7.08.2009

Berhati-hati Dengan Ancaman Jenayah Siber

Ancaman jenayah siber meningkat

KUALA LUMPUR - "Bayangkan bank 'diserang', orang yang ada banyak duit tiba-tiba mendapati akaun duit mereka kosong dan inilah senario rapuhnya teknologi kalau kita tidak dilatih tentang ancaman alam siber."

Itulah gambaran diberikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof ekoran bahaya ancaman kes jenayah siber yang meningkat lebih 50 peratus di negara ini.

"Ancaman siber boleh berlaku pada bila-bila masa, di mana sahaja dan kepada sesiapa sahaja malah penjenayah moden itu berupaya menyerang infrastruktur dan sistem di negara kita," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan dan Pameran CyberSecurity SecureAsia@KL di sini semalam.

Menurut Fadillah, sebanyak 2,123 kes dilaporkan pada 2008 membabitkan kegiatan pencerobohan, kecurian maklumat akaun bank, serangan perkhidmatan, penggodaman, serangan kod berbahaya dan spam yang menyebarkan bahan lucah, ucapan benci, pesanan fitnah, hasutan dan judi yang semakin berleluasa di Internet.

Jelas Fadillah, walaupun teknologi maklumat memberi manfaat kepada manusia tetapi ada elemen yang perlu ditangani dengan baik dan berkesan - KOSMO

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails