5.21.2009

PPSMI : Kempen Sejuta Poskad

"SEJUTA POSKAD KEPADA MENTERI PELAJARAN"

Selepas menggerakkan ribuan penunjuk perasaan di jalanan awal Mac lalu, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kini mengambil pendekatan kreatif dengan melayangkan sejuta poskad bantahan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kempen terkini membantah dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) terus menggemblengkan bantahan rakyat, sebagai kesinambungan kepada demonstrasi 7 Mac lalu. Kempen tersebut dilancarkan Jumaat lalu di Pagoh, Melaka oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dalam sebuah majlis ceramah bersama Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.

Bagi pihak yang ingin turut serta, boleh membeli poskad tersebut dari pejabat Teras Pengucapan Melayu (Teras) - sebuah NGO yang bergabung dalam GMP - di negeri-negeri, dengan harga RM1 sekeping. Ia akan dijalankan "selagi PPSMI tidak dimansuhkan" dan "selagi tidak cukup sejuta poskad dihantar".

Wak menyeru kepada semua penyokong GMP, marilah kita bersama-sama menjayakan kempen ini demi masa depan anak bangsa dan juga bahasa ibunda. Semoga dengan adanya kempen ini akan membuka mata dan hati Menteri Pelajaran agar dapat mendengar suara rakyat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails