4.01.2010

Robohkan Saje Tugu Negara

Pindah lokasi sambutan Hari Pahlawan @ robohkan saja tugu Negara?

Dalam sebuah hadits shahih dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, bahwa beliau berkata kepad Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu 'anhu.

"Artinya : Janganlah engkau tinggalkan patung kecuali engkau telah membuatnya menjadi tidak berbentuk, dan jangan pula meninggalkan kuburan yang menjulang tinggi kecuali engkau meratakannya". [Hadits Riwayat Muslim dalam Al-Jana'iz, 969]

Kerajaan pada Rabu memutuskan lokasi sambutan Hari Pahlawan yang sering diadakan di Tugu Negara pada setiap 31 Julai akan dipindahkan ke Putrajaya, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pemindahan lokasi itu adalah sebagai mematuhi garis panduan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini yang menyatakan sambutan itu tidak boleh diadakan di kawasan yang mempunyai patung menyerupai manusia.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bersama antara Kementerian Pertahanan dan Jabatan Perdana Menteri pada Rabu.

"Pada tahun ini kita akan adakan sambutan di satu tempat yang tertakluk kepada Perdana Menteri tetapi dataran tetap akan dibuat atas persetujuan bersama antara Kementerian Pertahanan, Polis Diraja Malaysia dan Jakim.

"Elemen-elemen perayaan kali ini akan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jakim dan disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini. - Bernama

Akhirnya kerajaan akur juga dengan Majlis Fatwa. Majlis fatwa dah lama keluarkan fatwa kata haram kepada upacara bertafakur dihadapan Tugu Negara yang sebelum ni setiap tahun diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah sama dengan keputusan yang telah diambil dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 7 Oktober 1987 iaitu bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik. - e-Fatwa

Tapi Wak rasa kalau robohkan Tugu Negara pun lagi baik. Tak de la lagi patung yang menyerupai manusia di situ. Ini bermakna kalau tugu Negara tu dah tak de sekali pun... Hari Pahlawan tetap boleh disambut dilokasi yang baru. Tak de lagi upacara mengalungkan bunga di tugu tersebut. Cuma Wak nak berikan sekalung tahniah kepada DS Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Jamil Khir Baharom. Walaupun agak terlewat (hampir 15 tahun) setelah Fatwa ni dikeluarkan pada muzakarah kali ke 39 bertarikh 21 September 1995..

MENYIMPAN patung berupa manusia, selain daripada tujuan permainan, adalah haram. Sebagai contoh, patung yang diperbuat daripada tanah liat atau kaca untuk dijadikan perhiasan. Ini termasuk patung yang menggambarkan amalan sesuatu rakyat yang sering dibeli untuk dijadikan cenderamata yang diletakkan dalam almari perhiasan.

Perbuatan ini jelas dicela oleh Allah SWT seperti dalam surah al-Anbiya ayat ke-52 yang menceritakan mengenai pertanyaan Nabi Allah Ibrahim terhadap ayah dan kaumnya yang menyembah berhala: “Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?”

Muhammad Ali al-Sabuni menjelaskan dalam Rawai’ al-Bayan, sebab Islam mengharamkan berhala disebabkan ia ‘dien tauhid,’ yang memusuhi perbuatan syirik. Sehubungan itu, mengadakan patung amat ditentang kerana ia adalah jalan yang menyebabkan manusia syirik kepada Allah SWT.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails