Tawaran jambatan di Manek Urai : Bunyi Macam Rasuah Jee..
Kalau merujuk kamus Dewan , rasuah didefinisikan sebagai 'pemberian untuk menyogok atau menyuap'. Tapi tak taulah pulak tawaran yang dibuat oleh TPM ni boleh dikategorikan sebagai rasuah atau tidak.
Wak cuma muskil dengan tawaran yang dibuat ini hanya jika mengundi BN. Jika sebaliknya, melopong la penduduk Manek Urai. "Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN."Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN petang tadi.
Kalaulah pihak kerajaan benar-benar prihatin dan ikhlas, tak perlulah nak mengugut rakyat sedemikian rupa. Jika pihak kerajaan BN benar-benar di hati rakyat, sudah pasti mereka akan memberikan undi untuk BN.
Ini seolah-olah seorang bapa yang memberikan keperluan pendidikan anak-anak dengan meletakkan syarat-syarat tertentu sebelum melaksanakannya. Sedangkan itu sebenarnya adalah tanggungjawab seorang bapa bagi memastikan anak-anaknya berjaya dalam pendidikan.
Lu pikirla sendiri....
Kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.
Tawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Umno petang tadi.
Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.
Manek Urai Lama merupakan sebuah kawasan dalam Manek Urai yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Bersempadan dengan Manek Urai Lama, ia dihubungkan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300 meter.
Tidak ada jalan alternatif lain bagi penduduk kawasan tersebut untuk keluar ke jalan besar yang menghubungkan bandar Kuala Krai dengan Gua Musang.
No comments:
Post a Comment