4.29.2010

Tahniah Saudara Ezam!!!

Ezam Mohd Nor antara empat dilantik senator...

Wak mengambil kesempatan di pagi yang nyaman ini untuk mengucapkan jutaan TAHNIAH kepada saudara Ezam Mohd Nor kerana akan bergelar 'Senator'. Tidak sia-sia pengorbanan beliau keluar dari PKR untuk melompat secara 'gilang gemilang' menyertai Umno.

Pinjam ayat dari 'sambaltumis'.... (tp nie tak de kaitan mereka yang hidup atau yang telah lompat parti)

Ada satu pantun dua kerat yang popular pada zaman Reformasi tapi masih relevan sampai sekarang, yang berbunyi seperti berikut;

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri,
Bercakap Bohong Lama Lama Jadi Menteri...

Bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator.

Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan.

Ezam (kiri) juga adalah bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terkenal kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.

Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.

Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam berkata dia bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan mereka tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails