
Lagi satu hukuman tembak ni dikenakan kepada si peragut yang sekarang ni memang tiada jalan penyelesaiannya. Boleh dikatakan setiap hari ada saja kes ragut dan yang sedihnya bila melibatkan kehilangan nyawa.
SANAA - Seorang lelaki Yemen ditembak mati oleh pasukan penembak di sebuah kawasan awam semalam selepas dia disabitkan kesalahan merogol dan membunuh seorang budak lelaki pada tahun lalu.
Lelaki itu, Yahia al-Raghwa yang berumur 22 tahun didapati bersalah merogol dan membunuh Hamdi Abdullah berusia 11 tahun di kedai gunting miliknya di sini pada Disember lalu.
Dia ditembak mati oleh satu pasukan penembak di sebuah kawasan awam dengan disaksikan oleh ratusan orang termasuk keluarga pesalah itu.
Hukuman pesalah di Yemen dilakukan berdasarkan undang-undang syariah Islam. - AFP
No comments:
Post a Comment