Kampung Ulu Rening dalam kenangan...
Rasanya dah seminggu Wak tak update blog kerana sibuk dengan tugasan khas di Hulu Selangor. Ini bukan le kerja politik tapi khidmat masyarakat yang ala-ala politik. Membuat kerja-kerja re-wiring di kawasan penduduk tempatan di Kampung Ulu Rening.
Projek yang Wak jalankan ini adalah arahan dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. So kita orang buat projek ini dengan niat membantu orang-orang susah di kampung tersebut tanpa memasukkan unsur-unsur politik. Namun telah ditetapkan oleh pihak tertentu yang Wak sendiri kurang pasti... namun semua rumah yang kita orang buat penambahan wiring ada lambang dacing.
Yang Wak rasa pelik bin heran nie ada sorang mamat memakai topi lambang dacing melawat rumah yang sedang kami buat re-wiring. Mangaku dengan selambe depan tuan rumah yang peruntukkan membuat kerja-kerja wiring nie datang dari pihak dia orang. Lantak korang laaa...
Setelah seminggu berkampung di Kamping Ulu Rening, banyak pengalaman yang Wak dapat secara langsung dari penduduk di situ. Memanglah kehidupan mereka agak ketinggalan namun semua kemudahan asas mencukupi. Cuma dari segi pendawaian rumah memang agak uzur.. memang sepatutnya kena diperbaharui terutama pada DB (distribution board).
Pada awalnya hanya 4 buah rumah yang perlu kami buat re-wiring tetapi atas permintaan penduduk setempat, telah bertambah menjadi 7 buah rumah. Semakin ramai penduduk yang datang kepada kami untuk mendapat bantuan pendawaian yang terdiri dari kipas siling, lampu pendaflour, soket outlet dan DB.
Bila keadaan nampaknya semakin tegang disebabkan pihak kami tak dapat memenuhi permintaan beberapa penduduk, Wak membuat cadangan pada beberapa Mak Cik dan Pak Cik yang tidak berpuas hati supaya membuat adauan terus ke bilik gerakan BN kat kampung tuu. Mintak dengan dia orang peruntukkan... kalau tak bagi jugak... ugut dia orang, nak pangkah PKR. Bagi dia orang menggelabah....
Nampaknya khidmat masyarakat yang team Wak buat nie telah menimbulkan rasa kurang senang dari penduduk yang tak dapat bantuan. Apapun Wak Cuma melaksanakan tanggungjawab saje... yang menurut perintah!
Memang banyak manfaatnya pilihanraya kecil di Hulu Selangor. Projek dan bantuan segera turun secara mendadak terus kepada penduduk tempatan. Namun setakat mana keadilan pembahagian bantuan tersebut masih diragui.
Banyak persoalan yang timbul dalam kepala otak Wak nie... Nampaknya PRK kali ini bukan saja parti PKR bersama Pakatan Rakyat berdepan dengan parti BN, malahan mereka sebenarnya berdepan dengan kerajaan 1Malaysia.
Apapun kita sama-sama tunggu keputusan PRK di Hulu Selangor P094. Hanya rakyat di Hulu Selangor yang dapat menentukan siapa yang berhak menjadi wakil mereka di parlimen nanti. Tungguuuu.....
Antara gambar yang dapat Wak rakamkan...
Tak sampai satu hari lagi....
ReplyDelete