5.01.2009

Cuaca Panas : Musim Demam Melanda

Waduh! Panas banget...

Jabatan Meteorologi menjelaskan, keadaan cuaca panas dengan suhu tertinggi 36 darjah Celsius sepanjang bulan ini berikutan musim peralihan monsun.

Kenyataan jabatan itu di sini hari ini memberitahu, sepanjang musim yang berlaku pada setiap April tersebut, kebiasaannya cuaca panas pada sebelah pagi tetapi hujan dan ribut petir ketika lewat petang dan malam.

Berdasarkan bacaan yang direkodkan dari 1 April sehingga semalam di 40 stesen meteorologi, terdapat hari-hari yang menunjukkan beberapa stesen mencatatkan suhu maksimum. Suhu tertinggi direkodkan ialah 36.1 darjah Celsius di Stesen Meteorologi Petaling Jaya pada 17 dan 18 April lalu.

Jabatan itu juga memberitahu, mulai Mei hingga September ini, negara akan mengalami Monsun Barat Daya yang mana lazimnya cuaca lebih kering berbanding bulan-bulan lain tetapi dengan suhu normal antara 30.7 dan 34.1 darjah Celsius.

Bila cuaca panas macam ni, apa lagi musim demam pun tiba. Anak-anak Wak semuanya dah kena serang demam. Dari Abang yang sulong hinggalah yang nombor empat. Dan yang paling teruk anak nombor tiga Nur Fatini.. demam panas. Ketika Wak menaip ni ada kat Hospital Putra Melaka... jaga si Tini. Dah masuk hari ke tiga.

Demam dah sejak hari Jumaat lepas. Dah seminggu tak da kurangnya. Ni lah dikatakan ujian dariNya. Kita kena sabar dan redha dengan segala ujian yang melanda. Sesungguhnya ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Semoga semua anak Wak cepat sembuh...Amin!

Pada masa cuaca panas ni, kita diminta supaya lebih berhati-hati dalam melakukan aktiviti di luar di samping minum lebih banyak air bagi mengelak masalah kekurangan air dalam badan. Bila kita sakit, barulah kita merasakan betapa sihat itu satu anugerah dari Allah yang perlu kita syukuri...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails