7.08.2009

PPSMI : Apa Kata Dr. Mahathir

Pemansuhan PPSMI jejas masa depan anak-anak...

Pemansuhan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan menjejas masa depan anak-anak, sekaligus menjadikan mereka mangsa kepada keputusan kerajaan itu, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mantan Perdana Menteri itu yang jelas tidak gembira dengan keputusan tersebut menyifatkannya sebagai tindakan yang akan menyukarkan anak-anak untuk mempelajari dan mengetahui perkembangan dunia sains pada masa depan.

“Saya sedih kerana masa depan anak-anak, anak-anak akan jadi mangsa dasar ini,” katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Dr. Mahathir diminta mengulas mengenai pemansuhan PPSMI oleh Kementerian Pelajaran berkuatkuasa 2012 di sekolah-sekolah kebangsaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails