7.31.2009

Demotrasi Anti ISA Secara Aman

PAS jamin demo anti-ISA aman


Perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan berlaku secara aman seperti dua demonstrasi besar menuntut pilihanraya bebas dua tahun lalu dan anti-PPSMI, Mac lalu.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub juga menyeru ahli-ahli parti agar turun beramai-ramai kerana presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mursyidul amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat juga membuat seruan yang sama.

Dijangkakan pemimpin atasan Pakatan Rakyat termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang dan Abdul Hadi akan menyerahkan "deklarasi rakyat" kepada pihak Istana Negara.

Perarakan ribuan penyokong pembangkang dan 83 NGO bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang menganjurkan perhimpunan itu, bergerak mulai jam 2 petang dan dijangka sampai sejam kemudian di Lebuh Raya Mahameru.

Khir Toyo Tolong Jawab!!!!

Kewujudan pusat hiburan haram sejak zaman Khir Toyo menjadi MB

Wak ingat bila orang Jawa ni kena 'gantung' setahun, dah tak dengar suara-suara sumbang dia... rupa-rupanya dia tetap 'melalak' jugak kat luar dewan. Tapi tetap sumbang bunyinya.

Yang Wak pelik bin heran nii, apasal pulak baru sekarang Si Khir Toyo nak melalak mendedahkan tentang masalah rumah urut sedangkan ketika beliau menjadi Menteri Besar dahulu rumah urut beroperasi tanpa kawalan dan pemantauan daripadanya.

Nampak gayanya dakwaan Si Jawa sorang ni tidak berasas sebaliknya ia merupakan usaha terdesak beliau untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu penyelewengan yang dilakukan.

Apa cerita tentang penyelewengan beliau seperti isu banglo bernilai RM24juta, isu pemindahan dana Balkis RM9.9 juta dan sebagainya.... Rakyat bukan lagi pekak... bukan lagi buta... Rakyat sedang menunggu masa dan ketika untuk beliau diadili seadil-adilnya.

Sehubungan itu Khir Toyo perlu menjawab terlebih dahulu semua dakwaan terhadapnya sebelum membuat pelbagai fitnah dan melalak tak tentu pasal lebih-lebih lagi terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.



KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) - PAS negeri Selangor menegaskan kewujudan pusat hiburan, judi dan spa haram yang didakwa oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo berjumlah sebanyak 4,000 buah telah wujud sejak BN memerintah Selangor.

Penegasan tersebut dinyatakan oleh Setiausaha Perhubungan PAS, Khairuddin Othman ekoran dakwaan Khir sejak Selangor ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat pusat hiburan haram wujud berleluasa.

Beliau turut mendesak Khir Toyo supaya mengakui secara terbuka bahawa semua lesen-lesen perjudian, spa dan pusat hiburan diluluskan ketika kerajaan BN mentadbir kerana selama setahun empat bulan kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor tidak pernah meluluskan lesen baru untuk premis tersebut.

PAS negeri Selangor mendakwa Khir tidak pernah serius dalam menangani kes-kes kewujudan pusat hiburan haram ketika beliau memegang tampuk pemerintahan negeri Selangor- Harakah

ADUN PAS Permatang Pasir Kembali Ke Rahmatullah

Al-Fatihah....

Dari Allah dia datang, kepada Allah dia kembali.

AlFatihah kepada Allahyarham Hj.Hamdan b. Abdul Rahman, ADUN PAS Permatang Pasir, Pulau Pinang telah kembali ke Rahmatullah di IJN Kuala Lumpur pagi tadi.

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh.

Saya mengucapkan Takziah kepada seluruh keluarganya dan diharapkan bersabar menerima ujian ini.

PAS khususnya di Pulau Pinang telah kehilangan sebutir permata yang gigih berjuang menegakkan Islam.

PAS diuji lagi.

Sumber : Blog YB. Khalil Idham Lim.

Perkembangan Terkini : H1N1 Semakin Serius

H1N1: Tujuh dirawat di ICU

Tujuh orang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan selesema A (H1N1) dan 11 lagi dirawat di rumah, kata ketua pengarah kesihatan.

Jumlah ini kira-kira 1 peratus yang masih dirawat, sementara selebihnya daripada 1,302 kes - termasuk empat kematian - telah berjaya disembuhkan, kata Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Daripada jumlah keseluruhan itu, 728 kes atau 56 peratus melibatkan jangkitan tempatan.

Sejumlah 36 kes baru influenza A(H1N1) dilaporkan - semuanya kes tempatan yang melibatkan rakyat tempatan. Seramai 32 orang dari tujuh gugusan baru penularan wabak, sementara tiga lagi kejadian dari satu gugusan sedia ada.

Hanya satu kes merupakan kes terpencil - wanita 22 tahun yang dimasukkan ke Hospital Sg Buloh kelmarin selepas didapati mengidap radang paru-paru. Kes disahkan dijangkiti virus tersebut semalam.

7.30.2009

H1N1 : 11 Kem PLKN Tutup

Tutup semua lagi baik laaa.... habiskan duit rakyat!!!


Sebelas kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Semenjung diarah tutup susulan wujud tanda-tanda jangkitan influenza A (H1N1) di kalangan pelatihnya.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penutupan kem itu melibatkan 4,500 pelatih dan kira-kira 200 petugas dan mereka diminta berada di rumah selama seminggu.

Beliau berkata semua aktiviti PLKN akan diadakan semua mengikut modul yang ditetapkan selepas semua pelatih dibenar kembali ke kem, lapor Bernama.

"Kami akan ambil tindakan sama ke atas kem PLKN yang lain jika keadaan yang sama berlaku di kem-kem itu.

"Terdapat 87 kem di seluruh negara," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan petugas kem tentera Tun Razak di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Caj Pakej Sukan Astro Melampau-lampau

Pakej sukan Astro - harga baru

Semalam Wak balik rumah ada surat dari Astro. Rupanya surat nak bagi tau harga pakej Sukan Astro dah naik sebanyak RM12. Bukan sikit-sikit nak naik... ini naik gila babi. Babi pun kalau dapat surat ni gerenti jadi gila punyalah... Tak pun kena selsema babi la beb.

Kot ye nak naik jangan le melampau sangat. Mentang-mentang la tak de persaingan, suka emak bapak dia je naikkan harga. Nampaknya Wak terpaksalah berputih mata tak dapat tengok saluran sukan badminton 'Super Series'. Setakat ni jelah nampaknya Wak melanggan Astro. lagipun Wak sukan ni cuma minat badminton jee... Lepas ni harap kat TV1 ambik siaran langsung badminton baru dapat tengok aksi-aksi jaguh dunia.

Rasa terkilan jugak tapi apa nak buat... terpaksalah pasang antena dan booster sendiri. Yang tak tahan ni nak panjat bumbung rumah. nak tak nak panggil kedai jual antena suruh pasang sekali.

Mari kita pakat ramai-ramai boikot Astro. Dah lah siarannya asyik ulang-ulang, dah tu pakej yang bukan-bukan. Lagi satu syarikat dapat untung berjuta-juta tapi tak bayar zakat (memang patut pun sebab tengoklah taukenya sape ekkk).

Oklah kepada para pelanggan Astro (terutama pakej sukan), cubalah fikir-fikirkan duit RM12 tuu tinggi nilainya bro.... Apapun terpulanglah kepada pengguna semua... Kita ada hak dan yang pentingnya tengoklah kemampuan kita. Tepuk dada tanyalah selera korang semua... Gerenti 'selera' punya.....

'Pergi Jahanamlah Umno' .. UMNO Mengelabah

Mudah-mudahan masin mulut Tuan Guru....

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan menarik kenyataannya sebelum ini yang menyebut 'pergi jahanamlah dengan Umno' kerana ia dianggap wajar.

Menteri Besar Kelantan berkata, pemimpin Umno kelihatan kalut dengan kenyataan itu tanpa memikirkan tindakan pemimpin parti itu sendiri yang mencerminkan perkara tersebut.

"Umno langsung tidak pernah fikir ketika pemimpin parti itu memburukkan nama saya sebelum ini.

"Namun setelah pemimpin mereka ditegur sedikit riuh rendah jadinya," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 215 mangsa ribut di Kampung Buloh Poh dan Kampung Lancang petang tadi.

Beberapa pemimpin Umno termasuk Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Dr Awang Adek Hussin sebelum ini dilaporkan kesal dengan kenyataan Mursyidul Am PAS berkaitan isu terbabit.

"Takkan saya mengeluarkan kenyataan yang agak keras tanpa sebarang sebab," ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan pemimpin Umno yang mendakwa seorang tok guru yang bergelar ulama tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Siapa ajar tok guru tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan Allah sendiri dalam al-Quran menyumpah manusia macam binatang.

"Ada juga ayat di mana Allah mengumpamakan manusia ini pekak, tuli, buta.
"Jadi sekiranya ada orang menghina kita, kita senyap tak berbuat apa-apa itu bukan merendah diri, tetapi menghina diri sendiri," tambahnya

Inkues TBH : Wujud DNA Lelaki Misteri

DNA siapa di pakaian Teoh?

Inkues berhubung kematian Teoh Beng Hock diberitahu bahawa satu sampel DNA milik lelaki yang tidak dikenali ditemui di bahagian belakang pakaian dan tali pinggang mendiang.

Identiti lelaki itu belum dikenal pasti walaupun contoh sampel DNA daripada 102 individu terbabit telahpun diambil oleh Jabatan Kimia, kata peguam Tan Hock Chuan, yang dilantik membantu mengendalikan inkues bagi pihak kerajaan di hadapan Koroner
Azmil Muntapha Abas.

Satu daripada DNA itu dikenal pasti sebagai DNA Teoh, yang berpadanan dengan spesimen darahnya, manakala satu lagi pemilik DNA tidak diketahui.

DNA lelaki misteri itu turut ditemui pada bahagian tali pinggang yang dipakai Teoh, yang bercampur aduk dengan DNA mendiang.

H1N1 : Korban Keempat

Empat mati, H1N1 'membimbangkan'...

Seorang wanita berusia 20 tahun meninggal dunia pagi semalam akibat jangkitan selesema A (H1N1), menjadikan angka kematian di negara ini meningkat kepada empat orang sejak seminggu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dipetik berkata wanita yang mengalami masalah kegemukan mati di Hospital Melaka akibat pneumonia teruk yang dijangkiti dari persekitaran, dan palitan tekaknya mengesahkan dijangkiti virus itu.

Pesakit mula demam, sakit tekak dan batuk sejak 16 Julai lalu, katanya lagi.

"Pada 8.30 malam hari yang sama kes dipindahkan ke unit rawatan rapi kerana mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan, dan dua hari lepas, dia mengalami pelbagai komplikasi klinikal termasuk septicemia disebabkan oleh pneumonia, kegagalan buah pinggang dan kegagalan fungsi paru-paru sebelum meninggal dunia jam 9.40 pagi semalam," beliau dipetik berkata.

Semua pengamal perubatan sama ada di hospital atau klinik termasuk swasta hendaklah memberikan tahap pemerhatian lebih tinggi kepada kes-kes pneumonia yang disebabkan oleh influenza A (H1N1).

Dr Mohd Ismail berkata semua kes pneumonia teruk yang dirawat di hospital perlu diambil palitan tekak untuk ujian influenza A (H1N1) dan dimulakan rawatan antivirus serta diambil sejarah jangkitan penyakit seakan-akan selesema (ILI) dan influenza A (H1N1).

Selepas berlakunya empat kematian, diharap orang ramai akan lebih berhati-hati. Jika ada yang tidak sihat dan mempunyai simptom seperti sesak nafas dan sebagainya, gunakan penutup muka dan segera dapatkan rawatan.

7.29.2009

Bonus : Kakitangan Awam Menanti Penuh Harapan

CUEPACS mohon bonus kakitangan

JOHOR BAHRU - Mohon pertimbang beri bonus kepada kakitangan kerajaan.

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan membuat permohonan kepada kerajaan supaya mempertimbangkan pemberian bonus pada pembentangan bajet Oktober depan.

Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya tidak menetapkan jumlah pemberian bonus berkenaan kerana ia bergantung kepada kemampuan kerajaan.

"Kita memahami keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu turut menjejaskan prestasi kewangan kerajaan. Sebab itu kita tidak tetapkan jumlahnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Penguasa Tempatan (Anulae) Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini semalam.

Mesyuarat tersebut dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil.

H1N1 : KORBAN KETIGA

Korban ketiga H1N1... Keempat bila dan siapa!!!!

Korban H1N1 terus bertambah dan kini telah mencecah angka tiga. Adakah selepas angka tiga ini akan ada korban yang keempat... Atau ia cukup terhenti setakat ini. Yang pastinya wabak ini terus merebak dan tiada tanda ia akan terhenti dengan banyak lagi tempat-tempat awam yang di tutup dengan bertambahnya orang ramai yang dikuarantin.

Kini wabak ini bukan lagi satu gurauan atau rasa suka-suka kerana dapat 'cuti free' dengan senang lenang duduk di rumah atau mengambil kesempatan untuk bersiar-siar atau membeli belah.

Semua antara kita marilah bersama-sama untuk terus memanjatkan doa agar wabak yang melanda negara kita ini akan dapat dikawal dan seterusnya kita semua terhindar dari serangan wabak ini.

Apa yang pasti, disebalik merebaknya wabak ini sebenarnya tanpa kita sedari ia adalah ujian dari yang maha Esa. Atau ia adalah musibah yang melanda seluruh umat di atas muka bumi ini supaya mereka sedar dan bermuhasabah diri, terjaga dari kelalaian, keangkuhan, kesombongan dan kemungkaran.



"Daripada kes ini, kita boleh lihat pesakit ini telah pergi ke beberapa klinik sejak dia tidak sihat dari 6 Julai hingga 18 Julai apabila keadaannya semakin teruk, tetapi pihak klinik masih tidak mengambil sebarang ujian H1N1.

Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 42 tahun mati akibat Influenza A (H1N1) petang semalam, menjadikannya mangsa ketiga yang meninggal dunia akibat pandemik itu di Malaysia setakat ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan) berkata lelaki itu disahkan menghidap Influenza A (H1N1) Khamis lalu.

"Kes itu yang mengalami pelbagai komplikasi telah meninggal dunia pada 27 Julai jam 4.40 petang disebabkan pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, lelaki itu dilapor tidak sihat sejak 6 Julai lalu dan telah mendapatkan rawatan pesakit luar di beberapa klinik dan hospital swasta.

Lelaki itu dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada 18 Julai kerana keadaan yang semakin teruk dan didiagnosis sebagai pneumonia.

Semasa di wad, beliau dikesan menghidap Diabetes Mellitus manakala x-ray dada pula menunjukkan beliau mengalami pneumonia.

"Pada 19 Julai kes dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan (ventilator). Memandangkan keadaan kes yang semakin teruk, ujian sampel tekak diambil pada 22 Julai dan disahkan positif Influenza A (H1N1) pada 23 Julai," katanya.

Apa yang sedihnya daripada kes ini, kita boleh lihat pesakit ini telah pergi ke beberapa klinik sejak dia tidak sihat dari 6 Julai hingga 18 Julai apabila keadaannya semakin teruk, tetapi pihak klinik masih tidak mengambil sebarang ujian H1N1. Sehinggalah ia telah menjadi amat serius barulah pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang sewajarnya.... namun segalanya telah terlambat!!!!


Doa menjauhkan dari segala wabak klik di sini

7.28.2009

Teknik Baru Peragut 'Lumpuhkan' Mangsa

Ragut guna alat renjatan elektrik...

MERTAJAM - Guna alat kejutan elektrik untuk 'melumpuhkan' mangsa sebelum ragut barangan berharga.

Alat bersaiz kecil menyerupai telefon bimbit itu mengalirkan renjatan elektrik rendah bagi membuatkan mangsa separuh lumpuh.

Bagaimana pun, taktik terbaru satu geng ragut yang beroperasi sejak tiga bulan lalu tumpas apabila polis menahan empat lelaki berusia di antara 19 hingga 23 tahun sejak 14 Julai lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Mohamad Shah Hussin Shah, tangkapan pertama berlaku pada pukul 5.30 petang di Bukit Minyak di sini.

"Ketika itu, dua daripada suspek cuba melakukan jenayah terhadap dua mangsa iaitu seorang lelaki dan wanita dengan mengacukan alat kejutan elektrik tetapi orang awam yang melihat kejadian itu berjaya menangkap suspek," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Jelasnya, hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam 15 kes ragut, samun serta pecah dan curi dalam kenderaan.

UMNO Dah Meroyan

'Pergi jahanamlah UMNO' - Nik Aziz

'Salam ini bukan di antara UMNO dengan Pas, tetapi antara kerajaan Kelantan dan Pusat, tak timbul masalah UMNO ini, pergi jahanamlah UMNO.'

Demikian reaksi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta menjelaskan lebih mendalam mengenai 'salam' yang dihulurkan beliau kelmarin.

Malah, Mursyidul Am Pas itu tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Beliau berkata, kesediaan untuk bekerjasama disebabkan negara ini mengamalkan sistem persekutuan dan di antara kerajaan negeri atau Pusat mempunyai kewajipan masing-masing.

"Sistem yang diamalkan kita ialah federalisme, bukan kerana apa, Pusat ada kewajipan kepada negeri dan negeri ada kewajipan kepada Pusat.

"Kerana apa nak sekat (peruntukan dan kerjasama), ada menteri sekat pegawainya beri kerjasama dengan kementeriannya, ini bukan menteri," katanya kepada pemberita selepas melawat Taman Ternakan sempena Hari Peladang peringkat di sini hari ini.

Pemimpin Umno umpama Majnun gilakan Laila - Nik Aziz

"Saya pun tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku, macam cerita Majnun pula apabila seorang pengembala kambing berhajat untuk mengahwini anak raja.

"Macam-macam kerenah yang dibuat oleh Majnun sehingga pada suatu hari dia duduk seorang diri di bawah pokok sementara menunggu kambing sedang makan rumput, Majnun bercakap seorang diri.

"Apabila kawan dia tanya kamu bercakap dengan siapa, lalu Majnun menjawab, saya sedang bercakap Laila, seorang anak raja.

"Macamana seorang pengembala kambing mahu mengahwini anak raja. Mahu tidak mahu dia menulis nama Laila atas pasir. Dia tulis nama Laila lalu dia baca sendiri berulang kali.

"Kawan dia bertanya lagi, kamu bercakap dengan siapa, lalu dia jawab lagi dengan Laila. Mana Laila, kawan dia tanya, ini Majnun ... menunjukkan nama Laila yang dia tulis di atas pasir," katanya Menteri Besar Kelantan ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Bak kata orang-orang lama : "Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong". Inilah perasaan yang menimpa pemimpin Umno sekarang apabila sedaya upaya berusaha menjalinkan hubungan dengan PAS.

H1N1: Korban Kedua Negara

Masih lagi selamatkah kita di Malaysia...

Wabak selesema A (H1N1) memakan korban kedua - lelaki 46 tahun yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, 12.35 tengahari semalam.

Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan bersama kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari di unit rawatan rapi di hospital swasta di Subang Jaya.

Rakyat tempatan itu yang bekerja di Belgium pulang pada 4 Julai lalu mula mengalami demam serta batuk selepas bercuti bersama keluarga di Langkawi pada 13 Julai.

Maklumat berkaitan kes terbaru di sembilan gugusan penyakit seakan-akan selesema (ILI) seperti berikut:

* Lima kes di kalangan pelajar Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Kuala Sungai Baru, Melaka. Seramai 58 dari 1,477 orang pelatih dan kakitangan institut berkenaan dikesan mengalami gejala ILI sejak 23 Julai. Kolej tersebut ditutup Sabtu lalu sehingga 1 Ogos.

* Dua kes di SMK Batu Laut, Kuala Langat, Selangor. Terdapat 18 pelajar daripada keseluruhan 625 pelajar dan kakitangan yang mempunyai gejala ILI bermula dari 23 Julai. Sekolah ini ditutup bermula Khamis lalu sehingga 30 Julai.

* Empat kes melibatkan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor. Terdapat 282 pelajar bergejala ILI bermula 21 Julai. Universiti tersebut ditutup dengan memberikan cuti semester lebih awal sejak Sabtu lepas hingga 2 Ogos.

* Tiga kes di SMK Bako, Kuching, Sarawak. Terdapat 41 orang daripada 1,549 warga sekolah mempunyai gejala ILI sejak 17 Julai. Pejabat Kesihatan Daerah sedang memantau kejadian ILI di sini.

* Tiga kes positif di sebuah kelas di SMJK Cina Katholik, Petaling Jaya, Selangor. Terdapat empat daripada 49 pelajar mempunyai gejala ILI sejak 21 Julai.

* Lima kes di SM Teknik Perdagangan Johor Bahru, Johor. Terdapat 59 daripada 994 pelajar dan guru mempunyai gejala ILI bermula 22 hb Julai. Akibatnya, sekolah ini telah ditutup mulai Jumaat hingga 30 Julai.

* Empat kes didapati positif di SMK Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah. Terdapat 23 daripada 240 pelajar asrama mempunyai gejala ILI sejak 25 Julai dan sekolah ini ditutup mulai semalam hingga 2 Ogos.

* Satu kes didapati positif di SM Agama Kota Kinabalu, Sabah. Terdapat enam daripada 470 warga sekolah mempunyai tanda ILI dari 25 Julai dan sekolah ditutup mulai semalam hingga 2 Ogos.

* Dua kes di SM La Salle, Tanjung Aru, Sabah. Empat daripada 800 pelajar mempunyai gejala ILI dari 21 Julai.

7.27.2009

Perodua Kenari hancur dilanggar lori kontena

Malang tidak berbau...

MARAN - Lima sekeluarga termasuk seorang ibu mengandung dan bayi lelakinya berusia 10 bulan terbunuh selepas kereta Perodua Kenari yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori kontena bermuatan tong gas di Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran Kompleks Rakan Muda di sini semalam.

Empat ahli keluarga berkenaan termasuk bayi tersebut dipercayai tercampak keluar dari kenderaan manakala seorang lagi mangsa tersepit di tempat duduk. Kesemua mereka maut di tempat kejadian.

Mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta, Nasarudin Abdul Aziz, 32, pembantu rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Purun, isterinya, Fatmawati Harun, 30, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Purun yang mengandung tiga bulan dan anak sulung mereka, Mohd. Nadzif Iman Nasarudin, 10 bulan. Mereka tinggal di Felda Purun, Triang dekat Bera.

Turut maut ialah ibu Fatmawati, Sepiah Mohamad, 60, dan anak bongsunya yang kurang upaya, Mohd. Syakirin, 23. Kedua-duanya tinggal di Felda Jengka 5.

Pemandu lori kontena berusia 39 tahun hanya mengalami cedera ringan di kaki dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk rawatan manakala kelindannya yang berusia 17 tahun tidak cedera.- KOSMO

Caj Angkasa RM8.1 Billion Setahun

CUEPACS mahu ambil alih caj RM8 bilion Angkasa..

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam menggesa Perbendaharaan membenarkannya mengambil alih perkhidmatan potongan bulanan bagi pinjaman sektor awam daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Langkah itu dicadangkan bagi membolehkan kongres itu memanfaatkan komisen daripada perkhidmatan itu untuk faedah 1.2 juta kakitangan kerajaan.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin berkata, Angkasa memperoleh kira-kira RM8.1 bilion setahun hasil komisen dengan menyediakan perkhidmatan potongan bagi pinjaman itu dalam sektor awam dan swasta.

"Daripada amaun ini, 50 peratus disumbangkan oleh kakitangan awam melalui pelbagai potongan," katanya.

Angkasa mengenakan caj 2.5 peratus bagi amaun pinjaman bulanan sebagai komisen bagi perkhidmatan itu.

"kami cadangkan kepada kerajaan supaya membenarkan CUEPACS mengambil alih perkhidmatan potongan bagi pinjaman kakitangan awam dan membiarkan Angkasa meneruskan perkhidmatannya kepada pekerja swasta.

H1N1 : Telah Mencecah 1000 Kes

Terus bertambah...

Jangkitan influenza A (H1N1) di Malaysia kini mencecah 1,000 kes apabila 54 lagi kes baru dilaporkan di seluruh negara hari ini, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican.

Katanya, daripada jumlah kes baru itu, 43 kes merupakan kejadian dari tujuh kluster baru, lima daripada kluster sedia ada manakala enam lagi adalah kes terpencil termasuk satu kes import.

"Sehingga kini, 1,075 kes dicatatkan dengan satu kematian, dengan 574 kes atau 53 peratus adalah kes import manakala 501 kes atau 47 peratus kes jangkitan tempatan.

"Hanya empat kes atau satu peratus sahaja yang sedang menerima rawatan anti-viral di hospital," katanya dalam satu kenyataan, lapor Bernama.

Sehubungan itu, beliau berkata pihak Kementerian akan terus memantau kejadian kes H1N1 mahupun "Influenza-like illness"(ILI) yang dimasukkan ke hospital.

Beliau menasihatkan orang ramai termasuk pihak pengurusan institusi pendidikan dan tempat kerja supaya lebih peka dan berinformasi mengenai penyakit berjangkit ini.

Ismail juga meminta orang ramai melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan terdekat sekiranya terdapat tanda-tanda orang di sekeliling mereka menampakkan simptom yang menjurus kepada jangkitan H1N1 dan ILI.

"Mereka yang mendapat gejala yang teruk atau berisiko tinggi perlu segera mendapatkan rawatan di hospital berdekatan," katanya

7.26.2009

Lagi Bekas Pemimpin BN Sertai PKR

Yang terkini bekas naib presiden MIC sertai PKR...

Bekas naib presiden MIC, SS Subramaniam hari ini menyertai PKR dan merupakan pemimpin MIC paling kanan yang melompat menyertai pembangkang.

Di satu majlis di Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini, Subramaniam, 72, (duduk dua dari kanan), turut mengumumkan 12 cawangan MIC di Petaling Jaya akan dibubarkan dan ahli-ahlinya akan menyertai PKR secara beramai-ramai.

Beliau mendakwa pembubaran cawangan-cawangan tersebut membabitkan kira-kira 2,500 ahli MIC yang melompat menyertai PKR.

"Saya telah menyokong dasar PKR dan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sekian lama, tetapi baru sekarang saya berani mengatakan bahawa saya menyertai parti tersebut," katanya disambut sorakan gemuruh hadirin.

Subramaniam menjadi naib presiden MIC selama 20 tahun dan juga menjadi naib pengerusi MIC Selangor selama tiga dekad.

H1N1 : Sekolah dan Politeknik Ditutup

SRJK Ai Keow, Politeknik Seberang Prai ditutup

PULAU PINANG 26 Julai — Sebuah sekolah rendah dan sebuah politeknik di negeri ini diarah tutup selama seminggu mulai hari ini berikutan terdapat pelajar dijangkiti selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Phee Boon Poh berkata, sekolah berkenaan ialah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Aik Keow, di Teluk Air Tawar dan Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh.

“Kementerian Kesihatan telah mengarahkan penutupan serta merta selepas 16 murid sekolah dan 36 pelajar politeknik itu dijangkiti wabak berkenaan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya kesemua mereka yang dijangkiti virus itu kini dikuarantin dan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan.

“Kita nasihatkan mereka mematuhi arahan kuarantin dan orang ramai juga tidak perlu bimbang kerana semua langkah pencegahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) telah diambil,” katanya.- BERNAMA

7.24.2009

Dua Beradik Mati Selepas Maragut

Mati dalam kemungkaran....

Kata orang lama-lama "pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga". Inilah akibatnya apabila hendak melakukan sesuatu perkara itu tidak memikirkan tentang baik dan buruknya. Mungkin aktiviti mereka ini telah lama dilakukan dan sebelum ini asyik berjaya. Mereka merasa puas dengan habuan yang mereka dapat lalu ia dijadikan sebagai rutin harian dalam meneruskan hidup.

Bayangkan.... apa perasaan ibu bapa dan sanak saudara mereka ketika nanti orang bertanya tentang kematian adik beradik ini. Pastinya amat mengaibkan terutama ketika menguruskan jenazah mereka berdua. Sudah pasti semua yang hadir akan bertanya dan mungkin akan bercerita sesama mereka atas kematian adik beradik ini yang disebabkan oleh jenayah yang dilakukan.

Sama-samalah kita jadikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua dalam meneruskan kehidupan.


SHAH ALAM: Cubaan dua beradik melarikan beg tangan selepas meragutnya daripada seorang wanita gagal apabila kedua-duanya terbunuh apabila motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dikejar mangsa di Persiaran Subang di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.45 petang, seorang daripada dua beradik terbabit memecahkan cermin tingkap kiri Mercedes Benz CLK 200 dipandu mangsa, dipercayai menggunakan topi keledar sebelum menyentap beg tangan berjenama Louis Vuitton.

Kejadian berlaku ketika wanita berkenaan, Junaili Abdul Hamid, 43, berhenti di persimpangan lampu isyarat di Persiaran Kerjaya, berhampiran sebuah stesen minyak di Glenmarie untuk pulang ke rumahnya di Seksyen 13 di sini, dari tempat kerjanya di Sungei Way, Petaling Jaya.

Berang dengan tindakan peragut terbabit, wanita itu terus mengejar mereka sejauh hampir dua kilometer sebelum motosikal Yamaha RXZ yang dinaiki dua beradik berusia 25 dan 30 tahun itu terbabas sebelum melanggar sebuah teksi.

Suspek yang berusia 25 tahun mati di tempat kejadian manakala abangnya, 30, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Dua beradik berkenaan berasal dari Sungai Burong, Sekinchan. - METRO

Bayi mati digigit tikus

CHICAGO 24 Julai - Seorang bayi di Louisiana digigit tikus hingga mati di atas katilnya manakala seorang lagi bayi di Ohio hilang dua jari kaki juga akibat serangan ganas tikus.

Jabatan Polis Wilayah Pike berkata, tiga orang didakwa atas tuduhan membahayakan kanak-kanak selepas pihak berkuasa mendapati bayi Ohio yang berusia enam bulan telah berulangkali digigit tikus dalam tempoh masa yang lama.

Tetapi, belum ada tuduhan difailkan berhubung kes bayi di Louisiana yang mati setelah berulang kali digigit tikus, lapor New Orleans Times-Picayune.

Bapa bayi perempuan itu ditemui menjerit di luar rumahnya sewaktu paramedik tiba dan ibu bapanya memberitahu polis bahawa mereka tidak mendengar tangisan bayi berusia tiga bulan itu sewaktu dia digigit tikus ketika tidur.

Jiran memberitahu Picayune, kanak-kanak itu kelihatan dijaga sempurna dan bapanya baru sahaja memasang perangkap untuk menangkap tikus yang berleluasa di kawasan itu. - AFP

Demo Anti ISA

Nik Aziz, Anwar sertai demo anti-ISA...

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut serta dalam himpunan besar-besaran mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos ini.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata perhimpunan itu juga turut disertai pimpinan atasan Pakatan Rakyat, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin lebih 83 NGO dalam gabungan tersebut.

Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang media selepas menyerahkan surat pemakluman kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung hasrat GMI menyerahkan "deklarasi rakyat" pada tarikh tersebut.

"Deklarasi rakyat" kepada Yang di-Pertuan Agong akan diserahkan oleh sekumpulan pemimpin yang disertai perhimpunan besar orang ramai yang bersama Pakatan Rakyat dan 83 NGO bawah GMI.

GMI, yang didukung parti pembangkang utama dan NGO hak asasi, memilih tiga lokasi perhimpunan mulai 2 petang - kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan KL Sentral – sebelum menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mereka mengarahkan semua penentang ISA berpakaian merah dan hitam sebagai simbol bantahan, sementara pendukung akta itu pula merancang berpakaian putih.

7.23.2009

GERHANA MATAHARI

Maha Suci Allah....

Gerhana matahari paling panjang dalam abad ke-21 menyebabkan puluhan juta penduduk benua Asia terpaksa bergelap seketika semalam.

Gerhana matahari penuh lazimnya berlaku seketika setiap kitaran 18 bulan tetapi fenomena kelmarin disifatkan luar biasa kerana tempohnya yang panjang iaitu selama enam minit 39 saat matahari terlindung sepenuhnya di sebalik bulan.
Lebih istimewa, gerhana semalam dipercayai mencatat paling ramai penonton berikutan laluannya di benua Asia yang memiliki penduduk paling ramai di dunia.

Gerhana matahari penuh semalam dapat disaksikan dengan jelas di beberapa buah negara iaitu India, Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China.

Kali kedua gerhana matahari seperti itu diramal berlaku ialah pada tahun 2132.

Selsema Babi Menyerang IPT

IPT tutup lagi....

Bermula dengan penutupan UiTM Lendu selama sembilan hari selepas empat penuntutnya positif H1N1 pada 12 Julai lalu. Kini wabak ini terus merebak ke UiTM Permatang Pauh.

Pelajar-pelajar UiTM Permatang Pauh mula meninggalkan asrama dan bercuti selama tujuh hari selepas 200 pelajar menunjukkan tanda-tanda dijangkiti dan 10 pelajar dipercayai telah positif H1N1 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Dan yang terbaru di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) di sini ditutup serta-merta selama seminggu mulai hari ini apabila 60 pelajarnya dikesan positif virus selesema babi, H1N1.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad ketika mengesahkan perkara itu berkata, semua pelajar yang dikesan positif itu telah diarahkan menjalani kuarantin rumah.

Penutupan UPNM itu menjadikan ia institusi pengajian tinggi (IPT) ketiga yang ditutup akibat H1N1 selepas Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Alor Gajah, Melaka dan UiTM Permatang Pauh, Penang.

Dari sumber berita yang rasanya tidak keluar diakhbar, diberitakan bahawa Politeknik Kota, Melaka juga telah ditutup selama seminggu bermula pada hari Isnin yang lepas berikutan seorang pelajarnya dijangkiti wabak H1N1 ini.

Wak tak pasti dan menjadi tanda tanya mengapa berita ini tidak keluar di berita saluran perdana dan juga diakhbar-akhbar. Wak mendapat berita ini dari rakan sekerja Wak yang mana isterinya mengajar di Politeknik tersebut. Ini kena hantar perisik la agaknya.

Apapun kita sama-samalah berdoa agar wabak ini akan dapat dikawal dan seterusnya seluruh penduduk di negara kita terhindar dari kematian yang disebabkan oleh wabak H1N1....Amin.

Selsema Babi : 3 Kematian di Singapura

Dua lagi warga Singapura meninggal dunia akibat selesema babi..

SINGAPURA 22 Julai - Dua warga Singapura meninggal dunia hari ini akibat Influenza A(H1N1), menjadikan tiga kematian dicatatkan sehingga kini akibat selesema babi di negara bandar raya ini.

Seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang menghidap epilepsi dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Paediatrik National University Hospital pada Ahad lepas dan disahkan dijangkiti H1N1, meninggal dunia pagi ini.

Kematian budak itu berpunca daripada serangan sawan berpanjangan, dengan jangkitan H1N1 menjadi faktor penyumbang, menurut Kementerian Kesihatan dalam maklumat terkininya mengenai selesema babi.

Dalam satu lagi kes, seorang lelaki berumur 55 tahun yang menghidap penyakit neuron motor dan dimasukkan ke ICU Hospital Besar Changi (CGH) pada Sabtu lepas dan turut disahkan dijangkiti selesema babi, meninggal dunia tengah hari ini.

Kematian pertama akibat H1N1 di Singapura membabitkan seorang lelaki berumur 49 tahun yang mempunyai masalah jantung dan meninggal dunia di CGH minggu lepas. - Bernama

Tip @ Panduan Jika Terlibat Kemalangan

Malang tidak berbau...

Malang memang tidak berbau bro... tapi ada juga yang berbau tapi kita tak suka kecuali kita punya sendiri. Apa ke bendanya tuuu.. Tak lain tak bukan, kentut laa bro. Bila kita terkentut dengan tak sengaja maka ia dikategorikan kemalangan laa jugak.

Bezanya kemalangan yang ni memang berbau. Tapi yang Wak nak fokuskan dalam entri kali ini adalah jenis kemalangan yang tidak berbau....

Semalam semasa Wak nak pergi kerja, betul-betul kat depan taman Wak.. ada satu kemalangan... kereta proton iswara aeroback tercium buntut wira sedan. Rupanya member satu pejabat sudah langgar itu kereta amoi.

Member ni ambik takaful kereta dengan Wak.... So uruskan dari A hinggalah ke Z. Wak nak kongsikan dengan korang semua bila berlaku kemalangan melibatkan kenderaan tak kira laa korang yang salah ke, atau sebaliknya.

Tip dan panduan ketika kemalangan berlaku, di tempat kejadian:

1.Jangan panik
Ini kes yang melibatkan kenderaan sahaja yang remuk dan kitanya selamat. So banyak le mengucap dan bertenang. Ingat balik tadi sebelum memandu, ada tak baca doa menaiki kenderaan.

2.Elakkan Berbincang
Jika melibatkan pihak ketiga, elakkan berbincang atau sebenarnya macam bertengkar. Biasanya kita akan mempersoalkan “Siapa yang salah!!!!”. Dan pastinya dalam keadaan begini tak de siapa yang nak mengaku salah. Sebenarnya perbincangan yang kadang-kadang tu membawa pertengkaran atau pertikaman lidah tidak akan membuahkan hasil kepada kedua-dua belah pihak, malah mengusutkan keadaan.


3.Hubungi 999 : Jika kita dalam keadaan sedar

Sekiranya melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan fizikal, hubungi 999 dengan segera untuk mendapatkan ambulan.


4.Ambil maklumat semua yang terlibat di dalam kemalangan.

Maklumat-maklumat seperti nombor kenderaan, nama pemilik, nombor telefon amat membantu untuk memudahkan untuk kita membuat tuntutan. Juga maklumat tentang syarikat takaful / insurans masing-masing.


5.Elakkan mengambil khidmat lori tunda yang tidak dikenali

Biasalah bila berlaku je kemalangan, tak sampai 5 minit memang ada kutu yang akan datang untuk memberi pertolongan. Nak kenal geng diorang ni senang jee... biasanya mereka membawa ’hoki toki’ dan beg sandang warna hitam.
Ketika ini, mereka akan memujuk rayu serta menawarkan janji-janji manis , sebaiknya elakkanlah. Sebab banyak risiko yang akan dihadapi jika berlaku sebarang masalah terhadap kenderaan yang memang dah remok tuu.

6.Hubungi agen atau syarikat takaful / insurans
Ini bagi memastikan bahawa lori tunda yang menguruskan kenderaan kita tuu daripada bengkel yang bertauliah. Sebaik-baiknya simpan nombor agen atau syarikat yang kini ada menyediakan perkhidmatan ’Auto Assist’ .
Dan yang paling penting, korang tahu lokasi atau alamat beserta nombor telepon bengkel dimana kenderaan dihantar.

7.Laporkan kejadian tersebut kepada pihak polis dalam tempoh 24 jam.
Pastikan balai polis tersebut adalah balai polis yang “menjaga” kawasan di mana berlakunya kemalangan tersebut. Ini memang satu perkara yang melecehkan terutama apabila berlaku kemalangan di lebuh raya.

Mungkin pihak PDRM bahagian trafik perlu memperbaiki sistem aduan kemalangan supaya ianya boleh dilakukan dimana-mana balai polis yang berdekatan. Kan sekarang ni ada kemudahan IT... so tak de masalah untuk menerima laporan kemalangan walau bukan di kawasan yang dijaga.

Oklah takat ni dulu yang dapat Wak kongsikan dengan korang semua tentang apa yang perlu dibuat apabila terlibat dengan kemalangan. Biasanya korang semua ambik mudah jee... takat sampai langkah ketujuh je yang korang buat. Yang seterusnya memberikan kepercayaan kepada agen atau bengkel yang menguruskan kenderaan tersebut.

Bagi dokumen yang diorang nak, dah tu kerja korang Cuma call agen atau bengkel bertanyakan bila kereta boleh keluar.... Sebenarnya ada beberapa langkah lagi yang perlua korang tahu dan ambik tahu. Lebih-lebih lagi hak korang semua sebagai pengguna. Jangan menjadi mangsa hanya kerana terlalu memberikan kepercayaan kepada syarikat atau bengkel yang menguruskannya.

Maklumat tentang takaful klik di sini

7.22.2009

Kes Kematian Teoh : Tubuhkan Suruhanjaya Diraja

Inkues cari punca kematian Teoh..

Akhirnya pihak kerajaan akur dan tunduk dengan desakan popular pelbagai pihak, termasuk pemimpin BN, agar menyiasat secara bebas punca kematian Teoh Beng Hock.

Selepas Mesyuarat mingguan jemaah menteri hari ini,keputusan rasmi kabinet itu diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam satu sidang media khas di pejabat perdana menteri di Putrajaya menyebut:

Pertama, Kementerian Dalam Negeri dan polis diarahkan menyelesaikan siasatan secepat mungkin dan laporan siasatan tersebut, yang sedang berjalan, akan diumumkan.

Kedua, satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh.

Ketiga, menubuhkan suruhanjaya diraja dengan bidang kuasa khas untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM dan menentukan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Jun hingga awal pagi esoknya.

Susulan kematian mengejut dan penuh tanda tanya Teoh selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN di Selangor, banyak pihak menggesa penubuhan suruhanjaya tersebut.

ISA : Dua Pertembungan ke Istana Negara

Penyokong ISA juga ke Istana Negara

Pendukung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga akan berarak beramai-ramai ke Istana Negara seperti kumpulan penentang akta kontroversi itu pada 1 Ogos, demikian diputuskan malam tadi.

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu, yang bermesyuarat tentang perkara itu malam tadi, memutuskan untuk mengumpulkan tandatangan di Dataran Merdeka dan kemudian ke istana.

Ribuan penentang akta itu yang menganjurkan Himpunan MANSUH buat pertama kali bersemuka di jalanan dengan penyokong ISA yang mengadakan perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu."

Insentif Khas Untuk Guru BI Luar Bandar

Insentif khas untuk guru cemerlang BI

SEREMBAN - Kerajaan sedang mengkaji insentif khas untuk guru bahasa Inggeris (BI) daripada kategori cemerlang yang bersetuju berpindah untuk berkhidmat di kawasan luar bandar, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, pada masa sekarang elaun khas sudah dibayar kepada guru bahasa Inggeris tetapi insentif itu akan diberikan kepada guru cemerlang BI yang sanggup mengajar di kawasan luar bandar.

"Kita nak bagi insentif seperti tempat tinggal... memang ada guru-guru yang berminat, inilah guru yang sedia berkorban," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan dan Mesyuarat Agung Majlis Guru Besar Malaysia di sini semalam.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran menambah, kerajaan mahu menghantar guru-guru terbaik ke kawasan pedalaman dengan mencontohi program di Australia yang dikenali sebagai Teach Australia di mana guru negara itu menyahut cabaran dan diberikan insentif khas untuk mengajar anak-anak bangsa di kawasan pedalaman.

Muhyiddin menambah, kerajaan akan memastikan keselesaan guru-guru yang mahu bertukar ke luar bandar ini terjamin bagi membolehkan mereka berada di kawasan itu selama mungkin.

Katanya, Kementerian Pelajaran memerlukan kira-kira 13,000 guru terlatih BI untuk dihantar ke kawasan luar bandar menjelang tahun 2012 apabila strategi memperkukuhkan bahasa Inggeris di kalangan pelajar mula dilaksanakan.-KOSMO

7.21.2009

Tanda-tanda Mati 'Husnul Khatimah'

Kematian suatu yang pasti....

Bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam 'husnul khatimah' ataupun 'su'ul khatimah.' Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?

Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

7.20.2009

Pembaziran Lawan Kebuluran

Makanan yang yang terbuang....

TANPA disedari, longgokan makanan terbiar rosak di Britain, Eropah dan Amerika Syarikat sebenarnya mampu mengatasi tujuh kali ganda masalah kebuluran dunia.

Lebihan makanan setiap rumah di Britain pula - jika dikumpulkan - boleh mengenyangkan kira-kira 113 juta orang.

Secara purata, penduduk Britain membazirkan makanan di rumah masing-masing dalam kuantiti bersamaan dengan keperluan harian dua mangsa kelaparan.

Fakta Tentang Kebuluran Dunia

* 25,000 orang (dewasa dan kanak-kanak) mati setiap hari kerana kebuluran.
* 923 juta orang di seluruh dunia tidak cukup makan. Jumlah mangsa kebuluran itu menyamai jumlah penduduk Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah.
* 907 juta orang penduduk di negara-negara membangun mengalami kebuluran setiap hari.
* Kawasan Asia Pasifik adalah tempat tinggal separuh daripada jumlah penduduk dunia dan hampir dua per tiga penduduknya mengalami kebuluran.
* Lebih 60 peratus yang mengalami kebuluran melampau ialah wanita.
* Jumlah penduduk yang kebuluran di negara membangun semakin meningkat, 17 peratus pada 2007 berbanding 16 peratus pada 2003-2005.
* Setiap 6 saat, kanak-kanak di negara yang mengalami krisis makanan, nati kerana kebuluran.
* Seramai 10.9 juta kanak-kanak di bawah 5 tahun mati di negara-negara membangun setiap tahun. Penyebab utamanya adalah kekurangan zat makanan dan kebuluran.
* Pada tahun 1970, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menetapkan resolusi bahawa negara-negara maju menyumbangkan 0.7 peratus daripada pendapatan negara untuk membantu mangsa kebuluran. Namun hanya Norway,Sweden,Luxembourg,Belanda dan Denmark sahaja yang menepati kadar yang ditetapkan.
* Negara penyumbang terbesar bantuan adalah Amerika Syarikat (AS$24 bilion), Jepun (AS$18 bilion), United Kingdom (AS$13 bilion), Jerman dan Perancis (AS$12 bilion), Belanda (AS$6 bilion), Sepanyol dan Itali (AS$4 bilion). Kesemuanya menyumbangkan 80 peratus bantuan yang diperlukan untuk menangani kebuluran.
* World Food Programe (WFP) yang ditubuhkan pada 1962 telah membantu menyelamatkan 1.4 bilion penduduk termiskin dunia daripada menjadi mangsa kebuluran dengan membekalkan makanan.
* Pada 2007, WFP telahmengagihkan 3.3 juta metrik tan makanan yang dibawa melalui laut, darat dan udara kepada 86.1 juta penduduk di 80 negara miskin.

Kelab GAY Diserbu Polis

500 tetamu kelab gay terkedu....

Jangan benarkan manusia durjana ini bermaharajalela di tanahair kita? Kenapa kita mengundang bala? Tolong jangan undang bala dan janganlah mencabar Allah. Mereka ini sememangnya sudah melampau. Mereka rasanya belum lagi diuji dan memang benar-benar mereka mahu diuji oleh Yang Maha Kuasa.

Namun sekiranya mereka mahu ujianNYA nescaya akan orang-orang yang tidak berdosa pastinya terbabit sama. Kenapalah mereka ini tidak belajar dari sejarah kaum Nabi Lut atau setidak-tidaknya bacalah sejarah POMPEII yang seakan sama dengan peristiwa kebinasaan kaum Nabi Lut.

Awas..!! Janji Allah itu adalah benar. Mati itu benar. Syurga dan Neraka itu benar. Kemurkaan NYA juga adalah benar. Jangan kita semua dibinasakan olehNYA hanya perbuatan segelintir manusia durjana ini.


Ayat 80 -81, Surah al-Araf (7), bermaksud:

�Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: `Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?�

�Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.�


KUALA LUMPUR - Seramai kira-kira 500 pengunjung kelab gay di Jalan Yap Kwan Seng di sini semalam terkedu apabila mendapati premis itu tiba-tiba dikepong polis.

Semasa serbuan pada pukul 1.30 pagi, kebanyakan pengunjung majoritinya lelaki asyik menari malah ada yang bercumbu dan membuat aksi ghairah bersama pasangan sejenis.

Kelab gay yang dipercayai telah setahun beroperasi itu menjadi tumpuan lelaki yang mempunyai keinginan pada kaum sejenis.

Pada hujung minggu premis itu dikatakan sentiasa penuh dan meriah dengan gelagat pasangan gay yang bermacam-macam ragam.

Pegawai Penyiasat Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Supritendan Mohd. Ashril Md. Johar yang mengetuai operasi itu berkata, 28 lelaki dan empat wanita berumur antara 20 dan 50 tahun ditahan kerana positif dadah jenis methamphetamin.

7.19.2009

PEDOMAN DARIPADA AL-FATIHAH

Surah Al-Fatihah...


Kita ulang Al-Fatihah 17 kali dalam solat wajib lima kali sehari. Al-Fatihah sebaik-baik doa tetapi kita jarang-jarang ambil tahu akan makna yang tersirat dan tersurat di sebalik ayat Ummul Kitab ini.

Tahukah kita bahawa Al-Fatihah adalah ’penyembuh’ hati, pedoman bagi segala kecerdasan hati, pemelihara bagi hati dan fikiran, bekal untuk mencapai cita-cita dan harapan serta ungkapan rasa syukur atas segala hasil dan pencapaian.

1. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
2. Segala puji-pijian bagi Allah Tuhan Semesta Alam
3. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
4. Yang Memiliki Hari Pembalasan
5. Hanya Engkau yang kami sembah dan mihin perlindungan
6. Tunjukkan kami jalan yang lurus
7. Jalan yang Engkau berikan nikmat, bukan jalan yang dimurkai, bukan pula jalan yang sesat
8. Amin (Kabulkanlah)

PPSMI : Lebih Banyak Kesan Buruk

PPSMI satu kesilapan.... Ungku Aziz

Setelah enam tahun menjalani “tempoh percubaan” akhirnya dasar Pengajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan baru-baru ini. Selepas Kementerian Pelajaran mengambil tindakan berani itu, masih ada lagi pihak yang mahu mengembalikan PPSMI dalam sistem pendidikan di negara ini.

Selepas kajian secara ilmiah telah dilakukan oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (pembina) menunjukkan lebih banyak kesan buruk daripada baiknya PPSMI, kerajaan diminta supaya jangan berpatah balik sekalipun ada desakan daripada pihak tertentu.

Tokoh akademik, Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, keputusan memansuhkan PPSMI adalah suatu yang sangat tepat dan memuaskan hati semua pihak. Malah langkah ini juga ke arah mewujudkan perpaduan menerusi penggunaan satu bahasa iaitu bahasa Melayu sebagai hubungan antara kaum.

“PPSMI sebenarnya adalah satu kesilapan kerana kita mampu mengajar matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu. Universiti Malaya telah melahirkan banyak pensyarah dalam pelbagai bidang dengan menggunakan bahasa Melayu,” tegas Ungku Aziz.

Bekas Naib Canselor Universiti Malaya ini juga membayangkan sekiranya PPSMI diteruskan pelajar-pelajar Melayu di desa akan terpinggir dan berhenti sekolah.

“Kalau PPSMI tidak dimansuhkan, pelajar-pelajar Melayu terutama di desa akhirnya menjadi pekerja kelas bawahan, itu pun mungkin susah,” kata Ungku Aziz lagi.

Sah Chua Jui Meng Sertai PKR

Tamparan hebat buat UMNO-BN...

Bekas menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.

Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.

Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.

Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.

Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.

Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno.

Menurut Chua, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara.

Mengapa saya tinggalkan BN?

Hari ini saya yakin yang saya berada di pihak yang betul dalam sejarah, pada saat yang amat genting dalam sejarah negara kita. Apa yang mendorong saya untuk berbuat demikian?

Pilihanraya umum 2008 menyaksikan kesungguhan 52 peratus rakyat Malaysia di Semenajung untuk melakukan perubahan. Kuasa undi yang menakjubkan ini telah melahirkan, bagi pertama kalinya, sistem dua parti. Hasilnya, kita menyaksi fenomena sehingga ini di mana pemimpin Umno berkata " jika kita tidak berubah, rakyat akan menukar kerajaan".

Kerana tiada pilihan, rakyat Malaysia kini menyaksikan kerajaan yang didukung oleh Umno, membuat beberapa usaha memenangi hati rakyat. Itu adalah hasil daripada kuasa rakyat.

Hari ini kita menyaksikan kelahiran sistem dua parti kini berdepan dengan ancaman kemusnahan, gangguan yang berterusan daripada kerajaan yang didukung oleh Umno untuk memisah dan memusnahkan sistem dua parti, yang terhasil daripada pilihanraya umum tahun lalu. - Malaysiakini

7.17.2009

Peluang Belajar Tebar Roti Canai

Terbuka kepada semua....

Seorang usahawan muda yang terkenal dengan perniagaan roti canai di Kepala Batas, Kubang Pasu, Kedah tampil berkongsi ilmu mengenai cara-cara menebar dan menyediakan roti canai.

Mohd. Najmuddin Md. Nor, 22, atau lebih dikenali sebagai Didie yang juga pemilik restoran Selera Perantau bersedia untuk mengajar mana-mana pihak yang ingin mempelajari ilmu penyediaan dan menebar makanan kegemaran pelbagai bangsa itu.

Setiap kursus yang dijalankan oleh Didie dikenakan yuran RM250 seorang. Bagi individu atau agensi kerajaan dan swasta yang berminat untuk mengikuti kursus penyediaan dan menebar roti canai dibawah kelolaan Didie Perantau Enterprise, boleh hubungi talian 012-537 8412 atau melayari laman web www.roticanaididie.com atau e-mel ke alamat didie_perantau@yahoo.com.- Sumber Kosmo

Mansuh PPSMI Muktamad – TPM

PUTRAJAYA 16 Julai ...

Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diputuskan Kabinet minggu lalu adalah muktamad.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun ada gesaan supaya dasar itu dikekalkan di peringkat sekolah menengah, namun pendirian kerajaan adalah konsisten dengan tidak mengekalkan status quonya.

Cuma, tegas beliau, yang penting selepas ini adalah mencari kaedah memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.

Ini termasuk memanggil pakar-pakar bahasa Inggeris dalam masa terdekat untuk memberi input membentuk kurikulumnya yang baru.

Kabinet pada mesyuaratnya 8 Julai lalu memutuskan bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012.

Serentak itu, diumumkan juga strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI) di semua peringkat persekolahan.

MCA baru-baru ini menggesa supaya PPSMI dikekalkan di peringkat sekolah menengah walaupun bersetuju status quonya ditarik balik di sekolah rendah.

Kematian SU Politik Exco Luar Biasa

SU politik exco mati jatuh bangunan SPRM

Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.

Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.

Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.

Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.

Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.

SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Sementara itu, peguam M Manoharan, yang menemani Teo ke pejabat SPRM semalam berkata, mendiang kelihatan biasa dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi sebarang tekanan.

"Dia nampak gembira dan tenang. Saya menasihatkannya bagaimana hendak mengendalikan soal siasat tersebut kerana saya tidak dibenarkan untuk bersamanya" katanya.

Manoharan, yang juga ADUN Kota Alam Shah kali terakhir melihat Teo pada kira-kira jam 7 petang semalam.

Setakat jam 6 petang ini, mayat Teo masih berada di atas bumbung tempat dia jatuh.

Selsema Babi di UiTM "Amat Membimbangkan"

Wabak H1N1 di UiTM terus merebak...

Penularan wabak selesema A (H1N1) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu "amat membimbangkan", kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.

Daripada 10 kes yang direkodkan hari ini, semuanya tempatan, sembilan daripadanya daripada kampus cawangan Melaka institusi pengajian tersebut.

Semalam, lapan lagi mahasiswa disahkan positif diserang virus selesema A (H1N1), semuanya pernah berhubung dengan mereka yang dijangkiti wabak di UiTM Melaka.

Kelmarin, enam daripada pelajar institusi pengajian itu disahkan positif, sementara beberapa puluh yang lain masih dikuarantin sejak hujung minggu lalu.

Dengan 10 kes terbaru itu, jumlah keseluruhan jangkitan virus A (H1N1) meingkat kepada 835 kes, termasuk 273 kes tempatan.

Jumlah pesakit influenza A (H1N1) yang sedang dirawat di hospital seramai 25 orang (atau 3 peratus) manakala sejumlah 105 (13 peratus) menerima rawatan sebagai pesakit luar di rumah.Baki 705 (84 peratus) telah sembuh dari jangkitan influenza A (H1N1).

7.16.2009

Pancing Ikan Gergasi

Budak 11 tahun tangkap ikan gergasi...

Seorang pelajar perempuan berusia 11 tahun, Jessica Wanstall mencipta satu rekod baru apabila dia memancing ikan air tawar gergasi dengan berat lebih 90 kilogram dan panjang hampir 2.8 meter, lapor sebuah akhbar semalam.

Bapanya panik apabila melihat Jessica tiba-tiba diseret ke tebing sungai itu apabila ikan tersebut memakan umpan jorannya tetapi bergegas membantu anaknya.

Pelajar di sebuah sekolah rendah Britain itu berpeluh selama 20 minit sebelum berjaya menaikkan ikan tersebut dengan bantuan bapanya ketika mereka memancing di Sungai Ebro, Sepanyol baru-baru ini.

Jessica kini memegang rekod kanak-kanak yang pernah mendapat ikan air tawar terbesar di Eropah.- Agensi

UPM : Menyebarkan Ajaran Kristian Dikalangan Pelajar

9 orang Kristian ditahan di UPM..

Syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar UPM yang perihatin dengan aktiviti penyebaran agama kristian dikalangan pelajar. Ini memang kerja mereka so kita semua perlu sensitif dengan tindak-tanduk diorang yang rasanya tidak menghormati undang-undang.

Undang-undang negara melarang seseorang bukan Islam menyebarkan agama kepada seorang Muslim.

Kita berharap agar semua pihak mengambil tindakan yang sama apabila mendapati ada pihak yang cuba menyebarkan agama mereka terutama kristian kepada orang Islam. Ini bagi memelihara kesucian agama Islam dan juga seluruh ummah supaya mereka lebih menghormati dan sentiasa memandang Islam itu lebih tinggi darjatnya dari agama yang mereka anuti.


Sembilan penganut Kristian termasuk dua pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) ditahan polis semalam berhubung dakwaan cuba menukar agama pelajar universiti tersebut.

Mereka yang ditangkap di kampus Serdang menjelang 10 malam tadi dibebaskan di balai polis Sepang kira-kira 3.45 petang ini, kata peguam Annou Xavier kepada Malaysiakini hari ini.

Kesemua mereka ditahan di sebuah bilik pelajar di Kolej ke-10 sewaktu berkunjung ke situ tetapi aduan polis dibuat dengan dakwaan mereka cuba menyebarkan Kristian.

Selain dua mahasiswa, kumpulan itu termasuklah tiga rakyat tempatan dan empat warga Hong Kong.

Tindakan tersebut diambil susulan satu aduan polis yang dibuat oleh lima pelajar UPM terhadap kumpulan tersebut.

Sumber-sumber pelajar memberita Malaysiakini hari ini, kumpulan itu berada beberapa hari di beberapa kolej kediaman UPM dengan bergerak dari bilik ke bilik untuk menyampaikan ajaran mereka.

"Selain itu, mereka juga didapati menyebarkan risalah kepada warga kampus dan bergerak di tiga buah kolej iaitu Kolej Pendeta Zaaba, Kolej Sepuluh, dan Kolej Sebelas," kata Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM Safwan Abdul Ghani dalam satu kenyataan.

DUN Selangor : Khir Toyo Di Gantung Selama Setahun

Khir Toyo digantung setahun tanpa elaun..

Nampaknya selepas ini Dewan Undangan Negeri Selangor akan sunyi dari suara orang jawa ni sebagai ketua pembangkang. Bolehlah buat part time kat mana-mana klinik gigi kat Selangor yang kekurangan doktor. Beramal kepada masyarakat...

Lagi satu Wak cadangkan duit elaun si Khir Toyo ni sedekahkan ke mana-mana rumah anak yatim atau badan amal supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat yang memerlukannya.


Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul menggantung ketua pembangkang, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo daripada menghadiri persidangan selama setahun, berkuatkuasa serta merta.

Ini bermakna, bekas menteri besar Selangor itu, yang juga ADUN Sungai Panjang, hanya boleh menghadiri sidang Julai tahun depan.

Keputusan tersebut dibuat sebulat suara oleh wakil rakyat Pakatan ekoran semua ADUN BN bertindak keluar dewan sebagai membantah usul tersebut.

Usul untuk menggantung Khir selama setahun tanpa elaun dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN (JKHK).

Ia ekoran kegagalan Khir menghadiri pendengaran awam Jawatan Kuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT)) mengenai Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (BALKIS).

7.15.2009

MU : UMNO-BN KEMPUNAN MERAIKAN KEMENANGAN

Umno terlepas peluang keemasan di Manek Urai ..

Umno tidak mampu berbangga dengan peningkatan undi yang diperolehinya di Manek Urai memandangkan parti itu dibantu sepenuhnya jentera kerajaan.

Sepatutya Umno boleh memenangi pilihan raya tersebut berdasar suntikan kebendaan yang diterima penduduk di Manek Urai lebi-lebih lagi pemimpin Umno sudah lama berkampung di sini.

Walaupun di Manek Urai 99.9 peratus terdiri daripada kaum Melayu, nampaknya BN terus ditolak voleh rakyat. Ini memberikan peluang serta potensi yang cukup baik kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk mencuba mencapai kemenangan yang lebih baik dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Walaupun dengan janji-janji Perdana Menteri di bawah pakej 1 Malaysia dan dibantu dengan propanganda media namun Umno masih gagal. Ini ternyata memberi satu tekanan hebat kepada parti itu.

Ditambah lagi dengan sogokan Kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai semalam. Dan bermacam-macam lagi tawaran yang dibuat oleh kerajaan pusat kepada penduduk Manek Urai.

Dengan TPM mengetuai jentera UBN, seterusnya menggunakan jentera kerajaan, media massa dan menaburkan janji-janji manis, mereka terus melancarkan serangan ke atas PAS. Dengan menggunakan kereta resmi kerajaan dan diiringi pula oleh kereta dan motosikal polis, mereka bebas bergerak. Guru-guru dan premis sekolah digunakan sepenuhnya. Apatah lagi TPM ialah Menteri Pelajaran Malaysia yang menguasai guru-guru dan sekolah.

Namun keputusan pilihanraya yang diumumkan malam tadi masih tetap tidak menyebelahi BN. UMNO-BN masih kempunan untuk meraikan kemenangan.

Pada pilihan raya itu PAS mendapat 5348 undi, manakala BN - 5283 undi dengan majoriti diperolehi Mohd Fauzi Abdullah sebanyak 65 undi. Pada pilihan raya umum 2004 BN menang 53 undi.

Dalam pilihanraya umum tahun lalu, calon PAS Ismail Yaakob mendapat 5,746 undi dan calon BN, Zulkepli Omar mendapat 4,394. Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi

Kerana Nafsu Tali Gantung Padahnya

Pasangan bunuh pelajar KUIAM digantung..

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIAM), Juliana Md. Fuzi dua tahun lalu.

Pasangan kekasih yang dijatuhkan hukuman tersebut ialah Noralina Ahmad Dasuki, 22 bekas pelajar kolej dan pasangannya Muhammad Khairul Anuar Abdullah, 27, jurujual di sebuah stesen televisyen satelit berbayar. Noralina dan Khairul Anuar ditempatkan di Penjara Kajang sementara menunggu hukuman gantung dilaksanakan terhadap mereka.

Hakim Mohamad Zabidin menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pasangan kekasih itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes prima facie.

Banyak iktibar yang boleh kita ambil dari peristiwa ini terutama kepada jenerasi muda yang banyak terdedah dengan permasalahan sosial dalam dunia yang penuh mencabar ini. Hanya kewarasan akal fikiran sahaja yang akan dapat menimbangkan sesuatu tindakan itu samada ada baik atau sebaliknya.

Kata orang-orang lama “ikut nafsu lesu… ikut hati mati”. Apa jua yang ingin kita lakukan jangan bertindak mengikut nafsu yang akhirnya tidak dapat menilai dengan baik sesuatu perkara. Akal telah dikuasai oleh hawa nafsu yang kebanyakkannya akan menghalalkan sesuatu tindakan tanpa memikirkan akibatnya terhadap maruah diri dan keluarga.

Bertindaklah mengikut akal fikiran yang waras demi menjaga kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat.

7.14.2009

MANEK URAI : TAHNIAH PAS & PR

BN kalah lagi....

Pada entri ini Wak mengambil kesempatan untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada PAS dan juga Pakatan Rakyat kerana dapat mempertahankan kerusi DUN Manek Urai dengan majoriti tipis 65 undi.

Pas mengekalkan kerusi DUN Manek Urai setelah calonnya, Mohd. Fauzi Abdullah mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi dalam satu pilihan raya kecil hari ini. Mohd Fauzi, 50, memperolehi 5,348 undi manakala Tuan Aziz , 39, mendapat 5,283 undi.

Dalam pilihanraya umum tahun lalu, calon PAS Ismail Yaakob mendapat 5,746 undi dan calon BN, Zulkepli Omar mendapat 4,394. Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi.

Bersyukurlah kerana diberi kemenangan. Sesungguhnya kemenangan tipis ini sebenarnya adalah kehendakNya jua. Kepada BN, juga perlu bersyukur kerana diberi kekalahan. Adat pertandingan ada yang menang dan pastinya ada yang tewas.

Manek Urai : RM300 Sebagai Transportation Allowance

Ramai beratur ambil wang di Manek Urai...

Wak baru baca berita ni dari Malaysiakini. Diberitakan kira-kira 40 orang dilihat beratur di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, yang terletak kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria.

Beberapa orang yang bertugas di situ memegang senarai nama yang didakwa pengundi yang tinggal di luar Manek Urai dalam daftar pemilih.

Petugas terbabit kemudiannya memanggil nama dari senarai berkenaan dan mereka yang beratur di situ akan menunjukkan kad pengenalan masing-masing bagi mengesahkan identiti mereka.

Seorang lelaki warga emas yang pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menerima RM300 jika nama mereka terdapat dalam senarai tersebut sebagai elaun tambang.

Moralnya....

Bila pulak giliran parlimen Parit Sulong atau DUN Seri Medan nak buat pilihanraya kecil ekkk.. Kalau ada kan bagus, bolehlah dapat duit kocek paling tidak pun RM300. Lepas duit minyak kereta sebulan tuu.. Tapi kenalah mengaku mengundi BN walaupun 'undi tu rahsia'.

Itulah namanya durian runtuh... tapi ingat! hanya untuk penyokong BN-UMNO saje tau. So sape-sape yang rasa dirinya bukan penyokong BN-UMNO jangan menyibuk.

Rasanya pejabat pendaftaran negara kena tambah satu lagi ruang dalam IC. Letakkan parti apa yang kita sokong. Barulah senang petugas-petugas nak buat agihan duit macam kat Manek Urai. Tunjuk IC je dah boleh tau sape penyokong BN-UMNO yang layak menerima elaun tambang.

Bukan ape takut ramai yang menyamar so duit agihan tentulah tak cukup. Terpaksalah mintak bantuan dari KL supaya turun lagi banyak duit dan bila nak cepat kenalah naik helicopter kot.

Lawak sepetang di Manek Urai.... Memang betul-betul lawak laaa. TPM pastinya sakit kepala ni sebab dengarnya duit untuk elaun tambang dan elaun kerja petugas BN-UMNO tak cukup.

Gasaklah... Yang pastinya tergadai lagilah duit rakyat.

Hari Ni Saje : 4 Laporan Tentang Kes Rogol

Sekadar renongan...

Apa nak jadi dengan nagara kita nii... Jenayah rogol menjadi-jadi. Itulah bila nama saje ’Negara Islam’ tapi selagi hukum Allah tidak ditegakkan, maka buatlah apa saja cara untuk mengatasi permasalahan ini tidak akan mendatangkan hasilnya.

Kecuali kita kembali kepada hukum-hukum Allah. Sesungguhnya Hanya perlaksanaan hukum Allah ini yang dapat menjamin kesejahteraan ummah. Tepuk dada tanya iman!!

Kes Pertama : Datuk Rogol Cucu

Hukuman : Penjara 40 tahun dan 24 kali sebatan

Seorang datuk diperintah menjalani hukuman sebatan 24 kali selepas mengaku merogol cucunya sebanyak dua kali tahun lepas.

Warga emas berusia 58 tahun itu dan identitinya dirahsiakan diperintah menjalani hukuman penjara berjumlah 40 tahun atas kesalahan sumbang mahram.

Bagi kesalahan pertama, datuk berkenaan didapati merogol cucunya yang ketika itu berusia 13 tahun di pondok mereka di sebuah kampung terpencil di Daerah Muar, Johor kira-kira pukul 11 malam, 19 Julai tahun lalu.

Kesalahan kedua pula dilakukan kira-kira pukul 10 malam, 1 Ogos tahun lalu di tempat yang sama.

Dia yang mengaku melakukan kedua-dua kesalahan itu diperintah menjalani hukuman penjara 20 tahun dan sebatan 12 kali bagi setiap tuduhan dan hukuman berjalan berturutan.

Kes Kedua : Bomoh Rogol Anak Saudara

Hukuman : Penjara 15 tahun

Panel pada kes pertama turut mengekalkan hukuman penjara 15 tahun ke atas seorang bomoh kerana kesalahan merogol anak saudaranya yang ketika kejadian berusia 30 tahun.

Lelaki itu bagaimanapun terlepas hukuman sebatan kerana kesalahan itu dilakukan pada 16 November 2001 walaupun ketika itu usianya melebihi 50 tahun.

Pengamal perubatan tradisional itu didapati merogol mangsa kini berusia 38 tahun di antara pukul 8 malam dan 9 malam di sebuah kebun kelapa sawit di Parit Jawa, Muar.

Dalam kejadian itu, bomoh itu menyatakan, mangsa juga perlu dirawat dengan dimandikan di kolam air panas bagi mengubati bapanya yang dikatakan terkena buatan orang.

Kes Ketiga : Pemuda 26 Tahun Rogol, Liwat dan Seks Luar Tabii

Hukuman : Penjara 50 tahun, 34 sebatan

Hukuman yang dijalankan secara berturutan itu adalah bagi kesalahan rogol, liwat dan seks luar tabii.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan sebatan 24 kali terhadap Ismail Shah yang mengaku bersalah atas tujuh kesalahan rogol, seks luar tabii dan liwat terhadap tiga mangsa yang masing-masing berusia 24 tahun, 16 tahun dan 12 tahun.

Dia melakukan kesalahan itu di Apartmen Ixora, Jalan Tun Razak dan Kondominium Bamvilla, Taman Maluri, Cheras, masing-masing pada 9 Disember 2004, 2 Februari 2005 dan 3 Ogos 2006.

Di Mahkamah Sesyen Ampang, Selangor pula, Ismail Shah mengaku merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang remaja 15 tahun di kawasan semak di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang pada 4.50 petang, 19 Ogos 2004.

Dia dikenakan penjara berjumlah 20 tahun dan sebatan 10 kali bagi kesalahan-kesalahan itu. Hukuman yang dijatuhkan oleh kedua-dua mahkamah berjalan secara berturutan.

''Selain dirogol, mangsa-mangsa turut diliwat dan dipaksa menghisap kemaluannya serta ada yang diambil gambar bogel,'' ujar beliau.

Kes Keempat : Pengawal keselamatan Rogol Anak

Hukuman : 16 September jatuh hukum

Seorang pengawal keselamatan menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan merogol anak kandungnya yang merupakan anak luar nikah pada pertengahan April lalu.

Lelaki yang berusia 32 tahun itu menukar pengakuan selepas pertuduhan ke atasnya disebut semula hari ini bagi membolehkan dia melantik peguam serta penetapan tarikh bicara.

Dia didakwa melakukan sumbang mahram terhadap anak gadisnya yang berusia 13 tahun dua bulan di rumah mereka di sebuah taman perumahan di Batu Tiga di sini kira-kira pukul 7.15 malam pada pertengahan April lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Diyana Ismail mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali jika disabitkan kesalahan.

Hakim Wan Norisham Wan Yaakub menetapkan 16 September ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.

Entri berkaitan klik di sini

Nota : Masih lagi selamatkah anak-anak perempuan kita di luar sana, cucu-cucu kita di rumah.... isteri kita dan juga setiap insan yang bernama perempuan @ wanita!!!!

Kes Selsema Babi Terus Meningkat - WHO

Wabak selesema babi gagal dihentikan - WHO

GENEVA 14 Julai - Wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) kini semakin meningkat tanpa henti dan semua negara perlukan vaksin, kata seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) hari ini menyusul 12 kematian baru yang dilaporkan.

Britain, Brazil, Colombia, Mexico, Filipina dan Thailand semuanya melaporkan kematian pada Isnin, manakala Arab Saudi telah menutup sebuah sekolah antarabangsa selepas 20 pelajar didapati membawa virus H1N1.

Susulan meningkatnya jumlah kematian, pegawai WHO berkata, vaksin selesema babi sepatutnya sudah dapat diperoleh seawal September dan negara di seluruh dunia memerlukannya untu melindungi negara masing-masing.

Sekumpulan pakar vaksin merumuskan selepas mengadakan pertemuan baru-baru ini bahawa "wabak H1N1 gagal dihentikan dan dengan itu semua negara memerlukan vaksin," kata Marie-Paul Kieny, pengarah penyelidikan vaksin WHO.

Lebih dari 90,000 kes selesema babi telah dilaporkan di seluruh dunia, termasuk 429 kematian manakala angka yang diterima WHO akan bertambah berbanding minggu lalu. - AFP

Pemuda Gerakan sertai demo anti-ISA

Pemuda UMNO tak nak join keee...

Dalam satu tindakan yang berani, Pemuda Gerakan secara terbuka menyatakan sokongan terhadap - dan turut serta dalam - demonstrasi besar membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) awal bulan depan.

"Pemuda Gerakan akan menggerakan sekumpulan ahli (Pemuda) untuk menyokong perhimpunan aman MANSUH pada 1 Ogos ini bersempena ulang tahun ke-49 (pelaksanaan) ISA," kata ketua biro khidmat guaman dan aduan awamnya Andy Yong.

Perhimpunan besar anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) turut disertai parti-parti pembangkang dan NGO hak asasi.

Beliau juga berkata parti komponen BN itu beriltizam melindungi dan mempertahankan hak-hak asasi manusia dan kebebasan asas seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia (UHDR) 1948.

Tarikh 1 Ogos dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal sejak 1 Ogos tahun 1960.

Jumaat lepas, mesyuarat jawatankuasa induk Himpunan MANSUH yang dianggotai pemimpin parti politik, NGO, mahasiswa sepakat menetapkan perhimpunan tersebut jam 2 petang di tiga lokasi utama di Kuala Lumpur - tempat-tempat itu belum diputuskan.

Menurut kenyataan GMI, mesyuarat itu juga memutuskan untuk menghantar satu "deklarasi rakyat" kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Surat memohon temujanji dengan pihak Istana Negara akan dikirim tidak lama lagi," kata Syed Ibrahim.

"Rakyat digalakkan untuk memakai pakaian warna tema merah hitam bagi menunjukkan solidariti ketika perhimpunan."

Menurutnya lagi, Himpunan MANSUH diadakan sebagai kesinambungan kempen GMI untuk membela nasib tahanan dan keluarga, dan juga menutup Kem Kamunting, Taiping.

"Siri ceramah umum sedang giat dijalankan di seluruh negara hinggalah menjelang 1 Ogos 2009," tambahnya.

Maklumat berhubung demonstrasi itu boleh diperolehi di blog himpunanmansuhisa.wordpress.com, kain rentang, poster dan risalah di seluruh negara.

Catatan : Post pada entri ini membuktikan Wak menyokong Himpinan MANSUH yang dianjurkan ini. Kalau ada kesempatan InsyaAllah Wak akan turun....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails