Showing posts with label PERIBADI. Show all posts
Showing posts with label PERIBADI. Show all posts

9.22.2010

MANFAATKAN DUIT RAYA ANAK-ANAK

Ke mana duit raya anak kita....

Bukan main meriah…. Anak-anak Wak yang empat orang tuu sibuk mengira duit raya masing-masing. Yang si kecil, Tini & Tina masih belum tau mengira pun ikut sibuk dengan abang2nya.

Memang tak dapat dinafikan setiap kali aidilfitri menjelma, kanak-kanaklah golongan yang paling seronok. Paling dinantikan ketika menerima duit raya dari sanak saudara dan juga dari tuan rumah yang mereka ziarahi.

Budak-budak sekarang dapat duit raya paling kecil nilainya pun RM1. Yang lagi gediknya dia orang nie pandai pulak menuntut dengan emak bapak duit raya. Anak sendiri pun dah pau duit raya...

Teringat zaman kanak-kanak dulu-dulu… Dapat duit raya 10 sen atau 20 sen jee. Itu pun punyalah seronok. Paling besar nilainya 50 sen. Ketika itu beraya sakanlah kita orang round satu kampung.

Apa pun persoalannya... ke mana duit raya anak-anak kita tuu dibelanjakan?? Adakah sekadar dihabiskan untuk berseronok dengan permainan video di kafe siber, membeli mercun, alatan permainan dan lain-lain yang tidak bermanfaat. Atau digunakan untuk keperluan sekolah atau tabungan masa hadapan.

Justeru itu kita sebagai emak bapak nie sewajarnya mengabil langkah positif menguruskan duit raya anak-anak dengan berhemah. Mungkin sebahagiannya boleh disimpan di dalam akaun bank atau dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji anak-anak.

Kita sebagai emak bapak sewajarnya tidak mengambil kesempatan daripada budaya pemberian duit raya dengan menghabiskannya bukan untuk keperluan anak-anak. Sebaliknya, kita perlu bijak menguruskan wang dengan baik tanpa terlalu boros berbelanja dan membazir melebihi kemampuan yang ada.

Syukur... Wak dah masukkan semua duit raya anak-anak ke dalam akaun Tabung Haji masing-masing. Mudah-mudahan budaya menyimpan akan dapat mereka teruskan sehinggalah mereka dewasa kelak...Amin!!!

Gambar kenangan semasa beraya di kampung... Sedondon biru!! (Wak suka banget dengar lagu raya Sepasang Kurung Biru - Khairil Johari johar)

9.19.2010

Sillatul-Rahim Di Rumah Terbuka

JALINKAN SILLATUL-RAHIM....

Hari nie merupakan masuk hari ke-10 kita menyambut hari raya. Ketika ini ramai antara kita mendapat jemputan ke rumah terbuka terutama pada hujung minggu begini.

Inilah peluang kita untuk merapatkan sillatul-rahim antara sanak saudara dan rakan-rakan. Mungkin dikesempatan musim raya inilah dapat kita bertemu dengan mereka... setahun sekali agaknya.

Ambillah peluang di rumah terbuka ini kita menjalinkan sillatul-rahim yang dituntut oleh agama. Semoga kita beroleh keberkatan dalam mengharungi kehidupan.

Semalam Wak berkesempatan menjemput jiran-jiran beraya ke rumah. Orang rumah ada buat soto (nasi impit dan mee hun). Sambil menjamu selera, kami rancak bercerita. Macam2 cerita termasuk perbincangan hangat kes pembunuhan Datuk Sosilawati.

Rasa meriah!!! Mana taknya... Inilah rasanya masa yang ada untuk kami kumpul bersama-sama beserta dengan keluarga masing2. Setahun sekali!!! Dihari yang lain kami sibuk dengan tugas masing2.

MENGHUBUNG dan mengekalkan sillatul-rahim adalah satu tuntutan dalam agama Islam. Allah SWT berfirman mafhumnya:

Dan bertakwalah kamu kepada Allah yang kamu saling bermohon dengan nama-Nya dan (pelihara- lah) sillatul-rahim (Al-Nisa' : 1).

Bahawasanya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil, berbuat kebajikan dan menolong kaum kerabat. (Al-Nahl : 90)

Kata Anas r.a. , "Tiga jenis orang dibawah naunng Arasy Rahman pada hari kiamat :
(1) Orang yang menghubungkan rahim, iaitu orang yang dipanjang kan umurnya dan diluaskan razkinya;
(2) Perempuan yang kematian suaminya dan dia memelihara anak-anaknya yang yatim itu hingga dikayakan mereka itu oleh Allah;
(3) Lelaki yang menjamu anak-anak yatim dan fakir miskin.

Antara amaran-amaran Rasulullah tentang akibat buruk daripada tindakan memutuskan sillatul-rahim ialah :

(a) Tidak turun malaikat kepada kaum yang di kalangan mereka ada yang memutuskan sillatul-rahim.
(b) Tidak masuk syurga orang yang memtuskan sillatul-rahim.
(c) Apabila ada manusia memperkatakan tentang ilmu tetapi mensesiakan amalam daripada ilmu itu, berkasih-kasih mereka dengan lidah tetapi benci di hati, dan mereka memutus kan sillatul-rahim; dilaknat Allah ke atas mereka itu, ditulikan telinga mereka dan dbutakan mata mereka.

Hadis-hadis berikut adalah tentang kelebihan menghubungkan sillatul-rahim :
Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: "Sedekah kepada orang miskin itu mendapat pahala satu sedekah, sedangkan sedekah kepada kaum kerabat itu mendapat dua pahla : pahala sedekah dan pahala menghubungkan sillatul-rahim".

Rasulullah bersabda lagi, mafhumnya: "Takutlah kamu kepada Allah dan hubungkan rahim kamu, maka itu terlebih baik bagi kamu di dunia dan di akhirat".

Sekurang-kurangnya sepuluh kelebihan (temasuk yang tersebut dalam maksud hadis-hadis di atas) akan diperolehi oleh orang yang memelihara sillatul-rahim itu, iaitu :

(1) Mendapat keredhaan Allah Taala, kerana menghubungkan kerabat itu perintah Allah Taala;
(2) Mendatangkan sukacita dan rasa bahagia;
(3) Menyukakan para malaikat;
(4) Mendapat kebaikan dan nama baik di kalangan muslimin;
(5) Mendatangkan dukacita kepada iblis yang terlaknat;
(6) Melanjutkan usia;
(7) Memberkatkan razki;
(8) Menyenangkan arwah ibu bapa dan datuk nenek;
(9) Menambahkan marwah dan meninggikan darjat;
(10) Beratmbah pahala kemudian daripada mati, kerana kaum kerabat mendoakannya dan mengingati (menyebut- nyebut) kebaikan dan kebajikannya.
Wallahu a'lam.

7.31.2010

Burung Macaw Zoo Melaka Ditemui

Burung bertandang ke Taman Seri bayan, Melaka....

Petang semalam ketika Wak balik dari ofis, anak Wak bagi tau ada burung cantik kat atas bumbung rumah. Wak pun tengok burung tuuu... memang cantik dan jinak. Yang Wak tau burung tuu species burung kakak tua macam yang kat zoo Melaka.

Dalam kepala Wak mungkin burung nie terlepas dari zoo agaknya. So sorang member kat taman tuu telepon zoo Melaka. Memang sah!! Burung nie kepunyaan zoo Melaka yang dilaporkan hilang kena curi. Pihak zoo kata sesape yang dapat tangkap burung nie dan pulangkan ke pihak zoo, akan mendapat imbuhan sebanyak RM10 000.

Wah lumayan.... Wak pun berpakat dengan member untuk menangkap burung yang dipahamkan dari jenis macaw (Brazil). Member nie pun panjat bumbung rumah dua tingkat sementera Wak tunggu kat bawah. Jiran-jiran dah penuh kat lorong jalan SB 2.



Lebih kurang dalam pukul 6.45 petang barulah Wak dapat menangkap burung macaw yang terbang rendah ke tanah. Wak kurung burung nie kat dalam sangkar dawai sambil menunggu pihak zoo Melaka datang untuk mengambil burung tersebut.



Lebih kurang pada pukul 8.00 malam, pihak zoo Melaka datang untuk mengambil burung macaw tersebut. Wak pun bertanya kepada pegawai zoo yang berkenaan tentang imbuhan yang ditawarkan oleh pihak zoo. Pegawai tersebut memberitahu bahawa jika ada apa2 imbuhan, pihak zoo akan menghubungi kita orang.

Riuh se taman yang mengatakan kami berdua bakal mendapat saguhati RM 10 000. Andainya benarlah apa yang diberitakan memang rezeki kamilah..... Rezeki menyambut awal Ramadan agaknya.

Kalau tak de.... Mungkin bukan rezeki kami kott..... Amal jariah !!!!

4.24.2010

Hikmat Masyarakat Di Hulu Selangor

Kampung Ulu Rening dalam kenangan...

Rasanya dah seminggu Wak tak update blog kerana sibuk dengan tugasan khas di Hulu Selangor. Ini bukan le kerja politik tapi khidmat masyarakat yang ala-ala politik. Membuat kerja-kerja re-wiring di kawasan penduduk tempatan di Kampung Ulu Rening.

Projek yang Wak jalankan ini adalah arahan dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. So kita orang buat projek ini dengan niat membantu orang-orang susah di kampung tersebut tanpa memasukkan unsur-unsur politik. Namun telah ditetapkan oleh pihak tertentu yang Wak sendiri kurang pasti... namun semua rumah yang kita orang buat penambahan wiring ada lambang dacing.

Yang Wak rasa pelik bin heran nie ada sorang mamat memakai topi lambang dacing melawat rumah yang sedang kami buat re-wiring. Mangaku dengan selambe depan tuan rumah yang peruntukkan membuat kerja-kerja wiring nie datang dari pihak dia orang. Lantak korang laaa...

Setelah seminggu berkampung di Kamping Ulu Rening, banyak pengalaman yang Wak dapat secara langsung dari penduduk di situ. Memanglah kehidupan mereka agak ketinggalan namun semua kemudahan asas mencukupi. Cuma dari segi pendawaian rumah memang agak uzur.. memang sepatutnya kena diperbaharui terutama pada DB (distribution board).

Pada awalnya hanya 4 buah rumah yang perlu kami buat re-wiring tetapi atas permintaan penduduk setempat, telah bertambah menjadi 7 buah rumah. Semakin ramai penduduk yang datang kepada kami untuk mendapat bantuan pendawaian yang terdiri dari kipas siling, lampu pendaflour, soket outlet dan DB.

Bila keadaan nampaknya semakin tegang disebabkan pihak kami tak dapat memenuhi permintaan beberapa penduduk, Wak membuat cadangan pada beberapa Mak Cik dan Pak Cik yang tidak berpuas hati supaya membuat adauan terus ke bilik gerakan BN kat kampung tuu. Mintak dengan dia orang peruntukkan... kalau tak bagi jugak... ugut dia orang, nak pangkah PKR. Bagi dia orang menggelabah....

Nampaknya khidmat masyarakat yang team Wak buat nie telah menimbulkan rasa kurang senang dari penduduk yang tak dapat bantuan. Apapun Wak Cuma melaksanakan tanggungjawab saje... yang menurut perintah!

Memang banyak manfaatnya pilihanraya kecil di Hulu Selangor. Projek dan bantuan segera turun secara mendadak terus kepada penduduk tempatan. Namun setakat mana keadilan pembahagian bantuan tersebut masih diragui.

Banyak persoalan yang timbul dalam kepala otak Wak nie... Nampaknya PRK kali ini bukan saja parti PKR bersama Pakatan Rakyat berdepan dengan parti BN, malahan mereka sebenarnya berdepan dengan kerajaan 1Malaysia.

Apapun kita sama-sama tunggu keputusan PRK di Hulu Selangor P094. Hanya rakyat di Hulu Selangor yang dapat menentukan siapa yang berhak menjadi wakil mereka di parlimen nanti. Tungguuuu.....

Antara gambar yang dapat Wak rakamkan...





12.12.2009

CUTI SEKOLAH YANG PANJANG

Cuti sekolah datang lagi....

Hujung minggu nie genaplah 3 minggu anak-anak kita yang bersekolah bercuti panjang.
Teringat zaman wak masa budak sekolah dulu, bila datang je cuti sekolah…rasa macam merdeka…! Beban belajar macam dah habis. Mulalah merancang macam-macam dengan kawan-kawan apa nak buat. Yang pastinya berkubang kat parit depan rumah, main layang-layang kat padang sekolah, memancing kat parit @ sungai, main gasing dan macam-macam benda lagi yang kami nak buat. Kenangan lama tu tetap segar dalam fikiran setiap kali cuti sekolah datang lagi.

Kadang-kadang kalau dah jumpa kawan-kawan, sampai lupa nak balik makan tengahari kat rumah. Keluar pagi, petang baru balik. Round satu kampong. Inilah pengisian cuti sekolah hidup di kampong. Jauh berbeza dengan senario anak-anak yang duduk di bandar @ taman perumahan....

La ni wak perati anak-anak kita bila cuti sekolah jeee, dah tak 'kreatif' macam kita dulu. Sebelum cuti lagi dah mula merancang dengan emak bapak nak bercuti kat mana…. Kalau tak pun budak-budak nie duduk rumah ngadap tv, komputer sambil melayan internet atau melayan telefon bimbit. Bila dah bosan duduk di rumah, dia orang melepak dengan kawan-kawan di pusat-pusat membeli belah, menonton wayang, main bowling dan macam-macam lagi benda yang dia orang buat. Itulah bezanya cuti sekolah zaman kita dulu dengan zaman budak-budak sekarang.

Kadang-kadang wak terfikir, agaknya zaman dah berubah…dah moden… dia orang semua dah hidup senang. Dia orang dah malas nak fikir macam zaman kita budak sekolah dulu. Walau apapun kita kena kawal juga anak-anak kita, supaya mereka tidak terlalu bebas, lebih-lebih lagi dalam zaman yang serba mencabar sekarang.

Untuk Abang long dang angah... Wak dah masukkan kelas agama untuk dia orang. Bermula awal bulan Disember dan tamat pada hujung tahun nie. Dia orang masuk kelas agama dari hari Isnin hingga Jumaat. Kelas yang anak-anak wak ikuti termasuk belajar Bahasa Arab, Mengaji (Termasuk belajar Tajuwid dan Hafazan), Amali solat dan tulisan jawi.

Ada jugak pengisian untuk dia orang. Kalau tidak duduk rumah asyik nak bergaduh dan yang Angah nie suka menyakat adiknya... Si Tini (3 tahun). Asyik melalak je lah budak tuu.

Petang-petang wak ajak dia orang main badminton kat taman depan rumah. Kalau wak ada main badminton... 3 kali seminggu, memang wak ajak dia orang nie. Ari tu masa Master Super Series Final kat Johor Bharu wak bawak dia orang tengok. Punya lah seronok dia orang dapat tengok aksi-aksi jaguh dunia.



La nie Along dan Angah dah kenal pemain-pemain dunia. Dapat la jugak bergambor dengan Peter Gade. Yang lain tak berkesempatan. Bukan apa biar dia orang ada minat kat sukan badminton macam bapaknya. Ada le aktiviti riadah bila dah besor nanti.

InsyaAllah kami sekeluarga akan berjalan cuti-cuti Malaysia ke Penang pada Cuti Crismas nanti. Mudah-mudahan cuti sekolah yang panjang kali ini cukup bermakna untuk anak-anak wak dan sekurang-kurangnya wak dah cuba memberikan pengisian yang bermanfaat.

10.06.2009

SIPMA III 2009

Kesibukan yang menggila...

Rasanya dah lama Wak tak bukak blog sendiri.. Wak mula cuti memblogger sebelum Hari Raya ari tuu. Barulah la ni dapat memblogger sekejap.

Habis je cuti raya, Wak sibuk terlibat dengan SIPMA III (Sukan Institusi Pendidikan Malaysia). Dari sesi latihan yang bermula dari 29 September hinggalah 11 Oktober 2009. Pesta SIPMA bermula pada 12 hingga 16 Oktober.

Kontijen MASKOM (Majlis Sukan Kolej Komuniti) berkampung di Komplek Rakan Muda Klang. Lebih kurang 200 atlit dan pegawai termasuk Wak bersama-sama duduk kat kompleks sukan ni.

SIPMA kali ni akan berpusat di sekitar KL dan Selangor dan berpusat di Komplek Sukan Bukit Jalil. Kontinjen MASKOM akan mula bergerak dari kem Rakan Muda ni pada petang Jumaat dan juga pada pagi Sabtu ini.

Wak terlibat dengan pasukan badminton MASKOM yang terdiri dari 10 orang pemain dan empat orang pegawai termasuk seorang jurulatih profesional. Banyak ilmu dan pengalaman yang Wak dapat dari jurulatih terutama dalam mengendalikan sesi latihan badminton. Sebenarnya Wak dah ada lesen jrulatih badminton tapi baru Level 1.

Pengalaman selama lebih kurang 3 minggu ini amat bermakna dalam misi dan visi Wak untuk menerapkan sukan badminton ke dalam jiwa anak-anak Wak. Bukan tinggi sangat harapan kepada anak-anak, sekadar menggalakkkan dio orang ni aktif bersukan supaya dapat mengisi masa lapang dengan riadah yang sihat.

Mungkin setelah tamat SIPMA. Wak akan kembali aktif memblogger. Malam ni pun Wak gagahkan jari jemari ini untuk menaip, itupun pinjam pc dan broadband member....

6.10.2009

Stadium Menjadi Tarikan Pelancung

Satu lagi lokasi yang menjadi tarikan pelancung di Kuala terenggau...

Semasa Wak ke di Kuala Terengganu, Wak berkesempatan melawat ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak. Yang menariknya, ramai pulak yang melawat di sini termasuk satu bas rombongan yang entah dari mana. Nampak gaya dari Korea.

Masa Wak sampai kat situ adalah dekat 10 kenderaan yang saja datang nak tengok sendiri apa dah jadi dengan stadium ni. Siap ada brader jual air dan makanan ringan kat sini. Ini menunjukkan ramai juga pengunjung ke sini untuk melihat sendiri salah satu keajaiban di dunia...

Wak pun sempat bergambar dengan anak-anak kat depan stadium ni. Tak boleh nak pegi dekat sebab ada tali penghalang. Bergambar buat kenang-kenangan....



KEJOHANAN SUKAN IPTA KE 34

Universiti Malaysia Terengganu menjadi tuan rumah...

Dah beberapa hari Wak tak update blog nie.. Rindu rasanya melayan blog-blog yang biasa Wak kunjungi. Sebenarnya Wak terlibat sebagai peserta pasukan badminton campuran mewakili Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam sukan permainan antara IPTA kali ke-34.

Kali ni UMT menjadi tuan rumah. So dapatlah Wak berjalan ke Kuala Terengganu. Bawak sekali satu family... kebetulan cuti sekolah, jalan-jalan cari makan.

Pergi ke KT tak bawak Note book so tak de la nak update blok nie.... Bukan apa, kita sibuk dengan aktiviti takut blog kemana, note book kemana... Maklumlah benda ni ramai yang berminat. Tak boleh leka sikit...

Oleh kerana pasukan KPT kecundang di tengah jalan... so Wak pun balik awal ke Melaka. Setelah 4 hari 3 malam kat Kuala Terengganu, malam tadi Wak bergerak balik ke Melaka. Perjalanan cukup meletihkan....

Inilah barisan pemain pasukan badminton campuran KPT yang diwakili oleh 14 orang pemain dan 2 orang pegawai (Pengurus dan Jurulatih). Sempat bergambar sebelum kecundang dengan pasukan UKM (4 - 2).



Walaupun pasukan KPT tewas, namun semangat kesukanan tetap didahulukan. Kecewa memang kecewa tapi itulah adat permaianan. Ada yang menang dan pasti ada yang tewas. Mungkin kalau diberi peluang sekali lagi pada tahun hadapan, pasukan KPT akan berjuang dengan lebih gigih lagi.

Walaupun Wak dan pasukan Wak tewas, namun isteri dan anak Wak (Irham dan Irfan) terus menjadi penyokong setia. Yang tak sedapnya bila dengar anak Wak si Irham komen permaianan Wak, "Ayah tak fokus!". Macam jurulatih pulak budak niee...

5.14.2009

TEKNIK MEMOTIVASIKAN ANAK CARA POSITIF

Kali ini Wak nak kongsi tentang teknik-teknik memotivasikan anak cara positif setelah Wak membaca buku tulisan Tengku Asmadi Tengku Mohamad. Selepas Wak membaca buku nii, baru Wak ‘tersedar’… banyak kesilapan yang Wak lakukan dalam mendidik anak-anak terutama bila anak kita semakin membesar..

Ibu bapa adalah acuan pertama yang membentuk akhlak, peribadi, tingkah laku dan pemikiran anak-anak. Bagi anak-anak, erti kasih saying yang mereka maksudkan adalah masa yang ada antara mereka dengan kita. Lebih banyak masa yang diluangkan ibu bapa bersama dengan anak-anak, maka lebih erat kasih sayang yang terjalin di antara mereka.

Yang penting, kita perlu usahakan bagi menjadikan anak-anak kita cemerlang. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu ada ilmu keibubapaan bagi memotivasikan mereka. Tanpa ilmu keibubapaan, ibu bapa mungkin melakukan kesilapan apabila berkomunikasi dan bertindak balas pada anak-anak mereka.

Ibu bapa perlu mengetahui pelbagai pendekatan keibubapaan supaya mampu menjadi pendidik, pembimbing, kaunselor, motivator, pemimpin dan malah menjadi hero kepada anak-anak. Adalah mustahil menjadi ibu bapa yang sempurna tetapi tidak mustahil berusaha ke arah kesempurnaan itu.

Anak-anak yang cemerlang bukannya lahir daripada ibu bapa yang cemerlang sebaliknya mereka lahir daripada ibu bapa yang perihatin mengenai aspek kecemerlangan.
Wak rasa korang kena beli buku ni.. Tak rugi bro.. Baru RM 15.00 jee. Tapi banyak faedah dan pengajaran yang Wak perolehi dari buku ini. Satu perkara yang Wak dapat terapkan ialah Wak dah membina satu permainan bersama anak-anak (Irham & Irfan)…. Main badminton bersama, membina minat yang sama macam Wak juga..

O.k lah nampaknya setakat ni dulu yang dapat Wak kongsikan dengan korang semua. Untuk mendapatkan tip-tip dan panduan bagi mendidik anak cara positif dan praktikal, belilah buku ni.. Wak promosi free je nii.. Tak dapat komisyenpun.. Apapun terima kasih banyak dan ucapan syabas kepada penulis dan penerbit buku nii… Wassalam.

5.01.2009

Cuaca Panas : Musim Demam Melanda

Waduh! Panas banget...

Jabatan Meteorologi menjelaskan, keadaan cuaca panas dengan suhu tertinggi 36 darjah Celsius sepanjang bulan ini berikutan musim peralihan monsun.

Kenyataan jabatan itu di sini hari ini memberitahu, sepanjang musim yang berlaku pada setiap April tersebut, kebiasaannya cuaca panas pada sebelah pagi tetapi hujan dan ribut petir ketika lewat petang dan malam.

Berdasarkan bacaan yang direkodkan dari 1 April sehingga semalam di 40 stesen meteorologi, terdapat hari-hari yang menunjukkan beberapa stesen mencatatkan suhu maksimum. Suhu tertinggi direkodkan ialah 36.1 darjah Celsius di Stesen Meteorologi Petaling Jaya pada 17 dan 18 April lalu.

Jabatan itu juga memberitahu, mulai Mei hingga September ini, negara akan mengalami Monsun Barat Daya yang mana lazimnya cuaca lebih kering berbanding bulan-bulan lain tetapi dengan suhu normal antara 30.7 dan 34.1 darjah Celsius.

Bila cuaca panas macam ni, apa lagi musim demam pun tiba. Anak-anak Wak semuanya dah kena serang demam. Dari Abang yang sulong hinggalah yang nombor empat. Dan yang paling teruk anak nombor tiga Nur Fatini.. demam panas. Ketika Wak menaip ni ada kat Hospital Putra Melaka... jaga si Tini. Dah masuk hari ke tiga.

Demam dah sejak hari Jumaat lepas. Dah seminggu tak da kurangnya. Ni lah dikatakan ujian dariNya. Kita kena sabar dan redha dengan segala ujian yang melanda. Sesungguhnya ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Semoga semua anak Wak cepat sembuh...Amin!

Pada masa cuaca panas ni, kita diminta supaya lebih berhati-hati dalam melakukan aktiviti di luar di samping minum lebih banyak air bagi mengelak masalah kekurangan air dalam badan. Bila kita sakit, barulah kita merasakan betapa sihat itu satu anugerah dari Allah yang perlu kita syukuri...

3.08.2009

PPSMI : CATATAN WAK MENUJU KE MASJID NEGARA

Sebuah catatan sebagai bukti untuk anak2 dan cucu2 ‘andainya aku pergi dulu’….



11.00 pg : Wak memberitahu isteri dan anak2 bahawa jadi pergi ke KL. Punyalah seronok dia orang nak jalan2 naik komuter. Wak pesan kat isteri, suruh Irham dan Irfan pakai baju putih dan balut kepala dengan kain putih.

11.25 pg : Wak sekeluarga bertolak ke Seremban lalu h-way. Ceria anak2 Wak walaupun mereka belum begitu faham tentang perhimpunan GMP di Nasjid Negara.

12.00 pg : Sampai pintu h-way Seremban tapi jalan ke Bandar jem. Wak parking kereta kat Parkson Seremban. Singgah masuk Parkson carikan baju putih Irham dan Irfan. Si Tini tak nak tukar baju putih.. nak jugak baju warna pink, anak pompuan.

1.00 tgh : Wak naik komuter menuju ke KL Sentral. Sampai lebih kurang dalam pukul 2.30 ptg di KL Central. Wak tak reti sangat naik Komuter ni. So Tanya kat sorang Pak Cik jalan ke Masjid Negara. Dia bagi tau sepatutnya turun kat Stesyen KL. Wak dah silap so belilah tiket untuk ke Stesyen KL.

3.00 ptg : Sampai je kat stesyen KL, bila Wak keluar je dengan anak isteri Wak dan bawak adik ipar… Anak Wak Irham kata “Ayah.. mata pedih laa…” . Kita orang panik .. ramai kat stesyen KL yang ke hulu ke hilir mengesat mata. Wak tengok mata dia orang merah dan berair. Wak pun rasa pedih sangat.. Anak2 dah panik.






Wak cari tempat yang selamat supaya anak2 selamat. Rupanya tak jauh dari situ lebih kurang tak sampai 100m, ada sebuah trak merah sedang membuat penyemburan.. Dalam hati Wak berdetik .. Ini agaknya yang dia orang kata ‘Water Cannon’ tuu… Wak dapat cerita bahawa FRU dah lepaskan gas pemedih mata. Patutlah sekeliling tak jauh dari Stesyen KL tuu nampak agak berkabus.



Wak ajak anak isteri naik ke bahagian atas tempat kaunter membeli tiket. Kat situ tak la pedih sangat. Wak dapat lihat suasana agak kelam kabut … Satu gerombolan manusia serba putih berjalan menuju ke Masjid Negara. Tapi Wak kurang pasti dia orang semua dari mana… Sesekali Wak dengar laungan ‘Takbir’ .





Inilah pengalaman pertama Wak terlibat secara langsung dalam satu perhimpunan manusia, ‘demonstrasi’ yang membawa satu perjuangan menyelamatkan Bahasa Melayu. Sepanjang Wak dan family kat Stesyen Komuter KL tuu… banyak pengalaman yang dapat Wak degar dan lihat sendiri bagaimana perjuangan GMP di sahut oleh segenap lapisan rakyat yang sayangkan ‘Bahasa Melayu’.

Wak tak dapat bergerak kemana2 kerana memikirkan keselamatan anak2 dan isteri. Wak sekadar melihat dan mengambil gambar dari stesyen komuter KL. Wak dipahamkan dari sorang brader yang memakai baju putih ‘Mansuhkan PPSMI’ pihak berkuasa telah menyembur pancutan air daripada 'Water Cannon' dan melepaskan gas pemedih mata kepada orang ramai yang sedang berehat di Masjid Negara.



Semakin ramai para demonstran sedang berkumpul di stesyen komuter ni. Ada yang basah kuyup bersama anak dan mata mereka nampak merah dan berair. Ramai yang sedang duduk berehat dan bercerita sama sendiri. Wak pasti bahawa cerita cerita ini akan menjadi lagenda rakyat hingga ke anak cucu cicit. Sambil mereka melihat pandangan dari atas ke arah jejantas yang menunjukkan beberapa trak FRU bergerak ke arah Masjid Negara.



4.30 ptg : Semakin ramai yang memakai baju serba putih datang ke Stesyen Komuter KL. Wak pun bagi tau kat isteri kita kena gerak balik sekarang sebab takut bertambah sesak. Tiket dah awal2 isteri Wak beli. Kami sekeluarga mula bergerak menaiki konuter menuju ke Seremban.



Sepanjang perjalanan menaiki komuter, banyak persoalan yang bermain difikiran. Kadang2 terfikir jugak.. Betul kata kawan2.. “Pergi demonstrasipun tak de guna.. yang buat keputusan kerajaan… Kalau dia nak ubahpun bukannya sekarang, paling tidakpun dekat pilihanraya nanti… Kalau sekarang, banyaklee kroni bungkus!”

6.00 ptg : Sampai kat Seremban. Kita orang semua dah kelaparan. Singgah kat Dol Tomyam. Call member lama, Sarmin nak datang rumah tumpang mandi dan solat.

6.30 ptg : Habis makan, gerak ke rumah Sarmin. Allah nak uji.. Wak punya kereta tersangkut kat jalan nak ke Taman TTJ. Call Sarmin ambik isteri dan anak2 antar ke rumah dulu. Sarmin datang dengan member ‘pomen’ bawak kereta ke workshop. Ganti clutch pam dah rosak kena RM105. Wak syukur kerana kena dekat dengan rumah member nii… Kalau kena kat h-way kan lagi haru biru.

9.00 malam : Selepas mandi dan solat, Ina isteri Sarmin gorengkan mee. Jamah walau perut dah kenyang. Gerak pulang ke Melaka. Terima kasih Sarmin dan Ina.

Dalam kereta tak banyak bicara. Semua dah keletihan… tertidur. Wakpun terfikir… kenapalah aku beria sangat sampai bawak anak bini demostrasi…. Jauh pulak tuuu… Duit tol lagi, makan minum… jajan anak2… bazir duit dan buang masa jee…Duduk rumah lepak tengok TV kan lagi bagus.

Tapi… bila Wak melihat suasana demonstrasi yang sebenarnya di depan mata… Ada satu perasaan yang tak dapat Wak gambarkan walau pengalaman yang Wak lalui tak seberat rakan2 pendemonstrasi yang lain. Wak rasa terharu dan respect mereka yang sanggup berdemonstrasi demi memartabatkan Bahasa Melayu… Demi masa depan anak2 bangsa…. Wak terbayang masa depan anak2 .... Entahlaaa.. Perjuangan harus diteruskan!



Apa yang Wak harapkan, cacatan Wak ini akan dijadikan sejarah dan bukti kepada anak2 Wak… bahawa sesungguhnya ayahnadamu telah sama2 berjuang demi memartabatkan bahasa ibunda, Bahasa Melayu. Kalau Wak pergi dulu sebelum termansuhnya PPSMI, sekurang2nya Wak dah ada waris yang akan meneruskan perjuangan Wak ini. Biarlah anak2 Wak yang akan meneruskan perjuangan sehingga Bahasa Melayu akan dimartabatkan sebagai bahasa dunia .. bahasa yang akan digunakan dalam P&P peringkat sekolah rendah, menengah dan IPT. Takbir!!! Tapi bahasa Jawa jangan dilupakan… He3x!!!!! Jawa tetap Jawa!!!

Nota : Tapi yang Wak tak tahan sangat melayan kerenah anak dara Wak Nurfatini... Bila mengamuk, terbaring2 kat lantai tak kira kat mana.. tadi sekali dia dah terbaring kat tengah orang ramai masa kat KL Central. Ni buat hal lagi.. Wak saje ambik gambar biar besok dah besar.. dah jadi anak dara tunjukkan perangai masa dia kecik2.



Sekian catatan Wak.

1.30.2009

SELAMAT HARI JADI...

Tanggal 29 datang lagi...

Itulah ucapan pertama dari Isteri Wak tepat jam 12.00 malam. Tanggal 29 Januari tiba lagi.... Bermakna bertambahlah lagi umur Wak. Rasa dah tua bro.. Rambutpun dah banyak beruban. Dan tahun ini cukup bermakna sebab telah menjangkau usia 40 tahun ‘Life Begin at Fourty’ . Balik kerja dalam pukul 6.00 (Balik lewat sebab hujan) Wak sampai rumah .. Terkejut Wak..... Bukak pintu jee... ‘SUPRISE!!!’ Anak-anak Wak menjerit bila Wak masuk rumah. Dah terhidang kek Hari Jadi Yang ke 40 dan juadah ... Panggil jiran-jiran terdekat jeee.

Teringat masa dulu2.. Masa masih bergelar CIKGU... Tiap kali tanggal 29 Januari ni datang, banyak lee Wak dapat hadiah. Macam-macam ada.... Laa ni, sekor pelajarpun tak dee nak bagi ucapan kat Wak . Dapat hadiah dari anak bini jee lah.. Itulah bezanya ngajor kat sekolah dengan kolej nii.. Kat sekolah nie bukan saja mengajor tetapi dalam masa yang sama kita mendidik. Beza pulak kat kolej.. Budakpun dah besar panjang.. lebih kepada mengajor jee lahh.. Tapi yang pentingnya ... Lillahitaala!

Apa yang Wak harapkan.. Semoga Allah memberikan rahmat dan keberkatan dalam hidup Wak sekeluarga.. Amin! Kepada isteri tersayang... i love u so much!! Terima kasih kerana sabar menjalani kehidupan bersama dan melayan kerenah anak-anak walau sibuk dengan tugasan di sekolah... Kepada anak-anak.. (2 putera dan 2 puteri) sentiasa didoakan semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.. Amin!

1.19.2009

SALAM MAAL HIJRAH 1430 & SELAMAT TAHUN BARU 2009

Rasanya belum terlambat untuk Wak ucapkan Salam Maal Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009… Semoga kedatangan tahun baru ini kita semua mendapat lebih keberkatan dalam meniti liku-liku kehidupan dan perjuangan amin!

"Ukhuwah itu tidak hanya terletak pada pertemuan, bukan pula pada manisnya ucapan di bibir semata, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doa: Salam Maal Hijrah 1430"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails