![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiF3BEhzuBTQG_SebCH6wnyKjYXHDJ01SoWG7c4Ohhaa_Aywd8E2cVTIkutzqfUvP9GgQW5-D6_PMzEzZ2zEgDZBMapiOdhuTeGkKAtK7nH6QjV28bV_xNZfHUF7Fh43d_T25ilz2ysd7a-/s400/de8e1269272db5a7bb2d0c6b522e2d6b.jpg)
Anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta. Rumah tersebut terletak di Jalan 1/7L di Seksyen 7, Shah Alam.
Mana orang Jawa ni cekau duit sebanyak itu agaknya. Mungkin dalam jawapan balasnya nanti, orang jawa ni akan bagi tahu satu Malaysia yang dia ada bukak kilang buat tempe kat Selangor dan dipasarkan keseluruh negara termasuk Sabah dan Serawak. Barulah nampak lojik camana boleh jadi kaya dalam jangka masa yang singkat.
Bukti menunjukkan bahawa orang Jawa sorang ni dan isterinya membeli secara bersama tanah tersebut dari Ditamas Sdn Bhd pada 2007. Pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan rumah tersebut ialah kira-kira RM20 juta.
Apataknya bro... pintu gerbang sahaja berharga kira-kira RM290,000. Jubin rumah yang di pasang adalah diimport . Dan yang pastinya ’istana’ ini jauh lebih besar daripada bunglo 17 bilik yang dibina oleh allahyarham Zakaria Mat Deros sehingga mencetuskan kontroversi pada 2006.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUSpkvWKU4Ld10eOfRxZkkp9tJJ8-C0SEQ4Q4VvwoQinciR3dq6EiQ7g9SA_oRsdcLaaLObXC1CwrXzNJSJa021rcBK1kmYVfFJ72rnsE5VsXBlB8m9SvAOxyGSoMPqfdOcY4uT3IGAgpZ/s400/845fa95575eff76aa1b0e61b25e84736.jpg)
Kalaulah betul bak di ceritakan... memang dia ni buat malu orang Jawa laa... Nasib baik Wak bukan Jawa Selangor... Cuma kena tempiasnya je lah... Apapun bak kata Nabil, ”lu pikirla sendiri!!!!”
No comments:
Post a Comment