4.09.2010

Kesan Buruk Akibat Judi

Amalan warisan syaitan cetus porak-peranda dalam masyarakat...

BERJUDI adalah jalan singkat yang salah untuk mengejar kekayaan dan wang ringgit. Judi disebut ‘Al-Maisir’ dalam Bahasa Arab dan ditafsirkan sebagai suatu bentuk permainan beradu nasib, menggunakan wang atau harta benda sebagai taruhan dengan pemenang akan mendapat hasil taruhan berlipat ganda.

Islam menegah umatnya daripada bergelumang dengan perjudian yang ternyata bersifat keji dan amalan warisan syaitan. Selaras dengan firman Allah bermaksud:

“Wahai orang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, mengundi nasib dengan batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?” (Surah al-Maidah, ayat 90-91)

Seseorang yang meraih hasil daripada perjudian, ketahuilah ia sumber haram dan tidak diberkati Allah. Maka, kesan seterusnya terpaksa ditanggung akibat berjudi adalah ahli keluarga sendiri.

Apabila rezeki haram disogok ke mulut isteri, anak dan sebati menjadi darah daging mereka, tidak mustahil kesan negatif akan terserlah sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.

Contohnya, luntur nilai silaturahim sesama keluarga, kehidupan porak-peranda, tiada kepercayaan dan hormat-menghormati, sukar mencapai kejayaan dalam apa juga yang dilaksanakan, terjebak dalam masalah sosial dan sebagainya.

Enggan adakan hubungan seks, isteri disimbah asid

KUANTAN 8 April - Tindakan seorang isteri yang enggan mengadakan hubungan seks dengan suaminya kerana tidak sihat mengundang padah apabila dia disimbah asid di rumah mereka di Felda Bukit Sagu 2, di sini awal pagi semalam.

Suaminya yang dipercayai kaki judi itu bertindak demikian sehingga mendatangkan kecederaan parah di muka dan tubuh isterinya yang ketika itu sedang tidur kira-kira pukul 2 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha berkata, ketika kejadian, lelaki berusia 47 tahun itu dikatakan baru pulang ke rumah selepas keluar bermain judi. - Utusan

2 comments:

  1. judi mesin computer kat malaysia sekarang paling berbahaya dan amat bahaya bila dah mula start main, sebab ketagih nye amat sangat melebihi dadah, sy dapat gaji bonus baru sehari dh kalah habis semua ,tetapi masih nak main lagi,siap gadai motor sebab nak dapat duit modal hingga hutang rumah tak bayar,tauke nye untung tak nampak muka,tak kene tangkap,hidup mewah,tak di kenali, penagih ramai, harap datuk2 ayah2 dapat bantu anak2 yang tersiksa ni , tolonglah kami ayahda,harap dapat tutup semua kedai mesin slot,bom ke,jihad ke asalkan kami tak kemiskinan,maaf ayahda tolong lah kami ayahda sayang

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails