Allah Maha Besar...
Pada entri kali ini Wak nak bercerita pasal SYUKUR … Bersyukurlah diberi ‘kemenangan’ dan ‘kekalahan’. Bersyukurlah diberi ’kesihatan’ dan ’kesakitan’. Bersyukurlah diberi ’kesenangan’ dan juga ’kesusahan’. Dan yang pentingnya bersyukurlah kita dikala terasa nikmat kebahagian.....
Rasa untuk bersyukur memang senang diucapkan tetapi berapa ramaikah dari kalngan kita yang sering bersyukur…
1. Terlupa untuk bersyukur. Semasa kita hendakkan sesuatu, amboi bukan main lagi kita panjatkan doa kepada Allah agar diperkenankan doa kita tuuu… tapi apabila sudah dapat apa yang dihajati, ramai pula yang lupakan Allah. Pendek kata lupa hendak bersyukur. Kalau ada pun mula-mula tu bersyukurlah… tapi selepas itu apabila kerja semakin sibuk, doa entah kemana, syukur jauh sekali.
2. Tidak bererti harta kekayaan kalau jiwa miskin, rumah lapang tetapi hati sempit, berilmu pengetahuan tetapi berpekerti buruk, berpangkat tinggi tetapi hidup dalam kebencian orang, harta menimbun-nimbun tetapi badan memanjang sakit dan yang paling teruk semua kekayaan yang kita miliki tidak membawa apa-apa erti jika kita tak ‘gheti’ BERSYUKUR.
3. Tanda-tanda kebahagian :
i. Apabila bertambah ilmunya bertambah pula rasa syukurnya
ii. Apabila bertambah amalnya, bertambah pula ras takut kepada Allah
iii. Apabila bertambah umurnya, beransur kurang tamak pada dunia
iv. Apabila bertambah harta, bertambah pula pemurahnya
v. Apabila bertambah pangkat dan kedudukan, bertambah dekat dengan orang bawahannya
4. Kesenangan tubuh terletak pada sedikit makan. Kesenangan jiwa terletak dalam sedikit berbuat buruk. Kesenangan hati terletak pada sedikit kepentingan. Kesenangan lidah terletak pada sedikit berbicara yang bukan-bukan dan kesenangan nikmat adalah apabila kita pandai BERSYUKUR.
5. Jika Allah mahu mendidik manusia, maka diturunkannya kesusahan dan kemudaratan. Maka BERSYUKURLAH jika kita ditimpa kesusahan kerana itu tandanya Allah masih ingat kepada kita.
6. Jangan sering mengeluh dengan kekurangan yang kita ada. “Jangan mengeluh hanya kerana kita tidak mempunyai kasut sedangkan ada orang yang tidak mempunyai kaki” .. BERSYUKURLAH
7. Jarang antara kita yang menyedari bahawa SYUKUR itu juga adalah nikmat daripada Allah yang dianugerahkan kepada kita. Jika ia tidak dianugerahkan kepada kita, pasti kita tidak tahu bersyukur. Kesimpulannya, SYUKUR juga adalah milik Allah dan bukan milik kita.
Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri...
No comments:
Post a Comment