Selesai urusan kroni punca pemansuhan PPSMI dikuatkuasa 3 tahun lagi!
Keliru.... Macam lagu Nurul & Ajai. Tetapi itulah hakikatnya merujuk kepada penghapusan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang hanya dibuat 2 setengah tahun lagi dan bukan sekarang. Itupun jika dihapuskan pada awal tahun 2012.
Inilah isu yang perlu diketahui oleh semua pihak termasuk ibu bapa yang berada diceruk-ceruk kampung. Mengapa kerajaan perlu mengambil masa 2 tahun lagi untuk menguatkuasakan penghapusan PPSMI. Persoalan ini seharusnya dijawab kerajaan kerana dibimbang ada agenda di sebaliknya.
Naib Presiden PAS Dato Mahfuz Omar berkata, penguatkuasaan pada 2012 agak terlewat setelah ia diperkenalkan pada 1999.
Katanya, beliau antara pihak yang terlibat menentang keras PPSMI pada peringkat awal kerana sudah menyedari tindakan tersebut merugikan anak Melayu terutamanya mereka yang tinggal diluar bandar.
"Saya yakin langkah yang diambil Timbalan Perdana Menteri menghapuskan PPSMI pada 2012 untuk memastikan kontraktor pembekal dan kroni yang mendapat anugerah membekalkan peralatan ICT mendapat manfaat sepenuhnya," katanya pada program ceramah di Manjor
Mahfuz juga menempelak segelintir pemimpin Umno yang dulunya beria-ia menyokong PPSMI yang dilaksanakan Tun Dr Mahathir Mohamad, tiba-tiba hari ini menyokong pula pembatalan tersebut.
"Tuan-tuan boleh lihat sendiri setelah sekian lama pihak pembangkang bersama Gerakan Mansuhkan PPSMI mengadakan pelbagai bantahan, menghantar memorandum, menghimpunkan 100,000 rakyat, tiba-tiba mereka yang dahulu menyokong dasar itu mengambil tindakan sebaliknya.
"Tidakkah ini dinamakan sebagai sikap hipokrit yang memperlihatkan kepentingan diri dan bukan untuk faedah masyarakat," katanya.
No comments:
Post a Comment