Showing posts with label PRU 13. Show all posts
Showing posts with label PRU 13. Show all posts

5.08.2013

PRU 13 : KITA TIDAK KALAH... CUMA KITA BELUM MENANG!!!

Kepada pejuang-pejuang reformasi
Pejuang-pejuang rakyat...
Ayuh bangkit!!!!

Buangkan kesedihan dan kedukaanmu
Tunjukkan pada mereka
hakikatnya...
"Kita tidak kalah... Cuma kita belum menang!!!

Nyanyian Kenangan
Pakatan Rakyat
PRU 13



Pergi pagi balik petang
Adakala sampai malam
Hari ini mereka menang
Kita tak berhenti berjuang

Ooooooooooh… Bersabarlah
Mungkin hari ini gelap
Tanda esok pasti cerah
Hari ini bukan mimpi
Tiba masa untuk berbakti
Ooooooooooh…. Bersemilah

Lamaku impi Negara Bersih
Supaya tiada yang tersisih
Jangan lupakan kenangan ini
Supaya kita teguh berdiri
Biar zaman berganti zaman

Andai kasturi hilang harum
Mawar tak berkuntum
Janganlah berkabung

Usah semalam direnung
Hari ini kita bangun
Percaya Maha Agung

Andai kasturi hilang harum
Mawar tak berkuntum
Janganlah berkabung

Usah semalam direnung
Hari ini kita bangun
Percaya Maha Agung

5.06.2013

TERKINI : BN KE PUTRAJAYA DENGAN MAJORITI MUDAH


BN menang
LAPORAN LANGSUNG

12.48am BN sudah mendapat 112 kerusi Parlimen, sekali gus kembali berkuasa dengan majoriti mudah.





SEKIAN... TAMAT SIARAN PRU 13

5.05.2013

TERKINI DARI MELAKA : ALI RUSTAM KALAH!!!!

NIE MEMANG BERITA PANAS .... 
TAPI BELUM RASMI LAAA...
DIRECT DAPAT DARI RAKAN PETUGAS YANG 
BERADA DI RUMAH MEDIA MITC MELAKA.....

CALON PKR 
SAUDARA SAM... MENANG BERGAYA!!!!


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin

AKHIRNYA TERCAPAI HASRAT TUN MAHATHIR : BN RAMPAS KEDAH!!!!!!!!

LAPORAN LANGSUNG

9.19pm: TAK RASMI – BN merampas Kedah dari PAS.

Sementara itu, PKR memenangi kerusi Indera Kayangan di Perlis. Ini merupakan kali pertama kerusi tersebut jatuh ke tangan pembangkang.

Indera Kayangan merupakan salah satu daripada lima kerusi bawah kawasan parlimen Kangar, dengan 47.7% Melayu, 46.8% Cina dan 4.3% India.

9.08am: Keputusan rasmi dari SPR untuk 31 kawasan parlimen di Sarawak:
BN - 16
DAP - 1

9.08pm: TIDAK RASMI
 Nurul Izzah Anwar mengekalkan kerusi parlimen Lembah Pantai dengan majoriti lebih kecil.

PKR - 27,234
BN - 25,666

Jumlah pengundi: 72,533

KEPUTUSAN TERBARU PARLIMEN MALAYSIA 2013 : BN 23 - PR 11

BARISAN NASIONAL - 23 

Putrajaya, Serian, Betong, Igan, Mukah, Julau, Lawas, Mambong, Saratok, Kanowit, Kapit, Mas gading, Batang sadong, Batang lupar, Merbok, Baram, Lubok antu, Sri aman, Limbang, Kota Samarahan, Sibuti, Setiawangsa, Titiwangsa

PAKATAN RAKYAT - 11 

Kucing, Lanang, Kampar, Bukit Bintang, Sarikei, Lembah Pantai, Seputeh, Segambut, Kepong, Bayan baru, Permatang pauh

Sumber : Era Pasca

TERKINI : BUKIT BINTANG KEKAL DAP


DAP pertahan Bukit Bintang
LAPORAN LANGSUNG

8.25pm: TAK RASMI Fong Kui Lun (DAP) berjaya mengekalkan kerusiBukit Bintang. Lebih 90 peratus keluar mengundi di kawasan tersebut hari ini. Beliau menewaskan pencabarnya Frankie Gan Joon Zin (BN).
DAP - 27,096
BN - 9,925
Jumlah pengundi: 55,887

Keputusan Terkini Parlimen : BN 7 PR 1

KERUSI PARLIMEN YANG TELAH DIMENANGI OLEH BN :

1. PUTRAJAYA
2. SERIAN
3. BETONG
4. IGAN
5. MUKAH
6. JULAU
7. LAWAS

KERUSI PARLIMEN YANG TELAH DIMENANGI OLEH PR :

1. BANDAR KUCHING


Nie Jawapan JPN Status 'BANGLA' Bersepah Semasa Proses Pilihanraya

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan isu yang tersebar di laman sosial Facebook berkaitan seorang warganegara yang didakwa sebagai 'Bangla' atau warga Bangladesh adalah tidak benar.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah Mohd Said dalam satu kenyataan berkata, akibat salah tanggapan, R.Rameish@Ramalingam telah dihalang daripada menunaikan hak dan tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum hari ini. "Semakan pada rekod jabatan mendapati bahawa beliau berstatus warganegara Malaysia secara kuatkuasa undang-undang dan dilahirkan di Pahang," katanya.

Beliau berkata, salah tanggapan itu timbul apabila orang ramai beranggapan bahawa beliau warga Bangladesh berdasarkan rupa paras fizikalnya.

Beliau menegaskan status kewarganegaraan seseorang ditentukan berdasarkan kepada status ibu bapa semasa individu itu dilahirkan, bukan berdasarkan kepada rupa paras fizikal, agama, bangsa dan keturunan. 

Jariah menasihati orang ramai agar tidak menggunakan ciri-ciri fizikal seseorang sebagai bukti untuk pengesahan status kerana penduduk Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa. Perlu merujuk kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya agar tidak mewujudkan persepsi yang salah dalam kalangan orang ramai, katanya.

Kejadian berlaku di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Taman Segar, Cheras hari ini semasa Rameish@Ramalingam beratur untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia mengundi bagi kawasan parlimen Cheras. - Bernama

Nie ape cerita Mat Bangla bersepah-sepah 
semasa proses mengundi...











Sumber : Gendang Perang

Laporan Terkini : Pakatan Rakyat Telah Menang....


Anwar dakwa 'Pakatan Rakyat telah menang'...


7.24pm: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan “Pakatan Rakyat telah menang”.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan maksud sebenar tulisannya itu, yang dimuatkan di Facebook dan Twitter malam ini.


Kami menggesa Umno dan SPR agar tidak merampas keputusan ini," katanya dalam tulisan tersebut.

Keputusan pilihan raya kini sedang diperolehi sedikit demi sedikit dari pusat penjumlahan.

7.24pm: Lim Kit Siang (DAP) mendahului di Gelang Patah. Datuk Abdul Ghani Othman (BN) kini dipintas dengan lebih 100 undi.

DAP - 3,567
BN - 3,422

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails