebih seronok daripada mendengar IPOD dan bermain PSP…. Namun bagaimana kita mengasuh anak-anak kita…. Kalau hari ini mereka leka dengan ‘playstation’ atau PSP, siapa yang membelikannya??? Kalau mereka membeli sendiri… siapa yang secara tak sengaja telah mengizinkannya????

Bagaimana anak-anak kita membesar kalau dunia lapangnya selepas mereka bersekolah atau membuat kerja sekolah @ kerja rumah hanya dihidangkan dengan alat-alat yang boleh membunuh interaksi.

Sanggupkah atau ada masakah anak-anak kita nanti menghadiahkan Al-Fatihah atau bacaan yasin selepas ketiadaan kita nanti. Adakah tersemat di hati anak-anak kita nanti meneruskan dakwah… tugas seorang ‘khalifah’ di atas muka bumi ini.

So bagi ibu bapa yang kini tiada merasa apa-apa kebimbangan kesan dari kesilapan kita memberi ruang untuk anak-anak kita lalai dengan permainan PSP… Fikirkanlah sejenak. Jangan rasa sudah memadai mereka berjaya dalam peperiksaan walau melayan PSP, tapi yang lebih jauh perlu difikirkan adalah kesan PSP yang kian membunuh INTERAKSI!!!!

2.20.2010

Keputusan STPM 2009 Pada 25 Feb (Khamis)

Penantian suatu penyiksaan...

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 akan diumumkan pada 25 Februari ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini, berkata calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM dan hantar ke 36363, atau menaip STPM Result dan hantar ke 15888.

Keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 12 tengah hari pada tarikh itu.

2.19.2010

Nik Aziz: Mengapa Umno sibuk pertikai sambutan Maulidur Rasul

UMNO memang suka buat kecoh...

Sambutan Maulidur Rasul menjadi isu, malah sekali gus menjadi bahan perang pemimpin politik setelah Lim selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dilapor akan membatalkan upacara perarakan pada sambutan berkenaan.

Sehubungan itu Nik Aziz membidas segelintir masyarakat termasuk Umno yang sibuk mempertikaikan isu sambutan Maulidur Rasul yang disifatkannya sebagai isu remeh.
“Kenapa nak sibuk sangat dengan isu remeh ini. Lebih 20 tahun saya pegang Kelantan, tidak pernah berarak pun.

“Kita kena ingat, maulid ini disambut hanya selepas 300 tahun baginda wafat.
“Ini lah masalah kita orang Melayu kalau terima Islam bukan dengan cara belajar dan mentelaah, tetapi terima dengan tradisi. Yang belajar pun kadang-kadang belajar lain buat lain,” katanya.

Sambil mengaku pendekatan kerajaan negeri yang hanya mengambil kesempatan sempena bulan Maulidur Rasul dengan mengadakan ceramah dan kuliah-kuliah Islam khusus mengenai topik berkaitan adalah memang berbeza dengan negeri-negeri lain.

Kata beliau, hakikat afdalnya sambutan atau mengingati Maulidur Rasul bukan sekali setahun bahkan sebaliknya, setiap hari dan sepanjang masa.

“Kita sambut maulid ini kerana hendak mengingati hari kelahiran Nabi. Hakikat ingat ke Nabi ini tak boleh sekali setahun begitu, sepanjang masa kita mesti ingat. Ini sebenar-benar pelaksanaan Maulud Nabi.

“Sebab itu dasar PAS Membangun Bersama Islam sentiasa teliti terhadap segala pelaksanaannya dalam segenap aspek termasuk mengambil kira halal haram, syurga neraka dan dosa pahala,” jelasnya.

Mengulas lanjut dakwaan kononnya isu tersebut sengaja dipolitikkan ekoran konflik sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang, Nik Aziz menafi meniru kerajaan DAP di Pulau Pinang sebaliknya mendakwa “kerajaan Pulau Pinang yang meniru Kelantan."

“Saya dah katakan, 20 tahun saya pegang Kelantan, tak pernah pun berarak. Lim Guan Eng baru saja. Mana Kelantan tiru dia (Pulau Pinang),” ujarnya.
-malaysianinsider-

ANAK LEMAS DALAM BALDI

Salam Takziah buat keluarga adik Haikal...

Rasa terharu bila membaca berita nie kat Harian Metro. Anak ke-4 Wak sebaya dengan kanak-kanak malang yang lemas di dalam baldi.

Kanak-kanak malang berusia setahun enam bulan, Mohamad Haikal Mustakim Borhan yang ditemui mati lemas dalam baldi berisi air sedalam kira-kira 0.12 meter. Mohamad Haikal dipercayai terjatuh ke dalam baldi berkenaan ketika dia sedang membuat kuih di bahagian belakang rumahnya.

Semoga keluarga tersebut tabah menghadapi ujian dari Yang Maha Esa. Sesungguhnya anak adalah amanah dari Allah yang dipinjamkan kepada kita untuk sementara waktu di dunia ini.

Panduan Bagi Mengelak Kemalangan Di Rumah

• Jangan biarkan anak anda mandi sendirian di dalam bilik mandi. Pastikan pintu bilik air sentiasa berkunci
• Peralatan rumah yang tajam dan berbahaya mesti dijauhkan daripada kanak-kanak.
• Perabot berbucu tajam tidak sesuai rumah yang ada anak kecil kerana mereka mungkin tercedera jika terlanggar atau terjatuh.
• Barangan kosmetik, bahan cucian dan peralatan rumah mesti diletakkan sekurang-kurangnya 1.75 meter dari aras lantai.
• Pastikan segala ubat disimpan di tempat berasingan daripada tempat menyimpan makanan. Bekas berkunci penting kerana menyukarkan kanak-kanak membukanya
• Elakkan mengguna pintu atau tingkap kaca kerana kanak-kanak mungkin menerpa dan tercedera.
• Jika tinggal di rumah pangsa atau pangsapuri, pastikan ruang di antara palang tepi tangga tidak lebar sehingga boleh memboloskan kepala atau dada kanak-kanak. Jarak setiap palang mesti kurang daripada enam senti meter .
• Elakkan mengguna buai untuk menidurkan anak berusia lapan bulan lebih kerana mereka mungkin terjatuh.
• American Academy of Paediatric memaklumkan bahawa walker tidak selamat untuk kanak-kanak dan ia terbukti tidak membantu kanak-kanak berjalan dengan lebih cepat.
• Pastikan rumah anda dipasang alat pengesan asap (smoke alarm).
• Dapur perlu dilengkapkan dengan alat pemadam api (fire extinguisher) untuk memadam kebakaran kecil dapur jika berlaku.
• Pastikan ada jalan keluar dari rumah selain pintu utama Elakkan memasang gril yang sukar dibuka.

2.18.2010

Antara Yang Pasti dan Belum Pasti...

Maut itu pasti…

Tiada yang lebih pasti dalam kehidupan ini kecuali setiap seorang pasti akan mati. Sesungguhnya ia akan datang pada tiap diri anak Adam. Perpisahan dengan dunia yang fana…

Tiada seorangpun antara kita yang tahu, kapan maut akan mendatanginya. Tetapi kedatangannya adalah sebuah kepastian. Seringkali anak Adam sedang lalai ketika maut menjemputnya, menghasilkan sebuah su’ul khatimah. Betapa ruginya…

Kematian.... Kita tidak perlu merancang atau berusaha, ia pasti akan tiba juga. Ironisnya manusia hari ini lebih sibuk merancang dan bersedia bagi suatu yang tidak pasti dari sesuatu yang pasti berlaku.

Oleh kerana ajal adalah satu yang pasti berlaku, maka seorang mukmin yang bijaksana akan sentiasa menyediakan dirinya untuk menghadapinya. Adakah kita bersedia untuk menghadapi ajal yang akan mendatangi kita atau orang-orang yang dikasihi.

Adakah kita juga telah menyediakan isteri-isteri, anak-anak dan saudara mara kita untuk menghadapi ajal yang pasti akan mendatangi kita atau salah seorang dari mereka. Persiapan dalam bentuk rohani, psikologi dan material.....

Ahmadi Hassan Kembali Ke Rahmatullah

Al-Fatihah....

Pelopor muzik nasyid tanah air, Ahmadi Hassan, 63, (atas) atau nama sebenarnya Ahmad Hassan, meninggal dunia kira-kira jam 5.30 petang semalam akibat komplikasi buah pinggang di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.

Beliau dilahirkan pada 6 Oktober 1947 dan berasal dari Padang Menora, Jarak, Seberang Perai. Pengkebumian akan dibuat pada hari esok.

Ahmadi yang popular dengan lagu Godaan Dunia dan Boleh Kata Boleh, dimasukkan ke hospital berkenaan dua minggu lalu selepas hampir sebulan demam. Ketika menjalani ujian darah bagi mencari punca penyakit, doktor mendapati kedua-dua buah pinggangnya mengecut.

Allahyarham Ahmadi muncul dengan album terakhir berjudul Bahagia Berkasih pada 2007 selepas hampir 19 tahun meninggalkan arena seni suara. Album terakhirnya meraih Album Nasyid Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-14.

Salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan mendapat keberkatan dariNya. Sesunguhnya setiap dari kita yang bernyawa pasti akan menemui mati… esok entah lusa giliran kita.

Oleh itu, dalam kesibukan kita berjuang urusan dunia jangan lupa juga untuk kita mengingati mati, kerana orang yang paling bijak didunia ini ialah orang yang sering mengingati mati.

2.12.2010

Ahli Parlimen Bayan Baru Keluar PKR

Keluar parti lagi.....

Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim mengumumkan keluar dari PKR berkuatkuasa serta merta dan menjadi wakil rakyat bebas.

Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar di ibunegara pagi ini.

Menurutnya, beliau akan menjadi ahli parlimen yang berprinsip dan tidak mesra BN.

Berikutan itu, beliau mengumumkan meletakkan semua jawatannya dalam PKR berkuatkuasa serta merta.

Zahrain berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang sudah kepercyaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Beliau berkata, keputusannya itu juga kerana sudah hilang keyakinan kepada prinsip keadilan yang diperjuangkan oleh PKR.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan menyertai mana-mana parti dan akan menjadi wakil rakyat bebas sepenuhnya.

Menjawab soalan, dia juga menafikan akan menjadi mesra BN.

Zahrain juga berkata, ia juga merupakan satu keputusan peribadi dan tidak melibatkan rundingan dengan parti-parti lain.

Ditanya sama ada dia akan mencadangkan wakil rakyat PKR yang lain untuk menurut jejak langkahnya, Zahrain menegaskan ini adalah tindakan peribadinya dan dia tidak terlibat untuk memujuk orang lain.

Ditanya sama ada tindakan ini disebabkan oleh pembelian MP Pakatan seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Anwar Ibarahim, beliau berkata "saya tidak ada beli apa" dan dan bertanya kembali "16 September itu apa?"

"Saya pun kecewa dengan 16 September, tidak timbul isu beli membeli...," katanya.

Turut bersamanya dalam sidang akhbar pagi ini ialah bekas setiausaha agung PKR, Datuk salehudin Hashim.


Tips Menjaga 'Notebook'

Untuk pastikan jangka hayat lebih lama.....

1. Bateri
* Elakkan daripada penggunaan bateri.
* Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
* Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
* Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
* Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.
* Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
* Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
* Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD
* Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan screen saver.
* Power management setkan pada ‘Turn Off monitor in … minutes’.
* Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
* Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ‘Dead pixel’.

4. Haba Panas
* Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
* Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector
* Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
* Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
* Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
* Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port
* Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan berus atau berus gigi lama.
* Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan



2.11.2010

Download PERCUMA Laporan Rahsia Affiliates Sekarang!!

Bukan lagi rahsia....



Iya..ianya memang percuma! Jika anda nak buat DUIT DI INTERNET? Tapi..

* Nak Mula Bisnes Internet.. Tapi Tak Tahu Nak Mula…
* Minat Memang Minat, Tapi Rasa Modal Tak Cukup
* Tak Cukup Masa La Nak Buat Bisnes Internet Ni…
* Tiada Produk Nak Jual Di Internet..
* Tak nak Pening-Pening Urus Pembeli Di Internet..
* Dan Yang Utama, Anda Mahu Jana Income Sampingan Dengan Mudah..???

Apa yang anda cari ialah program AFFILIATES!!

Program affiliate adalah satu program yang dipasang oleh owner web jualan/penjual di internet seperti penjual ebook, penjual buku online, penyedia servis, atau lain – lain yang berbisnes di internet. Ianya dipasang di laman web bertujuan untuk merekrut agen – agen promoter secara online. Pendaftaran untuk menjadi agen promoter online ini biasanya adalah percuma.

Komisyen akan dibayar kepada anda biasanya berdasarkan jualan yang diperolehi melalui link anda. Anda hanya mempromosi, penjual yang akan menjual, Sebenarnya, affiliate ini adalah cara bisnes di internet yang paling memudahkan. Anda boleh menyertainya tanpa mengeluarkan sesen pun. Affiliate ini terbahagi kepada tiga yang utama iaitu…....

Opppsss..nak ketahui lebih lanjut, download PERCUMA klik disini


2.10.2010

Buang Bayi : Manusia Berhati Binatang

Menyayat hati...

MELAKA: Mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di hadapan pintu pagar Masjid Permatang Duyong di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman, berkata bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu dibaluti dengan kain putih tetapi badannya kemerahan dipercayai digigit semut.

"Mayat bayi berkenaan disedari ditinggalkan di situ oleh jemaah masjid selepas selesai menunaikan solat subuh," katanya ketika dihubungi di sini.

Salehhudin berkata, penemuan mayat bayi itu dilaporkan kepada polis oleh bilal masjid itu, Mohamad Abu.

Beliau berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Melaka di sini untuk bedah siasat.

Katanya, polis sedang mengesan ibu bayi berkenaan dan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. - Bernama


2.09.2010

MB PERAK : Semua Pihak Terimalah Keputusan Mahkamah

Terima keputusan mahkamah...

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini meminta semua pihak menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata, para penyokong pakatan pembangkang khususnya di Perak tidak harus mempertikaikan keputusan mahkamah dan menerimanya daripada aspek undang-undang "Tak pa lah, itu kerja mahkamah, kita berharap ia adalah satu keputusan yang adil dan saya tiada apa yang nak komen kerana mahkamah telah buat kerja dia dan Zambry adalah menteri besar yang diumumkan oleh mahkamah," kata beliau ketika dihubungi Bernama.

Azizan berkata, Kedah juga sedang menunggu satu keputusan mahkamah mengenai kedudukan kawasan Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh dan mengharapkan satu keputusan yang adil juga.

Kota Siputeh kini menjadi perhatian sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan terhadap status Ketua Umno Bahagian Jerlun, Datuk Abu Hassan Sarip sama ada akan kekal sebagai wakil rakyat kawasan DUN itu atau pilihan raya kecil diadakan.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-PAS-PKR setelah berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan Negeri.


2.08.2010

Pensyarah Terpinggir

NUTP dakwa 8499 tenaga pengajar politeknik, kolej komuniti tak dapat manfaat seperti dijanji....

KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua tahun usaha mencari penyelesaian dan berunding dengan pegawai Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menemui kegagalan, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) akhirnya mendedahkan ‘derita’ dialami pensyarah politeknik dan kolej komuniti, petang semalam.

Seramai 8,499 pensyarah membabitkan 6,406 bagi politeknik dan 2,093 bagi kolej komuniti terbabit apabila Politeknik dan Kolej Komuniti dipindah dari Kementerian Pelajaran ke KPT sejak awal 2008 dan NUTP mendakwa, mereka tidak memperoleh apa yang dijanjikan serta dipinggirkan berbanding rakan seangkatan dalam bidang perguruan di sekolah menengah atau Kolej Matrikulasi dan Institut Perguruan.

Presiden NUTP, Leftenan Komander (B) Hashim Adnan, mengakui pensyarah di politeknik dan kolej komuniti mengalami tekanan berhubung dua perkara iaitu perubahan sistem cuti serta kenaikan pangkat atau gred gaji dan terhadap desakan serta ugutan daripada individu tertentu supaya isu berkenaan tidak didedahkan kepada umum.

“Sejak perubahan ke KPT, pensyarah wanita dan senior paling ramai mengalami tekanan sehingga mereka ingin kembali ke Kementerian Pelajaran berikutan membantah perubahan sistem cuti daripada semester kepada cuti tahunan kerana pentadbir hanya meluluskan cuti ketika keadaan tiada pengajaran dan pembelajaran, atas alasan kepentingan perkhidmatan.

“Dari segi gred gaji pula, ia hanya indah khabar dari rupa kerana susah diperoleh berikutan syarat kenaikan pangkat amat ketat termasuk terpaksa membuat penyelidikan, penerbitan, kursus serta dan temuduga seperti pensyarah universiti sedangkan jawatan itu sama berbanding guru.

“Walaupun ada dua laluan iaitu kenaikan pangkat secara hakiki dan secara mengisi kekosongan jawatan, mereka tidak diberi pilihan sebaliknya ditawarkan kenaikan secara hakiki dan sebahagian besarnya terpaksa dipindahkan ke tempat lain termasuk Sabah dan Sarawak bagi mengisi jawatan pegawai kanan di kolej lain,” katanya dalam sidang akhbar, semalam.

Hashim berkata, NUTP sudah berusaha beberapa kali berbincang dengan pegawai KPT mengenai masalah itu dan sudah dua kali bertemu Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin termasuk secara rasmi pada 2008 dan pertemuan biasa tahun lalu, tetapi isu berkenaan masih belum diselesaikan. “Apabila isu ini berlarutan, pensyarah terbabit mendesak NUTP dan mendakwa kami tidak menjalankan tugas.

Walaupun pada awalnya cuba menyembunyikan perkara ini, akhirnya kami membuat pilihan untuk membuat pendedahan kepada media. “Menteri melayan kami dengan baik dan memberitahu akan membantu tetapi kami tidak pasti pegawai KPT di peringkat mana boleh menyelesaikan masalah ini.

Malah, kita tidak pasti sejauh mana kecairan maklumat mengenai perkara ini apabila ia sampai di peringkat lebih bawah. “Dua minggu lalu, kami menghubungi pegawai KPT tetapi mereka kata tiada masa dan sibuk...selain memberi alasan ia berkaitan dasar dan di luar bidang kuasa serta memerlukan kelulusan pihak atasan untuk menyelesaikannya,” katanya.

Hashim berkata, pensyarah terbabit seolah-olah kelas dua dan banyak masalah disuarakan mereka hanya diberikan janji tanpa penyelesaian sedangkan kebajikan golongan terbabit perlu dijaga bagi memastikan mutu tugas lebih berkesan sekali gus melahirkan graduan cemerlang.

Beliau berkata, guru sekolah menengah mendapat banyak kelebihan dari segi kenaikan pangkat dan gred gaji walaupun mengajar untuk Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sedangkan pensyarah terbabit mengajar pelajar bagi diploma dengan sukatan pelajaran lebih susah. - HMetro


2.07.2010

Tukar kementerian, susah naik pangkat

Pensyarah Kolej Komuniti, Politeknik Berhadapan Masalah Lepas Tukar Kementerian

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa tenaga pengajar politeknik dan kolej komuniti kini menghadapi pelbagai masalah termasuk kenaikan jawatan dan gred gaji selepas institusi pengajian tinggi itu diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi sejak 2008.

Setiausaha Agung NUTP Lok Yim Pheng berkata sehubungan itu ada antara pensyarah mendakwa mereka lebih selesa berkhidmat ketika kedua-dua institusi itu berada di bawah Kementerian Pelajaran.

"Kriteria yang perlu bagi kenaikan pangkat walaupun bagi pensyarah kanan yang telah berkhidmat lebih 20 tahun adalah sangat ketat kerana mereka terpaksa membuat penyelidikan, kursus dan temuduga.

"Jika ada kenaikan pangkat ia adalah secara kekal dan akan ditempatkan di Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Presiden NUTP Hashim Adnan pula berkata tahap skim perkhidmatan kolej komuniti dan politeknik kini lebih rendah berbanding tingkatan enam, kolej matrikulasi dan institut perguruan.

"Skim perjawatan bagi institusi itu adalah daripada gred 44 ke atas sementara bagi pensyarah kolej komuniti dan politeknik gaji mereka adalah lebih rendah hanya daripada gred 29 hingga 41, justeru ia perlu diteliti semula oleh pihak kementerian," katanya.

Tambahnya selain kenaikan jawatan dan gred gaji terdapat masalah lain seperti kesukaran memohon cuti tahunan.

"Sebelum ini mereka hanya menikmati cuti semester bagaimanapun ia telah diubah menjadi cuti tahunan yang sukar untuk dipohon," katanya.

Hashim berkata perkara ini sudah pun diajukan kepada pihak kementerian berkaitan sejak dua tahun lalu.

"Kami telah membawa perkara ini kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi tetapi selepas dua tahun ia masih belum dapat diselesaikan yang kemudiannya kami terpaksa dedahkan untuk membuka mata pihak tertentu," katanya.

Untuk rekod, sehingga kini jumlah pensyarah politeknik ialah seramai 6,406 dan kolej komuniti ialah 2,093 orang.- Kosmo @ BERNAMA


2.05.2010

Kes Liwat Siri II

Tahun berbeza... jalan cerita yang sama!

Sekarang nie kalau kita bukak paper termasuklah yang online... penuh dengan kes liwat Anwar Ibrahim.

Teringat suatu masa dahulu dizaman pemertintahan Dr Mahatihir, riuh rendah satu Malaysia ketika perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim. Tahun berbeza tapi perjalanan cerita yang sama. Dulu Wak masih bujang... tapi la nie dah anak 4. Anak-anakpun ada dengar berita kat TV. Macam-macam istilah yang dia orang tak pernah dengar sebelum nie.. tiba-tiba ia jadi popular. 'Air mani', 'masuk dubur', 'liwat', 'hubungan seks' dan macam-macam lagi....

Rasa dah malas nak bukak TV bila memaparkan kes liwat II nie. Malu kat anak-anak... Dia orang tanya kat kita istilah yang tak pernah dia orang dengar. Nak terangkanpun kita terasa mual. Entahlah bila agaknya tayangan 'Liwat II' ini akan berakhir.

Bila agaknya peristiwa mengusung tilam akan bermula. Teringat suatu masa dahulu dalam siri 'Liwat I'. Bila teringat tilam, teringatlah laungan tauke china lori jual tilam kat depan rumah... "tilam! tilam! tilam! tilam lama tukar baru!!!!!!"





2.02.2010

Perbicaraan Anwar : Kes Berprofil Tinggi

Anwar tiba di mahkamah....

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba untuk perbicaraan kes liwat beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8.50 pagi ini.
Pemimpin-pemimpin Pakatan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, timbalannya Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail semuanya sudah tiba di mahkamah.

Ketibaan Anwar, anggota keluarganya dan Lim disambut dengan laungan "reformasi" dan hidup Anwar".

Media mula berkumpul sejak pukul 6 pagi

Wakil-wakil media mula berkumpul di ruang lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini seawal pukul 6 pagi untuk membuat liputan kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat bekas pembantunya, Saiful Azlan Bukhari.

Mahkamah sebelum ini menetapkan perbicaraan sepatutnya bermula pada 25 Januari lalu, tetapi ditangguhkan ke hari ini bagi mendengar keputusan permohonan Anwar yang juga Ketua Pembangkang bagi mendapatkan beberapa dokumen penting pendakwaan sebelum perbicaraan dimulakan.

Jumaat lalu, mahkamah Persekutuan yang mendengar permohonan tersebut menolak permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

Perbicaraan Anwar: Polis adakan kawalan di sekitar lobi mahkamah

Lebih 20 anggota polis berada di sekitar lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini bagi mengawal keadaan kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Azlan Bukhari.

Perbicaraan yang telah ditangguhkan berkali-kali sebelum ini dijangka bermula pada pukul 9 pagi ini.

Perbicaraan Anwar: Unit Pengesan Bom PDRM turut berkawal

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas pembantunya, Saiful Azlan Bukhari merupakan kes perbicaraan berprofil tinggi.

Sehubungan itu, enam anggota Unit Pengesan Bom dari Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di dewan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini bagi memastikan aspek keselamatan terjamin setiap masa.


2.01.2010

Mak Jan oh Mak Jan

'Mak jan' jaja tubuh montok...

KUALA LUMPUR: Kelab janda bergetah! Itu jolokan diberikan kepada sebuah pusat karaoke terkemuka di ibu kota kerana kebanyakan pelayannya terdiri daripada kumpulan janda warga tempatan yang masih muda dan mempunyai bentuk badan menggiurkan.

Difahamkan, kebanyakan pelayan di premis terbabit digelar ‘mak jan’ selain dikatakan mampu mengaut pendapatan mencecah RM15,000 sebulan.

Tidak cukup dengan itu, kebanyakan ‘mak jan’ cuba menggoda pelanggan untuk mendapatkan pendapatan tambahan RM200 dengan menawarkan khidmat seks dalam tandas bilik karaoke berkenaan.

Berdasarkan siasatan wartawan Harian Metro, tandas terbabit turut menyediakan sebuah kerusi panjang yang digunakan sebagai ‘katil’ untuk melakukan seks.

Selain itu, sebuah laluan kecemasan turut disediakan dalam tandas itu sebagai lorong rahsia sekiranya premis terbabit diserbu pihak berkuasa.

Turut menjadi tarikan pelanggan apabila lampu bilik karaoke itu akan ditutup sebaik menghampiri waktu kemuncak sebagai isyarat membolehkan pelanggan melakukan pelbagai aksi terhadap pelayan terbabit.

Malah, kumpulan ‘mak jan’ itu juga bersedia mengikut pelanggan mereka ke rumah untuk menjadi teman sepanjang malam dengan mengenakan bayaran berasingan RM500.

Selain kebebasan yang ditawarkan di premis berkenaan, pusat karaoke itu turut diberi jolokan sebagai ‘syurga karaoke’ di kalangan pelanggan kerana kekebalannya menjalankan aktiviti haram itu biarpun premisnya berhampiran sebuah balai polis.

Itu kehebatan ‘syurga karaoke’ yang dikatakan sudah beroperasi sejak beberapa tahun lalu selain memiliki ratusan pengunjung saban malam.

Difahamkan, premis terbabit beroperasi bermula jam 8 malam hingga 3 pagi dan kebanyakan pengunjung pusat berkenaan terdiri daripada warga emas berpoket tebal-HMetro


Tips Belajar Menggunakan Komputer

Beberapa tips menggunakan komputer ketika belajar...


Berikut adalah sedikit tips yang berguna terutama untuk anda yang memilih untuk belajar menggunakan komputer:

1. Pastikan cahaya lampu / matahari disekeliling anda cukup terang berbanding cahaya skrin monitor. Ini untuk mengelakkan mata anda menerima terlalu banyak cahaya dan akan merosakkan mata.

2. Pastikan kedudukan monitor anda selari dengan mata atau bawah sedikit daripada pandangan mata. Ini bertujuan supaya mata dan juga leher anda tidak cepat letih.

3. Berehat sekurang-kurangnya 15 minit dengan memandang tempat yang jauh selepas menggunakan komputer selama 1 jam. Ini bertujuan mengurangkan keletihan mata dan juga memastikan anak mata sentiasa sihat.

4. Seboleh-bolehnya kerusi yang anda guna selesa dengan badan anda. Meletakkan bantal kecil dibawah punggung anda juga boleh memberi keselesaan jika anda menggunakan kerusi kayu.

5. Pastikan tetikus (mouse) anda selaras dengan tinggi kedudukan anda. Jika kedudukan mouse terlalu tinggi atau rendah, ia akan menyebabkan keletihan pada tangan anda.

Semoga anda dapat menggunakan kemudahan yang telah sedia ada dengan sepenuhnya dan sekaligus meningkatkan mutu pembelajaran anda..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails