4.10.2010

Mengapa Pelajar Semakin Kurang Ajar….

Rotan kalau disimpan...anak jadi setan!

Wak dulu pernah jadi Warden.... Ketua Warden... dan Guru Disiplin di SMVKK @ SMTKK Jelebu. Mula posting tahun 1994 bulan Disember hingglah Mac 2003. Selepas tuu pindah mengajor di Kolej Komuniti Jelebu... dan sekarang di KKBB Melaka.

Banyak pengalaman yang Wak dapat semasa mengajor di Kuala Klawang. Sekolah nie kira kawasan luar bandar. Budaya kurang ajar pelajar-pelajar tidak begitu serius. Walau degil macam mana sekali pun, rasa respek pada cikgu tuu masih menebal.

Tapi zaman sekarang tak kira di sekolah bandar mahu pun di kampung atau kawasan felda... Pelajar2 dah kurang respek lagi kat cikgu-cikgu, kadang-kadang tu ada yang sanggup pukul cikgu, rosakkan harta benda cikgu, dendam dan macam-macam lagi. Dan yang terbaru mencederakan cikgu dengan cara yang begitu biadap dan kurang ajar. (Kisah lanjut pada entri sebelum ini)

Wak cukup terasa yang amat geram dan marah bila membaca cerita guru disiplin kena 7 jahitan akibat dari perbuatan pelajar-pelajar yang bermasalah tetapi tak boleh nak ditegur. Tak boleh nak dimarah.... Tak boleh nak disentuh.... Memang cukup biadap!!

Lagi satu perkara...sekarang zaman dah berubah. Ibu bapa dah banyak yang pandai pandai. Guru tak lagi dihormati. Guru siapa? Lepasan maktab. Ibu bapa banyak ada degree. Guru sudah boleh disaman. Guru-guru sudah boleh dipukul. So jangan rasa pelik kalau sekarang ini cikgu-cikgu, malah guru disiplin pun mereka tak peduli.... mereka semakin berani.

Wak mendengar keluhan dari rakan-rakan guru... Kebanyakkan mereka sekarang ini sudah hilang ‘mood’ untuk menegur pelajar-pelajar. Silap haribulan bukan pelajar yang salah, guru-guru pula kena tindakan. Mungkin guru-guru sekarang menggunakan pendekatan ‘aku datang mengajar, cukup bulan dapat gaji, apa nak jadi dekat engkau lantaklah’.

Yang menyedihkan kita ialah kebanyakan kes-kes yang berlaku adalah dikalangan anak bangsa Melayu. Orang Melayu memang hebat... pandai menambah stastistik perangai buruk, penagih dadah, bohsia, mat rempit, bojan, buli, buang anak, ragut dll. 1Malaysia Melayu memang boleh.

Sikap ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka di didik dengan tegas dan tiada penggunaan rotan di sekolah menjadi punca utama masalah displin menjadi lebih serius.

Kebelakangan ini, sering terjadi di mana ibu bapa sering menunding jari pada guru-guru dan pihak sekolah apabila sesuatu masalah berlaku. Terdapat juga tindakan tegas diambil terhadap guru-guru apabila mendengar aduan anak-anak mereka yang tiada bukti, terlalu mempercayai anak-anak .

Mengapa ini semua berlaku??? Pelajar sekarang semakin kurang ajar!!! Antara punca-puncanya yang boleh kita kongsi bersama adalah seperti berikut:

1. Persekitaran pelajar-pelajar di luar sekolah lebih banyak terdedah dengan perkara-perkara yang bersifat negetif. Program yang dianjurkan oleh pihak-pihak kerajaan dan swasta lebih banyak ke arah hiburan sehingga melalaikan. Yang baik tu sikit sangat. Kita lebih kepada dunia dan lupa akhirat. Kalau ibu bapa sendiri lalai atas tuntutan agama, maka anak-anak akan semakin jauh.... dan terus sesat.

2. Sistem pelajaran dalam negara gagal ditafsir dengan baik walaupun falsafahnya molek. Maka bermaharaja lelalah unsur sekularisme dalam sistem pelajaran kita. Sepatutnya semua mata pelajaran dimasukkan elemen Islam bukan hanya mata pelajaran Islam sahaja yang bercakap atau berbincang soal agama.

3. Guru-guru terlalu terhad kuasanya dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar serta banyak pantang larangnya dalam usaha membentuk akhlak pelajar disekolah. Sekiranya guru bertegas maka guru akan disaman oleh ibu bapa yang serba moden.

4. Ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mendidik anak dan menyerahkan 100% soal pelajaran dan pendidikan kepada pihak ketiga (sekolah, sekolah arab, guru fardu ain dan akhirnya kepada para bibik)

5. Keberkatan telah diangkat apabila dalam negara banyak berlaku maksiat (ulama dan pemerintah berkelahi, hiburan berlebihan dan melalaikan, salah guna kuasa, zina, minum arak, judi, berebut kuasa).

Sama-samalah kita renong-renongkan... fikir-fikirkan.... demi masa depan anak-anak kita dan juga anak2 bangsa harapan negara. Maka bersama-sama lah kita berikhtiar agar semua ini dapat kita perbaiki satu persatu agar masyarakat kita akan hidup aman dan damai serta sentiasa diberkati.. wallahu a’lam.



9 comments:

  1. Zaman sekarang ni bukan budak Melayu je bermasalah,budak Cina dengan India pun ada.Budaya 'respect' Cikgu dah takde dah.Kalau ada isu mesti cikgu di persalahkan. Kesian kat Cikgu zaman sekarang. Harap kerajaan ambil berat terntang isu ini.

    ReplyDelete
  2. Betul sy sokong.sy jgk gr yg sgt bermotivasi mengajar ank bangsa tk kira kaum.tapi berasa putus asa pabila saban hr berdepan dgn plajar mcm ni.sehingga kini sy guna cr berlemah lembut, plajar berkenaan semakin naik tocang .bila diselidik sy tk hairanlah dia bersikap begitu sebab bapanya pun kurang ajar bila bercakap dgn guru..maka anknya pun kekurangan ajarlah...

    ReplyDelete
  3. Bagi saya zaman sekarang ni ibubapa kena pantau pelajar. Jangan hanya nak menangkan anak. Selidik dulu apa yang betul dan salah. Rasanya ibubapa zaman sekarang dah tak pukul anak masa kecil. Jadi anak dah naik lemak. Kurang ajar dengan orang luar. Mendidik haruslah bermula dari rumah.

    ReplyDelete
  4. mungkin alasannya ada di sini
    ↓ ↓ ↓ ↓ ↓
    http://magicteacher-id.blogspot.in/2016/06/indonesia-negara-yang-pintar-namun-bodoh.html

    Share untuk Indonesia yang lebih baik

    ReplyDelete
  5. Yg hairan nye, pelajar melayu je yg terpengaruh dgn perkara2 negatif ni.. padahal persekitaran tu bukan plajar melayu je ad..india ad, cina ad.. nmpk dari segi tu pn melayu lemah.. bt malu Islam der.. Islam sndiri titik beratkan adab n akhlak.. apetah lagi dgn guru.. tapi bangsa melayu laa paling hero bab kurg ajar ni..xpyh salahkan budak2 je,org tua pn sama bebal nye

    ReplyDelete
  6. Tapi macam mana kalau cikgu tu yang kurang ajar dengan murid ? Harus ke murid tu berdiam diri ?

    ReplyDelete
  7. Satu lagi yang saya kerap nampak dan dengar ialah sejak guru dibenarkan guna handphone di sekolah, pelajar banyak yg terabai.Ramai guru yang ambil kesempatan layan hp dlm kelas dari mengajar, bukan semua ia. Rasanya kena guna sistem lama apa2 masaalah terus telefon pejabat. Biar guru terus kepejabat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails