Pelajar ketagih seks di kandang kambing...
Apa nak jadi dengan pelajar-pelajar kita nii... Dah setaraf dengan kambing budak ni. Dah tak kenal yang mana baik dan yang mana buruk, yang mana halal dan yang mana haram. Nafsu dah menguasai akal fikiran... nafsu kambing... kambing pun tak menipu emak bapak dia.
Tapi ini kes boleh dikategorikan kes rogol.. sebab pelajar ni bawah umur. Apa pun bila berlaku masalah sosial terutama yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah kita kena tanya sejauh mana peranan emak bapak dalam mengawal perilaku anak-anak.
Sepatutnya emak bapak kena peka dengan apa saja yang dilakukan oleh anak-anak terutama melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah. Ini ternmasuk dengan siapa mereka berkawan, aktiviti di luar rumah, pergi dan balik sekolah perlu sesekali dilakukan pengawasan dan jika perlu buat 'sport check'... Sampai tak sampai ke sekolah. jangan melepaskan tanggungjawab mengawal dan mendidik anak-anak hanya kepada guru-guru dan pihak sekolah.
So sama-samalah kita mengambil iktibar dari apa yang berlaku ini. Mungkin satu hari nanti kita akan diuji dengan permasalahan sebegini. Kepada para ibu bapa perlu lebih perihatin dengan apa saja aktiviti anak-anak termasuklah menjalin hubungan yang baik dengan pihak sekolah.
SEPANG - Seorang pelajar wanita tingkatan tiga yang ketagih seks sanggup membuang lebih 10 pucuk surat amaran yang dihantar pihak sekolah semata-mata mahu terus bermadu kasih dengan teman lelakinya di dalam kandang kambing di Jenderam Hulu di sini sejak tiga bulan lalu.
Pihak sekolah terpaksa menghantar surat amaran berulang kali ke rumah pelajar itu kerana gadis terbabit kerap ponteng sekolah dalam tempoh itu.
Pelajar berusia 15 tahun itu pula akan membuang surat-surat dari pihak sekolah yang sampai ke rumah bagi mengelak tembelangnya diketahui ibu bapanya.
Sepanjang memadu kasih dengan pemuda berusia 19 tahun itu, mangsa dikatakan mengambil pil pencegah kehamilan yang dibeli kekasihnya setiap kali sebelum mereka melakukan hubungan seks.
No comments:
Post a Comment