Showing posts with label JENDELA DUNIA. Show all posts
Showing posts with label JENDELA DUNIA. Show all posts

8.04.2013

VIDEO : Penyokong Murshi Ditembak Ketika Solat

Mereka menghadapi ujian yang amat getir berbanding kita di Bumi Malaysia


Menjelang Syawal tiada makna bagi mereka....
Mudah-mudahan mereka tabah menghadapi ujian yang maha hebat ini... Amin!!!!

7.15.2013

Isu Mesir : NEGARA DAN AGAMA HANCUR APABILA KEBATILAN BERKUASA

Pasukan keselamatan mengarahkan Masjid Al-Azhar ditutup dan dilarang untuk solat Zohor hari ini (ahad) setelah ribuan ulamak Al-Azhar dijadualkan mengadakan muktamar di masjid berkenaan Zohor ini.
Pihak keselamatan juga melarang azan Zohor dikumandangkan,sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Mesir sejak penjajahan Perancis di Mesir, lapor Ikhwanonline.

Ulamak Al-Azhar dijadualkan mengadakan perarakan ke dataran Raba'ah selepas Zohor hari ini sejurus muktamar tamat yang akan bergerak dari Masjid Al-Azhar yang jaraknya lebih 20 km.

Anggota Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dr.Jamal Abdul Hadi berucap di Masjid Al-Azhar hari ini dalam muktamar ulamak Al-Azhar menolak rampasan kuasa berkata, rakyat Mesir umumnya dan warga Mesir dari kumpulan Islam khasnya hari ini hidup dalam situasi "politik samseng".

Kumpulan Islam menurut beliau, menyertai demokrasi yang kemudian menyaksikan kehendak mereka dirampas. "Mereka bertindak atas nama demokrasi kononnya tetapi membubarkan Dewan Rakyat, Dewan Senat, membatalkan perlembagaan yang disahkan oleh rakyat dan menyingkirkan Presiden yang dipilih oleh rakyat."

Tegas beliau yang juga Pensyarah Sejarah Islam Universiti Al-Azhar, pendirian ulamak pada bila-bila masa juga ialah berhadapan dengan toghut dan kezaliman. "Dan mereka (ulamak) yang cuba bersembunyi pada waktu ini merupakan pengkhianat."

Bekas Menteri Wakaf, Dr.Tala'at Afifi berucap di dalam masjid Al-Azhar selepas solat Zohor tadi menggesa rakyat untuk menentang rampasan kuasa yang berlaku. Menurut beliau perancanganjahat ini telah dirancang lama bagi menafikan suara serta kehendak rakyat Mesir.

Pihak pengurusan masjid menghalang Dr.Tala'at menggunakan pembesar suara masjid dan melarang azan Zohor dikumandangkan.

Ahad | 14 Julai 2013 | 03.57 petang. Siaran televisyen Israel melaporkan El-Baradei dan beberapa pimpinan askar Mesir telah melakukan lawatan selama 5 jam ke Israel.

Apakah tindakan mereka selepas ini? kebaikan atau kehancuran ?

Ya Allah Engkau hancurkanlah segala perancangan jahat Al Baradei, As Sisi dan sekutu mereka.

4.19.2013

Macam-macam Ada.... Kepala Kanak2 Tersepit Dicelah Dinding

BEIJING - Keseronokan seorang kanak-kanak bermain 'sorok-sorok' bersama rakan-rakannya berakhir insiden panik apabila kepalanya tersepit di celah bangunan di bandar Yulin, selatan China. 

Ketika kejadian, mangsa dikatakan cuba keluar dari celah bangunan tersebut namun gagal hingga menyebabkan seorang daripada rakannya terpaksa menghubungi ibu bapa mereka. Menurut laopran 

MailOnline pegawai polis tempatan berkata, anggota penyelamat mengambil masa tiga jam untuk mengeluarkan kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun. "Kepala kanak-kanak itu melekat pada dinding. Kami terpaksa menggunakan minyak pelincir untuk membantu mangsa," katanya. SH

Ibu mangsa menenangkan anaknya daripada ketakutan dan kesakitan

Anggota penyelamat cuba mengeluarkan kepala mangsa yang tersepit dicelah bangunan

Akhirnya kepala mangsa dapat dikeluarkan

2.27.2013

Seorang Ibu Sanggup Bunuh Anak Kerana Kemaluannya Mengecil

Bunuh anak kerana malu kemaluannya mengecil ... 

JAKARTA — “Kalau alat kelamin tak ada, lebih baik mati saja,” begitu kata seorang ibu berusia 38 tahun dalam keterangan kepada polis ketika mengakumembunuh anak lelakinya berusia tujuh tahun kerana malu dengan jiran-jiran di Jatinegara, Cakung, Jakarta Timur pada Selasa. 

Dalam kejadian di rumahnya itu pada tengah hari semalam, wanita itu dilaporkan telah membenam kepala kanak-kanak itu ke dalam baldi berisi air sehingga tidak bernyawa. Ibu itu juga mengikat tangan dan kaki anaknya agar dia tidak meronta. 

Dia telah menyerah diri di balai polis dan mengaku melakukan pembunuhan itu. Seorang jurucakap polis dipetik sebagai berkata oleh portal berita kompas.com bahawa kanak-kanak lelaki itu telah melalui proses berkhatan di kampung halaman di Grobogan, Jawa Tengah, pada Disember lalu. 

Setelah pulang ke Jakarta, wanita itu yang mendapati alat kelamin anaknya mengecil telah membawa anaknya ke sebuah pusat berkhatan di Bekasi, Jawa Barat. Usaha itu tidak memberi hasil sebagaimana yang diharapkan sehingga menyebabkan dia berasa malu dengan jiran-jiran dengan keadaan anaknya itu, kata jurucakap berkenaan. 

Selain motif perasaan malu, polis akan juga menyiasat motif lain dalam pembunuhan itu kerana jiran-jiran wanita itu tidak mengetahui masalah yang dialami kanak-kanak lelaki itu selepas dia berkhatan. — BERNAMA

2.07.2013

Gempar ! Kanak-kanak Sembilan Tahun Lahir Anak

BANDAR RAYA MEXICO - Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia sembilan tahun telah melahirkan seorang bayi perempuan, kata pihak berkuasa tempatan dan anggota keluarga kanak-kanak berkenaan semalam. 

"Kanak-kanak perempuan itu berusia lapan tahun semasa dia mula hamil. Bapa bayi yang dilahirkan itu pula merupakan seorang remaja berusia 17 tahun. Namun, kami masih tidak dapat menemuinya kerana dia telah melarikan diri," kata ibu kepada kanak-kanak perempuan berkenaan. 

Seorang pegawai di pejabat pendakwa raya daerah, Jorge Villasenor berkata, pihaknya sedang memburu remaja lelaki itu. Menurutnya, cerita sebenar perlu diketahui daripada remaja lelaki itu bagi mengetahui sama ada dia hamil kerana dirogol atau disebabkan penderaan seks. 

Bayi itu dilahirkan pada 27 Januari lalu di Hospital Zoquipan. Berat bayi itu ialah 2.7 kilogram. Kanak-kanak perempuan tersebut bersama anaknya perempuannya dibenarkan keluar dari hospital itu pada hujung minggu lalu. - AFP

1.28.2013

4 Artis Ditahan Berpesta Dadah

 IRWANSYAH dan Zaskia ketika hari perkahwinan mereka pada 15 Januari 2011
JAKARTA - Artis popular Indonesia Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 lagi ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, pagi Ahad. 

Mereka ditangkap sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah mendapat maklumat orang ramai. Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN Anang Iskandar pada sidang media di sini petang ini. 

Pasukan BNN turut merampas sejumlah dadah yang dipercayai jenis ganja dan pil khayal di tempat kejadian. Raffi yang juga bekas kekasih penyanyi Yuni Shara iaitu kakak kepada penyanyi Krisdayanti, sebelum ini dilapor telah mendaftar nama untuk menjadi calon Parti Amanat Nasional, pada pilihan raya umum Parlimen 2014 nanti. 

Media tempatan memetik Timbalan Ketua Umum PAN Dradjad Wibowo pada Ahad, sebagai berkata parti itu tidak teragak-agak untuk menggugurkan nama Raffi daripada senarai bakal calon PAN jika beliau disahkan terlibat dengan dadah. - Bernama

1.16.2013

Kanak-kanak 7 Tahun Di ROGOL Dalam Tandas Sekolah

NEW DELHI - India sekali lagi berhadapan dengan protes dan kemarahan besar-besaran berkaitan kes rogol, kali ini melibatkan seorang kanak-kanak tujuh tahun di Goa, barat negara itu. 

Kanak-kanak itu menjadi mangsa rogol di tandas sekolahnya, yang terletak di bandar raya Vasco da Gama, Goa, semalam. Polis kini memburu suspek yang dipercayai berusia awal 20-an. "Mangsa dirogol di bilik tandas ketika waktu rehat," kata polis. 

Bilik tandas terletak bersebelahan pengetua Sekoah Tinggi Deepvihar, yang turut menempatkan sekolah rendah. Beribu-ribu penduduk tempatan mengepung malam tadi sambil menggesa pengetua dan suspek ditahan. Pengetua ditahan atas alasan cuai. 

Ini kes ketiga mencetuskan kemarahan besar-besaran dalam tempoh sebulan ini. Bulan lalu. seorang pelajar dirogol oleh sekumpulan lelaki dan kemudian dicampak dari bas bersama rakan lelakinya. Dia meninggal dunia di Singapura. Minggu lalu seorang lagi menjadi mangsa kes rogol berkumpulan di negeri Punjab. - Sinar

1.05.2013

Ahli Politik ROGOL Seorang Ibu Dua Anak

Macam-macam ada....
NEW DELHI - Belumpun reda kemarahan rakyat ekoran kes rogol lima lelaki ke atas seorang gadis baru-baru ini, polis di negeri Assam, timur laut India menangkap seorang pemimpin parti Kongres yang memerintah negara ini, Bikram Singh Brahma kerana kesalahan yang sama kelmarin.
Dia ditangkap kerana didakwa merogol seorang ibu yang mempunyai dua anak di sebuah kampung di Santipur di daerah Chirang di negeri berkenaan.
Imej yang disiarkan di televisyen India menunjukkan beberapa wanita mengepung Brahma dan mengoyak bajunya. Seorang wanita turut menampar muka ahli politik itu.
Menurut polis, Brahma memasuki rumah wanita tersebut dan merogolnya pada pukul 2 pagi waktu tempatan.
Seorang pegawai polis, G.P. Singh berkata, ekoran jeritan wanita itu, beberapa orang di kampung tersebut keluar dari rumah dan menangkap Brahma.
Ketika kejadian, Brahma sedang melawat kampung tersebut. - Agensi

12.15.2012

20 Orang Murid Mati Ditembak

 26 termasuk 20 murid mati ditembak di sekolah....


NEWTOWN, Connecticut - Seramai 26 orang termasuk 20 kanak-kanak terbunuh dalam kejadian seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah sekolah rendah di sini, semalam - insiden paling buruk membabitkan kawasan sekolah dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

Suspek, seorang lelaki yang dikenali sebagai Adam Lanza, 20, ditemui mati di kawasan Sandy Hook Elementary School, dipercayai membunuh diri selepas menembak mangsa.

Adam juga dipercayai menembak ibunya sebelum menyasarkan sekolah tersebut. Dia dilaporkan menembak mangsa menggunakan dua pistol 9mm. Laporan CNN menyebut seorang cedera dalam kejadian itu. Antara maut termasuklah pengetua sekolah dan pakar psikologi.

Menurut polis, seorang dewasa turut ditemui mati di sebuah lokasi berbeza di Newtown. Polis juga berkata, mangsa di lokasi kedua dikenali sebagai Nancy Lanza, ibu kepada suspek yang melepaskan tembakan di kawasan sekolah.

Dia ditemui mati di rumah anak lelakinya. Nancy juga merupakan guru di Sandy Hook. Jurucakap polis Connecticut, Lt Paul Vance menyifatkan insiden ini sebagai sesuatu yang "tragis, sangat tragis." "Sukar untuk digambarkan," kata Vance kepada CNN. Abang suspek, Ryan berkata, Adam mempunyai rekod masalah mental. - Sinar

10.09.2012

21 Anggota Polis Terbunuh


KAHERAH 9 Okt. - Sekurang-kurangnya 21 anggota polis Mesir terbunuh manakala enam yang lain cedera dalam satu kemalangan di Sinai, semalam.

Agensi berita MENA melaporkan, kejadian itu berlaku apabila pemandu trak yang membawa kesemua anggota polis tersebut hilang kawalan lalu terbalik.

Ketika kejadian, pasukan polis tersebut dalam perjalanan untuk menjalankan tugasan mengawal di sempadan Israel. - AFP

6.22.2011

Gempar... Ketua Penggodam Ditangkap!

Laaaa..... Ingatkan ketua penggodam yang telah berjaya menggodam laman web kerajaan tempohari. Buat suspen jee tajuk berita nie.

Ketua penggodam kat Britain dah kena tangkap... Kat negara kita bila lagi. Nampaknya Pak Rais tak boleh tidor nyenyak. Tidornya sentiasa dibayangi dengan wajah-wajah penggodam..

WICKFORD, Britain - Polis menangkap seorang remaja di sini, England kerana disyaki menjadi ketua kumpulan penggodam antarabangsa, Lulz Security, yang bertanggungjawab melakukan serangan siber terhadap Agensi Perisikan Pusat (CIA) milik Amerika Syarikat (AS) dan Scotland Yard, lapor sebuah akhbar semalam.

Remaja tempatan berusia 19 tahun itu ditangkap dalam satu operasi bersama melibatkan polis Britain dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) juga dari AS.

Suspek kini disoal siasat di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Akta Penipuan Britain di sebuah balai polis di pusat bandar London.

"Tangkapan ini susulan siasatan terhadap pencerobohan rangkaian komputer sebilangan organisasi perniagaan dan agensi perisikan oleh kumpulan penggodam sama (Lulz Security)," kata seorang jurucakap Scotland Yard.

Lulz Security mendakwa bertanggungjawab menceroboh sistem komputer beberapa organisasi utama termasuk Agensi Jenayah Berat Terancang Britain, Senat Amerika Syarikat (AS) dan CIA selain firma permainan video Nintendo dan Sony.

Dalam satu mesej di Internet pada Ahad lalu, kumpulan itu mengisytiharkan perang serta-merta dan berterusan terhadap kerajaan dan syarikat keselamatan komputer di serata dunia.

Lulz Security menggesa pengikutnya supaya menceroboh dan merosakkan laman web kerajaan dengan keutamaan untuk mencuri dan mendedahkan maklumat sulit kerajaan termasuk e-mel dan dokumen.

Sasaran utama kumpulan itu adalah bank dan organisasi utama yang lain.

Laman web Agensi Jenayah Organisasi Serius merupakan sasaran terkini kumpulan pengodam tersebut kelmarin. - Agensi

3.15.2011

Jepun: Krisis Nuklear Paling Teruk Selepas Perang Dunia II


Radiasi yang merebak dari loji kuasa nuklear yang meletup di timur laut Jepun selepas dilanda tsunami dalam tempoh empat hari, memaksa kerajaan mengarahkan rakyat berdekatan supaya duduk dalam bangunan bagi mengelak terdedah.

Dalam kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen seluruh negara, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan, berkata kesan radiasi yang merebak dari empat reaktor di loji nuklear Fukushima Dai-ichi, wilayah Fukushima adalah kawasan paling diteruk ditimpa gempa bumi berukuran 9.0 magnitud dan ombak tsunami.

Krisis nuklear itu adalah paling teruk pernah dialami Jepun sejak kejadian pengeboman Hiroshima dan Nagasaki ketika Perang Dunia II.

Kan memberi amaran bahawa lebih banyak kebocoran mungkin berlaku dan meminta orang ramai supaya berada kira-kira 30 kilometer dari Kompleks Fukushima Dai-ichi bagi mengelak daripada terkena radiasi.

Operator reaktor telah meminta bantuan Amerika Syarikat manakala agensi berita Kyodo pula berkata kadar radiasi sembilan kali lebih tinggi daripada kedudukan yang dikesan di Kanagawa dekat Tokyo.

Dalam pada itu, Setiausaha Ketua Kabinet, Yukio Edano berkata, reaktor keempat di kompleks berkenaan terbakar dan banyak radiasi dilepaskan.

Sampai ke Tokyo

Tahap radiasi dikatakan 400 kali ganda dicatatkan hari ini di wilayah utara ibu negara Jepun, Tokyo selepas gempa bumi memusnahkan loji kuasa nuklear, lapor Kyodo News.

Angin perlahan yang bertiup dari loji nuklear Fukushima Daiishi akan memberi kesan ke atas terhadap ke atas Kyoto termasuk Tokyo.

Tahap radiasi kini dilaporkan pada tahap yang boleh mengancam kesihatan dan penduduk yang berada pada radius 30km daripada loji nuklear dinasihatkan berada di dalam rumah.

Pagi tadi, AFP melaporkan satu lagi letupan besar kedengaran di reaktor nuklear berlaku di kawasan yang teruk dilanda nuklear awal hari ini, letupan ketiga sejak Sabtu lalu, kata operator loji.

Sementara itu, pejabat kedutaan Perancis di Jepun menganggarkan paras radioaktif yang bocor daripada loji tenaga nuklear Fukushima, timur laut Jepun, dijangka mungkin sampai ke Tokyo dan kawasan persekitarannya dalam tempoh 10 jam.

Anggaran itu berdasarkan arah tiupan angin semasa di kawasan yang teruk dilanda gempa bumi dan tsunami. Jarak antara Tokyo dan kawasan loji itu adalah kira-kira 240 kilometer.

Kenyataan yang disiarkan pada laman web kedutaan Perancis bahasa Jepun itu menggesa

2.06.2011

Hosni Mubarak Manusia Terkaya Di Dunia


KAHERAH - Lebih kaya daripada pengasas bersama Microsoft, bilionair Bill Gates, malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.

Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.

Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.

Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.

Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.

Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.

Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.

Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar.

Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.

Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabar pada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.

Dua anak lelaki presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta (RM76 bilion). Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).

Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.

"Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya," kata profesor berkenaan.

Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.

Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama. - Agensi

12.02.2010

Jadi Bilioanir Jual Laman Web

Jadi kaya kerana internet...


LONDON - Seorang usahawan Internet, Andrew Mason, 29, bakal mengikuti jejak langkah pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 26, dengan menjadi bilionair apabila dia bersetuju untuk menjual laman web beliau kepada enjin carian Internet, Google, lapor sebuah akhbar semalam.

Mason dikatakan bersetuju untuk menjual laman web bernama Groupon itu kepada Google dengan harga £4.1 billion (RM20.2 billion).

Beliau sebelum ini turut dilaporkan menolak tawaran daripada sebuah lagi enjin carian Internet, Yahoo kerana ia hanya menawarkan sebanyak £1.3 billion (RM6.4 billion) untuk membeli laman web terbabit.

Laman web yang telah dibina sejak dua tahun lalu itu telah menawarkan sebanyak 1,000 peluang pekerjaan di tempat kelahiran Mason iaitu Chicago, Amerika Syarikat selain digunakan oleh 2.5 juta pengguna di Britain.

Bagaimanapun kerana kelebihan yang ditawarkan seperti diskaun pembelian tiket wayang dan pelbagai barangan lain melalui Internet sehingga 90 peratus, jumlah pelayar kini semakin bertambah sebanyak 10 peratus setiap minggu.

Bagaimanapun, ia masih tidak boleh menyaingi Facebook kerana laman sosial itu kini bernilai £32 billion (RM158.1 bilion). - Agensi

11.30.2010

Negara Arab Minta AS Serang Iran

Orang Islam sendiri dalangnya....

WASHINGTON - Dokumen sulit Amerika Syarikat (AS) yang didedahkan dalam laman web WikiLeaks di Internet kelmarin mendedahkan bahawa pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah meminta AS menyerang Iran.

Tujuan serangan itu diminta adalah untuk menghalang program nuklear Iran.

Maklumat itu didedahkan menerusi penghantaran maklumat menerusi kabel melalui kedutaan AS.

Ia turut mendedahkan bahawa AS, Israel dan negara-negara Arab mengesyaki bahawa Iran semakin hampir untuk mengeluarkan senjata nuklear.

Raja Arab Saudi berulang kali menggesa AS untuk menyerang Iran bagi menamatkan program senjata nuklearnya.

"Baginda (Raja Abdullah) memberitahu anda (pegawai-pegawai AS) untuk memotong kepala ular," kata Duta Arab Saudi ke Washington, Adel al-Jubeir.

Maklumat itu didedahkan berdasarkan satu laporan berhubung mesyuarat antara Raja Abdullah dengan pegawai tinggi tentera AS, Jeneral David Petraeus pada April 2008.

Maklumat itu turut mendedahkan bahawa:

* Pegawai-pegawai di Jordan dan Bahrain meminta secara terbuka supaya program nuklear Iran dihentikan dengan menggunakan pelbagai pendekatan termasuk ketenteraan.

* Pemimpin-pemimpin di Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir merujuk Iran sebagai jahat, satu ancaman yang wujud dan satu kuasa yang akan menyebabkan negara tersebut berperang.

* Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates memberi amaran pada Februari lalu bahawa jika usaha-usaha diplomatik gagal risiko perkembangan senjata nuklear di Asia Barat akan berlaku menyebabkan perang berlaku menerusi satu serangan Israel.

* Ketua Perisikan tentera Israel, Mejar Jeneral Amos Yadlin memberi amaran pada tahun lalu bahawa: "Israel tidak berada dalam satu kedudukan untuk silap penilaian ke atas Iran dan menjadi terkejut seperti AS mengenai serangan 11 September 2001."

Ketika ditanya mengenai kenyataan itu, jurucakap Jabatan Negara AS, PJ Crowley semalam menyatakan bahawa dasar AS adalah tidak memberi komen berhubung bahan-bahan itu.

Iran beulang kali menyatakan bahawa program nuklearnya adalah untuk membekalkan tenaga dan bukan mengeluarkan senjata nuklear. - Agensi

Note : Kemewahan telah membutakan mata-mata pemimpin-pemimpin Arab!

11.20.2010

Tunjuk Payu Dara Tanda Protes

Macam-macam ada.....

KIEV, Ukraine - Bagaimanakah cara untuk memprotes keganasan domestik, rasuah dan lawatan Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin ke Ukraine?

Jawapannya ialah tanggalkan coli anda.

Sekumpulan aktivis muda termasuk wanita semakin menjadi popular kerana mereka melancarkan protes dengan tidak memakai baju.

Wanita-wanita yang mendedahkan payu dara itu turut bergelut dengan anggota-anggota polis yang menangkap mereka.

"Jika seksualiti digunakan untuk menjual kereta dan biskut, kenapakah tidak menggunakannya untuk tujuan sosial dan projek politik," kata seorang pemimpin kumpulan aktivis itu, Anna Hutsul, 26.

Dia yang menjadi anggota pertubuhan Femen berkata: "Kadangkala anda perlu menunjukkan payu dara anda untuk tujuan ideologi."

Kumpulan itu yang ditubuhkan dua tahun lalu kini menjadi pergerakan yang popular sehingga mendapat liputan berita, program bual bicara dan blog gosip.

Anggota-anggota kumpulan itu menjadi amat popular sehinggakan Hutsul merancang untuk melancarkan parti politik bagi bertanding mendapatkan kerusi di Parlimen. - AP

8.28.2010

Kecanggihan Teknologi Terkini

Tengok rumah dipecah menerusi iPhone....

DALLAS, Amerika Syarikat - Seorang lelaki yang sedang bercuti 2,253 kilometer (km) dari rumahnya di sini menghubungi talian kecemasan 911 setelah dia melihat skrin pada telefon bimbit iPhone yang menunjukkan dua perompak memecah masuk ke kediamannya itu untuk merompak, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu, Vince Hunter menggunakan peralatan iCam yang berharga £2.60 (RM8.17) menyebabkannya boleh memantau penceroboh walaupun dia tidak berada di rumahnya baru-baru ini.

Dia mendapat maklumat mengenai pencerobohan itu selepas satu alat pengesan mendapati terdapat pergerakan dalam rumah menyebabkan alat tersebut menghantar mesej amaran kepadanya.

Hunter turut melihat kejadian di rumahnya itu menerusi iPhone yang menunjukkan dua perompak memakai sarung tangan manakala cermin pintunya pecah selepas dibaling dengan batu.

Dia yang berada di Connecticut untuk melawat ibu bapanya kemudian menghubungi talian 911 setelah melihat kejadian tersebut.

Dua perompak itu kemudian melarikan diri tanpa sempat melarikan barangan setelah beberapa anggota polis tiba di rumah tersebut. - Agensi

8.20.2010

Tuah Seorang Nelayan

Nelayan kahwin anak bilionair....

LONDON - Nasib seorang nelayan yang hidup amat sederhana dari Dartmouth, Devon, Britain, Guy Barnett berubah serta-merta apabila dia bertemu jodoh dengan anak perempuan seorang individu yang merupakan antara paling kaya di dunia di Kanada, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum meninggalkan kampung halamannya di Devon, Barnett bertugas membawa pelancong untuk menangkap ikan tenggiri di atas sebuah bot kecil berusia 80 tahun.

Barnett kemudian meninggalkan Devon untuk bekerja sebagai kelasi di atas sebuah kapal layar mewah milik seorang bilionair Kanada, John Risley yang kini menjadi bapa mertuanya.

Barnett berkenalan dengan anak bilionair itu, Sarah ketika dia bekerja di atas kapal tersebut.

Pasangan itu berkahwin di rumah agam milik Risley di Kanada pada Jumaat lalu.

Majlis sederhana tersebut dihadiri oleh 150 tetamu.

Mereka kemudian belayar ke Eropah dengan penuh bergaya di atas sebuah kapal layar mewah, Northern Star yang bernilai AS$156 juta (RM488 juta).

Kapal itu singgah di Dartmouth untuk majlis resepsi yang mewah.

"Kami mengadakan majlis resepsi di atas kapal bagi membolehkan rakan-rakan saya menghadirinya," kata Barnett.

Dia dan isterinya, Sarah berbulan madu di atas kapal mewah enam tingkat yang disewa khas oleh bapa Sarah, John sebagai sebahagian daripada hadiah perkahwinan untuk mereka.

Barnett sebenarnya sudah lapan tahun bekerja dengan Risley, 62, pemilik sejumlah kapal penangkap ikan di Amerika Utara. - Agensi

7.19.2010

Artis Termuda Di Dunia

3 Tahun Dah Buat Album....

KATHMANDU - Album seorang budak perempuan berumur tiga tahun, Atithi KC yang tidak tahu membaca telah dijual semalam manakala bapanya berusaha mendaftarkan nama anaknya di dalam Guinness Book of World Records.

Menurut Uddhab KC, bapa Atithi yang merupakan seorang komposer muzik, anaknya merupakan artis termuda di dunia.

Album iu mengandungi sembilan lagu termasuk lagu kebangsaan Nepal.

Pada pelancaran album itu semalam, Atithi menyanyikan tiga buah lagu daripada albumnya yang diterbitkan oleh syarikat milik bapanya, Orbit Publishers.

"Atithi mula bercakap semasa dia berusia enam bulan. Kakak sulungnya, Usna telah menyanyi sejak dia berumur empat tahun," kata bapanya.

Menurutnya, Atithi berminat untuk menyanyi selepas dia menyaksikan persembahan kakaknya itu.

Artis termuda itu menyanyi sejak dia berumur dua tahun dan sejak itu dia membuat persembahan pentas dan televisyen.

Atithi turut berlakon dalam satu video muzik lagunya. - Agensi

7.14.2010

Kerja paling busuk di dunia

Tak dapat dibayangkan.....

LEICESTER - Sekumpulan pekerja profesional menggali timbunan bahan buangan yang berbau busuk setinggi bas sembilan tingkat untuk dialihkan dengan menggunakan penyodok di dalam terowong kumbahan di bawah Dataran Leicester, London, lapor sebuah akhbar semalam.

Bukan sahaja kumbahan manusia yang mereka perlu alihkan tetapi kertas tandas yang dibuang menerusi lubang tandas dan minyak masak sehingga menyebabkan bahan buangan bertimbun.

Operasi itu bermula pada pagi semalam dan ia didakwa sebagai operasi pebersihan kumbahan paling terbesar pernah dilakukan.

Seorang pekerja di sebuah syarikat pembersih kumbahan, Danny Brackley berkata, pada mulanya pekerja-pekerja tidak dapat memasuki terowong kumbahan tersebut kerana ia disekat oleh timbunan bahan buangan.- Agensi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails