7.09.2009

PPSMI 2012 : Apa Kata Keadilan

Keputusan Tentang PPSMI Mengecewakan ...

Biro Politik KEADILAN yang bermesyuarat petang semalam membincangkan keputusan Kabinet tentang polisi pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), seperti diumumkan oleh Menteri Pendidikan merangkap Timbalan Perdana Menteri.

Kami berpendapat keputusan itu adalah kurang daripada yang diharapkan dan mengecewakan. Ia melengah-lengahkan apa yang patut disegerakan.
Sepatutnya PPSMI itu dari mulanya tidak dilaksanakan sama sekali. Sebaliknya selepas berbelanja lebih dari RM4 bilion untuk melaksanakannya dan setelah didesak oleh pelbagai pihak barulah kini Kabinet putuskan untuk memberhentikannya.

Yang mengecewakan ialah Kabinet memutuskan penamatan dasar bebal ini akan berkuat kuasa pada tahun 2012 dan bukannya serta-merta mulai tahun hadapan. Kenapa mesti ditangguh selama tiga tahun tidak diterangkan oleh Menteri Pendidikan.

Seterusnya, murid-murid yang sekarang belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris akan dipaksa terus mengikuti polisi ini sehingga tamat persekolahan mereka. Ini tidak akan meredakan rasa tidak puas hati di kalangan ramai anggota masyarakat, terutama yang memperjuagkan kedaulatan Bahasa Malaysia.

PPMSI telah dilaksanakan serta-merta tanpa sebarang kajian dan tanpa perundingan ramai. Kenapakah apabila hendak ditamatkan perlu dilengah-lengahkan? Kami menggesa supaya Kabinet bersikap ikhlas dan mengkaji semula keputusannya.

KEADILAN menegaskan kepercayaannya bahawa murid-murid perlu cekap dalam bahasa Inggeris. Sebaik-baiknya ini dilakukan dengan mengajar bahasa dan sastera Inggeris sebagai mata pelajaran. Kerajaan berdadang hendak mengambil guru-guru bahasa Inggeris dari luar. Kita mesti pastikan meraka terlatih dan berdedikasi. Beberapa tahun lalu ada percubaan mengimport guru Inggeris, akan tetapi akhirnya gagal.

DR. SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden KEADILAN

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails