Showing posts with label TEKNOLOGI. Show all posts
Showing posts with label TEKNOLOGI. Show all posts

8.28.2010

Kecanggihan Teknologi Terkini

Tengok rumah dipecah menerusi iPhone....

DALLAS, Amerika Syarikat - Seorang lelaki yang sedang bercuti 2,253 kilometer (km) dari rumahnya di sini menghubungi talian kecemasan 911 setelah dia melihat skrin pada telefon bimbit iPhone yang menunjukkan dua perompak memecah masuk ke kediamannya itu untuk merompak, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu, Vince Hunter menggunakan peralatan iCam yang berharga £2.60 (RM8.17) menyebabkannya boleh memantau penceroboh walaupun dia tidak berada di rumahnya baru-baru ini.

Dia mendapat maklumat mengenai pencerobohan itu selepas satu alat pengesan mendapati terdapat pergerakan dalam rumah menyebabkan alat tersebut menghantar mesej amaran kepadanya.

Hunter turut melihat kejadian di rumahnya itu menerusi iPhone yang menunjukkan dua perompak memakai sarung tangan manakala cermin pintunya pecah selepas dibaling dengan batu.

Dia yang berada di Connecticut untuk melawat ibu bapanya kemudian menghubungi talian 911 setelah melihat kejadian tersebut.

Dua perompak itu kemudian melarikan diri tanpa sempat melarikan barangan setelah beberapa anggota polis tiba di rumah tersebut. - Agensi

2.12.2010

Tips Menjaga 'Notebook'

Untuk pastikan jangka hayat lebih lama.....

1. Bateri
* Elakkan daripada penggunaan bateri.
* Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
* Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
* Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
* Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.
* Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
* Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
* Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD
* Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan screen saver.
* Power management setkan pada ‘Turn Off monitor in … minutes’.
* Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
* Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ‘Dead pixel’.

4. Haba Panas
* Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
* Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector
* Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
* Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
* Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
* Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port
* Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan berus atau berus gigi lama.
* Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan



2.01.2010

Tips Belajar Menggunakan Komputer

Beberapa tips menggunakan komputer ketika belajar...


Berikut adalah sedikit tips yang berguna terutama untuk anda yang memilih untuk belajar menggunakan komputer:

1. Pastikan cahaya lampu / matahari disekeliling anda cukup terang berbanding cahaya skrin monitor. Ini untuk mengelakkan mata anda menerima terlalu banyak cahaya dan akan merosakkan mata.

2. Pastikan kedudukan monitor anda selari dengan mata atau bawah sedikit daripada pandangan mata. Ini bertujuan supaya mata dan juga leher anda tidak cepat letih.

3. Berehat sekurang-kurangnya 15 minit dengan memandang tempat yang jauh selepas menggunakan komputer selama 1 jam. Ini bertujuan mengurangkan keletihan mata dan juga memastikan anak mata sentiasa sihat.

4. Seboleh-bolehnya kerusi yang anda guna selesa dengan badan anda. Meletakkan bantal kecil dibawah punggung anda juga boleh memberi keselesaan jika anda menggunakan kerusi kayu.

5. Pastikan tetikus (mouse) anda selaras dengan tinggi kedudukan anda. Jika kedudukan mouse terlalu tinggi atau rendah, ia akan menyebabkan keletihan pada tangan anda.

Semoga anda dapat menggunakan kemudahan yang telah sedia ada dengan sepenuhnya dan sekaligus meningkatkan mutu pembelajaran anda..




2.24.2009

TIPS DAN INFO : BELI HANDPHONE

PANDUAN UNTUK MEMBELI ‘HANDPHONE’

Wak nak cerita pasal tips nak membeli hp. Kita kena bijak memilih kerana semua kedai hp menyajikan harga hp yang berlainan tetapi kita kena berhati-hati juga kerana tempat yang murah tidak semestinya bagus. Carilah tempat yang ada kedai hp yang banyak. Kelebihan-kelebihan yang kita boleh perolehi ditempat seperti itu adalah :
a) Dapat harga yang murah dan berpatutan kerana persaingan yang banyak
b) Dapat melihat pelbagai jenama dan model hp

Terdapat pelbagai cara untuk kita memilih model-model hp kesukaan korang laaa antaranya :
a) Bertanya kepada rakan-rakan yang lebih arif atau selalu menukar hp mereka
b) Selidik hp dipelbagai pusat membeli-belah. Kalau boleh ambil risalah mengenai hp tersebut
c) Pergi ke laman web rasmi pembuat hp yang diminati untuk membuat perbandingan

Lagi satu yang perlu kita ambik perhatian ialah kenalpasti dahulu ciri-ciri hp yang kita ingin beli . Sebelum memilih pelbagai jenis hp yang terdapat di pasaran, kita hendaklah menetapkan ciri-ciri pilihan yang kita inginkan seperti :
a) Jenama dan model
b) Tahun/market status
c) Set hp Original / Set AP (Sila berhati-hati dengan hp recon)
d) Kos/harga
e) Kelebihan hp :
i. Kamera (berapa megapixel)
ii. Screen Display (berwrna atau tidak)
iii. Ciri Hiburan (polyphonic, true tone, radio, pemain video dan MP3)
iv. Memory (buid-in atau card)
v. Rekabentuk
vi. Sistem hp
vii. Bluetooth, infrared, JAVA, WIR, EDGE, 3G dan USB port

Nota : Nampaknya setakat ni dulu tips yang boleh Wak kongsikan dengan korang semua. Kalau boleh guna Wak punya tips ni, korang gunalah.... Kalau rasa2 macam tak boleh percaya, abaikan jelah. Yang pentingnya nak beli hp ni mesti ada ongkosnya pak! No money no talk la bro....

1.29.2009

BLAJOR EDIT GAMBAR GUNA PHOTOFUNIA

Wak nak kongsi dengan korang tentang satu web yang Wak jumpa boleh edit gambar ... Nak letak kat bangunan, papan tanda kat tepi jalan, nak jadi angkasawan dan banyak lgi leeerr.. Senang jer... korang tak payah edit banyak, just simple jer..korang hanya perlu pilih effect & upload gambar korang. Dalam beberapa saat wajah korang akan muncul dalam effect yg korang pilih tadi.

Kalau nak bagi cantik korang kena pilih gambar yang paras dada jee dan menghadap ke depan. Memang terpegun laa bro... Oklah selamat mencuba! Click web kat bawah nie...
www.photofunia.com




1.19.2009

TIPS & INFO TENTANG HP

Penjagaan Handphone

Wak nak kongsi tips dan info penjagaan handphone. Maklumlah biasanya kita nie rasa sayang kat sesuatu barang tu sekejap jee... Mula baru beli tu kalau anak usik sikit Hp tu, punyalah melenting. Dah sebulan 2 bulan, dah tak pedulikpun.... Macam jugak kereta baru, tengah malampun sanggup basuh beb... Lama2 haaa lantak kau lah kreta!!! Pandai2 engkaulah camana nak jaga diri tuu... Alah macam orang baru kawin, pimpin tangan.. bini jatuh, batu yang disalahkan.. Tapi dah lama kawin, bau busuk lori sampah lalu depan rumah, tuduh bini seminggu tak mandi lah.. kentut tak tau nak 'cover' laaa... macam2 la bro.

Petua Penjagaan Hp :

i. Jangan meletakkan di tempat yang tinggi, risiko nak jatuh 'bederai' tu tinggi
ii. Jangan guna Hp ketika di 'cas'. (Nak kena karen kat telinga tu.. haa buat laa)
iii. Elakkan terkena air contohnya ketika hujan. (Bungkus plastik la bro)
iv. Jauhkan dari kanak2. (Macam ubat pulakdah....)
v. Yang ada 'bluetooth' jangan on kan selalu.. takut masuk virus

Periksa Model & Jenis Hp :

Untuk mengetahui jenis Hp, tahun keluaran dan jenis fail yang digunakan, korang cuma tekan butang *#0000#

Contoh paparan :
Nokia 6500s-1
V 04.84 = Versi fail
05-12-07 = Tahun keluaran
RM-240 = Jenis fail
(c) Nokia = Pengilang

Kalau Hp hilang apa nak buat bro?

Report Polis!! Buang masa je. Kesian kat Abang Polis tuu.. Tambah keje dia orang so niat sedekah jelahh. Tapi kalau tak nak bagi pencuri tu buat apa2 dengan Hp tu ni caranya :
Setiap Hp mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Korang hanya perlu tahu dan simpan catatannya. Untuk memeriksa nombor IMEI ini hanya tekan *#06#

Nombor yang di tayangkan adalah 15 digit. Catatkan nombor nie kat dalam diary kalau adalah. Kalau tak de korang tulislah kat dinding bilik tidur biar senang nak rujuk. Kalau Hp hilang pergi ke Center Maxis ke, Celcom ataupun Digi dan bagi nombor 15 digit tadi supaya Hp yang hilang tu kena 'Blacklist' . Walaupun Hp tersebut ditukar SIM card namun ia tidak boleh digunakan sebab dah kena 'block' penggunaannya. Ambik kau.. Puas hati aku!!!!

Bukan apa sekurang-kurangnya bila si pencuri bahlol nie dah curi sampai 10 biji Hp tapi semua tak boleh nak guna, lama-lama dia insaf laaa.. Tu je yang kita nak. Tapi kalau dia masih nak curi jugak, Wak rasa dia nie dah masuk kategori 'sakit jiwa'.

Oklah.. tu je yang dapat Wak kongsikan kat korang semua untuk kali ini ... Adius! Aminggus! Berambus!!!!

Nota : Wak sedang membuat kertas kerja Kursus Pendek Menservis & Membaikpulih Handphone. Sesiapa yang berminat bolehlah contact Wak ok...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails