5.08.2009

KEPUTUSAN BIASISWA JPA

Sekadar info...

Keputusan pelajar yang layak untuk menerima biasiswa program ijazah luar negara (PILN) akan disiarkan di portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), http://esila.gov.my mulai hari ini.

Menurut JPA dalam satu kenyataan hari ini, seramai 8,363 orang calon telah ditemuduga, daripada 15,084 calon yang memohon biasiswa itu dari 31 Mac sehingga 3 April lepas.

Katanya hanya 2,000 orang pelajar akan ditawarkan biasiswa untuk mengikuti pengajian di luar negara dalam bidang-bidang pengajian yang telah ditetapkan kerajaan.

Menurut kenyataan JPA itu, berikutan tempat terhad di luar negara terutama dalam bidang kritikal, JPA turut menyediakan 2,000 biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang untuk mengikuti pengajian dalam negara.

Calon-calon yang tidak berjaya, boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian mulai 8 Mei hingga 18 Mei. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails