7.02.2009

Ancaman Selesema Babi Makin Serius

38 lagi kes baru H1N1...

Nampaknya ancaman wabak selsema babi di negara kita semakin serius. Hari ni kita mendengar atau membaca berita tentang orang lain yang manjadi mangsa wabak H1N1. Mungkin dikalangan mereka adalah terdiri dari rakan atau kenalan kita, mungkin juga jiran tetangga, rakan sekerja dan mungkin saudara atau keluarga terdekat.

Namun yang pastinya kita semua terdedah dengan jangkitan wabak ini yang semakin hari dilaporkan semakin merebak bukan sahaja kes import tetapi kes yang melibatkan rakyat tempatan.

Untuk itu sama-samalah kita berwaspada dengan wabak selsema babi ini yang pada bila-bila masa mungkin akan menyerang kita dan keluarga tersayang. Bersamalah kita berdoa agar wabak ini akan dapat di atasi dengan kadar segera. Apa yang perlu bagi kita umat Islam, harus bermuhasabah diri dengan ujian yang Allah turunkan kepada semua umat manusia seluruh dunia.

PUTRAJAYA - Jumlah kes baru selesema babi meningkat hampir tiga kali ganda dalam tempoh 24 jam dengan rekod 38 kes semalam berbanding hanya 14 kes kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa wabak itu setakat ini 196 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 33 kes import manakala lima lagi penularan tempatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mangsa terbaru itu membabitkan 30 orang rakyat Malaysia serta lapan warga asing.

Bercakap pada sidang akhbar di sini semalam, beliau memberitahu, lima kes penularan tempatan itu membabitkan tiga pelajar Sekolah Menengah Tsun Jin, Cheras dan dua lagi kontak kepada kes import terdahulu.

"Dua sekolah, Sekolah Menengah Tsun Jin Cheras, Kuala Lumpur dan Sekolah Tinggi Chung Hwa, Seremban masih ditutup sehingga Jumaat ini dengan 4,668 orang dikuarantin,'' jelasnya.

Tiong Lai turut mengumumkan tambahan 29 klinik kesihatan di seluruh negara dan lima hospital swasta di Lembah Klang bagi khidmat pengambilan sampel kes H1N1.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails