7.08.2009

Halalkah Makanan Hotel Di Malaysia?

Dapur tiada sijil halal ....

KUALA LUMPUR – Hanya 170 dapur hotel daripada lebih 2,000 hotel di negara ini mempunyai sijil halal yang disahkan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Jamil Bidin, hotel yang mempunyai sijil halal itu meliputi 15 buah hotel lima bintang, hotel empat bintang (23), hotel tiga bintang (101), hotel dua bintang (14) dan selebihnya hotel tanpa bintang.

Katanya, antara faktor yang menyebabkan pengusaha hotel terbabit gagal mendapatkan sijil tersebut ialah kelewatan mereka menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan kepada HDC.

“Masalah utama sijil halal lewat diproses ialah kerana pihak kami terpaksa menunggu penyerahan dokumen berkaitan daripada pengusaha-pengusaha hotel itu seperti sijil halal bahan kandungan dan rempah.

“Maklum balas terhadap permintaan kami amat lembab. Dalam mengeluarkan sijil halal dapur, kami perlu tahu semua bahan yang digunakan di dapur, di mana mereka membeli bahan kandungan dan sama ada pembekal mereka itu mempunyai sijil halal atau tidak,’’ katanya pada sidang media di sini semalam - Kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails