7.07.2009

Pelajar Ditahan Cawangan Narkotik

Masalah pelajar sekolah lagi.....

KUALA TERENGGANU: Tiga pelajar antara yang ditahan cawangan narkotik negeri selepas mendapat maklumat mengenai pembabitan mereka dalam penyalahgunaan dadah sebelum tangkapan dilakukan semalam.

Dalam kejadian pertama, pasukan polis yang menerima maklumat awam melakukan serbuan di sebuah rumah di Kampung Gong Kijang, di sini, kira-kira jam 1 pagi dan menahan dua pelajar tingkatan lima dari sebuah sekolah menengah di bandar ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Roslan Abdul Wahid berkata, dalam serbuan itu kedua-dua pelajar terbabit berada dalam keadaan khayal dipercayai mengambil pil kuda jenis WY.

Menurutnya, pelajar terbabit menjadikan bilik tidur salah sebuah rumah antara mereka sebagai tempat untuk melepaskan gian mereka, walaupun ketika ibu bapa mereka berada di rumah dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 - HMETRO

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails