Showing posts with label BUDAK SEKOLAH. Show all posts
Showing posts with label BUDAK SEKOLAH. Show all posts
2.23.2012
UMNO Lawan PKR
Suatu pagi yang hening, seorang cikgu BM telah masuk ke dalam bilik darjah dengan gaya yang agak serius…. Maka bermulalah sesi pembelajaran pada pagi itu……
Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
1.03.2011
Sibuk Persiapan Anak Ke Sekolah
Anak-anak tak sabar nak ke sekolah...
Hari nie anak-anak dah mula ke sekolah. Sesi persekolahan yang baru 2011 dah bermula. Macam-macam persiapan yang di buat termasuklah bab menggunting rambut. Bagi anak Wak yang lelaki si Irham dan si Irfan memang Wak yang guntingkan rambut dia orang.
Semenjak kecil lagi memang Wak yang gunting rambut dia orang... Tak pernah antar ke kedai. Apa pesyen yang Wak buat terpaksalah dia orang terima. Bukan tak mampu nak gunting kat kedai, tapi sentuhan tangan bapak sendiri nie lagi berkat. Cuma Si Irham dah pandai mintak pesyen rambut 'plat top'.
Sekurang-kurangnya bila Wak gunting sendiri nie, dah jimat laa sikit. Kalau antar kedai mamak pun satu kepala RM5. Sekrang nie mana nak dpt harga tu lagi... Budak sekolah jee dah cecah RM8. Kalau dua orang dah RM16. Kalau gunting sendiri modal beli mesin gunting rambut jee dalam RM20 dah dpt yang baik. Boleh laa pakai 2-3 tahun kalau pandai penjagaannya.
Tuu baru cerita kedai gunting... Belum cerita pasal barang-barang keperluan yang lain. Rata-rata memang ada kenaikan termasuklah pakaian sekolah, alatan tulis, buku-buku dan macam-macam lagi. Kalau nak cerita pasal kenaikan harga nie memang tak abis. Semua barang naik. Nie pukulan bila pertol naik (walau 5 sen), gula naik... gas naik... Semua barang naik. Tapi yang pelik bin ajaibnya, gomen tetap dengan kata-kata manis 'kenaikan ini tak akan membebankan rakyat...', 'Kami akan pantau harga barang...' , dan yang paling sadis "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan!!!" .

Lain-lain persiapan ke sekolah dia orang nie, Wak dah buat pada minggu lepas termasuklah membeli buku dan membayar yuran persekolahan. Memang tak dinafikan perbelanjaan persekolahan anak-anak nie agak tinggi lebih-lebih lagi bagi mereka yang perpendapatan rendah... Kena pulak ramai anak yang bersekolah.
Apa pun kita kena pandai membuat perancangan kewangan untuk perbelanjaan awal persekolahan anak-anak pada setiap tahun. Yang wajibnya adalah perbelanjaan buku dan yuran persekolahan. Ajar anak-anak berjimat cermat. Mana yang boleh pakai, gunakan lagi pada tahun nie. Kalau semua nak berganti memang laa tinggi kosnya.
Apa pun terpulang kepada kemampuan dan kebijaksanaan ibu bapa dalam mempersiapkan keperluan anak-anak ke sekolah bagi sesi yang baru... Selamat melayan kerenah anak-anak bersekolah...
10.12.2010
Budak Sekolah Curi Motosikal
9 pelajar sekolah antara ditahan curi motor...
YAN: Dua belas orang termasuk sembilan pelajar sebuah sekolah di sini berumur antara 15 dan 21 tahun ditahan polis dalam dua operasi berasingan pada 4 Okt. dan semalam kerana mencuri motosikal.
Ketua Polis Daerah Yan DSP Ismail Abu berkata dalam operasi Ops Lejang Bersepadu semalam, polis menahan lima suspek, termasuk tiga pelajar sekolah, iaitu dua ditahan di sekolah dan tiga lagi di rumah masing-masing di Singkir Badung di sini.
"Polis telah merampas tiga buah motosikal curi dan sebuah motosikal yang menggunakan komponen yang dicuri manakala polis juga turut merampas empat rangka motosikal dan beberapa komponen yang lain yang telah dibuang ke dalam sungai,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini hari ini.
Beliau berkata selepas kelima-lima suspek itu ditahan, mereka telah membawa pasukan polis ke Sungai Segantang Garam dan menunjukkan tempat rangka dan komponen motosikal itu dibuang.
"Semua suspek ini mempunyai pertalian persaudaraan dan rumah mereka juga berdekatan,” katanya.
Ismail berkata dalam operasi berasingan iaitu pada 4 Okt lepas, polis telah menahan tujuh suspek termasuk enam masih bersekolah kerana melakukan kes yang sama.
"Mereka juga berasal dari kampung dan sekolah yang sama dengan kes semalam tetapi mereka itu adalah kumpulan yang berbeza.
"Suspek telah membawa pihak polis ke hutan paya bakau Sungai Pial dan polis menjumpai sebuah rangka motosikal di situ,” katanya.
Beliau berkata semua suspek direman selama empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
"Dengan tertangkapnya dua kumpulan ini, kita telah menyelesaikan banyak kes kecurian di sekitar daerah ini dan Sungai Petani,” katanya. - Bernama

Subscribe to:
Comments (Atom)