7.01.2009

PPSMI : Awal Julai Telah Menjelma

Wajib lulus Bahasa Inggeris 2012...

Isu PPSMI masih lagi belum selesai, nampaknya pihak kementerian pelajaran melalui Timbalan menterinya masih sibuk dengan membawa isu yang baru. Rakyat terus menjadi penanti yang tak pasti dalam isu PPSMI.

Namun isu yang bermain difikiran Timbalan Menteri Pelajaran masih lagi memikirkan bagaimana nak melaksanakan wajib lulus BI. Sedangkan rakyat sedang menanti pengumuman dari Menteri Pelajaran tentang nasib PPSMI.

Jangan jadikan rakyat terus menanti dengan disogokkan laporan demi laporan.....

KUALA LUMPUR – Kerajaan menimbang kemungkinan untuk mewajibkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lulus subjek Bahasa Inggeris sebagai syarat kelayakan untuk mendapatkan sijil menjelang tahun 2012.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pertimbangan itu adalah berdasarkan cadangan yang diterima daripada pelbagai pihak dan 85 peratus daripadanya bersetuju untuk melaksanakannya.

Bagaimanapun katanya, beberapa perkara penting perlu diperhalusi bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran subjek tersebut sebelum ia dilaksanakan.

“Kita tidak mahu terburu-buru dan kita kena pastikan tenaga pengajar mencukupi serta kualiti guru-guru terlibat meningkat.

“Tenaga pengajar luar dari United Kingdom dan Australia seperti yang dicadangkan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dipertimbangkan bagi tujuan tersebut,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails